Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, July 31, 2015

Terbaru. Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets KL-Padang Besar


google: Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, padang besar Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, jadual padang besar kl Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, keretapi ets padang besar Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, gambar Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, terbaru Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, terkini Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, berita Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, pengalaman naik Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, review Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, review naik keretapi etx dan Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets, masa perjalanan Harga tambang tiket dan jadual perjalanan keretapi ets







"Nak merasa menjadi orang kaya ? " Ini tips nya



JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG KAYA!!

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima!

Jawapan ""Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"




Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"

Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

Kata anak: "Mustahil ia penuh."

Jawab ayah: "Cubalah dulu."

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: "Tidak ada faedah saya mengisinya."

Ayahnya menjawab: "Cuba lagi kali kedua!"

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: "Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."

Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"

Budak itu terkejut dan menjawab: "Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah...

Sunday, July 26, 2015

Biodata dan Akhlak Nabi Muhammad saw Yang Perlu Kita Tahu Dan Ikuti !


20 FAKTA RINGKAS MENGENAI NABI MUHAMMAD ﷺ YANG PERLU KITA KETAHUI:
1) Rasulullah ﷺ dilahirkan di Kota Makkah pada hari isnin,diangkat menjadi Nabi pada hari isnin,berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari isnin,mengangkat Hajarul Aswad pada hari isnin dan wafat pada hari isnin(Besarnya makna hari isnin buat kita semua)
2)Ibu Baginda bernama Aminah Binti Wahab manakala ayahnya bernama Abdullah Bin Abdul Muthalib.
3)Asy-Syifa Binti Auf yakni ibu kepada sahabat Baginda Saidina Abdur Rahman Bin Auf adalah bidan yang menyambut kelahiran Rasulullah ﷺ.
4)Ibu susuan Rasulullah ﷺ ada 3 orang iaitu ibu Baginda sendiri Aminah Binti Wahab,Tsuwaibah Al-Islamiyyah dan Halimah As-Sa'adiyyah.
5)Dada Rasulullah ﷺ
dibelah sebanyak 4 kali iaitu umur 4 tahun,10 tahun,40 tahun dan 52 tahun.

6)Wajah Rasulullah ﷺ
tidak terlalu bulat dan tidak terlalu bujur manakala kulitnya berwarna putih kemerah-merahan.

7)Rasulullah ﷺ memakai celak yang dibuat daripada ithmid setiap malam dengan mengusapkannya 3 kali pada setiap kelopak mata sebelum tidur.
8)Berkahwin di usia 25 tahun.
9) Rasulullah ﷺ ketika duduk ataupun berdiri Baginda selalu berzikir.
10) Rasulullah ﷺ apabila suka maka Baginda akan memejamkan matanya.
11)Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
12)Rasulullah ﷺ menyukai wangi-wangian dan sentiasa membawa cermin,sikat dan siwak ke mana sahaja.
13)Rasulullah ﷺ tidak pernah mencela makanan.Apabila suka Baginda akan makan.Jika tidak suka ditinggalkannya tanpa mencela.
14) Rasulullah ﷺ sangat menyukai buah labu dan kambing(kaki bahagian peha)
15) Rasulullah ﷺ
tidak pernah menguap,dihinggapi lalat dan tiada bayang-bayang ketika berjalan.

16) Rasulullah ﷺ
sentiasa solat secara berjemaah.

17) Rasulullah ﷺ menunaikan ibadah Haji hanya sekali iaitu Haji Wada' dan melakukan umrah sebanyak 4 kali.
18) Mukjizat terbesar Rasulullah ﷺ adalah Al-Quran
19) Air memancut keluar dari jari-jemari Rasulullah ﷺ yang mulia sehingga dapat diminum sepuas-puasnya dan dijadikan air wudhuk oleh 1400 orang.
20) Rasul
ullah ﷺ wafat ketika berumur 63 tahun pada hari isnin dan jenazah suci Baginda dikebumikan pada malam rabu.

21)BONUS
Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha menceritakan dalam riwayat ketika mana beliau menjahit terjatuh jarum yang digunakannya,beliau mencari dalam kegelapan malam dan masuk Rasulullah ﷺ ke dalam bilik sehinggakan beliau dapat melihat dengan jelas jarum yang dicarinya itu dan diambil oleh beliau dan sambil tersenyum kepada Nabi ﷺ mengucapkan alangkah indahnya wajahmu alangkah bercahaya wajahmu Ya Rasulullah.
Kata Rasulullah ﷺ "Wahai Aisyah benar wajahku bercahaya dan indah.Kamu tahukah nanti pada hari kiamat nanti ada di kalangan Ummatku nanti ada yang tidak dapat melihat keindahan wajah ini."
Sehinggakan kehairanan Saidina Aisyah dan mengatakan "Siapakah Ya Rasulullah yang tidak dapat melihat keindahan wajahmu?
Rasulullah ﷺ berkata"Ia adalah orang yang bakhil".Maka Saidina Aisyah bertanya lagi "Siapakah orang yang bakhil itu wahai Rasulullah"
Rasulullah ﷺ menjawab" Ianya adalah orang apabila disebut namaku dihadapannya dia tidak mengucapkan selawat keatasku."
Marilah perbanyakkan berselawat dan berselawatlah ketika mendengar Nabi Muhammad ﷺ disebutkan dihadapan kita.Tak rugi pon yang dapat untung kita juga bukan ke begitu wahai sahabat?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى وسلم