Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, January 24, 2016

Tips penting apabila di berhentikan kerja !!!



Nota maghrib....
Ekonomi lembap sekarang ini dijangka akan terus lembap sepanjang tahun 2016.
Kepada tuan yang mungkin hilang pekerjaan, ini beberapa tip survival:
+ Jangan usik duit pampasan yang diterima. Pegang kuat-kuat pesan ini!
+ Simpan duit pampasan jauh-jauh dari tangan kita.
+ Mula kurangkan kos gaya-hidup.
+ Jika mahu bekerja, buatlah apa-apa sahaja pekerjaan. Jangan fikirkan sangat gaji dan lain-lain. Yang penting, setiap pagi kita keluar rumah dan pergi bekerja. Ini penting demi menjaga maruah kita di depan anggota keluarga.
.
NOTA Tambahan:
+ Jangan sekali-kali membuka bisnes francais.
+ Jangan sekali-kali membakar duit dengan mengeluarkan produk OEM.
+ Jangan sekali-kali masuk apa-apa jua skim-skim sontot.

No comments: