Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, February 27, 2014

Salah ke aku tak tukar kereta baru ?



Salam,



Minggu lepas ada la event keluarga. Jadi semua bapa saudara dan mak saudara, sepupu sepapat dan anak buat dan cucu berkumpul la. Sebabkan ada event tersebut berkumpul la kami. Kalau takde event tunggu raya baru berkumpul. Hehehe. Adat la tu kan manusia zaman sekarang nie. Sebab kami lebih banyak berkumpul di whatsapp jer. Kekekeke.




Ok berbalik kepada topik asal.


Nak jadikan bercerita bila dah berkumpulnya kami nie, mula la nak sok sek sok sek. Yang paling aku tak tahan (dalam hati tak tahan, luaran je tahan dengan senyuman) adalah bila bab sentuh "bila aku nak tukar kereta". Mula-mula ok lagi bercerita sebabnya aku ingat nak melawak je tapi kalau lebih setengah jam cerita kat aku suruh tukar kereta baru, hati dah tak tahan. Sebaik sedara kan. Kalau tak dah lama angkat kaki bla cabut. Hehehe.


Nak tahu alasan sebenar kenapa di suruh aku tukar kereta baru ?


katanya "hang dah gaji besar dan jawatan besar, kenapa nak pakai proton lagi?"


katanya "beli la brand selain proton, amik honda ke aper ker. Kasi selesa skit"


katanya "sampai bila hang nak pakai wira tuh. campak je dalam sungai."


katanya "nak tunggu sampai harga kereta jatuh ker ? "


katanya "tak malu ke tengok kawan2 , saudara mara dah tukar kereta baru. Hang bila lagi ?"




tapi takde pulak mereka bagi suggestion macam nie. "Hang pakai kereta baru nanti aku bayaq deposit dan bulanan." Baru la semangat nak tukar kereta kan. Hehehehe


Satu lagi, bila aku pokai dan takde duit simpanan. Ada ke sesiapa nak tolong. Mungkin ada tapi jangan letak harapan. 


Sekian.


Monday, February 24, 2014

Dilema pilihan nak beli motor atau kereta terpakai.


Salam,


Sekarang aku dalam dilema untuk beli kereta terpakai atau motor baru. Aku takde la banyak budget untuk beli kereta baru. Kenapa plak nak beli motor atau kereta terpakai? Sebelum ni aku ada 2 kereta. Satu kereta isteri dan satu lagi kereta aku. Selalu aku pergi naik kereta aku tu la. Tapi kereta aku tu selalu ayah aku bawak. Ayah aku selalu bawak mak aku pergi jalan-jalan. Jadi aku decide nak beli satu lagi kereta atau motor. Aku rasa seronok ayah aku bawak mak pergi jalan-jalan time-time bersara. Gunakan masa persaraan dengan berjalan-jalan. Ada duit pencen memang elok di belanjakan dengan berjalan-jalan. Jadi kalau aku pakai kereta aku tu, kesian plak mak ayah aku tu tak dapat berjalan. Dulu ayah aku tak berani bawak kereta. Jadi sejak dah pandai ni, memang berjalan sahaja la mak ayah aku tu.


Aku boleh je pakai kereta isteri aku tu tapi kesian plak kat isteri bila time dia nak kena balik kampung dan bermalam kat kampung tak dapat. Kereta isteri aku tu pun aku tak guna sangat untuk ke tempat kerja. Kereta isteri aku tu masih elok kondisinya walaupun dah berusia 9 tahun. Kalau bawak jalan jauh memang masih 'bertenaga' la kan. Hehehe. Satu lagi kalau aku ada tugasan luar pejabat takkan nak pakai kereta isteri. Nanti chances untuk rosak makin tinggi pulak.


Baru-baru ni, 2-3 kali aku kena pergi pelabuhan klang utara (northport) sebab ada tugasan dan mesyuarat. Keadaan jalan ke arah sana memang tak elok dan berlubang sana-sini. Lori besar-besar memang gunakan jalan yang sama. Mana taknya jalan-jalan akan jadi cepat rosak dan berlubang. Kalau aku pakai kereta isteri aku tuh, for sure tak sampai sebulan asyik masuk bengkel la jawabnya. Hehehe.


Jadi aku kena ada satu lagi kereta atau motor yang selesa untuk ke tempat kerja. Memang aku beli khas untuk pemanduan hal-hal yang berkaitan kerja sahaja.


Jadi aku dah pilih 2 pilihan yang menjadi pilihan utama aku untuk beli iaitu kereta terpakai satria neo dan motor baru sym 200.




Kenapa aku pilih kereta satria neo? Sebab ia kereta terpakai yang murah dengan deposit dan bayaran bulanan dan kereta dia nampak sporty jugak. Cuma kelemahan adalah ia kereta terpakai. Bila beli for sure ada yang kena repair jugak kan. Salesman for sure kata kereta ni tip-top condition. Hehehe. Apa-apa pun bayaran installment bulanan memang dalam budget aku.




Kenapa aku pilih sym 200? Hmmm mungkin nak cuba jenis pengangkutan baru dengan menaiki motor ke pejabat. Harga pun dalam lingkungan RM10,000. Bulanan pun masih dalam budget. Motor baru dan selesa. Rakan pejabat ada beli motor nie dan memang selesa semasa atas jalan raya. Banyak kos boleh jimat bawak motor ni antaranya masa, tiada tol, petrol yang jimat dan yang paling penting adalah tak tersangkut dengan traffik jem. Yang nampak kekurangan bila pakai motor adalah bila dalam keadaan hujan. Hehehe. Lumrah.


Kenapa tak beli kereta baru terus ? Tak mampu ke ? Senang cerita beli kereta baru jatuh kepada kehendak dan bukan keperluan. Dan aku tak nak berhutang selama 9 tahun lagi. Dulu dah berhutang selama 9 tahun tu rasa seksa ya amat. Kalau aku nak beli kereta baru pun , aku nak beli kereta yang bayar bulanan antara RM1000-rm1300 sebulan. Biar dapat yang lebih selesa. Lagipun kereta isteri aku tu dah cukup selesa untuk kami berjalan jauh. Baiki apa yang patut. Asalkan bulanan kereta tak terbang kat bank. Tapi bila di fikir balik sayangnyaaaaaaaaaa seribu lebih sebulan bayar bulanan kereta. Aaarghhhhhhh.




Thursday, February 20, 2014

Koleksi tazkirah #1 - Laa ilaa ha il lallah

Dari Jabir, “Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Zikir yang afdal (paling utama) adalah Laa ilaa ha il lallah". (HR. Tirmizi) 


Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum mati, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه , dia akan masuk syurga”. (HR. Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432) 


Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". 


Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari) 


Dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul) Wallahu 'alam.

Tuesday, February 18, 2014

Kisah benar isteri berlaku curang !


ISTERI CURANG LEBIH BANYAK MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG

KES PENCERAIAN yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa. 

Kali ini ingin kami pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

KISAH BENAR ISTERI CURANG - WAJIB BACA!!!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat. 

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza. 

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti. 

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong. 

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. 

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap. 

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan. 

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang. 

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. 

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga. 

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. 

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. 

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil. 

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya. 

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. 

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. 

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya. 

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama. 

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have sex with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan lucah melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Tips Munakahat

Sunday, February 16, 2014

Cerita benar tips seorang kakak yang berjimat cermat


Salam,


Kadang-kadang banyak sangat cerita dan nasihat berjimat cermat dan kawal perbelanjaan tetapi ada jugak sukar nak percaya atau ikut. Bagi la sepuluh ribu tips pun kalau tiada daya usaha dan perubahan pada diri sendiri memang tidak akan bermakna.


Sini aku kongsikan cerita dan pengalaman yang aku copy dari group GOLD INVESTOR CLUB . Banyak pengetahuan bila join group yang macam nie.


Semoga cerita ini mampu mengubah sikap boros dan merubah diri dalam perspektif perbelanjaan harian korang. Ok.



Tn Yusri Yusoff menulis ..

KAKAK YANG BERJIMAT CERMAT

Saya kenal seorang kakak tempat kerja lama. Kakak S ni suka menjual sambilan. Di tempat kerjanya mesti ada gula-gula, kuih dan air mineral untuk dijual.

Pada mulanya perasaan dengki ada. Yelah mana boleh berniaga kat tempat kerja. Lagi pun bos lama marah kalau menjual ni. Takut menggangu kerja utama.

Tapi lama kelamaan rasa dengki hilang. Datang pula rasa kelakar, kerana barang yang dijualnya adalah benda makanan yang kecil dan murah. Gula gula sepeket 50 sen. Kacanag RM 1.

Laam kelamaan dah kenal lama, dah berbual, rupanya suami kakak S ni kerja tak tetap. kadangkala kerja bawa teksi, kadangkala kerja mengecat rumah. Ada kala nya jadi pengawal keselamatan.

Jadi bila saya tanya pada kakak S ni, "Tak cukup duit ke?".

Kakak S pun bagi tahu cukup sangat.

Rupanya beliau menjual ni sebagai hobi sahaja.

Dari kecil kakak S ni suka menjual.

Sebenarnya di taman perumahannya beliau selalu didatangi jiran dan adik beradik untuk meminjam duit. Cara beliau bagi pinjam kalau banyak perlu letakkan emas atau barang kemas. Bila dah habis bayar baru pulangkan balik emas itu. Yang bagusnya ialah beliau bagi pinjam duit tanpa bunga.

Kebanyakan yang datang meminjam dengan beliau ni adalah kerana kesempitan duit atau "emergency".

Terus saya terpegun.

Banyak juga duit kakak S ni.

Pergi haji pun sudah lama.

Jadi saya pun tanya lah apa tips boleh jadi kaya.

Beliau pun bagi tahu, Kakak ni bukan nya kaya, tapi boleh lah nak hidup.

Beliau macam tak nak bagi tahu bagaimana belaiu ada simpanan yang banyak walaupun kerja biasa sahaja dan suami pulak kerja tak tetap.

TIPS 1:

Berjimat cermat. Apa yang tak perlu jangan dibeli. Utama kan anak anak. Fikir masa depan anak nanti nak masuk Universiti.

TIPS 2.

Makan di rumah. Apa yang dimakan dirumah dua kali lebih murah dari makan di kedai. Contohnya ikan siakap saiz biasa masak sweet sour, kalau di kedai RM 30, tetapi kalau masak sendiri baru RM 10.

Lagi satu bila makan di luar ni susah nak elakkan dari MSG, Mesti ada letak juga. Sebab peniaga dak orang datang balik kedai mereka. Kadangkala mereka dah campurkan MSG ni dengan garam. Jadi memang tak nampak.

TIPS 3.

Bayar TUNAI. Apa sahaja barang yang boleh bayar tunai bayar lah tunai. Kalau tak ada duit simpan dulu. Yang penting fikirkan anak anak dulu. Kita ni dah lama hidup katanya. Budak budak ni baru nak hidup.

TIPS 4

Bagi duit kat mak ayah. Tak kira RM 10 pun tak pe. Asalkan bagi. Kalau ada banyak bagi banyak , Kalau dapat sikit jer, bagi sikit.
Berkat hidup kalau tolong mak ayah ni. Katanya lagi kalau rezeki tak berkat ni , mesti tak cukup. Walaupun dapat banyak duit mesti tak cukup.

TIPS 5.

Berniagalah walaupun sedikit kerana nabi pun berniaga. 9 daripada 10 punca rezei adalah dari berniaga katanya.

TIPS 6

Beli rumah atau tabungan yang dipotong secara outomatik. Beliau, telah membuat potongan tabung haji untuk setiap anak nya. Bagi anak sulung nya, beliau masa tu baru kerja, maka beliau buat potongan gaji RM 5 sahaja. Hasilnya duit simpanan utk anak sulungnya itu boleh tampung perbelanjaan awal anak sulungnya utk pergi ke Autralia belajar di sana.

Saturday, February 15, 2014

Ini contoh kecil kita membazir secara tak sedar



Salam,


Kadang-kadang kita tak sedar kita ni membazir dalam perbelanjaan sesuatu perkara. Dan dalam keadaan tak sedar kita membazir kepada benda yang nampak nilainya kecil sewaktu kita berbelanja. Dan dalam keadaan tak sedar sekecil-kecil duit yang kita membazir tu bila kita jumlahkan ia akan menjadi satu nilai yang besar. Ini ada satu contoh yang biasa kita lihat. Mungkin tak semua orang macam ni tapi majoritinya macam nie lah. Ia berlaku setiap hari di keliling kita.


Situasinya begini.


Kita banyak membazir dengan minuman. Mungkin ada yang setuju dan mungkin tak setuju. Takpe saya tak paksa korang setuju atau tak. Hehehe. Hanya nak berkongsi pandangan.



PAGI: 
"Teh tarik onney. Kurang manis..." - Harga RM1.70


TENGAHARI:
"Fresh orange satu..." - Harga RM2.50


PETANG:
"Teh tarik satu. Kasi keras punya..." - RM1.60


MALAM:
"Teh tarik kasi tarik panjang satu..." - RM1.50


Total perbelanjaan untuk air sahaja sehari adalah = RM7:30 . Ini perbelanjaan untuk air sahaja. Cuba bayangkan kalau secara puratanya perbelanjaan air kita adalah antara RM5-M7. Jadi dalam sebulan kita dah belanjakan untuk air sahaja antara RM150-RM210.


Boleh nampak tak kalau kita nak berjimat dengan perbelanjaan air nie. Cuba praktikkan anda tengahari dan malam minum air suam atau ais kosong jer. Lebihan baki duit air ni boleh di gunakan untuk simpanan dan pada masa yang sama boleh mengelak penyakit.


Sini aku nak menunjukkan kita selalu merungut bila petrol naik dan sebagainya. Dan kenaikan itu akan menyebabkan kos perbelanjaan kita meningkat. Tapi itu bukan bermakna aku sokong kenaikan tetapi apa yang cuba aku sampaikan adalah kita sendiri adalah faktor utama penyebab kita tak cukup duit sentiasa. Kita tak mampu untuk menyimpan dan sering menggunakan alasan kenaikan kos penyebab kita tak dapat menyimpan.


Aku dah lama praktikkan benda ni. Dulu waktu mula2 kerja, memang itu lah perbelanjaan aku sahaja. Since aku sedar kos meningkat. Aku dah takde minum petang atau malam. Tengahari aku minum sirap ais je. Kasi hilang dahaga kat tekak. Pagi aku selalu minum kat rumah. Jadi aku dapat jimat dari kos minuman. Jadi dengan duit tu boleh top-up duit petrol kalau kena kerja kat site sementara dapat duit claim tu balik. Bila dah dapat duit claim boleh la simpan dalam ASB terussss.


Jadi tepuk dada dan tanya diri. Adakah kita mahukan perubahan dan masih mengharap orang lain mengubah nasib diri? Nak harap orang politik, mereka lebih pentingkan periuk nasi mereka dari kita. Hehehe.



Friday, February 14, 2014

(Instagram) Koleksi gambar terbaru madinah - bhgn 1

Salam,


Rindu nak pergi madinah lagi.
Persekitaran yang tenang.
Dekat dengan nabi muhammad saw.
Banyak pahala dapat jika bersembahyang di sana.



sumber gambar: instagram. semua gambar kredit kepada owner.















Thursday, February 13, 2014

Allah memberitahu cara mengatasi kesempitan rezeki kita.


Salam,


Zaman sekarang. Kalau duit banyak kuat pulak berhutang automatik jadi 'miskin'. Ada yang setiap bulan gaji pasti tak cukup. Duit belanja bulanan mesti cepat habis. Nak bagi mak ayah pun tak mampu walaupun gaji beribu-ribu.


Hidup di bandar. Masuk tandas pun kena bayar. Sekarang ada yang sekali masuk kena bayar 50 sen walaupun nak buat hajat kecil je. Parking kereta ikut jam. , lagi lama jam lagi banyak nak kena bayar parking.


Sekali keluar rumah pasti duit pun akan kena keluar.


Cukai pun kena bayar. Cukai rumah la, cukai tanah la. Cukai pendapatan dan cukai lain2. Pinjaman pelajaran lagi nak bayar. Bayaran rumah bulanan pun nak kena bayar.


Jadi setiap bulan sentiasa kesempitan duit. Yang bekerja pun kesempitan duit. Yang bekerja sendiri pun kesempitan duit. Yang tak berkerja lagi la kesempitan duit.


Tapi Allah dah bagi 'cara' macam nak keluar dari kesempitan.  Insyaallah mari kita amalkan. Kalau dalam poket tu ada RM10 sahaja, sedekah kan la ikut kemampuan kepada mereka yang memerlukan. Tengok keajaiban allah beri nanti. Jangan risau. Allah tidak sesekali menzalimi kita.


:-)





Monday, February 10, 2014

Kawanku seorang syiah


Salam,


Identiti kawan aku ni aku rahsiakan. Aku cerita dalam ini bukan lah aku nak memperlekehkan atau mahupun untuk memalukan beliau. Apa yang aku cerita hanya untuk di jadikan pengajaran kepada mereka yang merasakan penulisan aku ni boleh di jadikan pengajaran buat mereka. Aku hormati pendirian dia. Aku tak nak tuduh dia seorang kafir atau apa sahaja gelaran. Aku perlu hormati apa sahaja kepercayaan dia walaupun dalam hati aku ni ingin aku berdiskusi dengan dia dan membawa dia ke pangkal jalan yang lurus. Tapi aku rasa aku tak layak untuk 'berdebat' dengan dia.

Kawan aku ni seorang yang rajin mengkaji. Aku percaya untuk dia menjadi seorang syiah bukan lah sesenang dia nak di pengaruhi tetapi dia mengkaji apa sahaja kebenaran atau ilmu yang sepatutnya dia perlu faham. Dan aku percaya dia menjadi syiah bukan di pujuk oleh rakan-rakan. Walaupun mungkin ada pujukan tetapi itu belum cukup untuk dia senang di pengaruhi.


Ini pengalaman aku berdiskusi dengan dia berkenaan dengan syiah. Aku tanya beberapa soalan yang selalu di kaitkan dengan syiah. Sebelum ini kita di hidangkan dengan cerita syiah sesat di tv dan media sosial tetapi kini aku berdepan 'face to face'.


Walaupun masa berbicara dengan dia tidak la lama sangat tetapi ia menjadi pengalaman yang tidak aku lupakan. Aku mendengar segala justifikasi dia berkenaan dengan syiah. Kenapa dia menganut syiah. Apa beza syiah yang dia anut dengan pegangan ahli sunnah waljamaah.


Tetapi aku peringatkan dia, selagi dia percaya ALLAH itu adalah tuhan yang wajib kita sembah dan MUHAMMAD itu pesuruh allah selagi itu aku percaya dia tidak tergolong dalam sesat. Cuma aku kata pada dia, sekiranya dia mengagungkan dan melebihkan Ali ra dan Husin ra selain Allah swt dan Muhammad aku kata dia dah sesat dan lebih menyesatkan !! 


Mungkin pendapat masing-masing berbeza jadi kita perlu hormati pegangan dia. Sebagaimana kita hormat pegangan agama orang bukan islam di sekeliling kita. Tetapi kita teruskan dakwah terhadap mereka dan pastikan juga jiwa dan iman kita teguh dan tidak mudah terpengaruh dan terpesong dari gejala-gejala kesesatan di zaman akhir nie.


Kita harus dan wajib memperbanyakkan mencari ilmu agama. Jangan lah kita berguru dengan hanya seorang guru sahaja. Kita pelbagaikan la guru agama kita agar kita mempunyai pilihan untuk percaya setiap perkara yang menjadi persoalan kita. Jangan kita mencari ilmu dengan berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Kita kena pelbagaikan cara. Jangan mudah percaya apa yang di tulis di dalam internet. Semua fakta boleh di manupulasi oleh golongan tertentu untuk meraih sokongan dan simpati.


Kita hidup di akhir zaman. Penuh dengan fitnah. Segala fakta di ubah mengikut selera golongan tertentu. Di ubah untuk berkuasa dan bukan untuk di bimbing ke jalan yang lurus. Jangan lah juga kita lalai dalam mencari ilmu sehingga kita lupa apa yang penting patut kita kejar. Iaitu kita patut menjadi orang beriman, mencari rahmat allah dan akhir sekali mencukupi bekalan untuk layak menjadi ahli syurga.


Perhatikan firman Allah swt ini. Siapakah orang-orang yang beriman?


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mu'minuun 23:1) 

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:2) 

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mu'minuun 23:3) 

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (Al-u'minuun 23:4)  

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (Al-Mu'minuun 23:5) 

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 
(Al-Mu'minuun 23:6) 

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (Al-Mu'minuun 23:7) 

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Al-Mu'minuun 23:8) 

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:9) 

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - (Al-Mu'minuun 23:10)

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minuun 23:11) |