Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, May 4, 2014

Perubahan diri

Salam,

Tadi aku ada tugasan di negeri sembilan. Semasa tugasan tu tadi aku sempat solat zohor di surau di kawasan tu. Then selepas tugasan tu habis aku solat asar pula di surau tersebut. Selesai sahaja aku solat, aku keluar dari surau sambil memandang surau. Sunyi dan sepi. Macam rumah yang tidak bertuan. Tiada aktiviti riadah yang berlaku di sekeliling surau. Suram sahaja aku tengok surau itu.

Teringat surau aku di kawasan perumahan aku. Sama juga keadaannya. Bila masuk azan solat. Tak ramai yang berjemaah. Selepas jemaah semua jemaah balik. Surau kembali sunyi dan sepi. Ada la bunyi serangga yang menghuni surau tu.

Kadang-kadang sedih dan terfikir, rumah allah sunyi dari perkara atau aktiviti ibadah. Hanya tempat untuk solat sahaja. Tiada aktiviti selain darinya.

Bila masuk sembahyang, majoriti yang sembahyang adalah orang-orang yang dah berusia. Ada yang sembahyang duduk. Ada yang masik cuba sembahyang berdiri walaupun kudrat untuk berdiri tidak kuat. Ada yang batuk. Ada yang susah nak rukuk dan sujud. Tetapi di sebabkan usia yang lanjut mereka gagah jua ke surau berjemaah. Bertuahnya mereka kerana masih di beri ruang dan peluang untuk merebut rahmat ALLAH sebelum nyawa mereka di ambil oleh ALLAH.

Anak muda. Memang boleh di kira kat surau tu melainkan solat jumaat. Kenapa bila solat jumaat, ramai je anak muda berjemaah dekat masjid. Kenapa? Mungkin kerana solat jumaat tidak boleh solat secara keseorangan.

Tetapi kepada anak muda (termasuk aku), bila pergi tengok bola sepak kat stadium boleh pulak berjemaah. Bila pergi pasar malam boleh pula berjemaah. Bila pergi shoping sale sana sini, boleh pulak berjemaah. Kadang berjam-jam. Kadang aku terfikir adilkah aku ?

Di mana kita letakkan tanda bersyukur kepada ALLAH ?
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Di mana kita letakkan bacaan KALAM ALLAH ?
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Di mana zikir kita kepada ALLAH ?
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Aku cuba berubah. Mengajak pembaca aku berubah. Aku tak sempurna tetapi aku nak perbaiki amalan lalu yang aku lalai. Alhamdulillah ALLAH uji kenikmatan yang aku dapat sebelum ini. Mungkin kerana aku lalai tanggungjawab aku padaNYA yang utama. Lalai mengumpul harta. Lalai dengan tugasan dunia.

Syukur aku ingin lebih dekatkan diri padaNYA. Di beri peluang olehNYA untuk memperbetulkan apa yang aku lalaikan.

Aku cuba sedikit demi sedikit. Biar sedikit demi sedikit asalkan ia berkekalan.

Syukur ALLAH kerana menarik nikmatnya yang di beri pada aku sebelum inni dan di beri kesedaran pada aku. Harta itu bukan segalanya.

Berserah diri padanya dan memohon padanya. Mendekatkan diri padaNYA. Mengingati nasib bila berdepan dengan ALLAH nanti.



No comments: