Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, September 5, 2014

Niat dalam diri untuk menyelesaikan hutang.

Bismillah. Muhammad saw. |

Salam sahabat.

Sejak awal tahun hari tu, aku berazam untuk selesaikan hutang. Iaitu hutang kad kredit aku. Aku dah takde hutang kereta. Alhamdulillah. Aku takde hutang pinjaman peribadi. Alhamdulillah. Aku hanya ada hutang rumah sahaja. Hutang rumah ni pun memang tak boleh nak di habiskan secara cepat melainkan aku ada duit cash setiap bulan masuk RM10k. Hehehe.

Aku dah merasa nikmat yang ALLAH beri pada aku untuk tidak menukar kereta bagi mengelak aku berhutang dengan tempoh masa yang lama. Masuk tahun ini, lebih 7 tahun aku tak bertukar kereta sejak tahun tahun terakhir aku bayaran duit bulanan ansuran kereta. Perasaan bila dah tak bayar hutang kereta ini tak terucap.

Memang di akui, bila tengok rakan-rakan tukar kereta, kereta sekarang pulak ada yang model-model baru yang aku berkenan, tetapi alhamdulillah aku dapat elak dari menukar kereta dan menambah hutang. Biar lah aku pakai kereta lama tu. Jimat perbelanjaan aku bulanan. Tak pening nak fikir kos maintenance. Barang ganti mudah nak dapat dan ramai bengkel-bengkel boleh baiki kereta aku tu. Jadi alhamdulillah ia menyenangkan aku.

Ada juga rakan-rakan 'push' aku tukar kereta. Alasan mereka, aku dah penat-penat kerja, kena la rewards diri dengan kereta baru. Bagi aku beli kereta baru dengan hutang baru bukan me'reward'kan diri tetapi melukakan jiwa dan raga. Hehehe. Tapi aku tak menyalahkan mereka, masing-masing ada pendapat dan pandangan masing-masing. Yang penting hormat dan tidak perlu perlecehkan pandangan orang lain.

Walau apa pun orang nak cakap, aku tetap dengan pendirian aku. Aku dan isteri pun dah bersepakat untuk tidak menukar kereta. Kereta isteri aku pun dah habis bayar. Kami nak rasa nikmat tanpa hutang kereta selama yang boleh. Kami nak tumpu pada amalan-amalan bersedekah dan membantu orang susah atau anak-anak yatim. Bekalan kami di akhirat. Kami tak nak nak bagi bekalan kami di bank-bank. Hehehe.

Semalam terbaca satu blog berkenaan dengan semakin ramai rakyat malaysia bankrap di sebabkan hutang kereta. Lihat gambar statistik di bawah. Di salin dari blog PAKDI.




Aku tak nak termasuk dalam statistik di atas. Ingat lah, hidup kita bagaikan roda, bukan sentiasa di atas. Bila kita berada di atas, kena lah beringat dan bersedia sekiranya kita akan jatuh kebawah pula. Bila kita bersedia apabila kita berada di bawah, insyaallah kita akan sentiasa berada dan menjalani kehidupan dengan tenteram juga.

Bagi mereka yang baru melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Nasihat saya yang dah lalui semua itu. Nasihat ini berdasarkan pengalaman 15 tahun yang lepas dan ada perkara yang terasa rugi bila tidak melaksanakannya pada waktu mula-mula bekerja.

  • Yang paling UTAMA. Ingat ALLAH. Solat. Jangan syirikkan ALLAH. Jaga Ibu-Bapa. Cari kawan yang betul. Banyakkan bersedekah/beristighfar.
  • Menyimpan duit gaji. Selalu orang cadang 10% dari duit gaji. Kalau boleh lebihkan. Simpan dalam ASB atau instrumen pelaburan yang boleh bagi return bonus setiap tahun. Biar duit atau orang yang bekerja dengan duit kita.
  • Beli EMAS sedikit demi sedikit. Beli emas fizikal dan sentiasa konsisten membeli emas. Ko akan tahu selepas 15 tahun nanti berapa emas yang kau miliki dan betapa beruntungnya kau miliki emas. Orang kata memiliki emas bagus sebab daya penarik kekayaan. Tak tahu la. Yang penting ALLAH yang beri rezeki.
  • Jika ada duit lebih, beli rumah atau hartanah. Bukan beli kereta baru. Cari rumah yang mampu milik. Kalau tak menyewa kat orang lain, at least kau ada harta. Kau takkan menyesal bila kau beli rumah waktu muda.
  • Memiliki kereta. Zaman sekarang mmg kena ada kereta kan. Beli yang mampu milik dan jangan habiskan duit gaji kau dengan membayar hutang kereta. Katakan gaji kau RM3000. Beli kereta terpakai/baru yang bayaran bulanan RM400 ke bawah. Aku suggest beli kereta proton saga. Hehehe.
Itu lah serba sedikit nasihat aku tak seberapa nie. Jika kau lakukan perkara di atas di awal waktu muda, selepas 15 tahun kau bekerja, kau akan rasa betapa beruntungnya kau buat perkara-perkara di atas. Mungkin sebelum umur kau 40 tahun, kau dah boleh goyang kaki dan boleh tumpukan pada amal ibadat dan amal soleh.

Terasa dah tua pulak bila bagi nasihat pada orang muda. Wohaaaaaa !!!

No comments: