Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, November 20, 2013

Apabila suami terpandang perempuan cantik atau seksi


Salam,


Bagi seorang suami yang mempunyai isteri. Bila si suami keluar bekerja, mesti la akan bertemu dengan pelbagai jenis orang. Mungkin dalam sedang bekerja itu, si suami akan terpandang perempuan cantik dan seksi secara kebetulan. Bukan niat nak pandang pun tetapi terpandang. Bila dah terpandang hati mula la gemuruh dan tak keruan. Yang masih boleh di kawal bagus la. Yang tak boleh kawal memang susah la kan.


Mari ikuti kisah nabi yang mempunyai masalah sama ketika itu:


Dalam sebuah hadis sahih, di ceritakan oleh jabir bin abdullah r.a bahawa suatu hari ketika rasulullah saw berjalan, melintas di hadapan baginda orang perempuan. Maka baginda saw pun pergi ke rumah isterinya, zainab binti jahsyi. Nabi menyempurnakan hajat keinginannya dengan isterinya itu.


Selepas keluar bertemu para sahabat, baginda menyampaikan peringatan iaitu apabila seorang lelaki itu berasa berkenan kepada seorang wanita, maka pulang lah ke rumah. Sesungguhnya apa yang ada pada isterinya di rumah ada juga pada wanita yang di minatinya tadi.


Iktibar dari kisah ini bahawa kita sebagai lelaki mahupun suami adalah haram untuk melihat susuk tubuh wanita dengan sengaja. Kerana ini akan menaikkan syahwat dan boleh terjerumus ke arah perbuatan yang lebih keji nanti.


Semoga dengan kisah nabi ini menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.  Selamat beramal. 

No comments: