Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, November 5, 2013

Permulaan baru dalam blog aku ini

Salam,


Ikutkan aku, aku dah memang kurang rajin dalam berblogging nie. Tapi sayang jugak nak delete blog ni. Dah lebih 5 tahun aku "menjenamakan" blog aku nie. Kalau dalam carian google, ada keywords yang boleh jadikan blog aku sebagai carian nombor satu dalam list google. Ini bermakna blog aku ni dah berada dalam keadaan "selesa" dalam carian google nie. Bukan senang nak mengekalkan blog nie.


Tapi.


Aku dah buat keputusan untuk menyegarkan semula blog ini seperti seorang bayi yang baru lahir. Maksudnya aku nak bermula dari awal balik. Dah tak mahu kongsi gambar-gambar yang kurang enak dan sesuai untuk di kongsi. Aku tak nak menceritakan cerita sensasi yang boleh menimbulkan bebanan dosa yang aku tanggung. Yang lepas-lepas sudah. Now kita mulakan yang baru.


Buku lama tutup.
Buka baru buka.
Semangat baru datang.


Apa yang aku nak kongsikan cerita dalam blog aku ni. Pada awal terbinanya blog ini, aku nak share personal life aku. Semua tentang photography. Permulaan memang rajin tetapi lama-kelamaan ke laut juga tujuan utama tu. Hehehe.


Tapi aku takde la nak set setiap hari nak buat satu post. Paling minimum 1 post sebulan. Paling sesuai aku rasa 1 post satu minggu. Hehehe. Biasa lah tahap kerajinan mcm ni memang kelaut. Hehehe.


Doakan aku berblog dengan sihat. Tak nak kejar traffic atau pengiklanan sangat. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, takda lah.


Rezeki itu datang dari ALLAH. Bukan manusia. Noktah.


Kita wajib percaya, rezeki itu dari ALLAH swt. Allah juga boleh menyempitkan rezeki kita. Jadi wajib kita berfikir dan kembali kepada ALLAH swt. Banyakkan amal dan mengikut suruhannya.




No comments: