Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, February 20, 2014

Koleksi tazkirah #1 - Laa ilaa ha il lallah

Dari Jabir, “Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Zikir yang afdal (paling utama) adalah Laa ilaa ha il lallah". (HR. Tirmizi) 


Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum mati, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه , dia akan masuk syurga”. (HR. Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432) 


Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". 


Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari) 


Dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul) Wallahu 'alam.

No comments: