Saturday, November 30, 2013
Friday, November 29, 2013
Tips strategi bebas hutang
Salam,
Aku nak sharekan beberapa tips nak setlekan hutang dengan cepat dan berkesan. Kat malaysia ni, setiap orang takkan lari dari hutang. Dari mula universiti bermula la kita akan berhutang sehingga la kita bekerja. Kenapa berhutang? Sebab simpanan takde. Sebab sayang duit di belanja sekali banyak. Sebab memang suka berhutang. Sebab rasa boleh bayar ansuran hutang tu. Sebab gaji besar. Sebab gaji kecik dan bermacam-macam sebab la nak berhutang.
Tips utama yang perlu ada untuk langsaikan hutang keliling pinggang adalah DISIPLIN DIRI !!!
Kalau takde disiplin baik korang tak payah baca tips nie. Membazir masa korang je kan. Sebab tak guna baca kalau takde disiplin. Disiplin la yang akan membentuk dan menunjukkan korang jalan keluar dari hutang piutang yang mengganggu jiwa dan raga korang. Dengan disiplin korang akan jadi seorang yang penyabar dari membeli benda yang bukan keperluan tetapi untuk bermegah. Dengan disiplin anda akan dapat mengatur perbelanjaan anda dengan lebih baik dan berkesan. Dengan disiplin korang dapat elak dari terpedaya dari anasir anasir marketing di luar sana. Hehehe.
Tips bebas hutang tarak tipu punya:
1. Keperluan atau kemahuan
Sudah semestinya bila kita berbelanja kita perlu tahu adakah ia satu pembelian itu satu keperluan atau kemahuan. Sebagai contoh. Anda belum ada kereta, keluarga anda besar. Jadi kereta adalah satu keperluan bagi keluarga anda. Jadi pembelian kereta secara hutang dari segi logiknya adalah tak salah tetapi lebih baik beli cash. Hehehe. Kemahuan lebih kepada "kemegahan". Sebagai contoh, anda dah ada kereta jenama A dan masih membayar hutang kereta tersebut. Di sebabkan ada kereta lebih baru, anda terpikat. Jadi ikut kemahuan anda utk tukar kereta dan berhutang lagi dan lagi. Jadi sudah semestinya anda dapat bezakan samada ia keperluan atau kemahuan.
2. Elak dari kad kredit, installament, zero interest, lower installment dan sewaktu dengannya.
Ayat-ayat kat atas tu memang ayat pelaris marketing tahap daya penarik jiwa raga tahap gaban. Kalau boleh elakkan. Kalau nak ada kad kredit biarlah ada satu sahaja dengan credit limit dia sekecil yang mungkin. Sebab apa kena perlu ada kad kredit, sebab mana la tahu ada pembelian online yang memerlukan kad kredit. Senang cerita beli la dengan cash. Kalau takde cash kumpulkan cash tu dulu sebelum beli.
3. Pembayaran kad kredit. Bayar lebih dari minimum payment.
Korang yang ada kad kredit memang la suka kan bayar minimum setiap bulan kad kredit korang. Samada korang sedar atau tidak, jika korang bayar minimum setiap bulan, makin bertahun la nak habis bayar hutang kad kredit tu. Kalau boleh bayar lebih. Kalau minimum dia RM300. Tambah la RM100 lagi utk bayar. At least pun minimum payment + interest = Total bayaran bulanan kad kredit.
4. Tabung bunian
Kalau korang ada duit syiling atau duit kertas RM1 lebihan perbelanjaan, korang simpan dan asingkan dalam tabung bunian. Kalau di amalkan selalu, jumlah yang terkumpul tu memang korang tak jangka. Dengan duit dari tabung bunian tu korang boleh top-up bayaran hutang korang. Serius. Aku dah buat. Setahun aku kumpul. RM1000 dalam tangan. Apa lagi walaupun sayang lebih baik bayar hutang kad kredit tu. Hehehe. Biar lambat asalkan selamat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
5. Bonus tahunan
Bila dapat bonus tu bayar lah hutang tu. Tutup mata je bayar hutang korang. Hehehehe. At least 50% bonus tu bayar hutang.
6. Potongan gaji automatik bayar hutang
Ini kalau company korang boleh buat lagi bagus. Senang. Sure korang lebih berdisiplin.
7. Jangan buat hutang baru !!
Elak la dari buat hutang baru yang membebankan. Hidup lah cara bersederhana dan bukan bermegah dengan materialisitik ni. Setakat nak dapat nama buat apa. Nak bermegah dekat orang sekeliling sekadar nak dapat pujian dari manusia nie. Baik tak payah. Biar bersederhana dan poket tebal. Itu lagi bagus dari berhutang tapi poket kosong. Buat apa nak menunjuk-nunjuk kat kawan barang yang kita beli tu, bukan mereka nak tolongkan bayarkan !!!...
8, Duit kenaikan gaji bayar hutang.
Jika korang ada kenaikan gaji, guna kenaikan gaji tu buat bayar hutang. Sebelum ni mungkin bayar hutang RM1000 sebelum naik gaji, bila naik gaji RM500, topup jumlah bulanan hutang tu RM1500. Lagi cepat korang akan setelkan hutang tu.
Ok itu aku rasa la tips-tips yang aku guna. Walaupun aku guna tips di atas, aku masih berhutang sebenarnya. Tapi hutang aku tu tak membebankan aku sebab ia berada dalam tahap minimum. Kalau aku nak setlekan terus pun boleh dengan simpanan aku. Tapi aku tak nak.
Apa yang penting adalah disiplin. Okbai !!!
8, Duit kenaikan gaji bayar hutang.
Jika korang ada kenaikan gaji, guna kenaikan gaji tu buat bayar hutang. Sebelum ni mungkin bayar hutang RM1000 sebelum naik gaji, bila naik gaji RM500, topup jumlah bulanan hutang tu RM1500. Lagi cepat korang akan setelkan hutang tu.
Ok itu aku rasa la tips-tips yang aku guna. Walaupun aku guna tips di atas, aku masih berhutang sebenarnya. Tapi hutang aku tu tak membebankan aku sebab ia berada dalam tahap minimum. Kalau aku nak setlekan terus pun boleh dengan simpanan aku. Tapi aku tak nak.
Apa yang penting adalah disiplin. Okbai !!!
Wednesday, November 27, 2013
Harga emas makin murah. Jangan tangguh beli.
Keratan akbar the star, tarikh 26.11.2013. |
Salam,
Rasanya dah berapa kali nak beritahu. Lindung harta anda dengan emas bukannya duit kertas. Nasihat ini untuk bangsa saya. Saudara seagama saya. Siapa lagi nak beritahu kalau bukan saya. Saya hanya mampu berkongsi maklumat.
Tun Dr Mahathir pun cakap dan bagi contoh duit kertas dolar amerika macam tisu tandas.
Tun Dr Mahathir pun cakap dan bagi contoh duit kertas dolar amerika macam tisu tandas.
Saya harap anda mula dari sekarang. Jangan tunggu dengan seribu alasan. Saya dah beritahu sebelum ini kenapa kita kena beli emas dari sekarang. Siap ada video tau dalam tu. Emas tengah murah sekarang. Dah jatuh 25%. Anda takut beli sebab harga jatuh kah? Sebab harga emas murah sebab harga jatuh kah? Nak tunggu emas naik baru nak beli?
Memang manusia ni pelik beli emas ketika harga tinggi. Aduhai.
Kalau ada duit simpanan yang tak guna selama setahun tu elok di keluarkan dan tukar kepada emas sekarang. Harga emas sekarang macam tahun 2010. Masuk je tahun 2011, emas naik mencanak. Bila naik mencanak baru orang nak beli walaupun harga mahal.
Kenapa susah sangat nak mendidik ni?
Kenapa susah sangat nak percaya?
Kenapa susah sangat nak beli?
Make sure beli emas dapat emas. Bukan beli emas dapat buku pelaburan emas !!! Faham !!!
Okbai !!
Monday, November 25, 2013
Portraiture photography suami isteri di bagan lalang.
Salam,
Semalam pergi bagan lalang lagi. Kali ni bawak mak ayah dan anak buah. Anak sendiri? Belum ada lagi. Rezeki belum sampai. Allah belum izinkan. So kali nie aku pergi bagan lalang ada mission. Mission yang dari dulu nak buat. Agaknya dah 4 tahun mission tu. Baru semalam aku laksanakan. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Hehehe. Mission aku nak photographed aku dan isteri aku. Couple portraiture. Tak payah hire photographer. Sendiri buat dan bikin. Kamera aku ada. Tripod pun aku ada. Jimat pun jimat. Satu lagi puas hati sebab aku tahu gambar apa yang aku nak. Kalau aku hire photographer lain mungkin mahal. So ini budget photography. Hik hik.
Semalam aku bawak tripod. First time baru nak guna tripod. Dah lama di simpan dalam stor. Sebaik mak aku simpan lagi tripod tu. Ayah aku kata dah nak buang tripod tu. Sebaik ok lagi. Boleh di guna lagi. So tripod ni akan menjadi 'pemegang' kamera aku masa aku photoshoot tuh.
Kenapa aku pilih bagan lalang? Sebab utamanya pantai dia yang luas bila air surut. Memang luas. So dengan kawasan pantai luas, aku boleh photoshoot dengan sedikit privacy. Boleh dapat background yang cantik. Selalu photographer guna term "clean". Bila pantainya luas, senang nak bergerak. Tak perlu sangat nak risau dengan kawasan.
Aku target sampai sana pukul 4:30 petang. Tapi di sebabkan jem yang "bodoh". Aku sampai pantai bagan lalang dalam 5:30 petang. Mula-mula rasa down dan dah luntur semangat. Bukannya apa, aku takut air pasang. Kalau air pasang tak dapat la nak buat photoshoot. Jem bodoh di sebabkan traffik light. Traffik light biul.
Alhamdulillah sampai sana tengok air baru nak start pasang. So pantai masih boleh di gunakan untuk photoshoot. Yeahooooooo. Lepas wife aku makan, aku pun ready kan kamera dan tripod. Test shoot beberapa keping gambar. Bila setting semua dah cantik, baru gerak ke pantai.
Syukur sesi photoshoot ni berjalan lancar. Kamera dan tripod aku berfungsi dengan baik. Aku guna lens prime lens. 50mm nikon f1.8.
Nak tengok hasil gambar photoshoot dan wife aku? Ok ada kat bawah nie. Aku upload yang aku amik dari handphone. Lain kali aku letak gambar dari kamera.
Apa macam ok tak gambar aku dah wife tu. Ada feel tak? Sweet tak? Kekeke. Di sebabkan aku start photoshoot selepas pukul 6 petang, hanya beberapa posing yg aku sempat buat. Bila tengok hasilnya, rasa macam teruja nak buat sesi photoshoot ni lagi. Wife aku pun teruja juga. Yer la masa kahwin hari tu mana ada sesi outdoor atau pre-wedding atau post wedding. Kami dapat photographer cap ayam. Hehehe.
Bila tengok balik semua gambar yang di ambil. Rasa nak print canvas je gambar-gambar yang shoot nie. Letak dalam bilik atau kat rumah baru. Rasa macam nak letak kat rumah baru tapi bukannya selalu aku duduk sana pun. Sebulan maybe 2 kali je duk sana. Letak dalam bilik aku sini jer la.
Ok aku stop dulu. Nanti aku upload lagi gambar sesi ni. Kasi aku edit dulu yea.
Ok bai !!!
Friday, November 22, 2013
Pengalaman guna komputer iMac dari apple
Salam,
Siapa yang tak kenal produk dari apple. Produk yang dahulunya kurang di kenali tetapi sekarang pengaruh produknya sangat besar di seluruh dunia. Dari iphone, ipod, macbook, imac dan sebagainya. Harga barangan apple ni bukan murah. Memang mahal tetapi berbaloi-baloi dengan harganya. Aku nak cerita pengalaman aku guna pc iMac dari apa yang aku nampak dan guna yea. Mungkin pengalaman aku ni ada yang tak setuju. Macam mana aku boleh terjebat dengan iMac nie. Berapa kos aku beli iMac nie dan di mana aku beli iMac nie.
iMac aku kat rumah. i LIKE. |
Seperti biasa kita kalau beli pc komputer mesti OS windows. Majoriti kat malaysia ni guna OS windows. Aku pun sendiri adalah pengguna tegar windows. Tapi sejak aku terlibat dalam bidang photography nie, aku memerlukan pc editing yang laju dan berkesan. Aku perlukan PC yang boleh memberi kelancaran dalam editing gambar dan album. Aku tak nak PC yang bila editing dan reprosesing gambar, dia akan jadi slow atau hang. Proses editing memerlukan kecepatan dan kelancaran dan PC sudah semestinya menjadi penyumbang besar kepada proses ini.
Selepas 2 tahun aku menggunakan PC windows dalam proses editing gambar dan album kahwin, aku decide untuk beli pc iMac buatan apple. Setelah buat kajian dan bacaan di internet. Memang rata-rata photographer terutamanya syorkan pc iMac atau Macbook pro utk editing gambar. Kenapa iMac ? Kenapa tak upgrade je PC windows tu kepada spesifikasi yang lebih besar?
iMac walaupun mahal berbanding dengan PC lain, tetapi harga dia amat berbaloi dengan performances dia. Banyak bacaan aku pc iMac dan OSX dia sangat lah stabil compare dengan pc windows. Dari segi serangan virus, sejak aku pakai memang takde virus yang menyerang PC aku. PC aku tak install pun software anti-virus dan segala macam softrware lain utk pc protection. Lain la pc windows, memang antivirus la sofware pertama yang kena install. Bukan tu jer, pelbagai software lain nak kena install sampai berat dan makan space harddisc or RAM. External harddisc yang byk virus dari office aku bila di pasang kat pc iMac takda kesan langsung. Lancar !!
iMac ni sangat smooth process dia. Walaupun banyak aplikasi running tetapi proses dia masih lagi smooth compare dengan windows. Aku dah guna lebih 2 tahun iMac tetapi sampai sekarang tak pernah format pun pc iMac tu. Tak pernah upgrade pun RAM atau any hardware dalam tu. Memang sangat menjimatkan.
Aku beli iMac ni kat kedai Machines di mid valley. Masa tu aku takde cash. Masa tu aku ada 2 pilihan samada nak amik 21 inch atau 27 inch. Bila di kira budget terpaksa amik 21 inch. Tapi itu pun dah kira ok besarnya. Hehehe. Aku amik installment kad kredit setahun. So setiap bulan aku kena la bayar selama setahun.
Kalau ade upgrade OSX iMac nie, ada yang kita upgarde free dan tak perlu bayar. Dan OS iMac ni tak la macam windows. Banyak sangat version windows nya. Kalau iMac OSX ni ada satu version. Takde version desktop or server or bla bla bla.
Jadi sampai sekarang memang aku sangat puas hati dengan iMac nie. Belum ada target nak upgrade iMac atau tukar baru selagi performance dia macam baru. Walaupun harga mahal tetapi dia safe duit kita dari jangka masa panjang. Cuba korang kira berapa banyak duit korang habis dengan pc windows korang.
Itu sahaja la pengalaman aku yang aku nak kongsikan. Mungkin ada kelemahan iMac nie tapi kelebihan dia mengatasi kelemahan dia. Kira kelemahan tu boleh tutup sebelah mata jer. Hehehe.
Ok bai !!!
Wednesday, November 20, 2013
Apabila suami terpandang perempuan cantik atau seksi
Salam,
Bagi seorang suami yang mempunyai isteri. Bila si suami keluar bekerja, mesti la akan bertemu dengan pelbagai jenis orang. Mungkin dalam sedang bekerja itu, si suami akan terpandang perempuan cantik dan seksi secara kebetulan. Bukan niat nak pandang pun tetapi terpandang. Bila dah terpandang hati mula la gemuruh dan tak keruan. Yang masih boleh di kawal bagus la. Yang tak boleh kawal memang susah la kan.
Mari ikuti kisah nabi yang mempunyai masalah sama ketika itu:
Dalam sebuah hadis sahih, di ceritakan oleh jabir bin abdullah r.a bahawa suatu hari ketika rasulullah saw berjalan, melintas di hadapan baginda orang perempuan. Maka baginda saw pun pergi ke rumah isterinya, zainab binti jahsyi. Nabi menyempurnakan hajat keinginannya dengan isterinya itu.
Selepas keluar bertemu para sahabat, baginda menyampaikan peringatan iaitu apabila seorang lelaki itu berasa berkenan kepada seorang wanita, maka pulang lah ke rumah. Sesungguhnya apa yang ada pada isterinya di rumah ada juga pada wanita yang di minatinya tadi.
Iktibar dari kisah ini bahawa kita sebagai lelaki mahupun suami adalah haram untuk melihat susuk tubuh wanita dengan sengaja. Kerana ini akan menaikkan syahwat dan boleh terjerumus ke arah perbuatan yang lebih keji nanti.
Semoga dengan kisah nabi ini menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua. Selamat beramal.
Tuesday, November 19, 2013
Booking slot "belum outdoor adventure aktiviti."
Salam,
Semalam aku booking tapi belum bayar lagi slot untuk join "belum outdoor aktiviti adventure" di perak. Semalam aku dah email details yang di perlukan. Aku register sekali nama wife aku, mesti la wife aku nak ikut aku kan. Wife pun kaki jalan jugak. Hehehe. Macam mana aku terfikir nak registeri "belum outdoor adventure" nie.
Semalam sambil scroll facebook, ada member baik upload gambar aktiviti kat tasik. Nampak macam menarik jer aktiviti tu. Dah lama jugak tak mandi tasik atau sungai. Baca caption gambar member aku tu, itu adalah aktiviti di hutan belum perak. Nama aktiviti ni "belum outdoor adventure".
Bila tengok aktiviti yang member aku sertai ni, terus tertarik jugak la nak join. Terus tanya member macam mana nak register and join aktivti ini. Member bagi link facebook "belum outdoor adventure"
Bila masuk page tu, terus notis status FB mereka.
Apa lagi terus la email segala butiran yang mereka nak. Selepas sejam aku email, mereka balas dan mengesahkan slot aku bulan january 2013. Nanti mereka akan bagi details bayaran dan lepas buat bayaran baru mereka confirmkan tempat slot aku nanti.
Monday, November 18, 2013
Kerisauan graduan universiti melangkah alam pekerjaan.
"Bang, nak tanya la sikit, ok ke bidang IT Forensic? " Kata budak praktikal kat office aku semasa melantak makan tengahari kat area sekitar pejabat aku.
Mula-mula aku tak tahu nak jawab ape sebab dalam kepala aku, aku tak tahu apa sebenarnya pelajar yang ambil bidang ni belajar dalam bidang IT forensic nie. Silibus dia? Forensic ni aku tahu la maknanya. Tapi bila di gabung "IT Forensic" takkan la bedah siasat gadget mayat kot? Hehehe.
Aku pun jawab. "Aku tak tahu la OK atau TIDAK IT forensic ni walaupun aku dalam bidang IT ni dah lebih 10 tahun. Tapi kalau nak tahu OK atau TIDAK cuba buat study sikit peluang pekerjaan yang di tawar dalam bidang ini."
Budak tu pun mengangguk faham dan tak balas jawapan aku tadi. Jadi aku assume dia paham. Selalunya kat universiti banyak kursus yang di ambil student dengan nama kursus canggih2. Aku dulu pun tertanya-tanya jugak, apa peluang pekerjaan yang boleh di tawar dengan kursus sebegitu. Kalau ada peluang pekerjaan berapa ramai pula kita terpaksa bersaing?
Sebaik aku ambil engineering. Hehe.
Lepas makan-makan tu kita orang borak la pasal kerjaya, gaji, kos kehidupan, rumah, kredit kad dan sebagainya. Apa patut graduan buat bila sepatutnya mula-mula dapat gaji pertama dan seterusya. Banyak la jugak nasihat-nasihat yang di beri. Nasihat tu berdasarkan pengalaman aku dan kawan aku.
"Saya ni tak tahu apa nasib yang bakal saya hadapi nanti. Kos semua dah meningkat. Lagi banyak cabaran agaknya." Mengeluh budak ni dengan tiba-tiba.
Aku senyum. Lumrah la setiap orang ada kerisauan. Itu lagi bagus daripada takde kerisauan dalam diri. Dengan ada kerisauan dalam diri, kita dah alert dengan suasana sekeliling. Apa yang penting kita ada matlamat, objektif dan pegangan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari mendatang.
Apa yang penting kita janganlah berhenti berdoa dan memohon pertolongan dari allah swt. Kita mesti dan wajib berdoa hari-hari agar di beri kemurahan rezeki dan kehidupan yang baik. Jangan ada perasaan mengeluh dan berputus asa dan bertawakal.
Rezeki itu sudah tertulis dalam qada' dan qadar kita.
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Nasihat untuk bakal graduan yang akan melangkah masuk kerja. Mungkin nasihat ni tak sesuai untuk anda.
Mula simpan duit setiap bulan
Beli kereta biasa
Tak perlu modified kereta
Beli rumah
Beli emas
Buat part-time
Bagi mak ayah duit
Tak perlu ada awek lagi
Jangan tinggal sembahyang dan doa
Banyakkan bersedekah
Insyaallah anda akan melalui zaman kerjaya anda dengan cemerlang dan di pandu oleh allah swt.
Salam.
Insyaallah anda akan melalui zaman kerjaya anda dengan cemerlang dan di pandu oleh allah swt.
Salam.
Saturday, November 16, 2013
Video ribut taufan di haiyan Filipina
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(Al-'Ankabuut 29:40)
Friday, November 15, 2013
7 adab terhadap kedua ibu bapa kita
Salam,
Ibu bapa. Kita yang masih ada ibu bapa yang masih hidup amat la beruntungnya. Bagi mereka yang yatim piatu dari kecil atau ibu bapa yang dah meninggal dunia pasti terasa kehilangan mereka. Jadi tak kira la ibu bapa kita masih hidup atau sudah tiada, kita masih ada peluang untuk berbakti kepada mereka.
Jangan sesal dahulu pendapatan.
Sesal kemudian tiada gunanya.
Noktah.
Post by Hadis Nabi.
Thursday, November 14, 2013
Kesan pada diri apabila meninggalkan solat jumaat
Apabila solat jumaat kita abaikan.
Kita mengambil ringan tanggungjawab solat jumaat.
Hanya dua rakaat.
Mendengar khutbah yang membina.
Berjumpa saudara muslim.
Kita mengadap allah swt.
Bersama berzikir dan memujinya.
Mencari rahmatnya.
Mencari hidayahnya.
Kita lupa tuhan yang mencipta kita.
Kita lupa rezeki dan nikmat di beri.
Kita leka dengan hiburan duniawi.
Kita leka dengan handphone.
Kita leka dengan kerja.
Kita leka dengan bola.
Kita leka dengan duit.
Janganlah kita lupa menyembah dan mohon keampunan kepada allah swt.
Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
(Ibrahim 14:30)
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
(Ar-Ra'd 13:26)
Post by Hadis Nabi.
Apa sudah jadi dengan umat islam kini ?
Islam.
Agama yang datang dari allah swt.
Untuk hambanya.
Umat nabi muhammad saw.
Rahmat untuk dunia dan akhirat.
Meng 'esa' kan allah swt.
Menyembahnya hanya tuhan yang satu.
Satu akidah.
Penyatuan pelbagai bangsa.
Menyembah allah tuhan yang sama.
Mentaati nabi muhammad yang sama.
Kini.
Berpecah.
Tiada titik persamaan.
Hasad dengki, benci membenci, takbur.
Tiada belas kasihan.
Tiada bertolak ansur.
Membunuh satu sama lain.
Menyeksa satu sama lain.
Hanya mengejar kuasa dunia.
Atas alasan kebenaran.
Ya allah swt.
Beri lah kami petunjuk.
Beri lah kami hidayah.
Agar kami menjadi hamba yang di beri rahmat.
Agar kami menjadi hamba yang di beri petunjuk.
Agar kami menjadi hambar yang di kasihi.
Agar kami menjadi hamba yang di redhai.
Wednesday, November 13, 2013
Kenapa kena beli dan simpan emas dari sekarang ?
Emas. Ada duit lebihan yang tak guna selama setahun tu, beli lah emas. Menabung sikit2 dan beli emas. dapat bonus tahunan tu, suku dari bonus tu beli lah emas. Pakat dengan isteri share beli emas. |
Salam,
Ada korang terfikir atau tertanya-tanya dalam diri dan kepala, kenapa emas ni sangat bernilai dan masih bertahan dari zaman dahulu lagi sehingga la zaman sekarang. Di dalam al quran pun ada menyebut pasal emas. Pada zaman nabi muhammad saw pun di gunakan emas (dinar) sebagai medium jual beli. Sampai sekarang emas itu sangat bernilai pada seisi manusia.
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
(Al-Kahfi 18:31)
Pada zaman rasulullah saw, harga seekor kambing adalah 1 dinar emas. Sekarang harga seekor kambing boleh di beli dengan 1 dinar emas.
Emas sebagai pelindung harta jangka masa pangjang.
Emas sebagai penyelamat bila kita kesusahan.
Emas sebagai daya tarik untuk kau menabung.
Emas laku di jual di seluruh dunia.
Ada tak korang tanya nenek atau datuk korang, ada tak dia orang masih menyimpan emas waktu zaman muda mereka dan sampai sekarang emas tu masih ada di dalam tangan mereka. Kalau ada cuba tanya berapa kos mereka beli emas pada masa dahulu. Cuba buat kira-kira jika emas yang datuk atau nenek kau orang simpan tu di jual hari ni. Agak-agaknya untung atau rugi?
Jawapan dia mesti la UNTUNG !!
Contoh:
Dulu harga emas RM20/gram (anggaran 20-30 tahun lepas) . Katakan la datuk nenek kita beli emas dan jumlah berat gram yang mereka beli adalah 100 gram. Jadi kos beli emas masa dahulu adalah RM2000 sahaja (RM20 x 100g) . Katakan emas tu masih di simpan sehingga sekarang 2013 dan harga emas sekarang RM130/gram. Jadi harga emas datuk dan nenek kita tadi kalau di jual sekarang dah ada RM13,000. Jadi kos beli baru RM2000. Sekarang kalau jual balik untung RM11,000. Cuba bayangkan kalau datuk dan nenek kita simpan emas 1kilogram !!! Agak-agak berapa untung nya?
Ini membuktikan kenapa kita perlu menyimpan emas dari sekarang. Mula kan hari ni. Mula kan pembelian emas dan menyimpan. Jika anda tidak mulakan langkah untuk menyimpan hari nie, sampai bila-bila anda tidak akan menyimpan emas untuk masa hadapan anda.
Bayangkan kehidupan kita masa hadapan. Takkan nak harapkan KWSP? ASB? Public mutual? sahaja.
Bagaimana dengan inflasi?
Kos kesihatan?
Kos belanja harian?
Ingat lagi ada kawan baik cerita mengenasi inflasi, pada 10-20 tahun akan datang, kalau kita ada duit RM100,000 dalam bank, mungkin nilainya sama dengan RM10,000 sahaja sebab inflasi.
Fikir-fikirkan lah sebab sekarang ni pun dah terjadi. RM50 boleh beli berapa banyak barang compare dengan dulu? Dulu zaman saya karipap di jual 20sen. Sekarang karipap 40sen.
Saksikan video ini inflasi tahap tinggi di zimbabwe. Kesannya. Apa sudah jadi dengan wang kertas. Beli sebuku roti dengan harga 1 trillion dolar? Hehehehe. Emas hanya 0.1gram sahaja utk beli sebuku roti. Senang ke nak cari emas? Sehari bekerja mendulang emas pun belum tentu dapat 0.1 gram emas. Hehehehe. Jadi bertindak sekarang.
Rasa secubit garam dulu sebelum dan selepas makan
Salam,
Ambil secubit garam dan makan garam tersebut sebelum kita menjamah makanan dan selepas kita selesai makan. Ini adalah salah satu sunnah rasulullah saw. Setiap perbuatan rasulullah adalah di galakkan kita ikuti dan mempunyai hikmah di sebaliknya.
Kenapa kita perlu merasa secubit garam sebelum/selepas makan?
Menurut sains, dengan amalan secubit garam ini, kita akan menambah keberkesanan perut kita untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Dari Abdullah Bin Umar:
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam.”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya :
Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah garam."
Hadis riwayat Ibnu Majah :
"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam.”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya :
Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah garam."
Hadis riwayat Ibnu Majah :
"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."
Tuesday, November 12, 2013
(Video) Cara mandi junub/wajib mengikut sunnah rasulullah saw
Salam,
Video ini menerangkan dan memperlihatkan sunnah rasulullah saw yang di ajar kepada kita bagaimana rasulullah saw mandi wajib/junub. Semoga kita memperbaiki dari semasa ke semasa agar segala ibadah kita di terima allah swt.
Antara kesimpulan dari video ini.
jangan membazir air
tidak berbogel ketika mandi junub/wajib
Monday, November 11, 2013
Menangkap ikan tilapia yang sangat mudah
Pernah makan ikan tilapia. Ramai orang tak suka makan ikan nie. Mungkin kotor bagi mereka sebab ikan ni hidup dan di tangkap di kawasan air longkang atau kolam najis. Biasa lah tu kan. Apa-pun ikan ni sedap jugak. Kalau masak ikan tilapia cili api memang la sangat sedap.
Masak pedas panas panas.
Ikan ni murah kalau di jual. Kalau tak silap kalau dalam 5 ekor bawah Rm5 ringgit jer. Kalau dapat kawan yang jual ikan ni, kadang dia orang jual RM3 je. Hihihihi. Mungkin faktor banyak sangat ikan ni dan kurang popular sebab tu harga murah.
Apa-apa pun layan video nie. Memang mudah menangkap ikan tilapia nie. Boleh buat stok sebulan makan ikan nie je. Hehehe.
Sunday, November 10, 2013
Gambar terbaru di pantai bagan lalang, sepang
Salam,
Korang pernah pergi bagan lalang sepang? Sebelum tu pernah pergi bagan lalang? Hehehe. Pantai bagan lalang ini adalah salah satu tempat favorite aku untuk melepak dan merilekkan diri dari kerja. Suasana yang aman dan dapat melihat dan merasai pantai yang cantik. Sekarang ni bagan lalang dah maju sikit dan banyak perubahan sedikit demi sedikit dah berlaku kat sini. Kiranya facilitiesnya kat sini dah bertambah dan nampak elok.
Sini ada tempat makan. Nak makan apa cakap jer. Tapi ada seafood dan goreng-goreng pun ada. Sedap tu sedap la jugak asalkan dapat isi perut. Surau untuk sembahyang pun ada. Tanda berbayar pun ada. Tandas pun bersih dan selesa. Kira kalau korang nak buang hajat atau mandi air bersih selepas mandi laut kira selesa la.
Tapi bagi aku paling syoknya adalah pantai dia. Bila time air laut surut. Memang best sebab korang boleh jalan jauh sehingga jauh dari pantai. Memang luas dan jauh air surut tu. Kira lebih besar dari padang bola berkali-kali besar. Bila air surut korang boleh berjalan ke arah laut tu. Memang sayup jauhnya bila air surut. Korang boleh main layang-layang di tengah laut !!!
Kat bagan lalang ni ada jual layang-layang. Kalau nak main layang-layang pun boleh. Angin dia memang kuat jugak la. Tak mengecewakan.
Dulu masa aku belum kahwin. Aku dan ibu-bapa aku suka berkhemah sini sambil menjala ikan. Kami beli jaring dan pacak kat tengah laut masa air surut. Bila air pasang dan surut kembali, memang penuh la ikan dan ketam melekat kat jaring. Memang fresh. Dan the best part adalah goreng ikan fresh tu and makan kat pantai situ jugak. Memang awesome la kan. Goreng panas2 dan makan nasi putih dengan kicap dan ikan masin.
Maveles.
Nak ke bagan lalang ni senang. Tapi kalau aku nak cerita bersimpang siur. Kalau dari KL ke sini ambil masa sejam je kot. Tapi tak la lama kan. Korang google la nanti.
Layan gambar suasana petang di bagan lalang.
Awesome kan?
Masa ni matahari nak terbenam. |
Merenung dan merilekkan diri. Tengok air pasang sebenarnya. Angin tiup sempoi sempoi bahasa. Hehehe. |
Masa ni air dah nak pasang. Kalau air tengah surut, lagi luas pantai dia. |
View dari kedai tempat makan. Cool kan? |
Thursday, November 7, 2013
Simpan emas vs Simpan wang kertas
Salam,
Majoriti rakyat malaysia ada membuat simpanan untuk masa depan di dalam bank. Samada simpanan biasa, simpanan pelaburan seperti ASB/tabung haji/fixed deposit/etc. Ada juga yang tak suka simpan duit kertas tetapi suka simpan emas. Tak kisah lah samada emas tu datangnya dari barang kemas atau emas fizikal. Antara emas dan wang kertas, yang mana sangat berbaloi untuk di simpan untuk jangka masa panjang?
Emas kah?
Wang kertas kah?
Atau dua2?
Susah ke nak buat keputusan? Kenapa susah? Sebab tak cukup ilmu untuk justifikasi yang mana berbaloi? Jangan pening kepala. Mari saya tolong dengan perumpamaan contoh yang mudah. Contoh ini mudah sangat.
Contoh satu:
Ada dua buah keluarga yang duduk bersebelahan antara satu sama lain. Kita bagi nama keluarga A dan dan keluarga B. Keluarga A suka beli emas dan simpan emas di rumah. Keluarga B suka simpan duit kertas di rumah juga. (assume faktor2 lain di ketepikan. hehehe). Pada satu hari, malang menimpa kedua2 keluarga apabila rumah mereka terbakar. Habis rumah mereka hangus. Habis barang mereka semua terbakar. Tetapi antara keluarga A dan keluarga B, keluarga A tidak la rugi banyak dari keluarga B. Keluarga B habis semua hangus termasuk la duit kertas. Keluarga A pun hangus habis semua barangan rumah tetapi emas mereka terselamat.
Kerana apa? kerana EMAS.
Contoh kedua:
Anda ada satu keping wang kertas dan satu keping emas. Cuba bakar kedua2nya dengan pemetik api rokok. Wang kertas terbakar atau emas? Sudah tentu lah emas tidak terbakar.
Jadi 2 contoh atas ini adalah contoh mudah yang memberi justifikasi kenapa simpan emas lagi untung dari simpan wang kertas.
Insyaallah akan datang saya ceritakan lagi simpan emas untuk masa depan.
Wednesday, November 6, 2013
Tips bagaimana nak menghilangkan tekanan atau stress
Salam,
Kadang-kadang kita lupa akan pencipta kita ALLAH swt. Bukan kita lupa dengan sengaja tetapi dengan kekangan tugas harian kita. Kita tak kembali dan memohon pertolongan kepada pencipta kita apabila kita berada dalam kesusahan, kelaparan, kegusaran, ketakutan dan sebagainya.
Bila kita sukar melakukan tugas pejabat.
Bila kita di marah oleh majikan.
Bila kita tiada idea untuk tugasan.
Bila kita di timpa bencana.
Bila kita kelaparan.
Bila kita susah hati.
Kita selalu letakkan manusia sebagai tempat pertama untuk menyelesaikan masalah kita. Bagaimana dengan pencipta kita ALLAH swt?
Bila kita susah hati.
Kita selalu letakkan manusia sebagai tempat pertama untuk menyelesaikan masalah kita. Bagaimana dengan pencipta kita ALLAH swt?
Agak-agak dengan siapa kita akan mencari untuk menyelesaikan masalah kita? Kita harus dan wajib kembali dan memohon kelapangan dan pertolongan dari ALLAH semata-mata. Kepada ALLAH swt kita wajib memohon petunjuk.
Doa ketika kita menghadapi stress dan tekanan harian:
Sejarah ringkas hijrah nabi muhammad saw
Salam,
Maal hijrah. Tahun baru di dalam kalendar islam. Melambangkan perhijrahan nabi muhammad saw dari kota mekah ke kota madinah. Tujuannya yang utama untuk menyebarkan agama ALLAH iaitu ISLAM. Banyak dugaan dan kesusahan nabi muhammad saw ketika ingin berhijrah. Segala liku perjalanan di tempuhi oleh baginda.
Peristiwa ringkas perjalanan rasulullah saw. Semoga ia menjadi ingatan kepada kita umat islam. |
Mari berselawat ke atas nabi muhammad saw.
Allah swt dan malaikat berselawat ke atas nabi muhammad saw.
Kita ?
Tuesday, November 5, 2013
Batal ke wuduk sembahyang kalau kita makan atau minum ?
Salam,
Maklumat ini aku ambil dekat facebook. Boleh merujuk permasalahan ini dengan sunnah rasulullah saw. Semoga ia memberi kita panduan dengan lebih tersusun dalam mengerjakan ibadah kepada ALLAH swt.
Aku dulu pun ada rasa was-was dan aku lebih kepada berpegang kepada wuduk akan batal sekiranya kita makan dan minum selepas wuduk. Tetapi masa aku pergi umrah waktu ramadhan dulu, aku lihat banyak jemaah yang minum air zam-zam setiap kali selesai solat fardhu atau terawih. Tapi mereka tak ambil sembahyang balik selepas minum tersebut.
Alhamdulillah.
Sekarang dah faham dan tahu.
Permulaan baru dalam blog aku ini
Salam,
Ikutkan aku, aku dah memang kurang rajin dalam berblogging nie. Tapi sayang jugak nak delete blog ni. Dah lebih 5 tahun aku "menjenamakan" blog aku nie. Kalau dalam carian google, ada keywords yang boleh jadikan blog aku sebagai carian nombor satu dalam list google. Ini bermakna blog aku ni dah berada dalam keadaan "selesa" dalam carian google nie. Bukan senang nak mengekalkan blog nie.
Tapi.
Aku dah buat keputusan untuk menyegarkan semula blog ini seperti seorang bayi yang baru lahir. Maksudnya aku nak bermula dari awal balik. Dah tak mahu kongsi gambar-gambar yang kurang enak dan sesuai untuk di kongsi. Aku tak nak menceritakan cerita sensasi yang boleh menimbulkan bebanan dosa yang aku tanggung. Yang lepas-lepas sudah. Now kita mulakan yang baru.
Buku lama tutup.
Buka baru buka.
Semangat baru datang.
Apa yang aku nak kongsikan cerita dalam blog aku ni. Pada awal terbinanya blog ini, aku nak share personal life aku. Semua tentang photography. Permulaan memang rajin tetapi lama-kelamaan ke laut juga tujuan utama tu. Hehehe.
Tapi aku takde la nak set setiap hari nak buat satu post. Paling minimum 1 post sebulan. Paling sesuai aku rasa 1 post satu minggu. Hehehe. Biasa lah tahap kerajinan mcm ni memang kelaut. Hehehe.
Doakan aku berblog dengan sihat. Tak nak kejar traffic atau pengiklanan sangat. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, takda lah.
Rezeki itu datang dari ALLAH. Bukan manusia. Noktah.
Kita wajib percaya, rezeki itu dari ALLAH swt. Allah juga boleh menyempitkan rezeki kita. Jadi wajib kita berfikir dan kembali kepada ALLAH swt. Banyakkan amal dan mengikut suruhannya. |
Friday, November 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)