Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, November 29, 2013

Tips strategi bebas hutang


Salam,


Aku nak sharekan beberapa tips nak setlekan hutang dengan cepat dan berkesan. Kat malaysia ni, setiap orang takkan lari dari hutang. Dari mula universiti bermula la kita akan berhutang sehingga la kita bekerja. Kenapa berhutang? Sebab simpanan takde. Sebab sayang duit di belanja sekali banyak. Sebab memang suka berhutang. Sebab rasa boleh bayar ansuran hutang tu. Sebab gaji besar. Sebab gaji kecik dan bermacam-macam sebab la nak berhutang.


Tips utama yang perlu ada untuk langsaikan hutang keliling pinggang adalah DISIPLIN DIRI !!!


Kalau takde disiplin baik korang tak payah baca tips nie. Membazir masa korang je kan. Sebab tak guna baca kalau takde disiplin. Disiplin la yang akan membentuk dan menunjukkan korang jalan keluar dari hutang piutang yang mengganggu jiwa dan raga korang. Dengan disiplin korang akan jadi seorang yang penyabar dari membeli benda yang bukan keperluan tetapi untuk bermegah. Dengan disiplin anda akan dapat mengatur perbelanjaan anda dengan lebih baik dan berkesan. Dengan disiplin korang dapat elak dari terpedaya dari anasir anasir marketing di luar sana. Hehehe.


Tips bebas hutang tarak tipu punya:


1. Keperluan atau kemahuan
Sudah semestinya bila kita berbelanja kita perlu tahu adakah ia satu pembelian itu satu keperluan atau kemahuan. Sebagai contoh. Anda belum ada kereta, keluarga anda besar. Jadi kereta adalah satu keperluan bagi keluarga anda. Jadi pembelian kereta secara hutang dari segi logiknya adalah tak salah tetapi lebih baik beli cash. Hehehe. Kemahuan lebih kepada "kemegahan". Sebagai contoh, anda dah ada kereta jenama A dan masih membayar hutang kereta tersebut. Di sebabkan ada kereta lebih baru, anda terpikat. Jadi ikut kemahuan anda utk tukar kereta dan berhutang lagi dan lagi. Jadi sudah semestinya anda dapat bezakan samada ia keperluan atau kemahuan.


2. Elak dari kad kredit, installament, zero interest, lower installment dan sewaktu dengannya.
Ayat-ayat kat atas tu memang ayat pelaris marketing tahap daya penarik jiwa raga tahap gaban. Kalau boleh elakkan. Kalau nak ada kad kredit biarlah ada satu sahaja dengan credit limit dia sekecil yang mungkin. Sebab apa kena perlu ada kad kredit, sebab mana la tahu ada pembelian online yang memerlukan kad kredit. Senang cerita beli la dengan cash. Kalau takde cash kumpulkan cash tu dulu sebelum beli.


3. Pembayaran kad kredit. Bayar lebih dari minimum payment.
Korang yang ada kad kredit memang la suka kan bayar minimum setiap bulan kad kredit korang. Samada korang sedar atau tidak, jika korang bayar minimum setiap bulan, makin bertahun la nak habis bayar hutang kad kredit tu. Kalau boleh bayar lebih. Kalau minimum dia RM300. Tambah la RM100 lagi utk bayar. At least pun minimum payment + interest = Total bayaran bulanan kad kredit.


4. Tabung bunian
Kalau korang ada duit syiling atau duit kertas RM1 lebihan perbelanjaan, korang simpan dan asingkan dalam tabung bunian. Kalau di amalkan selalu, jumlah yang terkumpul tu memang korang tak jangka. Dengan duit dari tabung bunian tu korang boleh top-up bayaran hutang korang. Serius. Aku dah buat. Setahun aku kumpul. RM1000 dalam tangan. Apa lagi walaupun sayang lebih baik bayar hutang kad kredit tu. Hehehe. Biar lambat asalkan selamat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


5. Bonus tahunan
Bila dapat bonus tu bayar lah hutang tu. Tutup mata je bayar hutang korang. Hehehehe. At least 50% bonus tu bayar hutang.


6. Potongan gaji automatik bayar hutang
Ini kalau company korang boleh buat lagi bagus. Senang. Sure korang lebih berdisiplin.


7. Jangan buat hutang baru !!
Elak la dari buat hutang baru yang membebankan. Hidup lah cara bersederhana dan bukan bermegah dengan materialisitik ni. Setakat nak dapat nama buat apa. Nak bermegah dekat orang sekeliling sekadar nak dapat pujian dari manusia nie. Baik tak payah. Biar bersederhana dan poket tebal. Itu lagi bagus dari berhutang tapi poket kosong. Buat apa nak menunjuk-nunjuk kat kawan barang yang kita beli tu, bukan mereka nak tolongkan bayarkan !!!...


8, Duit kenaikan gaji bayar hutang.
Jika korang ada kenaikan gaji, guna kenaikan gaji tu buat bayar hutang. Sebelum ni mungkin bayar hutang RM1000 sebelum naik gaji, bila naik gaji RM500, topup jumlah bulanan hutang tu RM1500. Lagi cepat korang akan setelkan hutang tu.


Ok itu aku rasa la tips-tips yang aku guna. Walaupun aku guna tips di atas, aku masih berhutang sebenarnya. Tapi hutang aku tu tak membebankan aku sebab ia berada dalam tahap minimum. Kalau aku nak setlekan terus pun boleh dengan simpanan aku. Tapi aku tak nak.


Apa yang penting adalah disiplin. Okbai !!!










No comments: