Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, November 22, 2013

Pengalaman guna komputer iMac dari apple


Salam,





Siapa yang tak kenal produk dari apple. Produk yang dahulunya kurang di kenali tetapi sekarang pengaruh produknya sangat besar di seluruh dunia. Dari iphone, ipod, macbook, imac dan sebagainya. Harga barangan apple ni bukan murah. Memang mahal tetapi berbaloi-baloi dengan harganya. Aku nak cerita pengalaman aku guna pc iMac dari apa yang aku nampak dan guna yea. Mungkin pengalaman aku ni ada yang tak setuju. Macam mana aku boleh terjebat dengan iMac nie. Berapa kos aku beli iMac nie dan di mana aku beli iMac nie.

iMac aku kat rumah. i LIKE.

Seperti biasa kita kalau beli pc komputer mesti OS windows. Majoriti kat malaysia ni guna OS windows. Aku pun sendiri adalah pengguna tegar windows. Tapi sejak aku terlibat dalam bidang photography nie, aku memerlukan pc editing yang laju dan berkesan. Aku perlukan PC yang boleh memberi kelancaran dalam editing gambar dan album. Aku tak nak PC yang bila editing dan reprosesing gambar, dia akan jadi slow atau hang. Proses editing memerlukan kecepatan dan kelancaran dan PC sudah semestinya menjadi penyumbang besar kepada proses ini.


Selepas 2 tahun aku menggunakan PC windows dalam proses editing gambar dan album kahwin, aku decide untuk beli pc iMac buatan apple. Setelah buat kajian dan bacaan di internet. Memang rata-rata photographer terutamanya syorkan pc iMac atau Macbook pro utk editing gambar. Kenapa iMac ? Kenapa tak upgrade je PC windows tu kepada spesifikasi yang lebih besar?


iMac walaupun mahal berbanding dengan PC lain, tetapi harga dia amat berbaloi dengan performances dia. Banyak bacaan aku pc iMac dan OSX dia sangat lah stabil compare dengan pc windows. Dari segi serangan virus, sejak aku pakai memang takde virus yang menyerang PC aku. PC aku tak install pun software anti-virus dan segala macam softrware lain utk pc protection. Lain la pc windows, memang antivirus la sofware pertama yang kena install. Bukan tu jer, pelbagai software lain nak kena install sampai berat dan makan space harddisc or RAM. External harddisc yang byk virus dari office aku bila di pasang kat pc iMac takda kesan langsung. Lancar !!


iMac ni sangat smooth process dia. Walaupun banyak aplikasi running tetapi proses dia masih lagi smooth compare dengan windows. Aku dah guna lebih 2 tahun iMac tetapi sampai sekarang tak pernah format pun pc iMac tu. Tak pernah upgrade pun RAM atau any hardware dalam tu. Memang sangat menjimatkan. 


Aku beli iMac ni kat kedai Machines di mid valley. Masa tu aku takde cash. Masa tu aku ada 2 pilihan samada nak amik 21 inch atau 27 inch. Bila di kira budget terpaksa amik 21 inch. Tapi itu pun dah kira ok besarnya. Hehehe. Aku amik installment kad kredit setahun. So setiap bulan aku kena la bayar selama setahun.


Kalau ade upgrade OSX iMac nie, ada yang kita upgarde free dan tak perlu bayar. Dan OS iMac ni tak la macam windows. Banyak sangat version windows nya. Kalau iMac OSX ni ada satu version. Takde version desktop or server or bla bla bla. 


Jadi sampai sekarang memang aku sangat puas hati dengan iMac nie. Belum ada target nak upgrade iMac atau tukar baru selagi performance dia macam baru. Walaupun harga mahal tetapi dia safe duit kita dari jangka masa panjang. Cuba korang kira berapa banyak duit korang habis dengan pc windows korang.


Itu sahaja la pengalaman aku yang aku nak kongsikan. Mungkin ada kelemahan iMac nie tapi kelebihan dia mengatasi kelemahan dia. Kira kelemahan tu boleh tutup sebelah mata jer. Hehehe.


Ok bai !!!



1 comment:

Anonymous said...

software imac ape je klu upgrade kne bayar?