Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, March 26, 2014

Aku nak mengamalkan bersiwak.


Salam,

Semalam aku beli kayu sugi. Sebenarnya dah lama aku plan nak beli kayu sugi. Aku nak mula bersiwak. Bersiwak kan sunnah nabi muhammad saw kita. Pasti banyak kelebihan bersiwak nie. Kita memang selalunya gosok gigi dengan ubat gigi yang melambak-lambak dan bermacam-macam jenis yang ada dalam pasaran. Bukan sahaja ubat gigi sahaja, tetapi berus gigi pun dah ada bermacam-macam jenis dan rekabentuk. Kononnya setiap jenis ada kelebihan dia. Setiap tahun pasti ada ubat gigi rasa baru dan berus gigi rasa baru di perkenalkan dalam pasaran. Hehehe. Tetapi kita lupa atau tidak mengambil berat tentang kelebihan dan kepentingan bersiwak nie. Mungkin kita tak tahu kelebihan dia.

Dari sekolah rendah atau tadika kita di ajar cara berus gigi dan ubat gigi. Tapi tak pernah di ajar cara bersiwak. Tapi aku rasa ada tetapi mungkin tak meluas lagi sekarang. Aku rasa kerajaan patut masukkan modul bersiwak ni dalam modul pelajaran mereka. Kalau orang bukan islam tak nak ikut takpe asalkan kita ajar untuk umat islam.

Aku beli kayu sugi ni kat kedai buku agama kat AEON wangsa maju (dulunya carefour) . Harga sebungkus aku beli RM2.50. Terus aku amik 4 bungkus. Buat stok atau bagi keluarga aku pakai kalau mereka nak pakai.

Lepas maghrib tadi, aku google dan tengok youtube. Cara pakai kayu sugi. Cara basuh dan menyimpan kayu sugi. Cara sunnah nabi gosok gigi dengan kayu sugi nie. Memang senang cara dan praktikalnya. Tak susah compare dengan ubat gigi dan berus gigi moden nie.

Lepas dah khatam cara guna kayu sugi ni aku mula la nak bersiwak.

Pertama - Bungkus bungkusan sugi tu. Seeloknya jangan di buang bungkusan kayu sugi tu. Boleh di gunakan tempat simpan kayu sugi tu balik. Keluarkan kayu sugi tu. Bila aku keluar kayu sugi tu, mula-mula aku bau kayu sugi tu. Hmmm bau dia adalah bau yang tak pernah aku rasa. Dan aku rasa 'terkejut' dengan bau dia. Biasa la kan, first time.

Kedua - Aku cari cawan dan isi air biasa. Aku celup kayu sugi 1/3 dari panjang kayu sugi dalam cawan tadi. Aku biar kayu sugi berendam dalam 10 minit begitu. Kenapa 10 minit ? Entah ikut rasa korang la kan.

Ketiga - Selepas 10 minit, aku mula kikis kulit kayu sugi tu dan buang kulit dia. Bukan buang kulit kayu sugi seluruh batang tu. Agak-agak dalam 5-10cm panjang. Yang rasa elok panjangnya untuk korang jadikan ia seperti berus gigi.

Keempat - Selepas aku dah buang sebahagian kulit kayu sugi tadi, aku gigit bahagian yang tidak berkulit tu. Aku gigit supaya ia terlerai dan menjadi seperti berus. Macam berus lukisan. Kira macam tu la. Korang gigit la guna gigi geraham korang.

Kelima - Lepas aku puas hati kayu sugi yang aku gigit tadi jadi berus. Mula la sapu. Ikut sunnah, kita mulakan dengan gigi geraham sebelah kanan korang dan berus dari kanan ke kiri. Ulang la beberapa kali. Lepas tu korang berus la bahagian yang sukar nak di gosok dengan berus yang selalu korang guna.

Keenam - Aku tak sure berapa lama korang kena gosok dengan kayu sugi ni. Korang buat dan ulang la seberapa yang korang rasa selesa dan puas. Aku plak gosok macam berus gagi biasa tu. Ulang 3-4 kali la jugak.

Ketujuh - Selepas korang guna, basuh la bahagian berus kayu sugi tu dengan air biasa. Lepas tu biar ia kering dan bungkuskan balik kayu sugi tu. Ulang perkara yang sama bila korang nak guna kayu sugi tu. Senang kan.

Ada staff pejabat aku dah guna kayu sugi nie. Macam bos aku, dia memang kuat merokok. Gigi dia  memang kuning. Orang hisap rokok memang gigi kuning kadang2 nampak bekarat. So dia amalkan la bersiwak nie. Setalah amalkan, gigi dia putih kembali. Terkejut aaaaa. Dia tunjuk depan aku.

Ada member aku pun baru guna. Gigi dia kadang-kadang sakit. Selepas dia guna, gigi dia ada kurang sakitnya.

Memang banyak kelebihan dengan mengamalkan sunnah rasulullah ni. Harap korang semua mula la amalkan sunnah nie. Ia datang dari Nabi Muhammad saw.

Okbai.

1 comment:

atan ahmad said...

salam admin ,


Kami suami/isteri ada menjual sambal ikan bilis dengan harga serendah RM12 per gram.


Kunjungi page FB kami di https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/.


Sesiapa yang tak sempat nak masak.
Sesiapa yang nak bawak travel/camping/naik gunung
Sesiapa ada anak/kenalan yang belajar di asrama.
Sesiapa yang suka ratah sambal ikan bilis.
Sesiapa yang nak berjimat sikit
Sesiapa malas kopek ikan bilis.
Dan sesiapa sahaja.


Penyelesaian nya adalah sambal ikan bilis.


tq admin