Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, August 15, 2015

Jual karipap 2-3 jam sahaja pun masyuk laaa



JUAL KARIPAP PUN PAKAI CALDINA

Siapa pernah singgah di Petronas RnR Seremban ( Arah Selatan ) menjelang Maghrib, pasti biasa ternampak lelaki ini menjual karipap dari atas motosikal. Orangnya hitam manis, cool dan pandai berbual.

Sewaktu sampai tadi, kelihatan beliau sedang mengemas dan bersiap mahu mulakan jualan karipap.

" Assalamualaikum, baru sampai ke bang ? ".

" Wasalam, baru sampai ni ha. Hujan harini lewat sikit ".

Saya membeli 10 biji karipap yang masih panas, sedap betul dapat lapik perut dalam kereta. Saya bertanya lagi,

" Berapa tray hari ni bang ?".

" Hari ni bawa lapan tray je ".

Di dalam satu tray, ada lebih kurang 100 biji karipap. Lapan tray itu sudah 800 biji. Harga sebiji karipap besar, gebu dan sedap ini ialah RM1.00. Jualan biasanya habis dalam masa 2-3 jam sahaja. Berniaga setiap hari, ini memang betul-betul saudagar jalanan bahagia.

Itulah abang karipap "Apak Kiyau". Saya pasti ada sahabat yang sudah pernah merasai karipap ini. Dia bijak memilih lokasi dan waktu menjaja.

Teringat sahabat saya Tuan Nassry Mardee Ismail IV, jual karipap setiap hari pun mampu membeli sebuah Caldina GT Four suatu ketika dahulu. Ketika itu, beliau masih berkhidmat sebagai seorang guru.

Nak mencari rezeki ini, apatah lagi berniaga, kita tidak perlu malu dan malas-malas. Asalkan ada kemahuan, jual karipap pun boleh jadi jutawan.

No comments: