Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, March 2, 2014

Perjalanan hidup dari 24.02.2014 - 02.03.2014

Salam,


Rumusan perjalanan hidup aku minggu ini. Apa yang menarik ? Hmmm Tiada apa yang menarik sangat cuma minggu ini banyak kerja dekat site. Satu hari setengah sahaja masuk pejabat. Hari lain aku di site.


Minggu ni aku ade job photoshoot (part time job) orang kahwin. Kawan lama adik aku. Dia dah booking aku lebih setahun. Selepas kakak dia kahwin dan guna perkhidmatan photography aku, dia terus book dan bayar deposit. Majlis nikah dia hari sabtu dan sanding dia hari ahad. Rancangnya nak buat outdoor dekat putrajaya. Ada port baru. Mesti menarik lah.


Alhamdulillah, jumaat lepas gaji clear. So ada la duit nak berjimba-jimba di hujung minggu. Bila dapat gaji mesti lah kena bayar hutang dan bil. Memang adat orang bekerja dapat gaji bayar hutang. Boleh ke hidup makan gaji tak bayar hutang ? Sila fikir sendiri. Hehehe.


Minggu ni asyik fikir pasal nak buat bisnes. Masih memikir untuk buat bisnes apa. Orang kata kalau asyik fikir tapi tak bertindak tak guna jugak. Itu orang kata kan. Tapi sebelum nak buat bisnes fulltime pun, banyak benda nak kena consider. Bukan memkhinzir buat je letak jawatan dan buat bisness. Aku nampak satu bisness aku naik buat. Insyaallah kena berguru dengan profesional dulu. Allah bagi petunjuk pada aku. Bulan ni kena start walaupun dengan modal kecil. Yang penting kena mulakan langkah. Senyum.


Baru-baru ni pergi KWSP sebab ada kerja. Tapi sempat curi masa sikit nak check baki simpanan KWSP untuk hari tua. Alhamdulillah dividen dan jumlah simpanan amat puas hati. Jumlah simpanan KWSP adalah dot dot dot. Mana boleh bagi tahu. hehehe. Tapi boleh aku katakan, kalau aku pencen umur 50 (umur panjang), aku dah tak perlu kerja. Makan duit KWSP je. Syukur. Boleh la mendekatkan diri pada ALLAH. Dah tua-tua elok fikir bekalan akhirat. Itu yang lebih lebih lebih penting !! So sekarang kena target kalau pencen umur 45 tahun. Berapa agaknya jumlah simpanan KWSP kena ada ? hmmmmmm


Aku rasa tu je cerita diari aku minggu nie. 










No comments: