Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, December 31, 2013

Bye 2013


Salam,


Lagi beberapa jam. Kita melangkah tahun baru iaitu tahun 2014. Kenangan manis pahit akan menjadi sejarah. Sejarah yang akan mengajar dan mematangkan kita untuk tahun 2014. Umur tambah 1. Kubur kata mari. Tanggungjawab bertambah. Harga nak hidup naik.


Tapi apa yang penting kepada kita sebagai umat islam bukan lah perancangan tentang kehidupan duniawi semata-mata. Tetapi yang lebih utama dan yang lebih penting adalah bekalan kita untuk alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat kelak. Persoalan yang wajib di fikirkan.


BERSEDIAKAH KITA?


Bila di fikir-fikir kan kembali, macam tak cukup je bekalan nak di bawa sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan bila berhadapan dengan keadilan Allah swt nanti. Apa akan kita rasai bila kita mengadap Allah swt nanti apabila bekalan yang kita bawa tak cukup? Aaarghhh bila di fikir memang rasa takut. Mengenang nasib diri apabila melalui siratul mustaqim.


Adakah kita akan merentasi siratul mustaqim seperti kilat? Berlari? Berjalan? Merangkak? atau jatuh ke dalam neraka jahanam yang di sediakan untuk hamba Allah yang tidak menyembahnya dan tidak mengikut suruhanNya.


Mari kita baca dan fikir sejenak firman Allah tentang kiamat.


(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qaari'ah 101:4


Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), (Al-Mutaffifiin 83:5)

Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! - (An-Naazi'aat 79:5)

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)! (An-Naba' 78:39)

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (Al-Qiaamah 75:7)

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Al-Waaqi'ah 56:3)

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (Al-Waaqi'ah 56:57)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (Al-Hadiid 57:12)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hadiid 57:28)

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujaadalah 58:6) |

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18) |

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (An-Najm 53:58)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (Al-Qamar 54:46)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (Al-Qamar 54:46)

(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan. (Az-Zukhruf 43:66)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)". (Al-Jaathiyah 45:26)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (Al-Jaathiyah 45:27)


Ape perasaan kau apabila membaca tentang KIAMAT?


Friday, December 27, 2013

Resolusi baru 2014




Salam,


Tahun 2013. Apa yang dah aku capai? Aku cuba cari balik resolusi aku tahun 2013 tapi tak jumpa. Entah mana aku tulis aku pun tak pasti. Ada ke resolusi 2013 aku tuh. Rasa macam takde. Rasa macam ade. Ahh setan ni memang kerja dia menggangu ingatan manusia. Berbalik kepada resolusi. Untuk 2014 ni aku belum set apa resolusi la sangat tapi ada sedikit draft untuk meletakkan target dalam 2014 nanti. Hari ni aku nak senaraikan resolusi 2014 aku untuk tatapan korang. Masuk akal atau tak resolusi aku nie.


  1. Memperbaiki solat - Aku mengakui solat aku tunggang langgang. Sekejap penuh sekejap ada yang lopong dan sekejap ada yang lopong terus. Aku tahu dosa yang aku pikul bila masuk bab sembahyang ni. Aku mengaku dan aku tahu aku berdosa besar. Aku nak perbaiki amalan sembahyang aku. Aku dah siap beli kalendar besar kat rumah aku. Aku nak tanda tarikh mana aku tak solat penuh. Ia sebagai peringatan kepada aku. Untuk menambahkan ingatan aku pada tanggungjawap aku pada ALLAH swt. Tuhan yang aku sembah. Aku nak solat awal waktu. Banyakkan berjemaah di masjid. Aku nak memperbaiki amalan aku.
  2. Mendekatkan lagi diri dengan al-quran - Aku dah lama mula untuk memahami setiap makna ayat di dalam al-quran. Banyak sungguh petunjuk dan peringatan untuk kita. Aku memahami setiap ayat al-quran. Nak menambahkan ilmu lagi. Aku dah siap beli tafsir al-quran. Yang akan membantu aku. Aku nak dekatkan diri dengan al-quran. Mengkaji setiap ayat dariNYA dan berkongsi dengan korang semua. Harap aku dapat menyebarkan kalam allah sedikit demi sedikit.
  3. Tingkatkan kewangan - Aku kerja makan gaji. Kerja dalam company yang tidak besar dan tidak la kecil. Aku tak pasti bila nak mula perniagaan. Keinginan itu ada tetapi langkah itu belum mula nak menapak ke depan. Sebelum umur 40 aku nak kurangkan atau habiskan hutang kredit kad aku yang ada 3 tu. Aku belum la ketahap hutang yang kronik tetapi sebelum terlambat aku nak habiskan sebelum umur 40 tahun. Aku nak kebebasan kewangan. Nak menabung untuk usia tua dan untuk pelajaran anak-anak nanti. Nak pencen awal. Duduk bersederhana dengan duit pencen.
  4. Jalan jalan cari makan - Resolusi aku yang satu ni pelik sikit. Hahahaha. Aku nak jalan jalan cari makan di sekitar kuala lumpur dan area selangor. Setiap kawasan pusat perniagaan mesti ada restoran baru di bukak. Aku nak test. Target sebulan 2 kali makan di restoran yang berbeza. Nanti aku blog untuk tunjuk bukti kat korang. Ini mula terdetik bila asyik sangat tengok rancangan jalan jalan cari makan di tv3. Geram dan meleleh aje setiap lokasi yang dia orang pergi. Aku target area KL dan sekitar selangor je dulu.
  5. Kukuhkan ikatan kekeluargaan - Aku nak pastikan keluarga aku dan adik beradik aku tidak berpecah. Sentiasa bersatu dan memahami tanggungjawab masing-masing. Menjaga hubungan baik dengan sebelah keluarga mertua. Memastikan tanggungjawap aku kepada mereka juga. Menolong sebaik mungkin. Rezeki kita kongsi bersama.

Aku rasa 5 resolusi di atas paling penting bagi aku. Yang resolusi lain tak payah la aku citer. Ia kecil dan sangat peribadi. So tak perlu la aku nak ceritakan kat sini. Resolusi atas bukan untuk aku membuka aib aku atau menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi. Yang mana baik boleh di jadikan teladan. Yang buruk korang jangan ikut. Hehehe.


Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:160)

Wang kertas dan inflasi berpisah tiada


Mungkin ada yang masih belum faham mengenai inflasi. Kesan inflasi kepada duit kita. Kuasa beli kita. Kita makin kaya atau miskin. Kalau tak faham maksud inflasi sila fahamkan gambar di bawah.


Apa guna menyimpan duit kertas sedangkan inflasi tinggi.
Apa guna dapat dividen kalau inflasi tinggi.


Penyelesaiaan yang terbaik adalah tukar wang kertas anda dengan emas. Tapi mesti ada ilmu tentang emas. Cari ilmu dulu.



Wednesday, December 25, 2013

Pengalaman bercuti di Afamosa water world theme park melaka


Salam,

Cuti panjang baru-baru ni aku bawa anak buah aku sorang tuh mandi manda di afamosa water theme park di melaka. Sebab sebelum cuti sekolah yang panjang aku dah janji nak bawak dia mandi-manda. Sebelum ni kami pernah pergi gold coast morib water theme park. Masa kat gold coast morib water theme park memang dia enjoy sangat lah. Mandi 4 jam tanpa berhenti. Hehehe berhenti la jugak sekejap untuk minum air dan makan tengahari. Tipu la pulak kalau mandi berendam tak berhenti-henti. Bila tengok dia seronok benar mandi dan berendam, aku cadangkan mandi di a famosa water world melaka pulak. Di a famosa water world melaka, aku pernah datang ke sini sebelum ni masa family day company aku. So kali ni, ini kali kedua aku datang la. Jadi aku bawak isteri, parents aku dan anak buah aku tu mandi sana.


LINK: Bagaimana untuk kita keluar dari kesempitan hidup ?


Sampai a famosa water world melaka dalam pukul 12 lebih. Matahari dah terpacak atas kepala. Water park tu buka kul 11am (weekday), jadi takkan nak menapak pepagi buta kat depan water park tu. Sampai sana  isteri beli tiket dan aku cari parking. Masa tu hari selasa. Weekday tak la ramai sangat orang. Kira bole seronok la mandi manda dengan tenang sikit. Hehehe. Harga tiket a famosa water world melaka total RM200. Harga untuk 2 orang dewasa + 2 orang warga emas + 1 budak. Siap dengan makan tengahari dan air kotak. Boleh la. Nak komen pun buat aper, masuk je la dan mandi puas2. Hihihi.


Dah masuk dalam tu dan tiket pun dah di sahkan, kami gerak masuk dalam. Tiada perubahan ketara pada a famosa water world melaka sejak pertama kali aku datang dulu. Cuma yang aku perasan ada binanya macam khemah kayu atau rumah kayu untuk di sewa. Tak silap aku dulu kat situ hanya ada tempat duduk untuk pengunjung duduk meletakkan barang. Sekarang dah ade plak khemah kayu untuk di sewa oleh pengunjung. Mula-mula ingat khemah kayu tu free. Tetiba terserempak kena la plak bayar khemah kayu tu. Nak tahu berapa harga sewa dia?????? Kalau tak silap aku RM120-RM150. Dalam lingkungan harga itu lah. Mahal ke? Berbaloi ker? Cekik darah ker? Idea yang bodoh ke nak sewa dengan harga macam tu? Lu fikir la sendiri. Bagi aku tak bebaloi sebab takde air-cond. Kah kah kah. Bagi aku a famosa water world melaka mencekik duit pengunjung.


Di sebabkan aku tak sewa khemah kayu aku tu dan aku rasa satu pembaziran. Kalau ade aircond or tv dalam tu elok jugak aku sewa. Apa punya badigol buat khemah dan sewa mahal. Langsi punya a famosa water world melaka. Ok lupakan la. Itu hak mereka.


Di sebabkan takde tempat duduk yang sudah penuh, sebaik ada satu port batu yang redup bawah pokok kelapa. Kat situ free dan dekat dengan tempat mandi. Boleh la ade tempat duduk beralas batu. Sejuk plak tu sebab redup. Anak buah aku dan isteri tukar baju dan terjun mandi. Aku pun sama terjun. 


Bila dah hampir 2-3 jam berendam dalam air, aku pergi amik makanan tengahari.  Ada 5 bungkus. 2 bungkus lauk ayam kari + sayur . 2 bungkus ayam masak kicap. 1 bungkus ayam masak halia goreng. 3 kotak air ice lemon tea dan 2 air mineral. Boleh la sedap jugak. Harga makanan dalam tu mesti lah mahal kan. Boleh la alas perut. Lepas makan sambung mandi. Melayan air ombak dengan anak buah dan isteri. Kasi sampai gigil dan puas mandi.


Kami tak main air gelongsor kat kawasan dewasa sebab anak buah aku tak di benarkan naik sebab bebudak lagi. Jadi aku teman dia main air gelongsor dekat kawasan kanak-kanak. Dia yang main gelongsor tuh. Hehehe. Hampir  5 petang aku beredar. Puas mandi je lah. Ok lah dari tak puas.


Bagi pendapat aku a famosa water world melaka tu dah macam 'usang'. Macam flat perumahan yang usang. Tak ada benda baru yang boleh excited nak pergi lagi situ. Kecuali kalau takde tempat lain nak mandi manda. Baik mandi sungai je kalau semata-mata nak mandi kena air ajer. Mandi sungai free. Eh mungkin bayar parking kete sajer. Kalau setakat permainan yang sama je dari first time aku datang dulu dan sekarang, alahai boring. Cuma ada satu je permainan baru untuk budak dewasa. Yang lain masih sama. Bagi aku takde pembaharuan. Dah takde idea ke a famosa water world melaka nie? Macam dah nak tutup je. Masa aku drive dari pintu masuk a famosa water world melaka ke water theme park, kawasan-kawasan permainan outdoor macam kawasan lepas perang. Sunyi dan usang. Kalau macam itu lah gayanya, tak lama lagi jadi padang jarak padang terkukur la.


At least a famosa water world melaka mesti lah ada pembaharuan setiap setahun dua. Menambah baikan kawasan a famosa water world melaka. Bukan menyediakan kemudahan yang mencekik duit pengunjung lagi. Dah la masuk pun dah kena bayar. Tapi lantak la kan, itu hak famosa. Kalau di tutup nanti tu pun bukan aku yang rugi kah kah kah kah.Wujudkan suasana baru. Lama-lama nanti kalau takde pembaharuan orang pun tak nak datang lagi berulang kali.


So aku rasa malas dah nak pergi lagi di sana. Full stop.


So itu je la pengalaman aku. Takde gambar nak masukkan. Korang boleh google kalau nak tengok gambar a famosa water world melaka tu. Okeh. 


Chow.



Tuesday, December 24, 2013

Ulangtahun perkahwinan kami yg ke IIIIII


Salam,


Semoga ALLAH swt mengampuni saya dan isteri,
Semoga ALLAH swt merahmati saya dan isteri,
Semoga ALLAH swt memberi kekuatan saya dan isteri,
Semoga ALLAH swt menguatkan kasih sayang saya dan isteri,
Semoga ALLAH swt menambahkan iman saya dan isteri,
Semoga ALLAH swt masukkan saya dan isteri ke dalam syurga,
Semoga ALLAH swt lindungi saya dan isteri dari azab kubur,
Semoga ALLAH swt lindungi saya dan isteri dari azab api neraka,
Semoga ALLAH swt lindungi saya dan isteri dari fitnah dajjal dan musuh musuh islam.


Itu sahaja yang saya dan isteri mohon,
Yang lain-lain itu kami bersyukur atas pemberian dan ketentuannya.



Video kejadian aneh ikan banyak berkumpul di lahad datu


Salam,


Kejadian ikan banyak berkumpul di darat. Kejadian ini berlaku di lahad datu. Punca dan sebab masih tak tahu. Hanya allah sahaja yang tahu. Ramai pemikir-pemikir dan penafsir-penafsir tegar menyatakan mungkin ada kejadian yang buruk akan berlaku. Apa-apa pun jangan kita mendahului allah. Mungkin ini rezeki yang allah beri pada hambanya di sana. Apa-apa pun kita mesti sentiasa bersedia apa-apa sahaja kemungkinan.



(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:112)





Monday, December 16, 2013

Duduk kampung


Salam,


Semalam balik kampung arwah nenek. Dah lama tak balik kampung sejak arwah nenek sakit. Arwah nenek semasa hayatnya tinggal di ampang. Jadi balik kampung tu samada hari minggu atau cuti atau masa musim berbuah atau lalang dan tumbuhan liar dah meliar sampai ke pangkal leher aku. Itu maknanya kena la tebas tumbuhan liar tu. Tapi sejak arwah nenek sakit, memang dah tak balik kampung dan tengok kebun nenek tu.


Kat kebun tu ada pelbagai buah yang di tanam dari zaman arwah moyang. Ada durian, rambutan, langsat. Kalau musim durian memang cukup berbaloi. Terlebih dari cukup buah durian menjadi. Kalau ade lebihan durian, macam biasa akan di buatnya tempoyak. Memang yummmyyyy lah.


Semalam aku balik kampung. Setelah sekian lama tak balik. Kat kampung ada mak saudara dan bapak saudara. Tinggal di rumah peninggalan arwah nenek aku. Sejak mereka duduk kampung, ada orang jaga kebun arwah nenek. Ada orang membersihkan kebun arwah nenek. Jadi musim buah tahun nie, aku dan family berkesempatan balik. Merasai memetik buah yang dah lama di tinggalkan sejak arwah nenek sakit dulu.


Berpeluh habis baju aku. Memetik buah rambutan. Mencantas dahan-dahan rambutan. Supaya pokok rambutan boleh berbuah lagi pada musim akan datang. Aarghh dah lama tak buat kerja macam nie. Rasa seronok kembali. Di gigit semut ketika membersihkan kebun. Di cucuk nyamuk. Habis merah kaki aku. Yang aku ni pun pakai seluar pendek. Hehehe. Ini lah kesan bila dah lama tak buat kerja kebun. Mengumpul ranting-ranting pokok. Menebas tumbuhan liar. Sambil mengumpul rambutan, sambil tu makan rambutan. Enak sekali makan dalam kebun. Ada pulak ais kosong. Legakan tekak aku yang kerap kering.


Habis aktiviti di kebun. Lepak belakang rumah plak. Belakang rumah pun ada kebun. Ada sangkar arnab. Pokok pisang elok tumbuh belakang rumah. Pemandangan belakang rumah sungguh best. Rindu akan suasana kampung. Hidup di bandar lama sangat. Bila duduk kampung sekali sekala, terasa tak nak balik bandar. Tak nak tempuh mengejar masa pejabat. Mengejar dateline. Mengejar traffik jem. Semua itu menyesakkan. Dah lebih 10 tahun. Aaarghhhhhhhhhhhh. Stressss.


Settle down kat kampung? Yurp satu hari nanti. Menghabiskan masa di kampung. Meninggalkan bandar sejauh yang boleh. Hidup sederhana. Bekerja apa sahaja yang ada di kampung. Meninggalkan segala kemodenan di bandar.


Tapi masih adakah kampung di masa hadapan???




Saturday, December 14, 2013

Lokasi klinik mata di seremban, negeri sembilan


Salam,





Nak sharekan lokasi klinik mata di negeri sembilan. Senang pada mereka yang mencari lokasi klinik mata ni di sekitar seremban. Bukan apa, masa isteri aku nak cari klinik mata, memang agak sukar sebab tak banyak klinik mata kat seremban nie. Kerana bila aku google, tak banyak pilihan langsung. Keputusan carian google pun tak membantu sangat. Last sekali aku 'godek' kata carian yang sesuai dapat la satu lokasi ni. Rasa ada 1 sahaja klinik mata kat seremban.


Yang ni alamat klinik mata tu.
Laser-Pro Eye Centre Exit Jalan Sungai Ujong 70100 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia


Kalau dari exit highway seremban pandu ke arah terminal one. Klinik ni sebelum terminal one dan sebelum hotel seri malaysia. Bawah ni aku ada bagi map google. Nampak kat hotel seri malaysia tu. Klik gambar supaya dapat bersarkan skit.





Klinik memang ramai orang yang datang. Elok datang la pagi sikit. Pekerja dia pun ramai. So bila pekerja ramai maksudnya service pun bagus dan cepat la kan.


Isteri aku bawak ayah dia ke klinik dia. Buang selaput mata. Tak sampai 15 minit dah siap buang. Harga boleh tahan mahal RM2500. Mungkin sebab rawatan dia mahal kot. Takpe la asalkan mata ayah mertua aku tu elok.


Ok selamat weekend. Chowwwwww.

Tuesday, December 10, 2013

Video seorang lelaki berdakwah di depan puteri raja belanda

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (A-li'Imraan 3:104) |




Monday, December 9, 2013

Kerana menolong orang lain


Para malaikat menerima roh seorang lelaki daripada umat sebelum kamu lalu bertanya: "Adakah kamu pernah melakukan apa-apa kebaikan?"


Dia menjawab: "Tidak"


Malaikat mengatakan: "Cuba ingat-ingat"


Dia menjawab: "Dahulu aku memberi hutang kepada orang ramai. Kemudian aku mengarahkan orangku supaya memberi tangguh kepada mana-mana yang kesusahan (masih tidak mampu,perlukan masa) dan mengabaikan sahaja mana-mana yang kesulitan (tidak mampu langsung.)"


Lalu Allah mengarahkan: "Abaikan dosa-dosanya."


(Riwayat al-bukhari dan muslim)

Random weekend yang malas


Salam,


Aku ada rumah yang aku beli lebih setahun lepas. Rumah ni bukan kat kuala lumpur tapi kat seremban. Bandar warisan puteri. Rumah ni aku tak duduk sebagai rumah tetap aku. Tapi sebagai rumah persinggahan untuk rileks dari ibukota. Rumah ni pun boleh di kira sebagai aset aku akan datang. Mana tahu satu hari nanti aku bekerja kat seremban.


Sabtu dan ahad lepas aku balik rumah aku tu. Aaarghhh terasa rindu kat rumah ni. Lama aku tak singgah tidur. Wife aku ada jugak singgah bila dia balik port dickson rumah mertua aku. Jadi sabtu lepas aku balik rumah aku tu dan tidur semalam. Kononnya banyak la sangat benda nak aku buat. Antara perkara yang aku nak buat:

  • Gantung jam dinding yang dah lebih 4 bulan beli. masih tak gantung-gantung.
  • Konon nak pasang tempat penyidai baju. Dah lebih setahun beli tapi tak pasang-pasang. Drill dah bawa tapi kemalasan melanda.
  • Nak bersihkan keliling rumah yang dah naik tumbuhan liar. Bila tengok belum panjang lagi. So hold dulu niat nak bersihkan. Kekeke.
  • Nak bersihkan tempat parking kereta. Hmmmmm kelaut kerajinan aku.
  • Nak beli pkok bunga dan pasu tapi kedai yang selalu aku beli tutup. Malas nak survey tempat lain.

Jadi senarai atas tu la yang aku plan nak buat. Bila sampai rumah satu haram pun aku tak buat. Rilek depan tv. Naik kaki atas kerusi. Layan channel astro. Selain tu aku pergi pasar beli ikan. Tolong skit wife aku siang udang supaya cepat skit masak tu. Hehehe.


Memang aku ni tahap malas gaban minggu lepas!!!


Hahahahaha choyyyyyyy!!!!!!



Saturday, December 7, 2013

(Video) Bukti Allah dan Islam itu benar


Salam,


Kalau kita selalu baca al-quran tanpa kita tahu makna di sebalik setiap bacaan itu, kita tidak sedar akan bukti-bukti yang wajib kita percaya atas kewujudan ALLAH swt. Tuhan yang esa. Tuhan yang kita sembah dan tuhan yang kita mohon pertolongan. Video ini wajib kita sebar kepada orang bukan islam supaya ia satu dakwah kepada mereka akan kewujudan dan kebenaran ALLAH dan ISLAM itu sendiri.


Video ini membuka mata kita akan kekuasaan allah ke atas setiap makhluk di antara langit dan bumi dan sekelian alam.


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2)


Di dalam al-quran itu sendiri terdapat bukti-bukti yang bukan di reka oleh nabi muhammad saw. Mana mungkin pada zaman nabi muhammad saw, nabi dapat mengetahui setiap kejadian alam ini dengan tepat dan cepat. Ada bukti-bukti kejadian itu hanya di buktikan oleh manusia pada zaman kewujudan sains. Ia mengambil masa lebih 1400 hijrah untuk manusia membuktikannya. Sedangkan nabi muhammad mendapat wahyu yang membuktikan kebenaran tersebut.


Semoga dengan video ini akan menjadi iktibar kepada kita dan sebarkan lah kepada rakan-rakan anda seramai yang mungkin. Ia serba sedikit dapat membantu menyebarkan kebenaran ISLAM. Agama yang sangat kita cintai.


Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). (Al-Jaathiyah 45:20)


Bagi umat islam, mari lah kita kembali kepada al-quran. Banyak sungguh rahmat dan rahsia yang terdapat dalam al-quran yang menjadi panduan kita kelak.






Friday, December 6, 2013

Apabila mat salleh nyanyi lagu 'Akulah Kekasihmu' dari AXL's

Wednesday, December 4, 2013

Contest SEO Eridy


Salam,


Hari ni mencuba nasib join Contest SEO Eridy. Kalau ada rezeki yang dah di tentukan oleh ALLAH mana la tahu aku dapat menang wang tunai dalam Contest SEO Eridy. Sebelum ni aku tak berminat sangat la nak join mana-mana contest kat blog. Si eridy ni pun aku tak kenal. Tapi bila blogwalking kat blog aku suka terjah, terus rasa nak join Contest SEO Eridy. Nak mencuba nasih tak salah kan. At least mencuba dari tak mencuba. Rezeki itu datang dari ALLAH bukan SEO google. Hehehehe.


Apa ada pada Contest SEO Eridy ni? Contest ini adalah contest ringan yang menguji 'kehebatan' blog korang dalam teknik SEO ? Apa itu SEO? Kalau tak tahu sila dapat details di pakcik google. Dengan ada SEO ini, blog korang akan jadi mesra google dan apabila ada pembaca mencari satu perkataan dalam google search, jika perkataan tu 'kena' dekat korang punya blog, blog korang akan berada dalam page google search yang pertama atau kedua.


Bila page korang berada pada page google search yang pertama, potensi pembaca klik amat lah tinggi. Bila dah sentiasa tinggi masa ni la korang boleh para pengiklan mengiklan product korang kat pembaca korang.


Sebab tu sesiapa nak jana pendapatan dengan berblogging, kena la belajar SEO. Nak tarik traffik. Dengan traffik korang boleh buat duit. Buat duit dari rumah atau secara part-time.


Join Contest SEO Eridy, jika kita menang kita dapat la hadiah tunai. Tempat pertama RM200. Boleh la guna duit tu bayar domain korang. Hehehehe. Aku join Contest SEO Eridy sekadar suka-suka dan mencari ilmu dalam belajar berblogging nie.


Tapi bila tengok blogger lain dapat hadian macam-macam, rasa macam nak join jugak la. Rasa cemburu pun ada sebab mereka menang hadiah. Rasa rugi pun kadang-kadang timbul bila tak join. So sekarang ini langkah pertama.


Kalau aku gagal, aku akan cuba lagi. Dan cuba dan cuba. Tak rugi pun kalau mencuba. Okbai.


Tuesday, December 3, 2013

Impian



Ada impian dalam hati ini.
Yang masih belum dapat.


Masih berusaha.
Masih bertawakal.
Masih berdoa.
Masih berharap.


Jika ditakdirkan.
Impian itu akan hilang.
Sungguh aku tak menyalahkan.
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


Hanya kepada ALLAH ku memohon.
Hanya rahmatNYA ku harapkan.
Hanya belas kasihanNYA ku harapkan.


Aku bersyukur.
Atas segala nikmat di beri.
Pasti suatu hari nanti.
Aku akan bertemu tuhan ku.
Tuhan yang ku sembah.
Tuhan yang ku mohon pertolongan.
Hanya pada NYA.



Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)




(Sticky) Koleksi kesilapan dalam membaca surah al-fatihah





Monday, December 2, 2013

Review buku sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali"


Salam,


Sham kamikaze, dahulunya seorang pemuzik gitar yang terkenal dengan "gorengan" gitarnya. Sham kamikaze selalu muncul dalam mana-mana rancangan tv terutamanya melibatkan konsert. Tetapi sekarang Sham kamikaze sudah berubah. Sham kamikaze sudah berhijrah. Sham kamikaze sudah mendekatikan diri ke jalan ALLAH. Baru-baru ini aku ke mid valley dan singgah ke kedai buku MPH. Sambil belek buku-buku di sana, tertarik dengan buku Sham kamikaze ni.


Aku selak beberapa muka surat dan mendapat buku ini menceritakn sejarah perubahan Sham kamikaze dari awal beliau ceburi bidang muzik sehingga la peristiwa beliau berubah dan berhijrah dan mendekati diri kepada ALLAH swt.



Kulit wajah muka depan buku ini. Buku ini tidak mahal. Harga aku tak ingat. Tapi bawah RM20 kalau tak silap la.
Buku ini tak tebal dan tak nipis.


Secara ringkas sejarah hidup Sham kamikaze bermula dari muzik melalui bapanya. Beliau merantau ke kuala lumpur. Bermain muzik di kelab-kelab sekitar kuala lumpur. Mendapat peluang mengiringi band-band muzik terkenal pada zaman tersebut. Membuatkan ramai tertarik dengan Sham kamikaze. Melalui kerjaya muzik tersebut, beliau mempunyai duit yang banyak. Hidup bebas dan meninggalkan solat. Boleh beli apa sahaja yang di ingini. Boleh di katakan duit ini tiada masalah untuk beliau. Sehingga satu hari beliau berubah apabila menemui rakan lama beliau....Apa jadi seterusnya??  Sila la beli yea..hehehe


Buku ini sangat sesuai di baca oleh semua golongan peringkat. Dari golongan remaja kepada yang dah berumur. Aku sangat suka baca buku ini. Perubahan dan hijrah seseorang yang akan membuatkan kita terikut untuk mengikuti jejak beliau.


Jadikan buku Sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali" sebagai buku wajib di beli dan sebagai koleksi korang di rumah.

Sunday, December 1, 2013

Anda rasa rezeki anda sempit? Tidak cukup? Ingin lagi? Ini jawapannya

1) Dengan berinfaq (menafkahkan sebahagaian harta atau rezeki kepada yang memerlukan) :

Aţ-Ţalāq :7 
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.


2) Allah ganti balik


Saba' :39 - Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.  


3) Dengan minta pada Allah


Al-`Ankabūt :17 - Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya-lah kamu akan dikembalikan.


3) Selalu Baca Quran, Solat dan Infaq


Fāţir :29 - Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,   

4) Zikir atau Ingat Allah banyak-banyak :

Al-Jumu`ah :10 - Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.   



Al-Jumu`ah :11 - Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki. 

Saturday, November 30, 2013

Kata-kata mutiara - #1


Friday, November 29, 2013

Tips strategi bebas hutang


Salam,


Aku nak sharekan beberapa tips nak setlekan hutang dengan cepat dan berkesan. Kat malaysia ni, setiap orang takkan lari dari hutang. Dari mula universiti bermula la kita akan berhutang sehingga la kita bekerja. Kenapa berhutang? Sebab simpanan takde. Sebab sayang duit di belanja sekali banyak. Sebab memang suka berhutang. Sebab rasa boleh bayar ansuran hutang tu. Sebab gaji besar. Sebab gaji kecik dan bermacam-macam sebab la nak berhutang.


Tips utama yang perlu ada untuk langsaikan hutang keliling pinggang adalah DISIPLIN DIRI !!!


Kalau takde disiplin baik korang tak payah baca tips nie. Membazir masa korang je kan. Sebab tak guna baca kalau takde disiplin. Disiplin la yang akan membentuk dan menunjukkan korang jalan keluar dari hutang piutang yang mengganggu jiwa dan raga korang. Dengan disiplin korang akan jadi seorang yang penyabar dari membeli benda yang bukan keperluan tetapi untuk bermegah. Dengan disiplin anda akan dapat mengatur perbelanjaan anda dengan lebih baik dan berkesan. Dengan disiplin korang dapat elak dari terpedaya dari anasir anasir marketing di luar sana. Hehehe.


Tips bebas hutang tarak tipu punya:


1. Keperluan atau kemahuan
Sudah semestinya bila kita berbelanja kita perlu tahu adakah ia satu pembelian itu satu keperluan atau kemahuan. Sebagai contoh. Anda belum ada kereta, keluarga anda besar. Jadi kereta adalah satu keperluan bagi keluarga anda. Jadi pembelian kereta secara hutang dari segi logiknya adalah tak salah tetapi lebih baik beli cash. Hehehe. Kemahuan lebih kepada "kemegahan". Sebagai contoh, anda dah ada kereta jenama A dan masih membayar hutang kereta tersebut. Di sebabkan ada kereta lebih baru, anda terpikat. Jadi ikut kemahuan anda utk tukar kereta dan berhutang lagi dan lagi. Jadi sudah semestinya anda dapat bezakan samada ia keperluan atau kemahuan.


2. Elak dari kad kredit, installament, zero interest, lower installment dan sewaktu dengannya.
Ayat-ayat kat atas tu memang ayat pelaris marketing tahap daya penarik jiwa raga tahap gaban. Kalau boleh elakkan. Kalau nak ada kad kredit biarlah ada satu sahaja dengan credit limit dia sekecil yang mungkin. Sebab apa kena perlu ada kad kredit, sebab mana la tahu ada pembelian online yang memerlukan kad kredit. Senang cerita beli la dengan cash. Kalau takde cash kumpulkan cash tu dulu sebelum beli.


3. Pembayaran kad kredit. Bayar lebih dari minimum payment.
Korang yang ada kad kredit memang la suka kan bayar minimum setiap bulan kad kredit korang. Samada korang sedar atau tidak, jika korang bayar minimum setiap bulan, makin bertahun la nak habis bayar hutang kad kredit tu. Kalau boleh bayar lebih. Kalau minimum dia RM300. Tambah la RM100 lagi utk bayar. At least pun minimum payment + interest = Total bayaran bulanan kad kredit.


4. Tabung bunian
Kalau korang ada duit syiling atau duit kertas RM1 lebihan perbelanjaan, korang simpan dan asingkan dalam tabung bunian. Kalau di amalkan selalu, jumlah yang terkumpul tu memang korang tak jangka. Dengan duit dari tabung bunian tu korang boleh top-up bayaran hutang korang. Serius. Aku dah buat. Setahun aku kumpul. RM1000 dalam tangan. Apa lagi walaupun sayang lebih baik bayar hutang kad kredit tu. Hehehe. Biar lambat asalkan selamat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


5. Bonus tahunan
Bila dapat bonus tu bayar lah hutang tu. Tutup mata je bayar hutang korang. Hehehehe. At least 50% bonus tu bayar hutang.


6. Potongan gaji automatik bayar hutang
Ini kalau company korang boleh buat lagi bagus. Senang. Sure korang lebih berdisiplin.


7. Jangan buat hutang baru !!
Elak la dari buat hutang baru yang membebankan. Hidup lah cara bersederhana dan bukan bermegah dengan materialisitik ni. Setakat nak dapat nama buat apa. Nak bermegah dekat orang sekeliling sekadar nak dapat pujian dari manusia nie. Baik tak payah. Biar bersederhana dan poket tebal. Itu lagi bagus dari berhutang tapi poket kosong. Buat apa nak menunjuk-nunjuk kat kawan barang yang kita beli tu, bukan mereka nak tolongkan bayarkan !!!...


8, Duit kenaikan gaji bayar hutang.
Jika korang ada kenaikan gaji, guna kenaikan gaji tu buat bayar hutang. Sebelum ni mungkin bayar hutang RM1000 sebelum naik gaji, bila naik gaji RM500, topup jumlah bulanan hutang tu RM1500. Lagi cepat korang akan setelkan hutang tu.


Ok itu aku rasa la tips-tips yang aku guna. Walaupun aku guna tips di atas, aku masih berhutang sebenarnya. Tapi hutang aku tu tak membebankan aku sebab ia berada dalam tahap minimum. Kalau aku nak setlekan terus pun boleh dengan simpanan aku. Tapi aku tak nak.


Apa yang penting adalah disiplin. Okbai !!!










Wednesday, November 27, 2013

Harga emas makin murah. Jangan tangguh beli.

Keratan akbar the star, tarikh 26.11.2013. 


Salam,


Rasanya dah berapa kali nak beritahu. Lindung harta anda dengan emas bukannya duit kertas. Nasihat ini untuk bangsa saya. Saudara seagama saya. Siapa lagi nak beritahu kalau bukan saya. Saya hanya mampu berkongsi maklumat.


Tun Dr Mahathir pun cakap dan bagi contoh duit kertas dolar amerika macam tisu tandas.


Saya harap anda mula dari sekarang. Jangan tunggu dengan seribu alasan. Saya dah beritahu sebelum ini kenapa kita kena beli emas dari sekarang. Siap ada video tau dalam tu. Emas tengah murah sekarang. Dah jatuh 25%. Anda takut beli sebab harga jatuh kah? Sebab harga emas murah sebab harga jatuh kah? Nak tunggu emas naik baru nak beli?


Memang manusia ni pelik beli emas ketika harga tinggi. Aduhai.


Kalau ada duit simpanan yang tak guna selama setahun tu elok di keluarkan dan tukar kepada emas sekarang. Harga emas sekarang macam tahun 2010. Masuk je tahun 2011, emas naik mencanak. Bila naik mencanak baru orang nak beli walaupun harga mahal.


Kenapa susah sangat nak mendidik ni?
Kenapa susah sangat nak percaya?
Kenapa susah sangat nak beli?


Make sure beli emas dapat emas. Bukan beli emas dapat buku pelaburan emas !!! Faham !!!


Okbai !!



Monday, November 25, 2013

Portraiture photography suami isteri di bagan lalang.


Salam,


Semalam pergi bagan lalang lagi. Kali ni bawak mak ayah dan anak buah. Anak sendiri? Belum ada lagi. Rezeki belum sampai. Allah belum izinkan. So kali nie aku pergi bagan lalang ada mission. Mission yang dari dulu nak buat. Agaknya dah 4 tahun mission tu. Baru semalam aku laksanakan. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Hehehe. Mission aku nak photographed aku dan isteri aku. Couple portraiture. Tak payah hire photographer. Sendiri buat dan bikin. Kamera aku ada. Tripod pun aku ada. Jimat pun jimat. Satu lagi puas hati sebab aku tahu gambar apa yang aku nak. Kalau aku hire photographer lain mungkin mahal. So ini budget photography. Hik hik.


Semalam aku bawak tripod. First time baru nak guna tripod. Dah lama di simpan dalam stor. Sebaik mak aku simpan lagi tripod tu. Ayah aku kata dah nak buang tripod tu. Sebaik ok lagi. Boleh di guna lagi. So tripod ni akan menjadi 'pemegang' kamera aku masa aku photoshoot tuh.


Kenapa aku pilih bagan lalang? Sebab utamanya pantai dia yang luas bila air surut. Memang luas. So dengan kawasan pantai luas, aku boleh photoshoot dengan sedikit privacy. Boleh dapat background yang cantik. Selalu photographer guna term "clean". Bila pantainya luas, senang nak bergerak. Tak perlu sangat nak risau dengan kawasan.


Aku target sampai sana pukul 4:30 petang. Tapi di sebabkan jem yang "bodoh". Aku sampai pantai bagan lalang dalam 5:30 petang. Mula-mula rasa down dan dah luntur semangat. Bukannya apa, aku takut air pasang. Kalau air pasang tak dapat la nak buat photoshoot. Jem bodoh di sebabkan traffik light. Traffik light biul. 


Alhamdulillah sampai sana tengok air baru nak start pasang. So pantai masih boleh di gunakan untuk photoshoot. Yeahooooooo. Lepas wife aku makan, aku pun ready kan kamera dan tripod. Test shoot beberapa keping gambar. Bila setting semua dah cantik, baru gerak ke pantai.


Syukur sesi photoshoot ni berjalan lancar. Kamera dan tripod aku berfungsi dengan baik. Aku guna lens prime lens. 50mm nikon f1.8.


Nak tengok hasil gambar photoshoot dan wife aku? Ok ada kat bawah nie. Aku upload yang aku amik dari handphone. Lain kali aku letak gambar dari kamera.




Apa macam ok tak gambar aku dah wife tu. Ada feel tak? Sweet tak? Kekeke. Di sebabkan aku start photoshoot selepas pukul 6 petang, hanya beberapa posing yg aku sempat buat. Bila tengok hasilnya, rasa macam teruja nak buat sesi photoshoot ni lagi. Wife aku pun teruja juga. Yer la masa kahwin hari tu mana ada sesi outdoor atau pre-wedding atau post wedding. Kami dapat photographer cap ayam. Hehehe.


Bila tengok balik semua gambar yang di ambil. Rasa nak print canvas je gambar-gambar yang shoot nie. Letak dalam bilik atau kat rumah baru. Rasa macam nak letak kat rumah baru tapi bukannya selalu aku duduk sana pun. Sebulan maybe 2 kali je duk sana. Letak dalam bilik aku sini jer la.


Ok aku stop dulu. Nanti aku upload lagi gambar sesi ni. Kasi aku edit dulu yea.


Ok bai !!!

Friday, November 22, 2013

Pengalaman guna komputer iMac dari apple


Salam,





Siapa yang tak kenal produk dari apple. Produk yang dahulunya kurang di kenali tetapi sekarang pengaruh produknya sangat besar di seluruh dunia. Dari iphone, ipod, macbook, imac dan sebagainya. Harga barangan apple ni bukan murah. Memang mahal tetapi berbaloi-baloi dengan harganya. Aku nak cerita pengalaman aku guna pc iMac dari apa yang aku nampak dan guna yea. Mungkin pengalaman aku ni ada yang tak setuju. Macam mana aku boleh terjebat dengan iMac nie. Berapa kos aku beli iMac nie dan di mana aku beli iMac nie.

iMac aku kat rumah. i LIKE.

Seperti biasa kita kalau beli pc komputer mesti OS windows. Majoriti kat malaysia ni guna OS windows. Aku pun sendiri adalah pengguna tegar windows. Tapi sejak aku terlibat dalam bidang photography nie, aku memerlukan pc editing yang laju dan berkesan. Aku perlukan PC yang boleh memberi kelancaran dalam editing gambar dan album. Aku tak nak PC yang bila editing dan reprosesing gambar, dia akan jadi slow atau hang. Proses editing memerlukan kecepatan dan kelancaran dan PC sudah semestinya menjadi penyumbang besar kepada proses ini.


Selepas 2 tahun aku menggunakan PC windows dalam proses editing gambar dan album kahwin, aku decide untuk beli pc iMac buatan apple. Setelah buat kajian dan bacaan di internet. Memang rata-rata photographer terutamanya syorkan pc iMac atau Macbook pro utk editing gambar. Kenapa iMac ? Kenapa tak upgrade je PC windows tu kepada spesifikasi yang lebih besar?


iMac walaupun mahal berbanding dengan PC lain, tetapi harga dia amat berbaloi dengan performances dia. Banyak bacaan aku pc iMac dan OSX dia sangat lah stabil compare dengan pc windows. Dari segi serangan virus, sejak aku pakai memang takde virus yang menyerang PC aku. PC aku tak install pun software anti-virus dan segala macam softrware lain utk pc protection. Lain la pc windows, memang antivirus la sofware pertama yang kena install. Bukan tu jer, pelbagai software lain nak kena install sampai berat dan makan space harddisc or RAM. External harddisc yang byk virus dari office aku bila di pasang kat pc iMac takda kesan langsung. Lancar !!


iMac ni sangat smooth process dia. Walaupun banyak aplikasi running tetapi proses dia masih lagi smooth compare dengan windows. Aku dah guna lebih 2 tahun iMac tetapi sampai sekarang tak pernah format pun pc iMac tu. Tak pernah upgrade pun RAM atau any hardware dalam tu. Memang sangat menjimatkan. 


Aku beli iMac ni kat kedai Machines di mid valley. Masa tu aku takde cash. Masa tu aku ada 2 pilihan samada nak amik 21 inch atau 27 inch. Bila di kira budget terpaksa amik 21 inch. Tapi itu pun dah kira ok besarnya. Hehehe. Aku amik installment kad kredit setahun. So setiap bulan aku kena la bayar selama setahun.


Kalau ade upgrade OSX iMac nie, ada yang kita upgarde free dan tak perlu bayar. Dan OS iMac ni tak la macam windows. Banyak sangat version windows nya. Kalau iMac OSX ni ada satu version. Takde version desktop or server or bla bla bla. 


Jadi sampai sekarang memang aku sangat puas hati dengan iMac nie. Belum ada target nak upgrade iMac atau tukar baru selagi performance dia macam baru. Walaupun harga mahal tetapi dia safe duit kita dari jangka masa panjang. Cuba korang kira berapa banyak duit korang habis dengan pc windows korang.


Itu sahaja la pengalaman aku yang aku nak kongsikan. Mungkin ada kelemahan iMac nie tapi kelebihan dia mengatasi kelemahan dia. Kira kelemahan tu boleh tutup sebelah mata jer. Hehehe.


Ok bai !!!



Wednesday, November 20, 2013

Apabila suami terpandang perempuan cantik atau seksi


Salam,


Bagi seorang suami yang mempunyai isteri. Bila si suami keluar bekerja, mesti la akan bertemu dengan pelbagai jenis orang. Mungkin dalam sedang bekerja itu, si suami akan terpandang perempuan cantik dan seksi secara kebetulan. Bukan niat nak pandang pun tetapi terpandang. Bila dah terpandang hati mula la gemuruh dan tak keruan. Yang masih boleh di kawal bagus la. Yang tak boleh kawal memang susah la kan.


Mari ikuti kisah nabi yang mempunyai masalah sama ketika itu:


Dalam sebuah hadis sahih, di ceritakan oleh jabir bin abdullah r.a bahawa suatu hari ketika rasulullah saw berjalan, melintas di hadapan baginda orang perempuan. Maka baginda saw pun pergi ke rumah isterinya, zainab binti jahsyi. Nabi menyempurnakan hajat keinginannya dengan isterinya itu.


Selepas keluar bertemu para sahabat, baginda menyampaikan peringatan iaitu apabila seorang lelaki itu berasa berkenan kepada seorang wanita, maka pulang lah ke rumah. Sesungguhnya apa yang ada pada isterinya di rumah ada juga pada wanita yang di minatinya tadi.


Iktibar dari kisah ini bahawa kita sebagai lelaki mahupun suami adalah haram untuk melihat susuk tubuh wanita dengan sengaja. Kerana ini akan menaikkan syahwat dan boleh terjerumus ke arah perbuatan yang lebih keji nanti.


Semoga dengan kisah nabi ini menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.  Selamat beramal. 

Tuesday, November 19, 2013

Booking slot "belum outdoor adventure aktiviti."



Salam,


Semalam aku booking tapi belum bayar lagi slot untuk join "belum outdoor aktiviti adventure" di perak. Semalam aku dah email details yang di perlukan. Aku register sekali nama wife aku, mesti la wife aku nak ikut aku kan. Wife pun kaki jalan jugak. Hehehe. Macam mana aku terfikir nak registeri "belum outdoor adventure" nie.


Semalam sambil scroll facebook, ada member baik upload gambar aktiviti kat tasik. Nampak macam menarik jer aktiviti tu. Dah lama jugak tak mandi tasik atau sungai. Baca caption gambar member aku tu, itu adalah aktiviti di hutan belum perak. Nama aktiviti ni "belum outdoor adventure".


Bila tengok aktiviti yang member aku sertai ni, terus tertarik jugak la nak join. Terus tanya member macam mana nak register and join aktivti ini. Member bagi link facebook "belum outdoor adventure"




Bila masuk page tu, terus notis status FB mereka.


Apa lagi terus la email segala butiran yang mereka nak. Selepas sejam aku email, mereka balas dan mengesahkan slot aku bulan january 2013. Nanti mereka akan bagi details bayaran dan lepas buat bayaran baru mereka confirmkan tempat slot aku nanti.




Rasa tak sabar pulak nak buat aktiviti di "belum outdoor adventure". Rasa dah lama tak join aktiviti di dalam hutan. Last sekali masuk hutan adalah masa belajar dulu la. Dah lebih 10 tahun. Huhuhuuh.


Ok Bai !!

Monday, November 18, 2013

Kerisauan graduan universiti melangkah alam pekerjaan.

Its about money money money ??



"Bang, nak tanya la sikit, ok ke bidang IT Forensic? " Kata budak praktikal kat office aku semasa melantak makan tengahari kat area sekitar pejabat aku.


Mula-mula aku tak tahu nak jawab ape sebab dalam kepala aku, aku tak tahu apa sebenarnya pelajar yang ambil bidang ni belajar dalam bidang IT forensic nie. Silibus dia? Forensic ni aku tahu la maknanya. Tapi bila di gabung "IT Forensic" takkan la bedah siasat gadget mayat kot? Hehehe.


Aku pun jawab. "Aku tak tahu la OK atau TIDAK IT forensic ni walaupun aku dalam bidang IT ni dah lebih 10 tahun. Tapi kalau nak tahu OK atau TIDAK cuba buat study sikit peluang pekerjaan yang di tawar dalam bidang ini." 


Budak tu pun mengangguk faham dan tak balas jawapan aku tadi. Jadi aku assume dia paham. Selalunya kat universiti banyak kursus yang di ambil student dengan nama kursus canggih2. Aku dulu pun tertanya-tanya jugak, apa peluang pekerjaan yang boleh di tawar dengan kursus sebegitu. Kalau ada peluang pekerjaan berapa ramai pula kita terpaksa bersaing? 


Sebaik aku ambil engineering. Hehe.


Lepas makan-makan tu kita orang borak la pasal kerjaya, gaji, kos kehidupan, rumah, kredit kad dan sebagainya. Apa patut graduan buat bila sepatutnya mula-mula dapat gaji pertama dan seterusya. Banyak la jugak nasihat-nasihat yang di beri. Nasihat tu berdasarkan pengalaman aku dan kawan aku.


"Saya ni tak tahu apa nasib yang bakal saya hadapi nanti. Kos semua dah meningkat. Lagi banyak cabaran agaknya." Mengeluh budak ni dengan tiba-tiba.


Aku senyum. Lumrah la setiap orang ada kerisauan. Itu lagi bagus daripada takde kerisauan dalam diri. Dengan ada kerisauan dalam diri, kita dah alert dengan suasana sekeliling. Apa yang penting kita ada matlamat, objektif dan pegangan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari mendatang.


Apa yang penting kita janganlah berhenti berdoa dan memohon pertolongan dari allah swt. Kita mesti dan wajib berdoa hari-hari agar di beri kemurahan rezeki dan kehidupan yang baik. Jangan ada perasaan mengeluh dan berputus asa dan bertawakal.


Rezeki itu sudah tertulis dalam qada' dan qadar kita. 


Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Nasihat untuk bakal graduan yang akan melangkah masuk kerja. Mungkin nasihat ni tak sesuai untuk anda.


Mula simpan duit setiap bulan
Beli kereta biasa
Tak perlu modified kereta
Beli rumah
Beli emas
Buat part-time
Bagi mak ayah duit
Tak perlu ada awek lagi
Jangan tinggal sembahyang dan doa
Banyakkan bersedekah


Insyaallah anda akan melalui zaman kerjaya anda dengan cemerlang dan di pandu oleh allah swt.


Salam.









Saturday, November 16, 2013

Video ribut taufan di haiyan Filipina




Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Al-'Ankabuut 29:40)

Friday, November 15, 2013

7 adab terhadap kedua ibu bapa kita


Salam,


Ibu bapa. Kita yang masih ada ibu bapa yang masih hidup amat la beruntungnya. Bagi mereka yang yatim piatu dari kecil atau ibu bapa yang dah meninggal dunia pasti terasa kehilangan mereka. Jadi tak kira la ibu bapa kita masih hidup atau sudah tiada, kita masih ada peluang untuk berbakti kepada mereka.


Jangan sesal dahulu pendapatan.
Sesal kemudian tiada gunanya.


Noktah.




Thursday, November 14, 2013

Kesan pada diri apabila meninggalkan solat jumaat


Apabila solat jumaat kita abaikan.
Kita mengambil ringan tanggungjawab solat jumaat.
Hanya dua rakaat.
Mendengar khutbah yang membina.
Berjumpa saudara muslim.


Kita mengadap allah swt.
Bersama berzikir dan memujinya.
Mencari rahmatnya.
Mencari hidayahnya.


Kita lupa tuhan yang mencipta kita.
Kita lupa rezeki dan nikmat di beri.
Kita leka dengan hiburan duniawi.
Kita leka dengan handphone.
Kita leka dengan kerja.
Kita leka dengan bola.
Kita leka dengan duit.


Janganlah kita lupa menyembah dan mohon keampunan kepada allah swt.


Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
(Ibrahim 14:30)


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
(Ar-Ra'd 13:26)