Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, March 30, 2014

Kelebihan orang yang bertakwa kepada ALLAH swt

....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (At-Talaaq 65:2)

 Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq 65:3)



Saturday, March 29, 2014

Cemburu dengan pekerja yang balik kerja on time

Salam,

Ini bukan sesi luahan hati tapi saja nak bercerita. Bukan untuk mengutuk orang lain tetapi hanya bercerita dan berkongsi rasa. Bukan untuk menidakkan takdir allah tetapi hanya menulis berkongsi rasa. Jangan salah sangka cerita ini bukan untuk mengutuk atau menuduh sesiapa.




Selama aku kerja dah 14 tahun, aku rasa boleh di kira berapa kali aku pulang kerja dari pejabat on time. Al maklum la kerja dengan syarikat swasta. Memang jarang dapat balik ontime. Kalau habis pejabat pukul 5:30pm, tak tentu 5:30 pm boleh keluar pejabat. Paling awal pun pukul 6pm.

Kadang-kadang aku masuk pejabat pun tak ontime. Kalau waktu office hour 8:30am, memang boleh di kira sepanjang tahun tersebut aku tak masuk office on time. Aku bersyukur office aku flexible. Ada kelonggaran sedikit kat situ. Kalau masuk lambat sejam, kena lah ganti sejam.

Cuma yang menyedihkan apabila sudah cukup 9 jam kerja, aku masih belum mampu nak balik sebab ikatan pada tugasan.

Apabila di ceritakan dah di luahkan kepada sesiapa, pasti jawapan yang sama akan di beri. Pandai uruskan tugasan kerja. Bahagikan masa tugasan yang di beri. Memang benar nasihat di beri. Tetapi kalau kita tak "pakai kasut" yang sama, kita tidak akan rasa masalah tersebut. Apa-apa pun kita akan mencuba yang terbaik.

Kalau pergi kerja, kita banyak habiskan masa atas jalan raya. Tak kira kita naik motor, kereta atau pengangkutan awam. Pasti ada orang yang banyak habiskan masa atas jalan je. Ada yang sejam, dua jam. Ada plak dulu sahabat aku duduk dekat senawang dan ulang alik kerja di kuala lumpur. Aku memang tabik spring.

Kadang-kadang bila aku kerja kat luar terutama syarikat-syarikat separa kerajaan atau jabatan kerajaan, bila lagi satu dua minit dah nak habis waktu kerja, pasti mereka dah beratur keluar untuk balik rumah. Bila aku tengok best nya kalau macam nie. Masih ada berbaki waktu petang untuk beriadah dengan keluarga. Tapi tak semua kakitangan kerajaan balik ontime, aku pernah bekerja dengan kakitangan kerajaan yang most of the month mereka balik malam dan esok masuk pagi.

Selalunya yang tidak dapat balik on time, pasti terkejar nak sembahyang. Nak amik anak. Nak masak untuk keluarga. Nak menyiapkan segala urusan untuk esok hari pula.

Walau apa pun, segala nya dah tertulis dan kita harus redha dan teruskan hari-hari ke hadapan. Pandang ke hadapan dan rencana kehidupan di masa hadapan dengan baik dan terus berusah. Kalau boleh jangan merungut atau kurang-kurangkan lah merungut.

Sesungguhnya di luar sana masih ada yang lagi susah dari kita. Cuma kita belum jumpa lagi mereka ini. Tetapi bila kita jumpa baru kita rasa betapa untungnya kita.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

Wednesday, March 26, 2014

Aku nak mengamalkan bersiwak.


Salam,

Semalam aku beli kayu sugi. Sebenarnya dah lama aku plan nak beli kayu sugi. Aku nak mula bersiwak. Bersiwak kan sunnah nabi muhammad saw kita. Pasti banyak kelebihan bersiwak nie. Kita memang selalunya gosok gigi dengan ubat gigi yang melambak-lambak dan bermacam-macam jenis yang ada dalam pasaran. Bukan sahaja ubat gigi sahaja, tetapi berus gigi pun dah ada bermacam-macam jenis dan rekabentuk. Kononnya setiap jenis ada kelebihan dia. Setiap tahun pasti ada ubat gigi rasa baru dan berus gigi rasa baru di perkenalkan dalam pasaran. Hehehe. Tetapi kita lupa atau tidak mengambil berat tentang kelebihan dan kepentingan bersiwak nie. Mungkin kita tak tahu kelebihan dia.

Dari sekolah rendah atau tadika kita di ajar cara berus gigi dan ubat gigi. Tapi tak pernah di ajar cara bersiwak. Tapi aku rasa ada tetapi mungkin tak meluas lagi sekarang. Aku rasa kerajaan patut masukkan modul bersiwak ni dalam modul pelajaran mereka. Kalau orang bukan islam tak nak ikut takpe asalkan kita ajar untuk umat islam.

Aku beli kayu sugi ni kat kedai buku agama kat AEON wangsa maju (dulunya carefour) . Harga sebungkus aku beli RM2.50. Terus aku amik 4 bungkus. Buat stok atau bagi keluarga aku pakai kalau mereka nak pakai.

Lepas maghrib tadi, aku google dan tengok youtube. Cara pakai kayu sugi. Cara basuh dan menyimpan kayu sugi. Cara sunnah nabi gosok gigi dengan kayu sugi nie. Memang senang cara dan praktikalnya. Tak susah compare dengan ubat gigi dan berus gigi moden nie.

Lepas dah khatam cara guna kayu sugi ni aku mula la nak bersiwak.

Pertama - Bungkus bungkusan sugi tu. Seeloknya jangan di buang bungkusan kayu sugi tu. Boleh di gunakan tempat simpan kayu sugi tu balik. Keluarkan kayu sugi tu. Bila aku keluar kayu sugi tu, mula-mula aku bau kayu sugi tu. Hmmm bau dia adalah bau yang tak pernah aku rasa. Dan aku rasa 'terkejut' dengan bau dia. Biasa la kan, first time.

Kedua - Aku cari cawan dan isi air biasa. Aku celup kayu sugi 1/3 dari panjang kayu sugi dalam cawan tadi. Aku biar kayu sugi berendam dalam 10 minit begitu. Kenapa 10 minit ? Entah ikut rasa korang la kan.

Ketiga - Selepas 10 minit, aku mula kikis kulit kayu sugi tu dan buang kulit dia. Bukan buang kulit kayu sugi seluruh batang tu. Agak-agak dalam 5-10cm panjang. Yang rasa elok panjangnya untuk korang jadikan ia seperti berus gigi.

Keempat - Selepas aku dah buang sebahagian kulit kayu sugi tadi, aku gigit bahagian yang tidak berkulit tu. Aku gigit supaya ia terlerai dan menjadi seperti berus. Macam berus lukisan. Kira macam tu la. Korang gigit la guna gigi geraham korang.

Kelima - Lepas aku puas hati kayu sugi yang aku gigit tadi jadi berus. Mula la sapu. Ikut sunnah, kita mulakan dengan gigi geraham sebelah kanan korang dan berus dari kanan ke kiri. Ulang la beberapa kali. Lepas tu korang berus la bahagian yang sukar nak di gosok dengan berus yang selalu korang guna.

Keenam - Aku tak sure berapa lama korang kena gosok dengan kayu sugi ni. Korang buat dan ulang la seberapa yang korang rasa selesa dan puas. Aku plak gosok macam berus gagi biasa tu. Ulang 3-4 kali la jugak.

Ketujuh - Selepas korang guna, basuh la bahagian berus kayu sugi tu dengan air biasa. Lepas tu biar ia kering dan bungkuskan balik kayu sugi tu. Ulang perkara yang sama bila korang nak guna kayu sugi tu. Senang kan.

Ada staff pejabat aku dah guna kayu sugi nie. Macam bos aku, dia memang kuat merokok. Gigi dia  memang kuning. Orang hisap rokok memang gigi kuning kadang2 nampak bekarat. So dia amalkan la bersiwak nie. Setalah amalkan, gigi dia putih kembali. Terkejut aaaaa. Dia tunjuk depan aku.

Ada member aku pun baru guna. Gigi dia kadang-kadang sakit. Selepas dia guna, gigi dia ada kurang sakitnya.

Memang banyak kelebihan dengan mengamalkan sunnah rasulullah ni. Harap korang semua mula la amalkan sunnah nie. Ia datang dari Nabi Muhammad saw.

Okbai.

Monday, March 24, 2014

Kami sebulat suara untuk buat saving daripada beli kereta

Salam,

Kami itu bermaksud saya dan isteri. Hehe. Bukan isteri kedua atau ketiga atau keempat tetapi isteri pertama dan terakhir insyaallah. Doakan. Ok alhamdulillah syukur rezeki aku dan isteri bertambah. Walaupun buat masa ini kami selesa dengan makan gaji, jadi kami bersyukur kepada ya allah limpahan rezeki yang ALLAH beri kepada kami berdua. Tahun ini alhamdulillah isteri dapat lebihan rezeki dari ALLAH. Bila dah dapat tu mula la rakan-rakan sepejabat isteri 'menasihatkan' isteri aku untuk tukar kereta atau beli kereta baru.

Aku dan isteri dah berbincang. Untuk tukar kereta baru bukan dalam jangka masa terdekat ini. Walaupun kami berdua mampu nak bayar bulanan sewa kereta RM1000 lebih. Tetapi isteri aku lebih berniat kepada untuk menyimpan. Menyimpan untuk masa hadapan kami sekeluarga.

Di akui dulu masa ada komitmen bayaran bulanan kereta, isteri aku kurang menyimpan. Bukan dia atau kami boros tetapi pelbagai komitmen lain yang kami kena tanggung. Tak perlu aku nak details sangat tetapi di sebabkan komitmen tersebut kami tak mampu untuk menyimpan dari sepatutnya. Contoh kalau kami target nak menyimpan RM500 sebulan tetapi kadang-kadang RM100 je boleh simpan.

Sekurang-kurangnya kereta kami yang ada sekarang ni masih kuat dan prestasi masih bagus. Takde banyak masalah dan kalau ada masalah pun ia melibatkan kos yang tidak beribu-ribu. Selagi kami selesa untuk bergerak dengan kereta ini walaupun ia perjalanan jauh, kami akan still maintain kereta ini jugak.

Walaubagaimanapun, simpanan kami itu pun untuk cover kami jika kami terpaksa beli kereta baru sekiranya kereta sekarang ini dah tak beri kami keselesaan. Dengan alasan itu kami akan tukar kereta. Tetapi sekarang masih jauh dari perancangan kami untuk tukar kereta.

Kalau sembilan tahun kami terpaksa bayar ansuran bulanan untuk bayar kereta, kenapa kami tak boleh simpan duit sendiri selama 9 tahun tanpa tukar kereta. Lagipun kereta kat malaysia ni masih mahal-mahal. Hehehe.

Okbai

Tuesday, March 18, 2014

Mahal ke pembayaran wad dan perubatan di hospital columbia asia puchong ?

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Salam,

Sebelum ni aku ada postkan pengalaman aku di hospital columbia asia puchong. Kalau yang belum baca tu boleh la klik ->>  http://goo.gl/hFqwtf

Bila dah kena tahan masuk wad hospital columbia asia nie, dalam otak aku pasti aku fikir pasal kos. Kos rawatan di hospital swasta ni pasti mahal berbanding dengan hospital kerajaan. Tapi alhamdulillah wife aku dapat guarantee letter dari syarikat insurance majikan dia. Syukur tak terhingga. Duit sendiri tu ada kalau kena bayar cuma oleh kerana dah insurance dapat cover, so kena la guna kemudahan tu kan. First day dapat guarantee letter tu, kat surat tu hanya tulis maksimum RM1000 je insurance cover. Dalam hati alahai sedikitnya tapi its ok kot. Sebab aku pun tak pasti berapa kena bayar sebenarnya.

Sepatutnya wife aku kena tahan 1 malam je. Dari jumaat sampai sabtu sahaja. Bila sampai belah petang hari sabtu tu, wife aku cakap kena tahan sampai ahad. Aku pun tak kisah la kalau sampai hari ahad sebab hari tak kerja.

Semasa wife aku di beri ubat dari jumaat hingga hari ahad, aku tengok punya la banyak ubat dan segala macam air masuk dalam badan wife aku. Perghhhhhh baru sakit batuk macam tu dah pelbagai ubat kena taruk dalam badan wife aku.

Pada hari ahad, doktor bagi confirmation yang wife aku dah boleh balik. After 5pm kami di benarkan balik. Lagi satu jam sebelum pukul 5pm, ada seorang staff hospital panggil aku untuk settlekan hal pembayaran sepanjang wife aku kena tahan.

Aku budget mesti aku kena tambah dan top-up duit kos ni selepas insurance cover hanya RM1000 pada masa aku dapat guarantee letter hari jumaat hari tu. So aku budget kena tambah lagi RM3000. So total agaknya masa tu RM4000 kot. Cash memang la aku tak bawak. Tapi kad kredit aku dah aku standby untuk bayar. Sebaik la kredit limit aku tinggi.

Sampai je kat kaunter bayaran, staff tu kata kos perubatan wife aku tu mencecah RM5000++ . Cover semua sekali dari sewa bilik dan ubat dan service. Perghhhhhhhhhhhhh RM5000 tuh. Terperanjat jugak la kan. Baru 3 hari 2 malam dah cecah RM5000.

Tapi syukur alhamdulillah, staff tu kata insurance majikan wife aku bekerja cover semua kos tersebut. Mula-mula memang terperanjat. Macam tak percaya. Staff tu tengok aku macam semacam. Dia tunjuk aku resit bagai dan surat insurance cover tu. dalam hati syukur alhamdulillah. Takde satu sen pun duit aku dan wife keluar untuk bayar kos perubatan kat hospital columbia asia puchong tu kan.

Wife aku pun terperanjat. Bila tengok resit dan segala details perubatan yang di buat. Perghhhhhhh setiap satu memang mahal gila. Mungkin aku terperanjat dan kata mahal sebab ni first time aku pengalaman di hospital swasta. Selalu kalau sakit sampai ke klinik je. Hehehe.

Apa-apa pun perkhidmatan dan staff nurse kitaorang semua nya bagus2 dan caring belaka. Bukan caring kat aku tapi kat wife la. Sabar melayan karenah kami yang biasa-biasa nie. Hehehe.

Walaupun mahal takpe asalkan perkhidmatan yang di beri oleh pihak hospital columbia asia puchong adalah berbaloi dan tidak mendukacitakan.

Cuma satu je nak komen. Bila aku dan wife aku dapat bila single. Ada la TV di sediakan. Kalau boleh kalau ada staff pihak hospital baca post nie, aku harap mereka upgrade la tv dalam bilik tu. TV cap ayam takde brand. Kasi la yang ada brand setaraf perkhidmatan korang yang tip top tuh. Hehehe.

Okbai.


Monday, March 17, 2014

Malapetaka konsert FMFA2014 di bukit jalil kepada umat islam.

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Salam,


Pasti ramai terkejut dengan malapetaka yang berlaku ke atas penonton yang menghadiri konsert FMFA2014 di bukit jalil. Kenapa kita terkejut ? Kita terkejut kerana umah islam yang mati itu meninggal dalam keadaan berlangsungnya konsert. Mereka meninggal dalam keadaan yang menyedihkan.

Selain itu apa yang perkara yang lebih mengejutkan ? Masalah orang islam (melayu) itu sendiri. Dah tak seperti orang islam. Berpakaian yang terdedah. Separuh bogel. Macam berbikini pun ada. Lelaki dan perempuan tanpa segan silu bercampur.

Tetapi bagi aku yang duduk bandar ini, budaya begini dah jadi satu budaya biasa di bandar. Mungkin orang luar yang duduk di luar bandaar pasti terkejut.

Kenapa kerajaan tidak pandang perkara-perkara begini. Kesan sampingan yang ada. Kenapa kerajaan meluluskan perkara yang boleh menjurus kepada maksiat yang lebih besar ? Akan menjadikan anak muda islam melayu itu sendiri hanyut. Dalam kesan jangka masa panjangnya, mereka akan menjadi pemimpin kelak.

Wahai anak muda islam. Kembalilah kepada ALLAH. Kembali kepada ajaran ISLAM. Dunia ini sementara bagi kita. Dunia ini adalah keseronokan bagi orang bukan ISLAM. Jangan kita mengikut apa yang mereka perjuangkan.

Wahai anak muda islam. Tidak kah kau percaya akhirat ? Adakah kau tidak percaya syurga dan neraka ? Adakah kau tidak percaya api seksaan neraka ? Adakah kau tidak percaya dosa dan pahala ? Di mana islam kau ? Hanya di IC sahaja kah?

Kembalilah sahabat ku. Masih belum terlambat kau bertaubat. Masih belum terlambat kau memohon keampunan dari ALLAH. 

Petikan di bawah adalah dari facebook warga perihatin.



Jam 1.30 pagi, di malam kedua Future Music Festival Asia 2014 Stadium Bukit Jalil 6 orang diberitakan maut. Kesemua korban, 4 Melayu dan masing-masing 1 India dan 1 Cina dilapurkan mati akibat terlebih dos dadah methamphetamine. Mereka adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Sabreena Kamaruddin, 21, Syazana Sohaime, 23, Nor Faizza Mohd Wazir, 27, M.Suresh, 28 dan Victor Wong E Hern, 26. 

Seorang dari mereka maut serta merta di Bukit Jalil. Bakinya mati dalam perjalan ke hospital. 4 dari mereka meninggal di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) dan seorang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Sementara itu ratusan lagi mengalami sesak nafas, 15 daripadanya tenat. Beberapa daripada mereka koma dan dirawat di unit ICU. Ketua Polis Kuala Lumpur turut melapurkan penangkapan 22 orang bersabit kesalahan dadah sepanjang berlangsungnya pesta muzik itu. Akibatnya acara malam ke 3 pesta itu telah dibatalkan untuk memudahkan siasatan.

Sepanjang hari semalam pula, para pengguna Instagram merasa amat terkejut dengan beredarnya gambar yang dimuat naik oleh pengunjung pesta tersebut. Turut terkejut dengan berita yang dikongsikan oleh mereka yang bekerja di kejiranan tapak pesta, iaitu berita pembekalan pelbagai jenis DADAH dan KONDOM kepada pengunjung. Nauzubillah. Anak-anak muda kita memang sedang dibunuh secara terang-terangan dengan cara itu tanpa diketahui atau diperduli oleh penguasa, rakan taulan dan ibu bapa.

Mungkin sebahagian daripada kita, penerima gambar dan berita dari instagram, tweeter atau facebook itu tidak tahu bahawa gejala ini sebenarnya berlaku saban hari di tempat-tempat khas berstatus ‘private’. Bagi kami yang terlibat secara langsung dengan usaha kajian dan pembangunan peradaban ini sudah tidak merasa terkejut lagi. 

Ini hanya kes terpencil yang terdedah kepada umum, hanya kerana berlakunya kematian yang ramai secara serentak. Jika tidak kerana kematian itu kita mungkin tidak tahupun ada fiesta berkandang sedajjal itu. Kita masih terus merasa aman dalam dunia kita sendiri. Masih ingat lagi tragedi kematian di pantai PD, Negeri Sembilan yang melibatkan 3 kontena minuman keras? Masih ingat berita tentang seks bebas di private house melibatkan anak-anak usahawan dan vip?

INIKAH MATLAMAT TAHUN MELAWAT MALAYSIA?

Mungkin ramai yang berfikir upacara telekan oleh Raja Bomoh VVIP boleh menarik perhatian dan mampu menarik pelawat ke Malaysia. Jika ini benar, maka harap kita sudah sedar bahawa tersebarnya berita aksi Raja Bomoh itu telah membuatkan rakyat, pemimpin dan negara kita dicemuh begitu hebat di serata dunia. Tak pasal-pasal rakyat kita, khasnya yang beragama Islam di luar negara menjadi bahan ejekan oleh masyarakat dunia. Gambar dan video aksi teropong buluh, tikar terbang, kelapa muda bertaburan di mana-mana.

Jika konsert yang menghimpun artis dan penonton dari pelbagai negara ini dimasukkan dalam agenda Tahun Melawat Malaysia, jelaslah ia satu kesilapan besar. Masyarakat dunia sudah tidak pelik dengan hiburan seperti ini kerana mereka boleh mendapatkannya saban malam dan hari. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kita yang jadi jakun dengan arak, dadah dan seks bebas. Kita sanggup berhabis duit, bahkan mati dan berbunuhan kerana gejala ini.

Entah mengapa kita lihat baik yang lelaki maupun perempuan Melayu terlalu edan dan rakus dengan seks bersama orang asing. Wanita kita, terutamanya yang janda, atau remaja yang telah ‘terlanjur sampai terbiasa melunjur’ begitu ghairah dengan lelaki asing. Fenomena ini dapat kita saksikan berulangkali di akhbar dan tv. Ribuan kes buang bayi, gadis hamil, video lucah bahkan tangkapan oleh pencegah maksiat adalah bukti nyata untuk fenomena ini.

Sekadar sekali sekala membaca berita kes gadis Melayu ‘bersekedudukan’ dengan Awang Hitam atau lelaki India, Cina, Bangla, atau Mat Salleh mungkin tidak begitu terasa kebimbangannya. Sebenarnya ia sudah sampai ke tahap yang tidak mungkin dapat anda bayangkan lagi. Anda mungkin menangis atau pengsan jika kami dedahkan bahan bukti dakwaan ini.

Kerana itu jugalah kami katakan satu kesilapan besar jika konsert seperti ini dan segala rencah ratus bersamanya ingin dijadikan penggerak ekonomi melalui Tahun Melawat malaysia. Yakinlah bahawa dapatan kerosakan melebihi perolehan, samada secara moral atau ekonomi. Belajarlah puasakan diri, jangan kita tamak untuk meraih kekayaan dengan cara ini. 

Sebenarnya penjanaan ekonomi dengan cara ini tidak akan memberikan keberkatan. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana keberkatan itu adalah bermaksud mencukupi, biarpun jumlahnya sedikit. Ingatlah kita sedang berada dalam kondisi yang sangat panas (ramadh). Ramai yang panas hati, panas poket, panas mata, panas telinga dan sebagainya. Itu semua akibat dari keruntuhan akhlak umat yang memerlukan kita banyak berpuasa. Kerana itu ramadhan itu dipanggil al-mubarakh, bulan yang berkah dan diberkahi (ada tambahan penjelasan di bawah).

KAITAN ZINA DENGAN SYIRIK & HUKUMAN MATI

Mendekati ZINA sahaja sudah dilarang. Apabila kita sampai melakukkannya, maka jelaslah kita melakukannya dengan niat dan sengaja. Ungkapan ‘TER’LANJUR tidak layak sama sekali, kerana kita sebenarnya ‘ME’LUNJUR dengan sengaja. Jangan tipu diri sendiri. Sebenarnya, kita sengaja rancang dan berusaha dengan rapi untuk melakukan ZINA. Kedegilan kita terhadap Allah sebenarnya sudah ke tahap melampau batas apabila zina itu terjadi.

Jika kita sampai peringkat berzina, kita sebenarnya telah dengan sengaja melanggar garis kuning ke arah zina itu. Itulah batas aurat, pergaulan, arak, dadah dan sebarang situasi yang boleh menjurus kepada zina. Membataskan diri itulah hudud (batas) yang sebenarnya harus kita lakukan untuk mencegah zina dari berlaku. Bukan setelah ia berlaku.

QS:17. Al Israa' 32. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan/sabil yang buruk”. 

QS:24. An Nuur 2-3. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali dera, dan JANGANLAH BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka DISAKSIKAN oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. 

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan PEREMPUAN YANG BERZINA, ATAU PEREMPUAN YANG MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh LAKI-LAKI YANG BERZINA ATAU LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin”. 

Jelasnya jika kita masih berzina juga, kita sebenarnya sengaja menduakan Allah dengan cara melawan hukumNya secara SENGAJA. Atas dasar itulah Allah padankan zina itu dengan SYIRIK dalam ayat yang sama. Ia bukan dosa biasa. Kerana itulah juga hukum kisas terhadap zina itu boleh dikatakan ‘mati’. Cuma proses hukum bunuh terhadap zina ini dilakukan secara perlahan-lahan seperti rejam, rotan atau sula. Ini sebagai membalas kedegilan kita, sejajar dengan proses zina itu yang juga berlaku secara berperingkat, bermula dari muqaddimah zina sampai berlakunya zina.

Kita semua sudah tahu dengan jelas setiap perkara yang Allah larang, tiada taubat kecuali kerana jahil (QS:4/17,18). Melanggarnya dengan sengaja bermakna kita dengan SENGAJA menduakan Allah melalui keingkaran dengan sengaja itu. Itulah cabang syirik yang layak menerima hukuman setaraf dengan ‘mati’. 

Mohon perhatikan huruf besar, JANGANLAH BELAS KASIHAN, dan hukum mereka dengan DISAKSIKAN sekumpulan orang beriman dalam ayat di atas. Jika anda beriman, anda harus berani melaksanakan ayat di atas. Soal pelaku sempat bertaubat esok hari, samada diterima atau tidak taubatnya (itupun jika tidak mati dalam maksiat seperti yang 6 orang itu), itu urusan mereka dengan Allah esok. Apa yang kita lihat hari ini harus kita tangani sewajarnya sekarang.

Jangan pula ada lagi yang sawan dengan komen JANGAN SUKA BUKA AIB ORANG…JANGAN SUKA MENGHUKUM ORANG… MANA TAHU DIA LEBIH BAIK DARI KITA… BLA BLA.. untuk kes study ini. Cukuplah maruah Allah dan Islam dimalukan sejauh ini. 

Jika kita tidak mahu dibuka aib, jangan lakukan perkara yang megaibkan diri dan agama. Jangan lagi dedahkannya sendiri dengan sengaja dan penuh BANGGA sebegini. Kami dedahkan semua ini laksana doktor yang merawat penyakit siplis yang tersembunyi. Dengan Basmallah kami nampakkan kebencian kami dan mengajak pembaca, khasnya ibu bapa yang masih lena agar maklum dan turut menghayatinya.

KEBERKATAN REZEKI & KERUGIAN MORAL

Tiket maksiat untuk FMFA itu beratus dan beribu RM harganya. Akhbar melapurkan pil dadah berbagai jenis itu dijual dengan harga antara RM50-RM100 sebiji. MASYAALLAH. Bahasa hiburan mereka pula adalah bahasa inggeris. Tentunya bukan orang miskin atau yang tidak sekolah yang menjadi pengunjung pesta muzik itu. Pilu juga bila mengenang adanya simiskin yang tulus berusaha mengirim sedekah seringgit dua, bahkan ada yang sen-sen saja melalui MBB2U untuk jariah mereka. Si kaya pula alpa berbelanja serta meneruskan dosa dan kerosakan.

Ketahuilah bahawa zina itu penyebab kepapaan dan kemiskinan, samada dalam bentuk kewangan maupun secara moral. Biarpun rezeki kita banyak, tetapi tetap tidak akan mencukupi jika zina kita jadikan amalan hidup. Ini kerana kita akan banyak membelanjakan rezeki pada jalan yang membinasakan.

Contohnya setiap orang yang berzina akan membelanjakan banyak wang untuk kos mukadimah zina itu sampailah ianya berlaku. Yang muda, yang tua, yang kaya, yang miskin semuanya ada cara dan jumlah perbelanjaan tersendiri untuk melakukan zina. 

Bila ada niat untuk berzina, maka tak pasal-pasal kita terpaksa tanggung kerugian yang nyata. Antaranya ialah membuang masa dan belanja untuk kos perhubungan, kenderaan, makan minum pasangan untuk berdating dan sewa hotel bagi yang mampu. Bagi kes berprofil tinggi maka lebih lagi kerugiannya. Itu termasuklah belanja clubbing, pil khayal, dadah, arak, shopping dan sebagainya. Bagi sugar daddy pula terpaksa sponsor apartment, kereta dan lain-lain.

Apabila tertangkap, masing-masing akan mengalami kerugian moral yang bukan sedikit. Itu tidak termasuk membayar kos peguam dan denda mahkamah. Salah perkiraan akan dijatuhkan hukuman penjara kerana terbabit dengan kes rogol atau perkosa. Yang terhamil kena belanja pengguguran, bahkan membuang bayi dan sebagainya. Kerugian seterusnya termasuklah jatuh kelayakan dalam kerjaya dan niaga. Gejala sosial turut membuatkan kerajaan rugi akibat dari masalah jenayah yang berbagai serta biaya menanganinya.

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS: 9. At Taubah, 28).

Atas pencerahan ini, maka kita harus sanggup tunduk kepada Allah. Marilah kita ikuti sunnah Tanah Haram, masjidil haram dan pakaian Ihram. Kita tawaf sentiasa untuk membersihkan tanah air kita dengan MENGHARAMKAN zina dan segala mukaddimahnya. Promosikanlah negara kita dengan tarikan yang suci murni. Biarlah tidak banyak wang masuk asalkan kita tidak menjemput puak-puak Dajjal yang sah-sah Musyrik ini. Yakinlah dengan janji Allah.

Banyak nasi, banyak keraknya. Terlalu banyak kes melibatkan anak-anak vip dan jutawan yang terlibat dengan gejala ini dalam fail kami. Semuanya kerana kemewahan laksana syurga tajaan Dajjal. Amalan dadah, arak, seks bebas, bahkan buang bayi sekalipun sebahagiannya dimaklumi oleh ibu bapa, namun tidak mereka berbuat apa-apa. Apatahlagi kes yang tidak diketahui kerana sibuknya ibu bapa mengejar pangkat dan harta.

Ingatlah, ketika kita masih hidup ini pun sudah jelas tidak berkatnya. Kita banyak kerugian akibat menaja kos kerosakan dan biaya untuk menebus kerosakan yang telah berlaku pada anak kita. 

APABILA KITA MATI NANTI, hanya ilmu yang mampu membentuk anak yang soleh sahaja yang boleh meneruskan amal kita melalui harta yang kita tinggalkan. Jika tidak, apa yang kita tinggalkan kepada mereka akan lebih menjahanamkan hidup mereka. Waktu itu tiada siapa boleh menasihati mereka kerana jika kita masih hidup sekalipun, kita sudah tiada upaya dan kuasa.

Janganlah kita asyik ambil mudah dengan bersandarkan kepada sifat Allah yang maha pengampun itu selama-lama untuk berterusan mengabaikan perintah dan laranganNya. Ketahuilah bahawa keampunan dan kelembutan Allah itu pun ada batasnya. Harus tahu di mana batas keampunan yang layak bagi kita, biar jelas dan tidak bersangka-sangka. 

Jangan tunggu terjadinya kematian seperti yang 6 orang dan beberapa lagi yang mungkin menyusul ini. Kerana jika sedemikian, maka jelaslah kita sengaja membiarkan mereka dengan beraninya MELAWAN ALLAH. Banyak contoh depan mata di mana kita mungkin tidak layak menguruskan jenazah mereka dengan cara Islam, NAUZUBILLAH. 

Ya..! Ada kalanya jenazah kita pun tidak layak disembahyangkan, berdoa di kubur pun tidak Allah izinkan (QS:9/84). Ada tahap yang mana keampunan yang dipohonKAN oleh para nabi, sampai 70 kali ampun sekalipun tidak Allah ampunkan (QS:9/80). 

Mahukah kita berada di katagori itu? ATAU MAHU KITA PERSETANKAN SAHAJA PERINGATAN ALLAH INI?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
WARGA PRIHATIN

************ RUJUKAN************:

QS: 4. An Nisaa'17-18. "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

QS: 9. At Taubah

80. Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka Kendatipun kamu memohonkan ampun bagi mereka 70 kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

82. Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.

84. Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

85. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.



Saturday, March 15, 2014

Pengalaman di hospital columbia asia puchong

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



Salam,

Baru-baru ini aku hantar wife aku buat pemeriksaan di hospital columbia asia di bandar puteri puchong. Wife aku kena buat check-up dengan doktor pakar berkenaan dengan masalah batuk dia. Nanti aku cerita bagaimana sakit batuk isteri aku. First time aku dengan  hospital columbia asia ni. Mula-mula tak tahu lokasi mana  hospital columbia asia ini terletak. Macam biasa aku guna khidmat pakcik aku yang paling mantap iaitu pakcik google. Hehehe. Bila tengok kat google map memang aku tak tahu lokasi sebenar. Tapi jalan ke  hospital columbia asia agak senang dari rumah aku tu. Jadi gambar je la kan.

Dalam setengah jam aku sampai jugak  hospital columbia asia puchong. Aku dari sungai besi, ikut jalan ke arah bukit jalil teknologi park dan masuk jalan highway puchong-sungai besi. Trademark aku kena cari adalah giant di bandar puteri puchong. Mula-mula hampir sesat jugak la. Kat bandar puchong tu banyak sangat simpang. Bukan setakat simpang, signboard pun banyak. Yang penting kena jari nama jalan puteri dan signboard giant.

Sampai je  hospital columbia asia, kami cari kaunter pendaftaran. Sampai je kaunter tak nampak kaunter yang bertulis pendaftaran. Yang nampak kaunter bernombor. Ingat nak kena amik nombor ke. Tapi takde pulak kaunter amik nombor. Di situ agak konfius jugak. Tak tahu nak tanya siapa sebab ni first time masuk  hospital columbia asia. Last sekali aku gamble pergi satu kaunter nie. Dan sebenarnya aku salah kaunter la. Dia suruh terus beratus kat kaunter utama. Yang peliknya kat kaunter utama takde tulis kaunter pendaftaran. Di situ kelemahan yang nyata. So kami bertaur la. Beratur tak lama sebab orang tak la ramai sangat. Hehehe.

Hospital columbia asia puchong ni tak la besar mana. Cuma kawasan parking agak terhad. Kiri kanan jalan kanan banyak orang parking. So nasib la korang dapat parking atau tak. Yang bestnya sini parking tak berbayar. Aku cadangkan korang car parking bawah bangunan. Di situ mungkin ada parking yang kosong sebab selama 3 hari aku di sana memang aku senang parking kat situ.

Kat  hospital columbia asia ni ada kantin. Tapi kantin dia tak la besar tapi boleh la untuk isi perut. Pilihan makanan tak la banyak mana. Kalau pagi ada masakan biasa seperti mee goreng. Nasi lemak pun ada. Kalau tenghari ada makanan tengahari. Kalau lauk makanan tengahari habis, kat situ jugak ada masakan goreng seperti nasi goreng, mee goreng. Tapi jangan harap ada masakan tomyam yang lain yer. Harga ada yang mahal dan murah.

Staff sini ramah dan ok. Perkhidmatan pun ok. Kalau nak sembahyang ada surau di sediakan. Surau terletak kat basement parking. Kat aras lain aku tak pasti. Hospital columbia asia ni ada 3 level je. Basement, Ground floor dan 1st floor. 

Wife aku masuk  hospital columbia asia ni sebab klinik panel dia yang refer kat sini.  So pergi je la asalkan wife aku sehat. Ok tu je nak cerita pasal  hospital columbia asia puchong nie. Hari lain aku cerita penyakit wife aku yang menyebabkan kena refer kat sini. 

Okbai.

Thursday, March 13, 2014

Tips menabung. Cubaan mengumpul duit kertas RM5. Dan hasilnya.

Salam,

Aku ada terbaca satu blog pasal pengurusan kewangan. Dia akui orang melayu ni kebanyakkannya liat nak menyimpan. Asal ada duit je habis. Asal ada duit je buat hutang baru. Asal ada duit je joli sakan. Takde pun di letakkan sebahagian duit tu sebagai simpanan. Asalkan ada duit je habis di belanjanya. Hehehe.

Ada satu saranan daripada dia. Kalau dah susah sangat nak simpan sekali jumlah duit ke dalam bank. Cuba asingkan duit RM5 yang warna hijau tu. Setiap kali ada duit RM5 dalam beg duit tu, terus asingkan. Letakkan Rm5 dalam tabung ke atau bawah baju ke atau dalam kotak kasut. Cuba amalkan gaya simpan dan asingkan duit kertas RM5 tuh. Cuba amalkan sehingga hujung bulan.

Aku pun cuba la hasil tips berkenan. Sebab terasa nak cuba asingkan duit kertas RM5 tu. Selalu aku asingkan duit syiling. Ada tabung khas duit syiling. Tapi untuk duit kertas RM5 ni, aku letak di bawah pelapik meja komputer aku jer. Hehehe.

Setelah mencuba tak sampai sebulan, aku dapat hasil RM100. Rasanya dalam 3 minggu aku cuba. Setiap kali ada baki berbelanja harian aku, ada je duit kertas RM5 aku akan asingkan. Bila tengok2 selepas 3 minggu, wauuuuuuu hasilnya boleh tahan. RM100 tu di kira banyak la kan.

Hasil menyimpan senyap-senyap RM5 di bawah pelapik komputer. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Sekarang dah terkumpul RM100. Kalau cukup RM600 boleh la beli emas dinar. Hehehe.


Cuba bayangkan kalau kita secara konsisten dan secara tidak sedar menyimpan RM5 dalam masa setahun. Rasanya boleh sampai seribu lebih. Dah boleh buat bayar duit insurance dan road tax kereta dah tu. Ataupun buat duit lebih beli emas. Hehehe.

Sebenarnya banyak cara untuk kita boleh menabung. Banyak sangat alasan orang kita bagi apabila menyentuh pasal menyimpan atau menabung. Tepuk dada. Sekarang memang kita tak rasa menabung tu penting. Mungkin sebab kita rasa kedudukan ekonomi kita sekarang kukuh dan tidak tergugat. Tapi kita kena ingat. Hidup ni bagai putaran roda. Adakala di atas dan ada kala di bawah. Jadi bila kita dah berasa duduk di atas, kita kena mula-mula berjaga-jaga dan bersedia sebelum kita jatuh ke bawah.

Apa-apa pun mula la menabung. Sedikit2 pun takpe asalah konsisten. Okbai.

Wednesday, March 12, 2014

Apa yang aku fikir tentang kejadian MH370 ?

Salam,

Kalau tak silap aku, hari ni masuk hari kelima operasi mencari kehilangan pesawat MH370. Banyak bantuan yang datang dari luar negara membantu dalam operasi ini. Tetapi kecanggihan alatan dan ketinggian sains masih tidak dapat mengesan dan masih buntu mencari di mana pesawat MH370. Aku sebagai rakyat malaysia hanya mampu berdoa pada ALLAH supaya segala operasi yang di lakukan dan di usahakan di permudahkan.

Itu saja doaku untuk mereka yang terlibat secara langsung.

Sambil menunggu perkembangan terkini operasi #MH370 , kita di sajikan dengan gelagat rakyat malaysia response tentang issue ini. Ada yang komen tak guna akal. Ada yang komen nak buat lawak. Ada yang komen konspirasi. Ada yang komen mengaitkan dengan kes politik dan sebagainya.

Jadi apa yang aku cuba fikirkan ?

1. Kuasa ALLAH swt.

Aku dapat rasakan Allah ingin menunjukkan kepada mereka yang berakal bahawasanya kecanggihan sains dan teknologi yang kita cipta tidak mampu menandingi kekuasaan ALLAH swt yang meliputi langit dan bumi. Kita agaknya secara tidak langsung mengagungkan ciptaan sains dan teknologi buatan manusia tetapi kita alpa dan lupa akan kekuasaan ALLAH swt. Kita lalai dalam kehidupan seharian kita betapa besarnya kekuasaan allah pada hambanya.

2. Ujian terhadap rakyat Malaysia. Terutama umat islam.

Aku dapat rasakan ini sebagai tanda atau ingatan ALLAH pada umat islam malaysia. Adakah kita umat islam sudah jauh menyimpang dari ajaran islam. Atau banyak sudah kerosakan yang umat islam lakukan di bumi malaysia ini. Bergaduh sesama sendiri dan tidak bersatu padu. Nikmat keamanan dan kesejahteraan yang allah beri pada negara ini tidak di jaga dengan betul. Islam hanya atas nama tetapi jiwa dan roh islam tiada dalam diri. Bercakaran sesama sendiri yang dalam hal politik dan sebagainya. 

Tidak kita sedar bahawa kita adalah negara yang di beri allah nikmat yang terlalu banyak. Masih kah kita lalai? Masih kah kita tidak bersyukur ? Kita tidak di landa masalah yang besar sehingga kita menderita dan merana. Kita hidup dalam pelbagai kaum tetapi sekarang lihat sendiri bagaimana islam itu di permainkan oleh orang bukan islam. Kita seperti di cucuk hidung oleh mereka hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.

Kita negara islam. Di iktiraf sebagai negara islam yang semakin maju. Tetapi adalah kemajuan itu seiring dengan jiwa islam yang di serap di dalam setiap umat islam di malaysia ini ? Cuba lihat keliling kita contoh2 yang mudah yang membuat kita berfikir, apa sudah jadi dengan umat islam di negara ini ?

Cuba kita lihat golongan alim ulama, dari satu sudut mereka membawa mesej kebenaran berdasarkan al-quran dan hadis tetapi adakah umat islam ini dapat di satukan dengan satu persamaan atau satu perbezaan. Apabila perbezaan itu wujud, akan jadi lah balas membalas secara terbuka dan akan mewujudkan percakaran antara penyokong. Adakah kita berbangga apabila kita bercakaran hanya kerana ingin menyokong satu pihak sahaja dan menolak pandangan yang satu lagi ? Jadi bukan hendak menyalahkan alim ulama, tetapi mungkin cara dan gaya penerangan mestilah menuju kearah perpaduan dan bukan boleh bawa percakaran.

Cuba lihat bagaimana umat islam menyelesaikan isu agama islam tu sendiri. Hudud/Nama ALLAH. Lihat bagaimana umat islam menyelesaikan masalah tersebut. Adakah masalah itu sudah selesai ?

Cuba lihat umat islam sekarang. Adakah memenuhi masjid setiap kali solat fardhu ? Atau hanya pada hari jumaat sahaja masjid penuh. Atau bila kedatangan penceramah agama yang popular baru penuh satu masjid sampai luar, tetapi bila solat subuh, hanya satu saf sahaja yang ada itupun tak penuh. Jadi di mana kefahaman islam itu di semai dalam jiwa umat islam ? Adakah mereka hanya mengikutinya di sebabkan ikutan orang atau dengan niat ikhlas kerana ALLAH ? Bukan aku nak perlekehkan tetapi ini terjadi depan mata.

Aku khuatir apabila ALLAH menarik nikmat yang di berikan kepada kita semua. Banyak musibah dan masalah akan berlaku. Sudah bertahun-tahun kita hidup aman. Apa akan jadi nikmat tersebut allah tarik di bumi malaysia ini.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)

Aku ingin mula dengan diri aku dulu. Aku hanya ingin menyatakan pandangan dan sedikit sebanyak kalau ia dapat membantu umat islam untuk sedar dan berpijak pada bumi yang nyata.

Dengan kejadian MH370 ini, ini akan membuka minda kita yang di beri allah untuk berfikir lebih jauh agar kita tidak lalai dan jauh tersimpang.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)