Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, May 23, 2017

Seorang ibu kehilangan anak di sebabkan Leaukimia. Beliau beri beberapa tips pencegahan. Semoga bermanfaat.

1. Berhenti makan fast food seperti nugget, sosej, bebola ikan/daging, french fries, burger dan lain-lain. Nak selamat, buat sendiri tanpa sebarang bahan pengawet.

2. Jangan minum susu berkultur yang ada bakteria baik. Bakteria ini baja kanser. Apa jenis jenama termasuk yogurt yang berkultur.

3. Elak soya dan produk berkaitan

4. Elak maggi dan mee segera

5. Elak mee kuning

6. Elakkan bekas polisterina dan jangan guna botol mineral berulang kali

7. Jangan makan makanan yang disimpan dan dimasuk berulang-ulang

8. Elak makan makanan awet dalam tin seperti ikan sardin dan yang sewaktu dengannya

9. Kurangkan makan ayam, banyakkan ikan. Tak ada protein ikan dan ayam pun tak apa. Minimumkan, makan banyak sayur.

10. Elak minyak masak yang dikitar semula. Banyak gerai goreng pisang selalu buat begitu

11. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Gantikan dengan madu asli atau stevia. Gula adalah baja dan talian hayat sel kanser

12. Elak anak bermain di padang yang baru diracun kerana racun mengandungi benzena, bahan karsinogen penyebab kanser

13. Gunakan bekas plastik BPA Free atau yang terbaik, kaca atau besi untuk menyimpan makanan atau air panas.

14. Pastikan sumber makanan yang halal dan thoiyyiban. Makanan sunnah seperti madu asli, kurma, susu kambing dan delima.

15. Jangan bertolak ansur dengan penyebab kanser

16. Bersihkan kulit buah dan buang kulitnya kerana bahan lilin atau wax yang berpotensi sebagai karsinogen

17. Masak makanan dengan sempurna. Elakkan makan makanan yang separuh masak, kurangkan makanan berpanggang kerana arang ada banyak karbon.



Panduan mudah dan ringkas untuk hidup dengan aman.

10 CARA HIDUP RINGKAS DAN MUDAH
====================================
Setiap daripada kita mempunyai pilihan bagaimana ingin hidup. Kehidupan tidak perlu rumit , kita boleh memilih untuk hidup ringkas dan mudah. Berikut adalah 10 cara untuk hidup lebih ringkas dan mudah.

1. Dahulukan Allah , mohon padanya , semua jawapan ada padanya dan sebagai muslim kita diberikan Al-quran dan Hadis sebagai panduan.

2. Belajar berkata TIDAK kepada perkara yang tidak perlu dalam kehidupan.

3. Berpindah ke tempat yang lebih damai dan tenang , hidup tidak semestinya harus di kota besar dan berlumba dengan orang lain. Mula "Fresh" dan hidup baru di tempat baru. Mungkin berpindah ke luar negara dengan hanya 1 beg.

4. Buat keputusan , jangan teragak-agak atau takut-takut. Hidup hanya sekali , nikmatinya bukan takut padanya.

5. Kemas rumah , bersihkan dan buang mana yang tidak perlu , pepatah ada menyatakan "rumah yang semak menandakan hidup yang hura-hara"

6. Buat keputusan dan simpan apa yang perlu sahaja , selebihnya disedekahkan atau di buang jika telah rosak atau tidak lagi berfungsi seperti asalnya. Fokus pada keperluan bukan kehendak.

7. Selalu berjalan kaki atau naik basikal , jadikan satu rutin harian , selain menjimatkan , ianya juga satu senaman yang dapat meningkatkan kesihatan , tenaga dan stamina.

8. Ambil masa dan berhenti guna telefon pintar anda untuk beberapa hari, "unpluged" , dunia akan terus berputar seperti biasa biarpun kita tidak menggunakan telefon pintar untuk beberapa hari.

9. Rancang dan mula susun kehidupan , tulis senarai dan buat pelan tindakan dan mula ambil tindakan , susun ikut keutamaan dalam hidup. Adakan matlamat hidup yang jelas. Selalu semak dan pantau. Kebanyakan dari kita hanya berangan tapi tidak menukar angan-angan kepada impian. Mula dengan menulis senarai.

10. Nikmati hidup , sekali-sekala tarik nafas dalam-dalam , nikmati alam sekitar , lihat manusia disekeliling , fokus pada perkara-perkara yang mengembirakan kehidupan seperti keluarga dan sahabat handai.



Tips penting dan santai untuk mulakan perniagaan. Sempoi.

google eat this: bisnes, tips bisnes, langkah mula bisnes, nasihat mula bisnes, bisnes yang untung,  kursus bisnes , nasihat bisnes , cohtoh bisnes, kedai bisnes , cara buat untung bisnes , bisnes melayu cina india , barang laku jual untuk bisnes , macam nak buat bisnes bisnes maju.


1. Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.

2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket tu.

3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.

4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.

5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir fasal apa orang cakap. Kita bukan berniaga untuk orang itu. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.

7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa tiga tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.

8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.

9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.

10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.



Antara contoh rezeki yang tidak salah 'alamat'

REZEKI DI TRAFFIC LIGHT

Jam di handphone menunjukkan pukul 10.06 pagi, pedal minyak ditekan semahunya untuk melepasi lampu isyarat. Tapi ia bertukar merah. Berhenti.

Jarak lampu isyarat ke rumah pelanggan lebih kurang 200m ke 300m. Dalam hati membebel sendiri. Silap sendiri tidak mengisi minyak lebih awal, sudahnya lewat beberapa minit. Janji dengan pelanggan jam 10.00 pagi.

Sedang membebel, handphone berdering.

"Assalamualaikum.."

"Adik,U buat servis cuci karpet ye, kereta I sebelah kereta U ni, I nak hantar cuci karpet."

"Nanti U belok kanan, I berhenti tepi jalan"

Jawab seorang perempuan.

"Baik puan",jawabku ringkas.

Lampu bertukar hijau.

Belok ke kanan, dan berhenti di bahu jalan.

Beliau kebetulan ingin hantar karpet untuk dicuci.

Kata beliau, "kalau U boleh ambil hantar, I terus hantar pada U jelah."

3 karpet dipindahkan terus ke dalam Cik Tamku.

Mungkin ini hikmahnya kenapa aku dilewatkan bertemu pelanggan.



Sunday, May 21, 2017

Pakcik ni kongsikan tips menjual tepi jalan.

Perbualan dgn pak cik jual durian ini akhirnya merubah cara saya berfikir tentang marketing.
Singgah ke bangi rabu lepas..nampak orang jual durian penuh ditepi jalan menuju ke seksyen 7 Bandar Baru Bangi..

Sebagai hantu durian yang tegar,saya berhenti di salah satu lokasi.Setelah memilih durian dan sambil makan,saya tanya pak cik yang menjual..


"Pak cik..ok ke berniaga durian dekat area ni..saya kira x kurang dari 6 kedai sederet jalan ni sahaja yang jual durian.."


"Memang pak cik sengaja cari tempat mcm ni..baru senang orang beli.."


"Senang mcm mana?Bukan kalau ramai yang jual macam ni susah nak laku?"saya makin bingung.


"Setakat ni tempat ni paling 'menjadi' jual durian.Pak cik dah try 3 tempat semua tak laku.Dekat sini walaupon banyak penjual tapi orang dah tahu tempat ni jual durian.Jadi orang datang"..
Mcm tu rupenyer.Ilmu baru.



Sunday, April 23, 2017

Tips simpan duit untuk travel

Salam,


Travel. Kalau korang aktif berfacebook atau mana-mana media sosial. Mesti akan terbaca tentang travel. Tips travel. Destinasi travel. Travel budget. Bukan sekadar dalam negara tetapi luar negara juga. Aku ni bukan la kaki travel sangat buat masa ni tetapi seronok jugak la baca blog atau tips-tips travel. Samada orang yang travel tu dari luar negara atau dalam negara.


Mana-mana web atau link atau video yang cerita pasal travel dan sewaktu dengannya, memang aku akan save link tersebut supaya boleh di jadikan rujukan akan datang.


Kiranya aku sekarang pun tengah simpan duit, mana la tahu satu har nanti di masa yang sesuai, aku dan isteri resign 24 jam dari kerja kami sekarang, dan dengan duit simpanan tu aku dan isteri nak travel. Kami pun takda anak lagi walaupun berusaha juga.


Sekarang ni aku memang kaki tengok dan follow video youtube dari orang-orang luar negara. Yang hari-hari kerja mereka adalah travel. Bukan sekadar tengok je, siap aku jadi subscriber video youtube channel dia orang. Senang dapat notification bila mereka upload video terbaru kat youtube tu.


Aku pun kadang-kadang terfikir bagaimana mereka kumpul duit simpanan untuk travel mereka. Ada sahaja setiap hari diaorang akan upload travel dari sebuah negara ke sebuah negara. Diaorang punya gadget seperti video/kamera/laptop bukan cikai-cikai barang. Semua tip top punya gadget. So persoalannya, di mana mereka dapat duit ?


Dalam video youtube dari traveller luar negara tu, mereka ada kongsikan tips bagaimana mereka dapatkan duit untuk travel. Senarai di bawah adalah antara tips yang mereka kongsikan. Selamat mencuba !


1. Disiplin menyimpan

- ini adalah paling basic iaitu menyimpan, kebanyakkan mereka kata adalah dari permulaan menyimpan. Aku tak pasti la berapa lama mereka menyimpan tetapi kebanyakkan dari mereka adalah orang yang menyimpan duit.

2. Ubah gaya hidup

- ada juga tips yang mereka kata , mereka ubah gaya hidup mereka supaya mereka dapat menyimpan lebih banyak dan cepat. ubah gaya hidup seperti kurangkan bersosial di luar seperti tengok wayang, melepak kat kedai2 hispter. Kurang bershopping. Dengan ubah gaya hidup ini, mereka dapat menyimpan. Sanggup ke korang ? Hehehehe.


3. jual dan menjual

- ada juga tips supaya buat small bisnes instead guna duit gaji. means buat part time biz kecil-kecilan.


dan ada macam-macam lagi, korang pergi youtubue dan search tips for travel, tips saving money for travel. mmg melambak2.

ni satu contoh video youtube berkenaan dengan tips simpan duit utk travel. aku share kat korang eh.


Tuesday, January 3, 2017

Kemaskini buku simpanan pelaburan ASB

Salam,


*Tengah rajin nak update blog lagi. hehehe.



Alhamdulillah. Berkesempatan nak kemaskini buku ASB. Walaupun dividen yang di beri jatuh dari tahun yang sebelumnya, sekurang-kurangnya dia dah "beranak" daripada tak beranak langsung. Rezeki yand di beri kena bersyukur. Aku tak tahu pelaburan lain selain dari ASB nie. Aku tak reti main saham. Unit trust pun aku tak join. Tak tahu kenapa aku tak berminat nak join. Aku rasa ada ASB dan tabung haji tu dah cukup kot untuk pelaburan aku.



Ada yang tahu kan aku ada buat job photohraphy sebagai part-time. Untuk pengetahuan semua, semua hasil job photography ni aku masukkan dalam buku pelaburan aku. Nak harap gaji bulanan untuk simpanan tak banyak sangat. Jadi dengan part time job aku nie, boleh la percepatkan sikit "pembiakan" duit ni untuk masa hadapan.



Mungkin ada yang kata kenapa tak enjoy je duit-duit semua nie, bukan boleh bawak ke kubur pun. Memang betul pun. Tetapi setiap orang ada matlamat masing-masing untuk masa depan. Aku berpegang kepada "Waktu aku susah nanti atau waktu aku tiada nanti, aku tak nak keluargaku menjadi orang yang suka meminta-minta.



Full stop.

Monday, January 2, 2017

Bedsores: Pengalaman mengubati dan menjaga bedsores

Salam,


*tetiba mood rajin nak update blog. alhamdulillah.


Ok ni aku nak cerita pengalaman dan cara mengubati bedsores. Mungkin ada yang pernah dengar, pernah alami, pernah tengok. Macam kes aku, first time dengar dan tengok bedsore ni. Bedsore ini secara ringkas luka pada kulit badan. Luka ini terjadi sekiranya kulit badan ini mengalami tekanan yang lama seperti baring terlalu lama yang akan menyebabkan luka ini akan terjadi. Sebagai contoh, jika ada pesakit yang baring terlalu lama di hospital tanpa ada pergerakan badan mengereng dan sebagainya, luka ini akan terjadi dan boleh membesar sehingga membawa MAUT !!. Jadi luka ini sangat2 serius dan perlu penjagaan yang teliti sangat2. Dan kena banyak SABAR !!. Bagaimana nak mengubati bedsore ? Bagaimana penjagaan bedsore ? Bagaimana nak jaga bedsore ? Nak kena beli ubat apa ? Ubat apa yang di pakai ? Tips penjagaan bedsore ? Sini saya kongsikan dari pengalaman saya dan orang lain.



Adik saya awal tahun lepas mengalami kemalangan nak menyebabkan dia kena masuk ICU selama sebulan lebih. Dalam masa sebulan tu, dia hanya baring sahaja. Adik saya tak boleh bergerak kerana kecederaan saraf yang menyebabkan tangan dan kaki dia tak dapat bergerak seolah-olah lumpuh satu badan.



Pada waktu tersebut kami sekeluarga tidak tahu akan penyakit bedsore ni. Saya tak pasti samada ibu saya ada di nasihatkan oleh doktor dan nurse di sana tentang sakit luka bedsore ini di sebabkan adik saya tidak dapat di gerakkan di sebabkan kemalangan tersebut. Selepas sebulan lebih adik saya di ICU dan di pindahkan ke wad biasa, baru kami tahu dan tengok sendiri luka bedsore adik saya yang teruk. Kami pun blur dan terfikir kenapa boleh jadi begitu. Bagi kami, pihak hospital sepatutnya yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengubat pesakit perlu mengambil tindakan awal dari mula lagi adik saya masuk ICU tersebut. Jadi kepada pembaca di luar sana, tindakan pertama jika ada menjaga pesakit yang terlantar terlalu lama, kena amik perhatian yang amat serius tentang bedsore nie. Elok kita bertindak sebelum berubat.



Bila adik saya di bawa ke rumah setelah di benarkan keluar dari hospital, kami sekeluarga terutama mak saya menjaga dan mencuci dan bubuh ubat pada bedsore adik saya. Lupa nak beritahu, bedsore adik saya di bahagian belakang atas sedikit dengan punggung dia. Lukanya besar dan dah hampir ke tulang. Hari-hari selepas di mandikan akan di ubat luka tersebut dan di letak dengan bermacam-macam pembalut dan ubat luka.



Kos ubat-ubat tu memang banyak dan kadang2 ada juga ubat yang sukar nak di dapati di farmasi biasa. Adik saya pun kami akan mengerengkan dia 45darjah setiap satu ke dua jam supaya mengurangkan bagi tekanan pada luka bedsore dia. Kalau dia tak mengereng kami akan letakkan bantal bentuk U (seperti bantal tidur letak kat leher tu) di bawah luka tersebut supaya tidak beri impak tekanan yang lama. Kadang-kadang kami meniarapkan adik saya. Jadi yang penting, jangan bagi terlalu lama bahagian luka tu dengan tekanan waktu baring.



Alhamdulillah setelah 10 bulan menjaga bedsore adik saya, luka bedsore dah sembuh dan luka tersebut dah di tutup dengan kulit baru. Berbaloi usaha gigih kami sekeluarga terutama mak saya yang menjaga luka ini. Tetapi oleh kerana adik saya masih dalam keadaan baring dan belum berupaya untuk mengerakkan diri dia sendiri, kami tetap akan melakukan mengereng dan meniarap ini agar bedsore ini tidak berulang kembali.



Di bawah ini maklumat bedsore berdasarkan pengalaman orang lain. Tulisan ini lebih details dan harap dapat membantu sedikit sebanyak pada mereka di luar sana.




[ KUDIS TEKANAN (BEDSORES) - ANCAMAN BUAT PESAKIT TERLANTAR #01 ]
Pernah dengar tak, orang yang sakit terlantar terkena seperti kudis pada kulit mereka? Kudis yang teruk hingga ada yang menyebabkan kematian.
Nama kudis itu sebenarnya ialah kudis/luka tekanan. Sering disebut sebagai 'bedsore'
Sewaktu awal-awal suami saya sakit dahulu, doktor dan jururawat beberapa kali mengingatkan saya tentang hal ini. Kata doktor, jagaan yang baik sangat penting supaya pesakit tidak terkena 'bedsore'. Jika sudah kena 'bedsore' memang rumit penjagaannya. Malah selepas mula mengenali beberapa orang sahabat yang sama-sama menjaga pesakit terlantar seperti saya, baru saya tahu rupanya bedsore ini tidak boleh dibuat main. Ada pesakit yang bukan meninggal dunia kerana penyakit mereka, tetapi kerana jangkitan yang terlalu teruk pada bedsore.
Ini adalah catatan berdasarkan pengalaman peribadi sahabat saya, Nurul Yune Aris. Nurul telah menjaga suaminya strok selama 4 tahun. Baru berusia 34 tahun, tetapi Nurul telah punya pengalaman hebat dalam penjagaan dan merawat bedsore suaminya yang agak teruk. Nurul pernah dijemput untuk memberi perkongsian di Talk Wound Care HUSM, tetapi beliau tidak dapat memenuhi jemputan kerana komitmen menjaga suaminya.
Pengalaman ini sangat penting untuk dikongsikan buat semua rakan-rakan dan juga pembaca, terutamanya yang ada menjaga ibu bapa, adik beradik, pasangan, atau anak-anak yang sakit terlantar.
Nurul menulis kepada saya :
BEDSORES / KUDIS TEKANAN
Bedsore terjadi akibat tekanan yang berlaku terlalu lama bagi pesakit terlantar. Ia boleh berlaku pada bahu, belakang badan, punggung, siku dan tumit pesakit jika berbaring terlalu lama.
Bedsore merupakan ancaman besar pada pesakit, juga kepada penjaga. Ia memberi kesan emosi yang bukan calang-calang bagi pesakit dan penjaga. Bagi Nurul sendiri pernah berbulan menangis bila melihat bedsore najmi yang semakin parah. Sampai bengkak mata.
KESAN KEPADA FIZIKAL DAN EMOSI PESAKIT DAN PENJAGA
Bila ibu mertua tegur kenapa mata merah, Nurul tak tergamak nak cerita. Takut dia lagi runsing bila tahu keadaan bedsore Najmi. "Biar ku pendam sendiri". Tapi bila jumpa dengan Doktor Pakar Plastik di sana, Nurul luah segalanya.
Najmi pernah mengalami 2 kali luka bedsore. Kali pertama ketika serangan stroke yang pertama di Hospital Sandakan. Selepas beberapa bulan, Najmi makin dapat respon yang baik dari situ Nurul belajar mengurus emosi Najmi terhadap luka pedih bedsorenya.
Pernah kami berdua menangis bersama dalam proses dressing bedsore. Najmi ingin membuang air besar, tapi tidak tahan dengan kepedihan luka bedsorenya. Jadi dia menangis meraung. Nurul yang memberi semangat pun menangis sama. Alhamdulillah, selepas 6 bulan, bedsore itu pulih.
Tetapi kesan dari bedsore itu menjadikan kulit gatal. Dan selepas diserang sawan yang kuat tahun lepas, dan Najmi dalam keadaan terlantar di ICU, bedsore lama terluka kembali.
Kesan mendalam akibat bedsore, pesakit akan mengalami sakit yang sangat dahsyat.
Untuk pesakit yang sedar dan boleh berkomunikasi, mungkin kita boleh dengar mereka menangis meraung atau mengatakan sakit. Jika yang tidak sedar atau kurang respon, kesannya boleh dilihat dengan demam yang panjang, batuk berkahak (untuk pesakit yang memakai trachy) dan paling ketara, terkene jangkitan kuman.
Mereka murung dan tertekan.
ANCAMAN KEPADA NYAWA
Jangkitan kuman dari bedsore jangan dibuat main. Boleh membawa maut. Seperti kata Kak Saaodah Saat (juga menjaga suami strok), ada pesakit terlantar yang meninggal bukan akibat penyakit yang dialami, tetapi akibat bedsore yang parah.
Kuman bedsore boleh menjalar hingga ke tulang, darah, otak, juga paru-paru. Untuk Najmi, kemungkinan sawan kuat yang dialami tahun lepas berpunca dari bedsore. Jika dilihat secara kasar permulaan bedsore Najmi tidaklah seteruk mana, akan tetapi kuman dalam darah dari permulaan bedsore itu boleh jadi memainkan peranan menjadikan badan pesakit lemah, fikiran runsing dan akhirnya tercetusnya sawan. Itu pendapat doktor.
Dari emosi penjaga, tentu sangat-sangat mencabar dan terkesan.
Penjaga perlu memikirkan penjagaan yang rapi untuk bedsore sahaja.
Di wad, penjaga wajib ambil tahu cara-cara penjagaan bedsore. Ini kerana apabila pulang ke rumah, penjaga sendiri perlu memantau keadaan bedsore pesakit. Bagi yang berkemampuan boleh memanggil 'team plastik/bedsore' ke rumah.
TAHAP-TAHAP BEDSORES
Mengikut pengetahuan saya, bedsore terbahagi kepada 5 tahap.
1. Tahap 1-2 masih ditahap terkawal. Berlaku kemerahan pada kulit atau bonjolan air pada kulit.
2. Tahap 3 berlaku apabila kawasan kemerahan itu berlaku pengelupasan kulit atau benjolan air pecah dan mengeluarkan darah sehingga isi daging menjadi kedalam.
3. Tahap 4 berlaku setelah proses dari tahap 3. Luka makin dalam dan besar. Sehingga hampir ke tulang pesakit. Dan boleh mengakibatkan kesan kotor atau slaf pada luka.
5. Tahap 5 berlaku apabila luka sehingga menampakkan tulang dan berlaku 'poket atau luka dalam yang tidak dapat dilihat'. Biasanya Doktor Pakar Plastik akan membuat pembedahan kecil bagi menbuang atau mengikis kulit-kulit mati pada bedsore.
Ketika pesakit diwad, jururawat akan mengajar cara-cara penyucian bedsore atau biasa disebut 'dressing bedsore' kepada penjaga.
Teringat ketika Najmi di wad Hospital Sandakan, HRPZII, KPJ Perdana dan HUSM semua misi memainkan peranan yang sama dalam menangani isu bedsore Najmi. Hehe. Besar betul isu. Dan Nurul berpengalaman dalam menangani isu bedsore ini dari ke empat-empat hospital ini. Terima kasih misi atas tunjuk ajar.
Apabila pulang ke rumah, Nurul dan jururawat-jururawat masih lagi keep in touch sehingga sekarang. Semua bertanya khabar bagaimana keadaan bedsore Najmi. Ketika itu Najmi pulang dengan bedsore di tahap ke 4.
KOS PENJAGAAN BEDSORE DAN PERALATAN/UBAT
Untuk penjagaan bedsore, kos yang terlibat sangat-sangat tinggi sebenarnya. Perkara wajib yang perlu penjaga sediakan (peralatan khas) :
1. Disposable Basic Dressing set (perlu beli di farmasi )
Murah jika beli dengan supplier tapi perlu beli secara banyak. Anggaran Harga Rm2.50. Tapi kalau harga di Farmasi biasa boleh mencecah rm4.00.
- Kebiasaannya kami penjaga beli secara banyak ikut kepada keperluan sebulan atau ikut kepada keadaan bedsore itu sendiri. Jika teruk perlu dressing sebanyak dua kali. Jika sederhana dressing sekali memadai.
- Set dressing ini juga kami penjaga gunakan untuk dressing luka jahitan di kepala atau yang menggunakan PEG Tube di perut. Juga untuk mencuci trachy di kelilingnya. Setiap luka perlu dicuci untuk mematikan kuman dan mengelak jangkitan.
2. Wound solution atau nama timangan air cuci luka.
Ada 2 jenis :
- Dari hospital selalu diberikan Chlorhexidine 5%. Ianya percuma.Perlu ditambah air sedikit. Tapi keberkesanannya kurang menyerlah.
- Dermacyn. Sangat popular dikalangan kami (penjaga). Harga, fuh! RM35-RM45 sebotol. Jika bedsore tahap 1-2 boleh tahan sebulan. Sangat-sangat berkesan menyebabkan luka darah bersih, daging nampak kemerahan dan cepat tumbuh isi daging.
3. Sterile Glove
- Harga borong RM1.50 satu. Harga biasa RM2-RM3.
- Perlu dipakai ketika proses bedsore untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka bedsore.
4. Fixroll Elastic
- Plaster khas untuk luka.
- Boleh digunting ikut keperluan kepenggunaan
- Harga RM45-RM55
5. Gamgee
- Kapas tebal untuk tampung pada gauze.
- Tujuannya untuk menyerap darah, air bisa atau nanah dari luka.
- Boleh nampak bila gamgee agak berwarna, perlu ditukar dan dressing baru bagi mengelakkan jangkitan pada luka bedsore.
6. Ubat-ubatan lain
- Contoh : Deuderm
- Banyak tujuan ubatan ini antaranya untuk luka bersih, isi daging tumbuh dengan cepat dan mengecilkan kawasan luka.
- Harga RM20 keatas setiap satu.
- Ubatan ini bergantung kepada penerimaan luka pesakit. Rata-rata mencuba pelbagai ubatan untuk menemui kejayaan. Huhu
7. Pelampung Khas
- Untuk luka bedsore di bahagian punggung (paling biasa terjadi) Doktor Pakar Plastik akan mengesyorkan pelampung ini untuk pesakit.
- bahagian bulatan tengah pelampung adalah penting untuk mengelakkan luka bedsore dari bertindih. Bahagian punggung adalah bahagian badan paling mudah mendapat bedsore.
- jadinya aliran udara akan memberikan kesan baik pada luka.
- penggunaan pelampung adalah ketika pesakit dalam keadaan terlantar dan ketika menggunakan wheelchair.
- Harga RM45 - RM50.
Begitulah sebahagian dari asas alatan penjagaan bedsore. Untuk kos penjagaan sahaja menelan belanja rm300-rm400 sebulan. Sangat membebankan bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Belum lagi yang memanggil 'team khas' untuk rawatan bedsore ini. Untuk kakitangan kerajaan boleh membuat tuntutan perubatan dengan syarat mempunyai surat pengesahan dari doktor.
Untuk penjagaan pesakit terlantar yang mempunyai bedsore memang perlukan perhatian yang lebih. Hati kene kental, jiwa kene kuat. Ada sebahagian anggota keluarga tidak sanggup dan lari apabila melihat luka bedsore yang mengerikan. Ada juga sebahagian yang takut dalam memberikan rawatan.
Jika tersilap langkah bedsore akan makin parah.
Penjagaan bedsore melihat kepada keseluruhan pesakit itu. Jika pesakit mempunyai penyakit diabetes agak mencabar dalam memberikan rawatan. Istilah 'lambat baik' memang menghantui pesakit terlantar yang mempunyai diabetes.
BAGAIMANA MENGELAKKAN BEDSORE BERLAKU (LAGI)
Selain dari penyediaan alatan dressing, faktor lain adalah keadaan pesakit itu sendiri. Kami dihospital biasa dengan istilah 'turning position' untuk pesakit.
Pesakit terlantar perlu dialihkan kedudukan setiap 2-4 jam. Sama ada dalam keadaan terlentang, kemudian bertukar ke arah mengiring ke sisi kiri , kemudian dalam keadaan terlentang semula dan kemudian ke arah iring ke kanan pula. Begitulah seteruskan selama satu hari itu. Ini bagi mengelakkan badan belakang kulit pesakit bertindih dalam keadaan terlalu lama.
Untuk proses turning position bukan juga tugas yang mudah. Ada pesakit yang blh menyenggeng sendiri tidak gemar untuk mengiring ni. Tidak sampai 5 minit dah kembali ke asal (terlentang). Jenuh penjaga menjaga waktu tetapi mereka sendiri yang ingkar pada waktu.
Untuk pesakit yang bertrachy, keadaan menyenggeng ke sisi kiri kanan adalah amat membebankan bagi mereka. Keadaan trachy di tekak itu sendiri memberikan tekanan pada bahagian dalam tekak. Akibatnya pesakit terlantar bertrachy akan batuk tanpa henti.
Ada pengalaman sampai tercabut trachy dan Ryle's tube sekali. Padahal tidak sampai 2 minit mengiring. Jadi penjaga perlu kreatif lagi inovatif. Perlu letakkan kedudukan kepala pesakit bertrachy dalam keadaan selesa. Penggunaan bantal yang banyak amat diperlukan dalam proses ini.
Turning position ini selain untuk mengelakkan bedsore dan mempercepatkan proses penyembuhan bedsore, ia juga adalah salah satu sisi fisioterapi untuk pesakit. Ia boleh membantu mengendurkan urat, otot dan saraf seluruh anggota badan dari stiff (keras) dan kejang.
Bila ada pergerakkan kiri dan ke kanan semua anggota badan dapat manfaatnya. Jika terlihat tanda-tanda awal di kulit seperti kemerahan, kehitaman, menggelembung, berair dan berdarah boleh segera berikhtiar dengan menyapu gel alovera, gamat, gel khas atau mana-mana gel yang sesuai. Mencegah lebih baik dari merawat. Jadi perlu bertindak segera!
Ya sebelum terlupa penggunaan tilam 'ripple matress' atau tilam angin khas diletakkan di katil pesakit. Harga diantara rm300-rm1000 mengikut ciri-ciri yang berlainan. Ianya sangat perlu bagi pesakit. Ia penyumbang besar dari mengelakkan bedsore datang ke kulit pesakit. Selain itu penggunaan belon air juga boleh diikhtiarkan dengan meletakkan belon air itu disetiap sendiri pesakit.
PEMAKANAN PESAKIT
Pemakanan juga sangat penting.
Bagi pesakit yang boleh makan seperti biasa sangat-sangat digalakkan memilih makanan yang berkhasiat. Ia boleh mempercepatkan proses penambahan daging baru di luka bedsore.
Pemilihan daging ayam, ikan , sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting. Agak mencabar untuk pesakit yang menggunakan Ryle's tube atau minum menggunakan susu khas dihidung. Tidak boleh menelan seperti orang lain. Kadar nutrisi dalam badan mereka rendah. Jadinya penyembuhan luka bedsore akan mengambil masa yang lama.
Ikut pada Najmi, untuk bedsore kedua ini mengambil masa setahun lebih untuk pulih sepenuhnya. Ini kerana nutrisi dalam badan bergantung kepada susu khas yang diambil.
Pakar nutrisi dan doktor pakar plastik akan mengesyorkan pesakit mengambil susu khas berprotein tinggi seperti susu Myotein atau Weight Gain Appeton dalam diet harian mereka. Hanya satu scoop setiap kali waktu minum susu. Juga pengambilan supplement seperti Fish Oil adalah digalakkan. Semua ini untuk menambahkan protein dalam badan.
Begitulah ceritera sang bedsore yang hinggap pada pesakit terlantar.
Kedatangannya memang tidak dialukan juga tidak diduga. Baik pesakit mahupun penjaga. Tapi itu semua kehendak Allah SWT bagi mengukur tahap mana kesabaran kita. Kesabaran dalam menjaga dan kesabaran dalam berikhtiar mencari penawarnya.
Segala usaha yang ikhlas tidak akan Allah sia-sia. InsyaAllah, Ganjarannya menanti di syurga sana.
Hati yang takut, ngeri, pilu, sedih, penat, letih akan hilang apabila melihat pesakit tenang dalam tidur yang lena. Menandakan terima kasih kerana menjaganya. Tenang la dirimu, akan ku jaga mu sebaik yang termampu.
- Nurul Yune Aris -
Terima kasih banyak-banyak Nurul kerana meluangkan masa menulis catatan penting ini. Moga ia menjadi satu 'terapi' juga buat Nurul dan manfaat buat semua pembaca. Kak Uda (dan pasti pembaca juga) mendoakan Nurul terus diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengurus dan menjaga suami tercinta.
Tambahan :
Di dalam group Whatsapp ISL juga, beberapa rakan berkongsi ayat dari Surah Al Kahfi di mana Allah SWT ada menyebut, bagaimana pemuda-pemuda AshabulKahfi yang tertidur selama 300 tahun, Allah membalik-balikkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan :
" Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka."
(Al-Kahfi 18:18)
Kata rakan-rakan, ramai doktor muslim yang berkongsi ayat ini, menjelaskan lagi betapa besarnya kuasa Allah SWT menyampaikan mesej penting ini melalui wahyuNya. Subhanallah.
p/s : Saya akan sambung part #2, langkah-langkah merawat luka bedsore berserta gambar peralatan/ubat. Pengalaman dikongsi oleh Puan Fizah Vs Pae yang menjaga anaknya, Nana yang sudah 2 tahun terlantar akibat kemalangan. InsyaAllah.















Sunday, January 1, 2017

Usaha

Salam,


Entah bagaimana mood nak berblog datang untuk tahun 2017 nie. Kalau tahun lepas memang aku hanya copy cerita-cerita viral sahaja dan paste dalam blog nie je. Tahun ni takde la berazam nak berblog seperti dulu-dulu tetapi entah bagaimana nak juga menulis time-time macam nie. Kononnya sempena tahun baru la kot. Hahahaha.


Umur pun dah hampir nak masuk 4 series tapi benda-benda macam nie masih lagi nak berblog. Hehehe. Ok apa yang nak di cerita yer.


Sebenarnya hari ni ada job amik gambar kahwin. Job partime aku dari dulu aku usahakan. Tak sangka plak dah lebih 5 tahun dalam bidang nie. Dulu mula-mula beli DSLR hanya suka-suka sebab suka tengok gambar-gambar DSLR sebab ada bokeh kat gambar. Apa tu bokeh ? Korang google la. Hehee. Bila berkawan dengan geng photographer dulu, mereka rekeman upgrade lens la. Upgrade body la. Dia orang memang suka meracun. Huhuhuhu. Satu lagi tips yang mereka bagitahu, kalau nak upgrade elok la amik job kawin. Untung amik gambar boleh la beli lens dan body baru. Jadi sejak itu amik gambar kawin ni dah jadi partime bisnes aku. Alhamdulillah. Semakin better dan better tapi tak tahu sampai bila nak amik gambar. Rasa macam nak suruh orang lain shoot dan aku hanya edit dan buat album sahaja. Almaklum la faktor umur. Keh Keh Keh.


Tahun ni alhamdulillah, aku dapat "kontrak" dengan satu pihak katering nie. Pihak katering ni contact aku dan nak amik aku sebagai salah sorang panel photography mereka. Dengan harga yang aku tawarkan mereka nak hired aku sbg panel photographer dia orang. Maksudnya pihak catering ni nak bagi free sesi photography dalam harga pakej catering mereka. Jadi jika client amik pakej catering, akan dapat sekali free photographer.


Allah nak bagi rezeki tak kira masa tempat dan ketika. Yang penting kita usaha. Harap dengan kerjasama dengan pihak catering ni boleh aku bagi job pada photographer lain yang mungkin ada yang takde job zaman ekonomi meleset nie.


Yang penting kita jangan berputus asa. Sebab kita ni HAMBA kepada tuhan yang maha KAYA. Jadi kurangkan kerisauan tetapi usaha.


Az-Zumar : 53

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

● Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●


Ok dah celoteh sedikit untuk permulaan 2017. Harap konsisten untuk update blog ni. At least seminggu sekali. Kalau sehari sekali takut takde idea atau kemalasan. Huhuhu.


Ok chow.