Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, February 10, 2014

Kawanku seorang syiah


Salam,


Identiti kawan aku ni aku rahsiakan. Aku cerita dalam ini bukan lah aku nak memperlekehkan atau mahupun untuk memalukan beliau. Apa yang aku cerita hanya untuk di jadikan pengajaran kepada mereka yang merasakan penulisan aku ni boleh di jadikan pengajaran buat mereka. Aku hormati pendirian dia. Aku tak nak tuduh dia seorang kafir atau apa sahaja gelaran. Aku perlu hormati apa sahaja kepercayaan dia walaupun dalam hati aku ni ingin aku berdiskusi dengan dia dan membawa dia ke pangkal jalan yang lurus. Tapi aku rasa aku tak layak untuk 'berdebat' dengan dia.

Kawan aku ni seorang yang rajin mengkaji. Aku percaya untuk dia menjadi seorang syiah bukan lah sesenang dia nak di pengaruhi tetapi dia mengkaji apa sahaja kebenaran atau ilmu yang sepatutnya dia perlu faham. Dan aku percaya dia menjadi syiah bukan di pujuk oleh rakan-rakan. Walaupun mungkin ada pujukan tetapi itu belum cukup untuk dia senang di pengaruhi.


Ini pengalaman aku berdiskusi dengan dia berkenaan dengan syiah. Aku tanya beberapa soalan yang selalu di kaitkan dengan syiah. Sebelum ini kita di hidangkan dengan cerita syiah sesat di tv dan media sosial tetapi kini aku berdepan 'face to face'.


Walaupun masa berbicara dengan dia tidak la lama sangat tetapi ia menjadi pengalaman yang tidak aku lupakan. Aku mendengar segala justifikasi dia berkenaan dengan syiah. Kenapa dia menganut syiah. Apa beza syiah yang dia anut dengan pegangan ahli sunnah waljamaah.


Tetapi aku peringatkan dia, selagi dia percaya ALLAH itu adalah tuhan yang wajib kita sembah dan MUHAMMAD itu pesuruh allah selagi itu aku percaya dia tidak tergolong dalam sesat. Cuma aku kata pada dia, sekiranya dia mengagungkan dan melebihkan Ali ra dan Husin ra selain Allah swt dan Muhammad aku kata dia dah sesat dan lebih menyesatkan !! 


Mungkin pendapat masing-masing berbeza jadi kita perlu hormati pegangan dia. Sebagaimana kita hormat pegangan agama orang bukan islam di sekeliling kita. Tetapi kita teruskan dakwah terhadap mereka dan pastikan juga jiwa dan iman kita teguh dan tidak mudah terpengaruh dan terpesong dari gejala-gejala kesesatan di zaman akhir nie.


Kita harus dan wajib memperbanyakkan mencari ilmu agama. Jangan lah kita berguru dengan hanya seorang guru sahaja. Kita pelbagaikan la guru agama kita agar kita mempunyai pilihan untuk percaya setiap perkara yang menjadi persoalan kita. Jangan kita mencari ilmu dengan berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Kita kena pelbagaikan cara. Jangan mudah percaya apa yang di tulis di dalam internet. Semua fakta boleh di manupulasi oleh golongan tertentu untuk meraih sokongan dan simpati.


Kita hidup di akhir zaman. Penuh dengan fitnah. Segala fakta di ubah mengikut selera golongan tertentu. Di ubah untuk berkuasa dan bukan untuk di bimbing ke jalan yang lurus. Jangan lah juga kita lalai dalam mencari ilmu sehingga kita lupa apa yang penting patut kita kejar. Iaitu kita patut menjadi orang beriman, mencari rahmat allah dan akhir sekali mencukupi bekalan untuk layak menjadi ahli syurga.


Perhatikan firman Allah swt ini. Siapakah orang-orang yang beriman?


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mu'minuun 23:1) 

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:2) 

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mu'minuun 23:3) 

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (Al-u'minuun 23:4)  

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (Al-Mu'minuun 23:5) 

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 
(Al-Mu'minuun 23:6) 

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (Al-Mu'minuun 23:7) 

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Al-Mu'minuun 23:8) 

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:9) 

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - (Al-Mu'minuun 23:10)

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minuun 23:11) | 

No comments: