Saturday, August 15, 2015
Berniaga tak cari untung banyak.
Kisah Kak Ros...
Kuih kat makcik ni masih 3 biji rm 1, saiz kuih pun besar, mcm kuih yg harga 40@50 sen kat kedai lain...
nasi lemak masih rm1, kalau ambik nasi lemak + telur mata harga baru rm1.50.
Dah lama dia berniaga sini setiap kali beli kat sini aku mesti tanya harga...walapun dah tau harganya...takut2 dia naikkan harga...
Alhamdulillah harga masih sama sejak dulu...
Dia belum datang bukak meja orang ramai dah tunggu,
kadang2 bila dia lewat sampai...customer yg tolong keluarkan barang2 dari kereta dia dan tolong set-upkan meja utk dia.
Dia berniaga pun tak lama...mula pkl 7.15 pagi- pkl 8.30 dah habis licin...
Lokasinya simpang masuk Taman Jasa Utama, Batu Caves.
Yg baju coklat belang2 tu suami dia...orangnya sentisa senyum dan ramah, dialek jawanya pekat...orang jawa Johor.
Kadang2 terfikir juga, kat mane relevannya berniaga mcm ni....mungkin dia berniaga lebih kepada bersedekah.
Semoga pakcik dan makcik ni boleh terus survive....
Benda yg baik apa salahnya aku sharekan smile emoticon
kalau nak oder, call makcik tu...namanya kak Ros 0169783197...(nama penuh bukan Rosmah)
Sekian dari aku
#orangjawaselangor
Bayar tiket RM2 dapat RM300. Allah Maha Pemurah.
Today i went to Shah Alam for a gathering, so i took ktm from bt caves to shah alam. So while queuing, an uncle line after me. ''Assalamualaikum pakcik, nak p mana?'' He smiled back at me and say ''shah alam'' , ''oh sama lah kita ! smile emoticon '' then i bought one ticket for adult and one for warga tua (because he's 68). He was stunned, then i said ''it's okay pakcik, saya belanja''.
The whole journey, we talked to each other and he gave me his business card, but i don't really pay any attention and straight away keep it in my purse. We talked about families, career, he told me he is muallaf, from sabah and ask me to tasmi' his recitation, surah luqman 1-15.
Nak di pendekkan cerita, last moment before we separated, he asked me. ''What book is that? Can i have a look?'' I said, sure and gave him the book (langit ilahi by hilal asyraf) After we arrived, he said to me..''be good, be genuine, i ll pray for you in mekkah'' (he's going for hajj this sunday).
When I arrived home, i saw RM300 in my book., and I looked at his card, he's captain and project director for marine engineering and dredging corporation.
Maybe that's why he paid RM2 for RM300 :')
God has promised, we won't be poor by giving out a portion of our wealth for charity.
May God guide us all
Jual karipap 2-3 jam sahaja pun masyuk laaa
Siapa pernah singgah di Petronas RnR Seremban ( Arah Selatan ) menjelang Maghrib, pasti biasa ternampak lelaki ini menjual karipap dari atas motosikal. Orangnya hitam manis, cool dan pandai berbual.
Sewaktu sampai tadi, kelihatan beliau sedang mengemas dan bersiap mahu mulakan jualan karipap.
" Assalamualaikum, baru sampai ke bang ? ".
" Wasalam, baru sampai ni ha. Hujan harini lewat sikit ".
Saya membeli 10 biji karipap yang masih panas, sedap betul dapat lapik perut dalam kereta. Saya bertanya lagi,
" Berapa tray hari ni bang ?".
" Hari ni bawa lapan tray je ".
Di dalam satu tray, ada lebih kurang 100 biji karipap. Lapan tray itu sudah 800 biji. Harga sebiji karipap besar, gebu dan sedap ini ialah RM1.00. Jualan biasanya habis dalam masa 2-3 jam sahaja. Berniaga setiap hari, ini memang betul-betul saudagar jalanan bahagia.
Itulah abang karipap "Apak Kiyau". Saya pasti ada sahabat yang sudah pernah merasai karipap ini. Dia bijak memilih lokasi dan waktu menjaja.
Teringat sahabat saya Tuan Nassry Mardee Ismail IV, jual karipap setiap hari pun mampu membeli sebuah Caldina GT Four suatu ketika dahulu. Ketika itu, beliau masih berkhidmat sebagai seorang guru.
Nak mencari rezeki ini, apatah lagi berniaga, kita tidak perlu malu dan malas-malas. Asalkan ada kemahuan, jual karipap pun boleh jadi jutawan.
Tip Bisnes: Jual tong gas pun boleh bina syarikat besar.
Ramai orang kelam kebut nak mulakan business dengan modal agak besar, nak ada kedai, nak ada stall, pekerja, air-cond etc. Tak perlu itu semua.
Baik.
FY akan berikan tips mudah untuk anda mulakan business dengan kos yg rendah.
1. GAS (rumah).
> Buat flyer ringkas, 1/2 A4, tulis pakai marker (kalau xde komputer dan printer). Tulis ini: GAS HABIS?? Call saya, saya hantar la ni jugak. 012.345.6789. Fotostat banyak dan edarkan di kawasan rumah u. Standby satu tomng gas kosong utk 'swap' dengan kedai. Client call, swap di kedai then hantar kpd client. Hantar guna motor jer. Ambil upah dan service. Katakan RM5 utk satu tong. Kalau kena pikul naik rumah flat, lift rosak, charge la lebih sikit.
Katakan:
Satu kawasan ada 1000 unit rumah (kediaman). 5% call u setiap hari (at least), u dah ada 50 client sehari. 50 x RM5 = RM250. Minyak motor, katakan sehari RM10, makan minum u RM20, u dah ada gaji sehari dalam RM220 sehari. RM200 la kira senang.
Mmg kelihatan ada 'despatch gas' ni bawa 3 tong gas guna motor, sekali jalan.
Mereka x mencuri, x merompak, bukan menganggur dan bukan minta derma.
Then, kembangkan wilayah pengedaran flyer dan jajahan penghantaran gas tersebut.
Tips:
1. U boleh kawtim dgn pembekal gas, harga lebih murah.
2. U boleh gajikan pekerja di kemudian hari, sebagai penghantar gas, u dok rileks dan boleh buat kerja (business) sampingan lain.
3. Sabar, u boleh jadi pembekal gas di kemudian hari nanti. Proses yg ni ambil masa sikit, bergantung kpd network dan kecekalan u hadapi cabaran.
Boleh cuba.
Usah malu.
Buat dengan konsisten.
Buatlah, sebelum org Pakistan dan Bangla buat.
Suami yang suka makan di rumah. Isteri merungut untuk belas kasihan.
Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak.
Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...
Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...
''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''
''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.
''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.
''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...
''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami.
Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.
Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...
''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''
Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...
''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...
''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...
''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...
Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...
Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...
Wallahu A'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)




