Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, November 29, 2014

Tabung dan Sedekah Subuh

Sedekah tidak mengurangi Rezeki 

 Allah (S.W.T.) berfirman dalam surat Saba bahwa Allah (S.W.T.) akan mengganti sedekah yang kita keluarkan: "Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)'. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya." (Q.S. Saba 34:39)


Salam,

Saya dah acapkali membaca perihal sedekah subuh. Sebelum ini saya tak pernah terbaca atau terdengar tentang sedekah subuh. Dengarnya sedekah subuh ini adalah salah satu amalan yang sangat bagus terutama tentang perihal menjemput rezeki. Sekali baca kita di fahamkan dengan bersedekah di awal pagi iaitu selepas waktu subuh dan sebelum waktu syuruk. Pada mulanya saya tak faham macam mana nak bersedekah di waktu selepas solat subuh sedangkan pada waktu tersebut sudah semestinya kita sibuk dengan jadual harian dan macam mana nak cari orang yang boleh menerima sedekah kita di awal-awal pagi subuh.

Sebenarnya cara dia mudah sahaja untuk sedekah subuh. Iaitu kita sediakan tabung khas. Tak kisah la tabung tu macam mana rupanya tetapi asalkan tabung itu boleh kita simpan dan masukkan duit ke dapam tabung tu. Amalannya pun mudah, iaitu selepas solat fardhu subuh dan sebelum masuk waktu syuruk, kita masukkan sejumlah wang ke dalam tabung itu. Niatkan dalam hati duit ini untuk bersedekah kerana ALLAH swt. Tak kisah berapa jumlah setiap hari yang korang masukkan asalkan niat kerana ALLAH swt.

Rasulullah saw. bersabda : Setiap hari, dimana para hamba memasuki waktu pagi, pasti ada dua malaikat yang turun. Satu diantara keduanya berdoa : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfak”, dan yang satu lagi berdoa : “Ya Allah, berikanlah kemusnahan (kerugian) kepada orang yang enggan berinfak” [HR. Bukhari & Muslim-542] 

Selepas dah amalkan masukkan duit ke dalam tabung itu, korang plan la dalam jangka masa sebulan ke, korang amik duit itu dan sedekahkan kepada yang memerlukan. Cari la pusat2 jagaan anak yatim ke, pusat jagaan orang tua2 ke atau cari la keluarga yang miskin dan sebagainya lah asalkan orang yang menerima duit sedekah subuh korang tu adalah benar-benar memerlukan duit itu. Niat kan dalam diri agar ALLAH bantu dan memudahkan urusan korang. Sekarang ni kan zaman teknologi, maklumat di hujung jari. Korang boleh google dan cari pusat jagaan ini dan dapatkan nombor pusat tersebut. Kalau sangsi pusat tu, terus telefon bertanya tentang kegiatan pusat jagaan yang korang jumpa kat internet tu. Bila dah pasti dan sahih tentang maklumat tu, korang boleh transfer duit tu secara online. Mudahkan. Tak perlu korang nak drive jauh-jauh semata-mata nak sedekahkan duit ini. Gunakan teknologi itu sebaiknya. Yang penting NIAT KERANA ALLAH.

Jadi ulang amalan ini selama korang hidup. Jangan putuskan amalan ini. Walaupun korang sesak macam mana pun, masukkan sejumpah yang korang mampu.

Di bawah adalah screenshot cerita benar mereka yang sudah melakukan sedekah tabung subuh. Jangan kita banyak bagi alasan untuk melakukan amalan ini yea. Kalau kita mampu mengeluarkan duit beribu-ribu untuk bayar hutang kereta, rumah dan bil kenapa kita merungut untuk mengamalkan sedekah ini yang sangat-sangat di tuntut oleh ISLAM. Fikir - fikirkan lah yea.





Wednesday, November 26, 2014

Harga Tiket Ice Skating di IOI City Mall Putrajaya

Salam,

Sambungan lagi cerita tentang pembukaan kompleks IOI City Mall Putrajaya, salah satu tarikan di kompleks IOI City Mall Putrajaya adalah ice skating. Memang menarik. Tak silap aku ice skating selain dari IOI city mall ni ada kan sunway piramid. Mesti ada nak tahu harga tiket ice skating nie. Masa aku beli ni, harga tiket RM28 perseorangan. Dengarnya harga tiket ice skating sebenarnya RM23 sahaja. Tetapi sebab cuti sekolah harga jadi RM28. Itu baru harga tiket masuk ice skating. Tiada sewa kasut ice skating kena bayar. Mungkin harga kasut tu dah masuk dalam harga tiket. Kita ada pilihan beli sarung tangan dan stokin. Kalau korang ada stokin dan sarung tangan sendiri elok bawak sendiri.

Bila dah masuk kawasan ice skating tu, korang boleh main dari mula korang masuk ice skating tu sampai la pukul 10 malam. Korang tak boleh keluar dari kawasan ice skating tu kecuali keluar di kawasan yang di sediakan. Kalau korang keluar, korang di kira dah tak di benarkan masuk dan kena beli tiket lain yea. Hihihi.

Untuk ahli keluarga yang tak main ice skating, ada tempat duduk khas di sediakan sambil menunggu ahli keluarga yang lain main ice skating. Tetapi korang kena bayar extra RM5 sahaja. Tapi aku tak sure RM5 ni ikut per head atau per group. Nanti korang tanya la kat tiket kaunter tu yea.

Semoga korang enjoy la yea. Sesekali buang duit sikit untuk ahli keluarga apa salahnya kan. Hihihi.








Tuesday, November 25, 2014

(Gambar) Jalan2 di IOI City Mall Putrajaya baru buka !

Salam,

IOI City mall Putrajaya, satu lagi pasaraya yang baru bina dan buka. Kalau tak silap aku kat putrajaya tu ada pasaraya Alamanda sahaja. Aku pun dah naik boring dengan Alamanda tu. Baru baru ini ada komen dari sahabat facebook kompleks IOI City mall Putrajaya dah di buka pada orang ramai. Teruja jugak la kan. Orang kuala lumpur terutamanya sangat teruja dengan kompleks shoping yang baru. Hehehe. Baru la bertambah happening kat putrajaya tu bila IOI City mall Putrajaya ni dah di buka.

Aku pergi last week, bawak anak buah aku jalan jalan sempena cuti sekolah. Teringat komen dari sahabat facebook kata memang ramai orang. Dalam kepala aku fikir parking je. Jangan la susah nak dapat parking. Lastly aku decide keluar rumah pukul 11 pagi. Target dapat sampai IOI City mall Putrajaya awal dan dapat parking. Jarak rumah aku ke IOI City mall Putrajaya tak jauh dalam 15-20 minit perjalanan kalau tak jem.

Alhamdulillah sampai sana kereta dah mula berduyun duyun nak masuk IOI City mall Putrajaya, tetapi masih terkawal. Masuk kawasan parking, tak payah amik tiket parking. Maybe belum di kenakan bayaran masuk kot. Baru bukak kan. Mesti lah promote sebagai daya penarik. Dah ramai nanti baru lah kena bayar parking. Hehehe. Masuk je parking, aku terus ke level P3. P1 dan P2 nampak dah penuh. Bayangkan kul 11.30 dah penuh. Kalau lewat datang selepas zuhur katakan, lagi berderet la nak beratur cari parking.

Dapat jugak la parking nya. Berhampiran dengan pintu utama masuk ke lobby IOI City mall Putrajaya dan P3. Aku rasa parking sana luas, cuma aku tak berapa perasaan pintu masuk dan keluar berapa banyak. Kalau tak banyak, memang naya la kalau waktu peak hour orang nak keluar atau masuk pasti jem menyengat. Hehehe.

Dari P3 ke main level IOI City mall Putrajaya naik lif pun ada atau naik tangga automatik pun ada. Aku pilih tangga automatik. Naik lift boleh tapi orang lain lebih excited naik lift dari aku. kekeke.

First impression bila masuk ruang lega IOI City mall Putrajaya adalah, banyak nya kedai fastfood dan yang paling aku tertarik adalah kedai nandos. Kedai nandos kali ini adalah unik bagi aku kerana dia punya rekabentuk dalaman lain dari tempat yang aku selalu pergi. Memang unik la. Nanti aku share yea.
Aku boleh katakan komplek IOI City mall Putrajaya macam the gardens pun ada. Memang rekabentuk dia saling tak tumpah macam the garden. Tapi IOI City mall Putrajaya lebih besar dan luas la dari the gardens mid valley ni. 

Apa-apa pun dah banyak kedai yang bukak. Selain dari kedai shoping, ada jugak ice skating. Cuma  masa aku pergi tu food court dia tak bukak lagi. Jadi kena la layan kat fastfood kat bahagian bawah dulu. Fast food kat bahagian atas. Surau ada kat IOI City mall Putrajaya. Yang aku tahu dia kat tingkat atas sekali dan kat bahagian hujung sekali. Kalau korang dari hujung bertentangan dan berjalan kaki ke surau, memang la jauh ya amat. Jadi korang pepandai la plan-plan arah jenjalan kau. Hehehe.

IOI City mall Putrajaya salah satu lagi daya penarik dekat putrajaya. Kadang-kadang aku rasa kering idea nak pergi mana kat putrajaya tu. So korang layan la gambar-gambar di bawah nie yea.

Adios.


















Friday, November 14, 2014

Kehebatan bersedekah (kisah sebenar)


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 

(Al-Baqarah 2:268)





Thursday, November 13, 2014

Aku semakin jauh dari ALLAH ke ?

Salam,


Aku sanggup beratur membeli tiket wayang, tiket bola sepak, tiket hiburan. 
Sanggup berdiri berjam-jam lamanya dengan tekak dahaga. 
Sanggup berdiri di tengah panas terik dan hujan. 
Sanggup berasak dan beratur dan berpanas. 
Sanggup bergaduh dengan orang lain kerana sekeping tiket.
Sanggup menipu orang lain.


Aku sanggup keluar duit beli gadjet terkini dan terbaru. 
Sanggup membayar hutang beribu-ribu. 
Sanggup membuat pinjaman peribadi. 
Aku sanggup mengeluarkan belanja untuk bercuti dalam negeri dan keluar negara. 
Aku sanggup berhutang bertahun-tahun lamanya.


Aku sanggup duduk dan mengadap komputer selama yang mungkin. 
Aku sanggup menonton televisyen.
Aku sanggup mengikuti rancangan terkini dan hiburan dan nyanyian artis-artis. 
Aku sanggup menggilai dan taksub kepada penyanyi.


Di mana sanggup aku pada

SOLAT
PUASA
AL QURAN
ZAKAT
SEDEKAH
BERJEMAAH
MAJLIS ILMU

Sungguh aku jauh.


Wednesday, November 12, 2014

Bagaimana menangani kesedihan dan kemurungan ?

Salam,

Sekarang ni pelbagai perkara jenayah, melapetaka, bencana dan sebagainya berlaku di sekeliling kita. Kita di hidangkan dengan berita-berita tersebut samada di media sosial atau di tv. Mungkin ada perkara tersebut berlaku terjadi ke atas kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita atau orang yang kita kenal sebelum ini.

Apa yang berlaku di sekeliling ini sedikit sebanyak menggugat atau menyentuh hati perasaan kita. Kita akan sedih, risau, bimbang lebih-lebih lagi ia berlaku ke atas kita dan kaum keluarga rapat kita.

Bila kita sedih dan murung, kita akan berputus asa. Berputus asa untuk kembali 'kuat' untuk menempuh dugaan dan cubaan yang bertimpa pada kita. Kita tiada dorongan dan semangat. Bagaikan kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.

Jangan lah kita mempunyai sifat putus asa. Kita ada ALLAH. Kita ada tuhan.

Ada satu kisah (surah) dalam AL QURAN yang boleh jadikan kita bersemangat dan kuat kembali. Kembali kepada tuhan kita ALLAH swt. 

Surah apa?

Surah Yusuf ( Surah ke 12 ). Baca dan fahami bahagian di mana apabila nabi Yaakob a.s kehilangan anak kesayangannya iaitu nabi Yusuf a.s. Antara doa Nabi Yaakob adalah.


(Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.


Yang paling utama apabila kita ada masalah apa sahaja. Yang pertama patut kita lakukan adalah KITA ADU PADA ALLAH. KITA BERITAHU PADA ALLAH. KITA MERAYU PADA ALLAH. Bukan pada facebook,  twitter, rakan, kaum keluarga dan sebagainya. Itu yang sebaik-baiknya.

Jangan lupa baca tafsir AL QURAN surah Yusuf ( surah ke 12 ). Baca tafsirnya sampai habis. Ulang-ulang surah itu sehingga kita faham apa yang ALLAH ingin beritahu pada kita. Ambil pengajaran di sebalik surah tersebut.


Tuesday, November 11, 2014

Ingin ALLAH mengampuni dosa kamu ?

Kisah seorang sahabat yang merasa amat berdosa setelah mencium seorang perempuan yang masuk ke dalam kedainya, lalu berjumpa Rasulullah s.a.w. Dari Anas r.a. katanya “Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku. (hukumlah aku)!” Kata Anas, “Ketika itu telah masuk waktu sembahyang, maka dia sembahyang berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang, dia berkata lagi kepada Baginda, “Ya, Rasulullah!. Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku sesuai dengan Kitab Allah.”. Tanya Rasulullah s.a.w. “Apakah engkau tadi sembahyang berjemaah bersama-sama kami?. Jawabnya “Ya!”. Sabda Rasulullah s.a.w. “Nescaya Allah mengampuni engkau.”

Thursday, November 6, 2014

Senarai kelebihan membaca dan beramal dengan AL QURAN


Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Tips menghafal al quran cara mudah

Salam,

AL QURAN, kitab yang di turunkan dari ALLAH swt kepada MUHAMMAD saw untuk menjadi panduan kehidupan dan kegunaan umat nabi MUHAMMAD saw. Ia merangkumi panduan kehidupan duniawi dan bekalan untuk akhirat kelak.

Berapa ramai antara kita beriman kepada AL QURAN ?
Berapa ramai antara kita membaca AL QURAN ?
Berapa ramai antara kita menghafal AL QURAN ?

Cuba lah para pembaca berfikir sendiri, adakah dalam fikiran saudara berlegar-legar persoalan di atas ? Renung-renungkah lah.