Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, October 28, 2014

Bagaimana untuk mendapat hati yang tenang.

Salam,

Kalau kita perhatikan kehidupan keliling kita pada zaman ini iaitu zaman penghujung usia bumi ini, pelbagai perkara atau pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan mengusik ketenangan dan ketenteraman hati kita. Semua peristiwa itu sedikit atau sebanyak mengganggu hati kita.

Sebagai contoh, tentang kos kehidupan yang semakin tinggi dan semakin meningkat. Keperluan hidup yang semakin tertekan. Penambahan keperluan sokongan untuk hidup menjadikan kita mula memikirkan jalan yang terbaik untuk menambah pendapatan. Setiap tahun kita bertukar kerja supaya dapat meningkat jumlah gaji kita agar dapat menampung keperluan hidup. Tetapi saban hari dan saban tahun, pendapatan kita masih tidak cukup. Hati mula menjadi tidak tenteram. Bila hati tidak tenteram, keupayaan untuk berfikir rasional dan keupayaan untuk buat pertimbangan hidup menjadi lebih sukar.

Bila hati tidak tenang, kita mula akan berubah kepada yang lebih negatif dari positif. Kita semakin hilang pertimbangan. Membuat satu keputusan yang menyalahi suruhan agama. Kita menjadi tertekan dan kita semkin jauh dari suruhan agama.

Tetapi manusia ini pelupa di mana, ALLAH dah beri 'ubat' bagaimana untuk merawat hati yang sedang bergelora. Hati yang sedang bercelaru dengan masalah. Apabila hati tidak tenang, masalah akan timbul.

Bagaimana untuk mendapat hati yang tenang. Jawapannya adalah buka AL QURAN. Terdapat frman ALLAH swt tentang bagaimana untuk hari tenang.



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)


Zikrullah. Amalan yang mudah tetapi tidak banyak yang mengetahui dan tidak banyak yang mengamalkannya.

Manusia apabila hati tidak tenang, mereka akan mencari ketenangan dengan :-


  • bercuti berhari-hari
  • shopping
  • duduk depan tv selama boleh
  • mencari hiburan di tempat terlarang seperti disko/club
  • mengambil bahan terlarang seperti dadah/arak dan seumpama dengannya.
  • dan macam macam lagi la.

Jadi kepada sahabat. Buka AL-QURAN. Baca dan fahami maksud bacaan itu. Dekatkan diri kepada ALLAH. Kepada pencipta kita. Bukankan kita WAJIB 'merujuk' kembali kepada ALLAH PENCIPTA KITA apabila kita menghadapi masalah hati yg tidak tenang.

Kalau kita manusia yang mencipta sesuatu yang orang lain tidak boleh cipta, apabila ia rosak sudah tentu kita perlu membaikinya dan sudah tentu kita mencari siapa yang menciptakannya.

Begitu la kita memerlukan ALLAH swt.



No comments: