Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, January 31, 2014

Aksi terlanjur kasih sayang dengan isteri di kala cuti


Salam,


"Aksi terlanjur kasih sayang dengan isteri" , melampau tak tajuk ni, apa kejadahnya tajuk blog macam tu. Entah la. Mula-mula nak tulis je tajuk yang nampak formal dan baik macam tu. Tapi rasa macam entah ape-ape. Macam orang nak pergi pejabat kena nampak cantik dan smart plak. Kikiki. Kali ni nak kasi up skit tajuk yang agak sensitif tetapi jalan ceritanya adalah berlainan apa yang di jangka.





Bermulanya aksi terlanjur adalah begini ceritanya....


Semalam sehari sebelum cuti public holiday tahun baru cina, aku amik cuti. Isteri pun cuti. Jadi aku dapat 5 hari cuti sekali gus. Apply cuti tahunan untuk sehari. Tapi cuti 5 hari. Perghhhh. Dari hari khamis, jumaat, sabtu, ahad dan isnin. Kan best tu 5 hari cuti. Jadi hari khamis hari tu aku dan isteri plan nak layan movie kat mid valley. Dah lama tak tengok movie. Memanjang kerja dan ada masa yang tak sempat nak tengok wayang bersama sebab komited pada hal peribadi yang lain. Jadi semalam kami decide nak tengok wayang. Bukan satu movie tapi dua movie. Kami declare sebagai movie marathon.


Movie apa yang kami tengok ? Bab ini la yang mula-mula agak pening skit sebab tak tahu nak pilih movie mana. Sambil layan baring-baring dengan wife atas katil, godek la application tgv dan gsc kat handphone *teknologi di hujung jari*. Sambil baring boleh booked tiket. Lepas ni entah apa plak. Kelip mata je kot. Kekekeke.


Last-last kami belum decide nak tengok movie apa masa atas katil tadi. Buang masa. Jadi arahan sudah di keluarkan terus bersiap untuk ke mid valley dan di sana baru decide nak tengok cerita apa. Chehh!!!


Kami gerak ke mid valley 10:30 walaupun rumah kami dengan mid valley dekat dalam 15 minit je kalau tak jem dan traffik light semua hijau. Kikikiki. Sesampai je di mid valley, parking punya la banyak. For the first time ever, dapat parking berdekatan dengan pintu masuk ke tempat wayang. Punya la excited dan bangga. Wakakakakaka. Selama ni memang haram nak dapat parking area situ. Sebab selalu datang waktu petang. Kehkehkeh.


Orang beratur nak beli tiket tak la ramai lagi. So kami beratur dan terus beli 2 movie. Satu movie pukul 11:30am dan satu lagi pukul 4:30pm. Bawah tu ada 2 movie yang kami dah booked. Rasanya itu pilihan terbaik.


Movie pertama 47 ronin lakonan keenu reeves. Walaupun movie ini dah lama di tayangkan di pawagam. Tapi sebaik last minit dapat jugak tengok. Tiket plak harga RM10. Murah kalau di bandingkan pada masa awal tayangan dulu. Cerita memang best !! Tak rugi beli tiket. 




Movie kedua kami layan adalah The secret life of walter millty. Reason utama kami pilih cerita ni sebab waktu timing tayangan dia kena dengan masa yang kami peruntukan dan plan. So kami pun layan. Cerita dia not bad. Ben stiller ni terkenal dengan cerita lawak kan. Tapi kali ni cerita ni tak la berapa lawak tapi memang lain dari yang lain. Lawak tu tetap ada tapi jalan cerita dia memang santai. Aku mula-mula memang dah rasa boring dengan awalan cerita. Tapi bila masuk pertengahan baru rasa best. Wife aku cakap memang best cerita dia. Dan aku akui cerita dia best. Tak rugi tengok. Silakan la yea bagi mereka yang belum tengok.




Jadinya habis wayang ini dekat nak pukul 7. Dari 10:30 kami sampai mid valley dan sehingga lah pukul 7 malam. Perghhhhhh. Lama betul. Itu lah aksi terlanjur kasih sayang dengan isteri. Melayani masa bersama antara kami berdua. Spend time together gather. Bukan spend time atas katil sokmo tapi spend time dengan relax.


So itu sahaja lah yea. Takde aksi ghairah ghairah pun cuma aksi keghairahan aksi cinta kami bila spend time bersama di kala cuti. Hehehehe.


Puas minum chat time. Dah jadi ketagih plak. Hehehe. Ok chow , jumpa lagi.


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


Wednesday, January 29, 2014

Percutian ke Sabah


Salam,


Insyaallah sekiranya di izinkan oleh Allah swt, aku akan berpeluang membawa keluarga besar aku ke Sabah. Memang dah lama simpan impian membawa keluarga ke sabah sejak dari percutian kami di langkawi 4 tahun lepas. Kali ini niat di hati insyaallah akan termakbul. 4 keluarga akan mengikut rombongan kami ke sabah. Nampak macam besar je 4 keluarga tu kan. Sebenarnya ada 9 orang aja dalam total 4 keluarga tu. Hehehe.





Seperti biasa tarikh dah confirm. So kenalah plan beli tiket kapal terbang dulu. Itu yang paling penting kena buat sebelum sibuk mencari tempat penginapan dan aktiviti yang bakal di rancangkan. Alhamdulillah tiket flight dah berjaya di booked dengan harga yang sangat berpatutan bagi aku. Kira kos tiket penerbangan air asia untuk satu kepala adalah RM262 pergi balik. Murah kot bagi aku. Aku check itu lah harga paling murah pada bulan yang aku plan nak pergi sabah. Jadinya tiket penerbangan pun dah settle. Jadi settle satu perkara.


Selepas tiket Sabah dah confirm, baru aku start cari tempat penginapan. Untuk penginapan aku tak nak duduk hotel. Rasa macam tak best pulak setiap keluarga terpisah dengan bilik-bilik hotel. Jadi aku sendiri decide aku cari homestay. Rumah sewa yang harga berpatutan dan dekat dengan lapangan terbang kota kinabalu dan bandar kota kinabalu.


Alhamdulillah tempat penginapan dah confirm. Dapat homestay yang harga dia sangat berpatutan dengan tawaran rumah yang di beri. Memang berbaloi-baloi lah. Nanti aku cerita la entry pasal homestay tuh.


Jadi yang belum di confirmkan lagi adalah pengangkutan di sana. Kami sekeluarga belum decide jenis kereta apa yang nak di sewa. Dan berapa buah kereta yang nak di sewa memandangkan kami ada 9 orang. Jadi buat masa ini belum decide. Kami sekeluarga akan berbincang dengan lebih details bila kami sekeluarga berkumpul balik.


Masuk bulan dua yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku baru plan nak susun aktiviti ke sana. Aku ke sana selama 5 hari 4 malam. So kena full fill kan setiap hari dengan aktiviti yang wajib kami kena buat. So aku akan banyak blogwalking dengan menggunakan kata carian di google. Hehehe.


Insyaallah aku akan kongsikan plan-plan aku ke sana. Dan berapa budget aku kesana. So stay tune lah yea. Buat masa ni, ini sahaja yang aku dapat update.


Ok bye.

Thursday, January 23, 2014

Belum ada rezeki anak


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15)


Salam,


Semenjak dua menjak ini, aku berfikir, kenapa aku dan isteri belum di kurniakan anak setelah enam tahun kami kahwin ? Orang lain nampak bahagia dengan anak masing-masing. Aku kalau takde anak tidak boleh bahagia kah ? Orang melayu kita bila takde anak risau ke main. Kenapa kita perlu risau ? Sebab takut perkahwinan dan keluarga tak bahagia kah ? Takut generasi keturunan kita akan hilang ? Takut takde orang akan mendoakan kepada kita setelah kita mati ?


Entah la. Kalau di fikir-fikir itu dan ini, memang masalah takde anak tidak akan habis, sampai bila-bila takkan ada penyelesaianya. Kenapa aku cakap begitu? Ini kerana urusan kurniaan anak ini adalah urusan Allah swt. Aku dan isteri hanya lah berusaha sebaik mungkin.


Allah bagi kita akal fikiran. Allah suruh kita berfikir apa tujuan kita hidup ? Untuk dapat anak? Ya keluarga kalau ada anak baru nampak sempurna dan lengkap. Memang di akui tapi itu tak menjamin keluarga tak bercerai berai kan ? Sama juga kalau pasangan suami isteri takde anak yang boleh bercerai berai jugak. Jadi kenapa perlu risau kalau takda anak. Kita pun mampu hidup bahagia dengan takde anak tetapi cara kita mesti tak sama dengan orang yang ada anak.


Setiap kejadian dan susunan galur hidup kita allah dah aturkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah tahu kelemahan hambanya. Allah mahu kita berfikir, bila kita takde anak, apa yang perlu kita buat apabila kita takde anak? Kalau orang ada anak, segala urusan anak akan mereka jaga. Jadi apa yang patut kita buat bila kita takde anak?


Jawapannya Allah ingin kita mendekatkan diri padaNya. Masa yang sepatutnya kita luangkan untuk anak kita gantikan dengan beribadah dan mendekatkan diri padaNya. Bila kita takde anak, sure kita banyak masa sebab kita takde nak uruskan hal anak-anak. Jadi gunakan kelebihan anda memperbanyakkan ibadah pada Allah. Itu lah kelebihan yang Allah nak beri pada kita. Itu lah bahagian kita.


Bukan kah tujuan kita di jadikan oleh allah swt adalah untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Cuba baca firman Allah swt di bawah:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)


Pada masa ini lah kita kena mengambil peluang yang allah bagi untuk kita berusaha untuk mendapatkan rahmat dariNya. Kita ingin kekal hidup di syurga di akhirat kelak. Itu yang patut kita tumpukan dan usahakan. Cuba baca firman allah ini.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155) 


 (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156) 


 Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 2:157)



Jadi kepada pasangan di luar sana yang masih belum ada rezeki di kurniakan anak. Jangan bersedih. Sedih tu memang akan wujud tapi jangan la kita bersedih sampai kita buta yang Allah memberi kita ruang dan peluang untuk kita lebih rapat kembali kepadaNya. Bukan kah itu kelebihan yang kita miliki ? Setiap orang akan ada kelebihan masing-masing tetapi kita jangan sibuk memikir kelebihan orang lain sehingga kita terlupa kelebihan yang kita ada bila takde anak.


Adakah Allah menzalimi kita bila kita tidak di kurniakan anak? Cuba renungkan firman allah di bawah lagi:


.....dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Fussilat 41:46)


Last sekali, anak itu adalah ujian kepada manusia. Ujian yang akan menguji kesabaran dan keteguhan iman mereka pada Allah. Jadi paling tidak pun kita tidak akan di uji seperti mereka yang dah ada anak. Jadi jangan sedih-sedih. Ingat Allah. Hati akan tenang. Dekatkan diri padaNya. Syukur atas segala nikmat yang kita ada sekarang ni. 


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15)

Friday, January 17, 2014

Kia optima K5 2014


Salam,




Gambar di atas adalah kereta impian aku jika aku decide nak tukar kereta. Kia optima k5 2014. Entah macam mana kereta ni menjadi idaman aku, menjadi wish list aku. Dulu sebelum kia optima k5 ni muncul, aku target nak tukar kereta toyota wish atau honda stream atau mitsubishi lancer. Tapi kia optima ni lagi menarik perhatian aku.


Kenapa aku minat kereta kia optima k5 nie? Entah la. Tapi design dia menarik minat dan perhatian aku. Harga kia optima k5 nie? RM149,888. Phewwww berpeluh beb nak keluar duit downpayment dan bayar bulanannya.

Tapi impian jadi impian sahaja. Bukan tak mampu nak bayar ansuran bulanan RM1400++ (kalau downpayment di bayar minimum) tapi belum ada keperluan nak tukar kereta sedangkan kereta sekarang masih elok dan belum mendatangkan masalah besar pada aku. Aku bezakan keperluan dan kehendak dan di dapati kehendak melebihi keperluan. Alhamdulillah aku tak beli atau tak plan nak beli kereta ini. Sekadar jadi penonton di jalan raya la nanti.


Rasa menyesal tak tukar kereta ? Takde rasa menyesal cuma tak dapat rasa nak bawak dan merasai kehebatan kia optima k5  ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.


Harap-harap kia optima k5 ni di jadikan teksi di bandar kuala lumpur. Boleh la rasa naik  jugak nanti. Kekekeke.





Ok chow.



Thursday, January 16, 2014

Kasih sayang nabi Muhammad saw kepada umatnya


Salam,


Sejauh mana kita mengikut ajaran nabi muhammad saw ?
Sedalam mana kita mengikut sunnah nabi muhammad saw ?
Sekuat mana sayang kita pada nabi muhammad saw ?
Seikhlas mana kita mengingati nabi muhammad saw?

Marilah kita mengamalkan ajaran dan suruhan dan sunnah nabi muhammad saw. Kasih nya nabi kepada umatnya tidak terucap dengan kata-kata. Kami rindu pada mu ya rasulullah saw.



Tukar semua duit kertas kepada emas ?


Salam,


Bila kita dah berminat nak mula beli emas untuk simpanan atau pelaburan. Kita kena kira pulak berapa banyak duit kertas yang perlu kita sediakan untuk kita beli emas. Ada orang kata semua duit kertas kita kena tukar. Atau juga yang kata separuh bahagian duit kertas kita tukar. Ada pula kata guna duit yang lebihan gaji je tukar kepada emas.


Bagi pendapat aku, jangan la laburkan semua duit kertas simpanan kepada emas. Kenapa? Sebab kita masih hidup dan berurus niaga dengan duit kertas !!! . Kalau semua simpanan atau duit kertas korang tukar, macam mana nak buat pembelian barangan kat pasar atau supermarket ? Hihihihi.


Katakan korang ada simpanan lebihan. Samada dalam bank atau simpanan sendiri di rumah. Korang kena budget dan asingkan duit kecemasan dari jumlah simpanan korang. Ataupin asingkan simpanan ikut bulanan gaji yang korang rasa boleh menampung korang bila tak bekerja. Ada orang kata 3 bulan gaji simpanan. Ada 6 bulan gaji simpanan dan ada yang setahun simpanan. Macam aku semua simpanan aku yang dalam duit kertas mestilah ada 6 bulan gaji. Yang selebihnya aku akan tukar kepada emas. Ini cara aku. Ikut perbelanjaan bulanan yang kita selalu belanjakan.


Jangan sesekali korang tukarkan semua duit kertas korang. Tukarkan duit simpanan yang rasa korang tak akan guna atau usik untuk kecemasan. Tapi jika korang nak jugak tukarkan duit kertas kepada emas tanpa menjejaskan perbelanjaan bulanan dan kes kecemasan boleh sahaja korang tukar semua duit kertas kepada emas. Tak salah pun.


Tepuk dada tanya selera.




Wednesday, January 15, 2014

Tips menangani kos sara hidup yang makin naik


Kos sara hidup. 


Tak kira la yang hidup di bandar atau luar bandar. Sama-sama terima kesan. Banyak atau sedikit bergantung kepada kita jugak. Isu kos sara hidup ini memang menjadi topik paling hangat di media terutama media sosial. Lebih-lebih lagi bila isu ini di mainkan dalam politik. Memang sentiasa panas dan bertambah panas. Masing-masing ingin jadi juara rakyat. Siapa yang betul dan siapa yang benar dan siapa yang salah dan siapa yang penipu dan siapa yang "munafik" ? Boleh ke kita tahu? Hidup ini umpama satu perjudian.


Elok kita lihat diri kita, bagaimana nak menangani kos sara hidup yang makin meningkat. Jangan terlalu letak kepercayaan atau pertolongan dari orang lain. Tengok pada diri. Apa yang aku boleh buat dan rancang untuk meminimumkan kos perbelanjaan seharian/sebulan/tahunan? Kalau kita terus menerus dengan kehidupan yang mewah sedangkan poket kita tak mengizinkan, adakah kita perlu untuk mengubah atau meneruskan cara hidup begitu?


Kita perlu merancang. Kita perlu berubah. Kita perlu meneliti. Ada perkara yang kita perlu korbankan. Ada perkara yang kita perlu bertindak. Kita perlu merancang bukan untuk sehari tetapi untuk masa depan yang akan datang.


Macam aku yang hidup di bandar. Memang terasa dengan kenaikan. Di rumah, aku yang pergi pasar. Beli ikan dan sayuran. Dah lebih 4 tahun. Dah hafal dengan harga ikan dan sayuran. Dan merasai perbezaan kenaikan dari tahun ke tahun. Kadang kenaikan sedikit demi sedikit. Walaupun tiada kenaikan kos petrol atau tol, harga ikan tetap jugak naik. Kalau pergi berjalan, kadang ikut highway dalam bandar. Tol sana sini. Kalau bekerja pun macam tu jugak. Kadang-kadang makan luar.


Sebenarnya diri kita memainkan peranan penting dalam mengawal kos sara hidup atas diri dan keluarga. Adakah kita ingin kekal mewah walaupun kos sara hidup naik?


Aku cuba kurangkan makan luar. Hujung minggu atau cuti aku akan kurangkan berjalan yang mungkin membazir. Keluar tanpa alasan yang munasabah amat la merugikan. Contoh kalau setakat pergi mid valley hanya untuk saje-saje cuci mata baik tak payah. Kos minyak tol kena di kira. Kan membazir di situ.


Sekarang zaman smartphone. Samsung smarthphone setiap tahun ada je produk baru atau upgrade produk. Tahun 2012 beli hp samsung S3, setahun lepas tu upgrade S4 pulak. Bukan kah itu membazir. Buat hutang baru atau mengeluarkan cash. Kata kos sara hidup meningkat tapi bole pulak upgrade HP. Sama jugak dengan kereta. Dah ada kereta baru, lepas 2-3 tahun tukar lagi. Buat hutang baru. Beli kereta pulak dengan brand yang senang orang nak puji. Bangga diri sebab pakai kereta yang branded. Bila kos sara hidup meningkat, marah dan memberontak.


Sebenarnya kita perlu cermin diri dulu. Adakah betul cara hidup kita. Adakah kita hidup ala kadar atau mewah atau cukup makan atau terlebih mewah.


Kita sepatutnya belajar  hidup dan berbelanja di bawah kemampuan kita. Sebagai contoh. Katakan lah pendapatan isi rumah RM5000. Kita sepatutnya merancang perbelanjaan di bawah RM4000. Ini supaya kita dapat menyimpan RM1000 untuk masa depan simpanan kewangan kita. Sekiranya kos sara hidup naik, at least dengan simpanan setiap bulan RM1000 dapat menampung kos kita akan datang. Tapi kebanyakan kita hidup sama atau lebih dari kemampuan mereka. Kita ada kredit kad, ada personal loan dan macam-macam lagi sistem yang memudahkan kita buat hutang. Ada yang lebih teruk hutang atas hutang.


Kita kena ajar otak kita untuk berfikir "keperluan atau kehendak?" 



Cuma kita sebagai umat islam, jangan kita tidak berdoa pada ALLAH swt. Lebihkan kita berdoa kepada ALLAH. Mengadu pada ALLAH. Mohon panduan dariNYA. Ingat ALLAH. Solat jangan lupa. Zikir dan memuji ALLAH swt. Bukan kah ALLAH swt tempat sebaik-baiknya untuk kita mengadu???



Cuma aku takut kalau aku terlebih atau saudara seagama aku terlebih berjuang untuk kos sara hidup di alam duniawi. Bagaimana dengan "kos sara hidup" di akhirat?


Mari kita amalkan perkara yang selalu tidak di pandang oleh masyarakat islam kita :

1. Hubungan dengan Allah swt
Perbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah. Jaga solat dan perbanyakkan zikir memuji allah swt.

2. Hubungan dan kebajikan ke atas ibu bapa.
Jaga kebajikan ibu bapa. Walaupun kita sentiasa tidak cukup duit, berilah bantuan kewangan seberapa yang boleh asalkan ia tidak putus. Kalau mampu RM10, beri juga pada mereka. Keberkatan rezeki yang kita nak.

3. Sedekah dan zakat
Ini perkara yang perlu di jaga. Selalu dalam mind kita, bila kita sedekah duit dan harta kita berkurang. Berkat sedekah ini sangat luas. Percaya lah atas janji allah swt.


Ini ada beberapa ayat-ayat quran yang boleh di jadikan motivasi dan petunjuk kepada kita agar sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmat dari allah swt.


Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq 65:3)



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:277) 

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Hadiid 57:18)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)


Monday, January 13, 2014

Jalan jalan di Mydin seremban


Salam,


Semalam aku balik seremban. Singgah rumah kedua aku kat seremban. Lepas tu amik mertua aku kat kampung. Semalam singgah ke seremban. Isteri ajak pergi jaya jusco seremban 2. Adus naik boring jugak pergi jaya jusco seremban tu. Takde tempat lain ke?ss


Semalam teringat yang shopping kompleks mydin yang baru dah buka kat seremban. Memang besar shoping kompleks nie. Macam kat subang jaya dah. Biasa tempat baru jadi semuanya baru. Bila masuk mydin memang rambang mata. Ada barang yang murah untuk di beli.


Elok la ada mydin kat seremban nie. Takde la nak tumpu kat jaya jusco tu je memanjang. Kalau korang ada masa singgah la yea.


Chow. 







Sunday, January 5, 2014

Dari sedih ke gembira. Dari susah kepada senang. Kita mudah lupa Allah ?




Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
(Yunus 10:12)

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
(Hud 11:9


Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!" Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu.
(Yunus 10:21)


Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
(Al-Israa' 17:83)


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
(Al-Hajj 22:11)


Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
(Fussilat 41:49)


Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
(Fussilat 41:51


Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
(Asy-Syuura 42:48)



Lagi jelas dan nyata. Apabila kita di timpa kesusahan, kita berputus asa dan sedih. Mengenang nasib yang jatuh bagai di timpa tangga. Tiada harapan untuk hidup mengenang kesusahan yang bertimpa-timpa melanda diri.


Lagi jelas dan nyata. Apabila kita sudah kaya. Kita lupa akan nikmat allah. Tanggungjawab kita pada allah. Lupa rezeki itu datang dari allah.


Lagi terang dan nyata. Kita lalai dalam mengerjakan tanggungjawab kita untuk mengikut suruhan allah dan meninggalkan larangan yang nyata.


Lagi terang dan nyata. Kita lupa untuk memohon pertolongan dari allah. Sedangkan allah adalah tempat yang paling utama kita mohon pertolongan.


Mari kita kembali kepada allah. Kembali kepada al-quran.

Friday, January 3, 2014

Daftar seminar "kenapa anda perlu simpan emas?"


Salam,


Tadi masa blogwalking ada terbaca satu blog en syukor general manager public gold. Tahun ni di bulan januari 2014 dia ada buat seminar kenapa anda perlu simpan emas ? Sebenarnya dari tahun lepas dah tergerak hati nak join seminar nie. Seminar ni free je untuk kita hadir. Aku bila dengar je ayat free terus terdetik nak join. Tahun lepas banyak tarikh seminar dia aku terlepas di sebabkan urusan tugas yang lain. Seminar ni di buat kat ampang. Dari 8:30 malam sehingga lah 10:30. Sebaik buat malam, lepas office hour. Harap aku tak di kerah kerja luar KL hari tu.


Kenapa nak join "seminar kenapa anda perlu simpan emas"?


Kenapa? Mesti lah sebab ilmu dan penceramah dia plak antara orang yang banyak pengalaman. Jadi aku nak tahu la apa ilmu yang boleh aku perolehi dari seminar nie. Walaupun aku dah banyak membaca pasal emas ni di internet. Tapi rasa belum cukup puas dan aku rasa masih banyak perkara-perkara hebat tentang emas ni yang aku belum tahu. Harap masa ini lah aku dapat menambahkan lagi ilmu emas nie.


Aku nak tahu selain dari beli emas dan simpan emas. Emas di guna untuk pelaburan dan pelindung harta. Harga emas turun dan naik. Aku nak tahu kalau ada ilmu ilmu emas yang lain yang belum pernah aku ketahui. Nak tambah lagi skill pengetahuan emas nie. Senang la nanti aku nak explain kepada orang di keliling aku tentang kehebatan menyimpan emas. 


Dalam planning long term aku. Aku nak berniaga emas. Sebelum nak berjinak-jinak nak jadi peniaga atau agent jual emas, aku perlu penuhkan ilmu di dada. Senang nak berdialog dengan potensi potensi pembeli nanti. Nak jadi penjual emas kena ikhlas dari satu sudut bantu membantu sesama saudara seagama. Bukan kerana untung walaupun untung tu wajib. Hehehehe.


Apa-apa pun aku tak nak lokek ilmu dan simpan seorang-seorang. Aku nak share ilmu emas ni mengikut kefahaman aku. Ilmu ni semoga bermanfaat kepada saudara islam aku nanti.


Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak menyimpan emas fizikal, pegang pepatah emas nie. Penting untuk korang faham.


"Beli emas , mesti dapat pegang emas. Bukan beli emas anda dapat kertas bertulis berat emas atau buku yang bertulis berat emas yang anda beli."


Tadi aku dah berjaya booked satu kerusi untuk aku hadir ke seminar ini. Bertarikh 15hb January. Insyaallah kalau tiada aral dan dengan izin tuhan ku Allah swt, aku akan hadiri seminar ini.


Selamat semua. Chow.


Assalammualaikum.

Thursday, January 2, 2014

Bangkok beat bistro @ empire subang


Salam,


Hari pertama tahun baru aku dan isteri adalah jalan-jalan cari makan. Ok sebelum aku buat review sikit pasal jalan-jalan cari makan aku yang pertama, aku nak share skit antara azam aku utk 2014 adalah memperbanyakkan program jalan-jalan cari makan. Aku nak merasai dan terokai tempat-tempat makan yang jarang aku dengar atau tempat yang popular. Ok restoran pertama yang aku nak terjah adalah Bangkok beat bistro @ empire subang.


Kenapa aku pilih Bangkok Beat Bistro ? Salah satunya mungkin ini restoran pertama yang tak pernah aku dengar. Hehehe. Wife aku pun nak try restoran Bangkok Beat Bistro. Pada pandangan pertama aku rasa ini mesti masakan ala thai tomyam dan tekaan aku tepat.


Hmmm suasana restoran ni yang terletak di shoping mall empire subang. Restoran ini OK. Suasana pun ok dan menyenangkan. Layanan staff pun bagus. Restoran tidak la besar dan tidak kecil. Sesuai juga untuk melepak cuma aku tak pasti pulak ade wife free atau tak.


Wife aku order makanan. Aku tak berapa nak ingat apa nama makanan tuh. So dia pilih yang ada kat gambar di bawah. Tomyam seafood. Ada grill sotong/udang/daging dan ayam. Ada sos dia sekali. Ada sayur kacang panjang.


Dari segi rasa overall memang sedap. Sedap maksudnya cukup rasa. Tomyam tu memang sedap. Pedas pun tidak dan masam pun tidak. Aku rasa tukang masak dia memang datang dari thailand kot. Tomyam dia ada isi ikan/ayam dan sotong. Tapi bagi yg mereka sensitif dengan pedas, tomyam ini bukan pilihan korang. Ada tomyam lain yg tak pedas boleh di order. Aku ni kaki makan lauk pedas. Baru mencengkam masa makan.


Grill sotong/udang/ayam rasa ok. Tak la special cuma sos dia tu agak berlaianan. Tapi oerall sedap. Tapi kalayu ia di bakar panas-panas dan di makan masa panas-panas lagi terangkat hidangan nie.


Kacang panjang tu di masak dengan cendawan. Tak pedas. Bagi aku biasa.


Harga di sini agak berlainan dengan di luar. Lebih mahal. Sebagai contoh tomyam tu, kalau bekas sebesar tu kat luar mungkin RM5-RM6, tapi sini RM13-RM15 ringgit untuk sorang makan. Hehehe. Tapi kalau sekali sekala makan apa salahnya kan. Untuk hidangan campuran sotong/ayam/udang/daging tu harga sepinggan tu RM46. Hehehehe.


Aku rasa suatu hari nanti aku nak repeat jugak kat kedai ni, aku nak rasa menu lain plak. Tak la banyak sangat menu yang boleh di pilih tetapi ada yang menarik untuk di cuba.


Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk restoran ini dan rekomen untuk di makan di sini. Cuma harga tu kena la tengok2 yea.




Wife bz memilih makanan untuk di order.
Muka tengah lapar tu. Sebab tu aku biar dia yang pilih. Hehehe

Tomyam dia. Rasa dan nikmat rasa dia memang best. Real tomyam dari thailand agaknya.

Hidangan aku masa tu. Total semua ni campur tax adalah RM96. Hehehe cayokkk !!!

Green tea untuk wife yang tak boleh minum air batu.
Asyik batuk jadi di larang minum ais.


Hidangan ni yang berharga RM46, Cuba la.






Wednesday, January 1, 2014

Aksi menukar raket badminton ketika bermain