Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, November 13, 2013

Kenapa kena beli dan simpan emas dari sekarang ?

Emas. Ada duit lebihan yang tak guna selama setahun tu, beli lah emas. Menabung sikit2 dan beli emas.
dapat bonus tahunan tu, suku dari bonus tu beli lah emas. Pakat dengan isteri share beli emas.

Salam,


Ada korang terfikir atau tertanya-tanya dalam diri dan kepala, kenapa emas ni sangat bernilai dan masih bertahan dari zaman dahulu lagi sehingga la zaman sekarang. Di dalam al quran pun ada menyebut pasal emas.  Pada zaman nabi muhammad saw pun di gunakan emas (dinar) sebagai medium jual beli. Sampai sekarang emas itu sangat bernilai pada seisi manusia.



Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
(Al-Kahfi 18:31) 




Pada zaman rasulullah saw, harga seekor kambing adalah 1 dinar emas. Sekarang harga seekor kambing boleh di beli dengan 1 dinar emas. 



Emas sebagai pelindung harta jangka masa pangjang.
Emas sebagai penyelamat bila kita kesusahan.
Emas sebagai daya tarik untuk kau menabung.
Emas laku di jual di seluruh dunia.



Ada tak korang tanya nenek atau datuk korang, ada tak dia orang masih menyimpan emas waktu zaman muda mereka dan sampai sekarang emas tu masih ada di dalam tangan mereka. Kalau ada cuba tanya berapa kos mereka beli emas pada masa dahulu. Cuba buat kira-kira jika emas yang datuk atau nenek kau orang simpan tu di jual hari ni. Agak-agaknya untung atau rugi?


Jawapan dia mesti la UNTUNG !!


Contoh:
Dulu harga emas RM20/gram (anggaran 20-30 tahun lepas) . Katakan la datuk nenek kita beli emas dan jumlah berat gram yang mereka beli adalah 100 gram. Jadi kos beli emas masa dahulu adalah RM2000 sahaja (RM20 x 100g) . Katakan emas tu masih di simpan sehingga sekarang 2013 dan harga emas sekarang RM130/gram. Jadi harga emas datuk dan nenek kita tadi kalau di jual sekarang dah ada RM13,000. Jadi kos beli baru RM2000. Sekarang kalau jual balik untung RM11,000. Cuba bayangkan kalau datuk dan nenek kita simpan emas 1kilogram !!! Agak-agak berapa untung nya? 



Ini membuktikan kenapa kita perlu menyimpan emas dari sekarang. Mula kan hari ni. Mula kan pembelian emas dan menyimpan. Jika anda tidak mulakan langkah untuk menyimpan hari nie, sampai bila-bila anda tidak akan menyimpan emas untuk masa hadapan anda.


Bayangkan kehidupan kita masa hadapan. Takkan nak harapkan KWSP? ASB? Public mutual? sahaja.


Bagaimana dengan inflasi?
Kos kesihatan?
Kos belanja harian?



Ingat lagi ada kawan baik cerita mengenasi inflasi, pada 10-20 tahun akan datang, kalau kita ada duit RM100,000 dalam bank, mungkin nilainya sama dengan RM10,000 sahaja sebab inflasi. 



Fikir-fikirkan lah sebab sekarang ni pun dah terjadi. RM50 boleh beli berapa banyak barang compare dengan dulu? Dulu zaman saya karipap di jual 20sen. Sekarang karipap 40sen. 



Saksikan video ini inflasi tahap tinggi di zimbabwe. Kesannya. Apa sudah jadi dengan wang kertas. Beli sebuku roti dengan harga 1 trillion dolar?  Hehehehe. Emas hanya 0.1gram sahaja utk beli sebuku roti. Senang ke nak cari emas? Sehari bekerja mendulang emas pun belum tentu dapat 0.1 gram emas. Hehehehe. Jadi bertindak sekarang.







No comments: