Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, February 24, 2014

Dilema pilihan nak beli motor atau kereta terpakai.


Salam,


Sekarang aku dalam dilema untuk beli kereta terpakai atau motor baru. Aku takde la banyak budget untuk beli kereta baru. Kenapa plak nak beli motor atau kereta terpakai? Sebelum ni aku ada 2 kereta. Satu kereta isteri dan satu lagi kereta aku. Selalu aku pergi naik kereta aku tu la. Tapi kereta aku tu selalu ayah aku bawak. Ayah aku selalu bawak mak aku pergi jalan-jalan. Jadi aku decide nak beli satu lagi kereta atau motor. Aku rasa seronok ayah aku bawak mak pergi jalan-jalan time-time bersara. Gunakan masa persaraan dengan berjalan-jalan. Ada duit pencen memang elok di belanjakan dengan berjalan-jalan. Jadi kalau aku pakai kereta aku tu, kesian plak mak ayah aku tu tak dapat berjalan. Dulu ayah aku tak berani bawak kereta. Jadi sejak dah pandai ni, memang berjalan sahaja la mak ayah aku tu.


Aku boleh je pakai kereta isteri aku tu tapi kesian plak kat isteri bila time dia nak kena balik kampung dan bermalam kat kampung tak dapat. Kereta isteri aku tu pun aku tak guna sangat untuk ke tempat kerja. Kereta isteri aku tu masih elok kondisinya walaupun dah berusia 9 tahun. Kalau bawak jalan jauh memang masih 'bertenaga' la kan. Hehehe. Satu lagi kalau aku ada tugasan luar pejabat takkan nak pakai kereta isteri. Nanti chances untuk rosak makin tinggi pulak.


Baru-baru ni, 2-3 kali aku kena pergi pelabuhan klang utara (northport) sebab ada tugasan dan mesyuarat. Keadaan jalan ke arah sana memang tak elok dan berlubang sana-sini. Lori besar-besar memang gunakan jalan yang sama. Mana taknya jalan-jalan akan jadi cepat rosak dan berlubang. Kalau aku pakai kereta isteri aku tuh, for sure tak sampai sebulan asyik masuk bengkel la jawabnya. Hehehe.


Jadi aku kena ada satu lagi kereta atau motor yang selesa untuk ke tempat kerja. Memang aku beli khas untuk pemanduan hal-hal yang berkaitan kerja sahaja.


Jadi aku dah pilih 2 pilihan yang menjadi pilihan utama aku untuk beli iaitu kereta terpakai satria neo dan motor baru sym 200.




Kenapa aku pilih kereta satria neo? Sebab ia kereta terpakai yang murah dengan deposit dan bayaran bulanan dan kereta dia nampak sporty jugak. Cuma kelemahan adalah ia kereta terpakai. Bila beli for sure ada yang kena repair jugak kan. Salesman for sure kata kereta ni tip-top condition. Hehehe. Apa-apa pun bayaran installment bulanan memang dalam budget aku.




Kenapa aku pilih sym 200? Hmmm mungkin nak cuba jenis pengangkutan baru dengan menaiki motor ke pejabat. Harga pun dalam lingkungan RM10,000. Bulanan pun masih dalam budget. Motor baru dan selesa. Rakan pejabat ada beli motor nie dan memang selesa semasa atas jalan raya. Banyak kos boleh jimat bawak motor ni antaranya masa, tiada tol, petrol yang jimat dan yang paling penting adalah tak tersangkut dengan traffik jem. Yang nampak kekurangan bila pakai motor adalah bila dalam keadaan hujan. Hehehe. Lumrah.


Kenapa tak beli kereta baru terus ? Tak mampu ke ? Senang cerita beli kereta baru jatuh kepada kehendak dan bukan keperluan. Dan aku tak nak berhutang selama 9 tahun lagi. Dulu dah berhutang selama 9 tahun tu rasa seksa ya amat. Kalau aku nak beli kereta baru pun , aku nak beli kereta yang bayar bulanan antara RM1000-rm1300 sebulan. Biar dapat yang lebih selesa. Lagipun kereta isteri aku tu dah cukup selesa untuk kami berjalan jauh. Baiki apa yang patut. Asalkan bulanan kereta tak terbang kat bank. Tapi bila di fikir balik sayangnyaaaaaaaaaa seribu lebih sebulan bayar bulanan kereta. Aaarghhhhhhh.




No comments: