Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, January 15, 2014

Tips menangani kos sara hidup yang makin naik


Kos sara hidup. 


Tak kira la yang hidup di bandar atau luar bandar. Sama-sama terima kesan. Banyak atau sedikit bergantung kepada kita jugak. Isu kos sara hidup ini memang menjadi topik paling hangat di media terutama media sosial. Lebih-lebih lagi bila isu ini di mainkan dalam politik. Memang sentiasa panas dan bertambah panas. Masing-masing ingin jadi juara rakyat. Siapa yang betul dan siapa yang benar dan siapa yang salah dan siapa yang penipu dan siapa yang "munafik" ? Boleh ke kita tahu? Hidup ini umpama satu perjudian.


Elok kita lihat diri kita, bagaimana nak menangani kos sara hidup yang makin meningkat. Jangan terlalu letak kepercayaan atau pertolongan dari orang lain. Tengok pada diri. Apa yang aku boleh buat dan rancang untuk meminimumkan kos perbelanjaan seharian/sebulan/tahunan? Kalau kita terus menerus dengan kehidupan yang mewah sedangkan poket kita tak mengizinkan, adakah kita perlu untuk mengubah atau meneruskan cara hidup begitu?


Kita perlu merancang. Kita perlu berubah. Kita perlu meneliti. Ada perkara yang kita perlu korbankan. Ada perkara yang kita perlu bertindak. Kita perlu merancang bukan untuk sehari tetapi untuk masa depan yang akan datang.


Macam aku yang hidup di bandar. Memang terasa dengan kenaikan. Di rumah, aku yang pergi pasar. Beli ikan dan sayuran. Dah lebih 4 tahun. Dah hafal dengan harga ikan dan sayuran. Dan merasai perbezaan kenaikan dari tahun ke tahun. Kadang kenaikan sedikit demi sedikit. Walaupun tiada kenaikan kos petrol atau tol, harga ikan tetap jugak naik. Kalau pergi berjalan, kadang ikut highway dalam bandar. Tol sana sini. Kalau bekerja pun macam tu jugak. Kadang-kadang makan luar.


Sebenarnya diri kita memainkan peranan penting dalam mengawal kos sara hidup atas diri dan keluarga. Adakah kita ingin kekal mewah walaupun kos sara hidup naik?


Aku cuba kurangkan makan luar. Hujung minggu atau cuti aku akan kurangkan berjalan yang mungkin membazir. Keluar tanpa alasan yang munasabah amat la merugikan. Contoh kalau setakat pergi mid valley hanya untuk saje-saje cuci mata baik tak payah. Kos minyak tol kena di kira. Kan membazir di situ.


Sekarang zaman smartphone. Samsung smarthphone setiap tahun ada je produk baru atau upgrade produk. Tahun 2012 beli hp samsung S3, setahun lepas tu upgrade S4 pulak. Bukan kah itu membazir. Buat hutang baru atau mengeluarkan cash. Kata kos sara hidup meningkat tapi bole pulak upgrade HP. Sama jugak dengan kereta. Dah ada kereta baru, lepas 2-3 tahun tukar lagi. Buat hutang baru. Beli kereta pulak dengan brand yang senang orang nak puji. Bangga diri sebab pakai kereta yang branded. Bila kos sara hidup meningkat, marah dan memberontak.


Sebenarnya kita perlu cermin diri dulu. Adakah betul cara hidup kita. Adakah kita hidup ala kadar atau mewah atau cukup makan atau terlebih mewah.


Kita sepatutnya belajar  hidup dan berbelanja di bawah kemampuan kita. Sebagai contoh. Katakan lah pendapatan isi rumah RM5000. Kita sepatutnya merancang perbelanjaan di bawah RM4000. Ini supaya kita dapat menyimpan RM1000 untuk masa depan simpanan kewangan kita. Sekiranya kos sara hidup naik, at least dengan simpanan setiap bulan RM1000 dapat menampung kos kita akan datang. Tapi kebanyakan kita hidup sama atau lebih dari kemampuan mereka. Kita ada kredit kad, ada personal loan dan macam-macam lagi sistem yang memudahkan kita buat hutang. Ada yang lebih teruk hutang atas hutang.


Kita kena ajar otak kita untuk berfikir "keperluan atau kehendak?" 



Cuma kita sebagai umat islam, jangan kita tidak berdoa pada ALLAH swt. Lebihkan kita berdoa kepada ALLAH. Mengadu pada ALLAH. Mohon panduan dariNYA. Ingat ALLAH. Solat jangan lupa. Zikir dan memuji ALLAH swt. Bukan kah ALLAH swt tempat sebaik-baiknya untuk kita mengadu???



Cuma aku takut kalau aku terlebih atau saudara seagama aku terlebih berjuang untuk kos sara hidup di alam duniawi. Bagaimana dengan "kos sara hidup" di akhirat?


Mari kita amalkan perkara yang selalu tidak di pandang oleh masyarakat islam kita :

1. Hubungan dengan Allah swt
Perbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah. Jaga solat dan perbanyakkan zikir memuji allah swt.

2. Hubungan dan kebajikan ke atas ibu bapa.
Jaga kebajikan ibu bapa. Walaupun kita sentiasa tidak cukup duit, berilah bantuan kewangan seberapa yang boleh asalkan ia tidak putus. Kalau mampu RM10, beri juga pada mereka. Keberkatan rezeki yang kita nak.

3. Sedekah dan zakat
Ini perkara yang perlu di jaga. Selalu dalam mind kita, bila kita sedekah duit dan harta kita berkurang. Berkat sedekah ini sangat luas. Percaya lah atas janji allah swt.


Ini ada beberapa ayat-ayat quran yang boleh di jadikan motivasi dan petunjuk kepada kita agar sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmat dari allah swt.


Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq 65:3)



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:277) 

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Hadiid 57:18)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)


No comments: