Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, May 14, 2014

Tips untuk orang muda untuk simpan duit untuk kahwin iaitu menabung emas.

Salam,

Bila masuk bab nak kahwin nie, orang yang paling pening adalah bakal pengantin samada lelaki atau perempuan dan jugak emak ayah bakal pengantin nanti. Bab paling pening bila nak kahwin adalah berkenaan dengan duit. Yea duit itu adalah perkara utama zaman sekarang untuk kita nak kahwin. Dari mula kita bercinta sampai la ke mati nanti, semuanya tentang duit.




Yang mana berduit tu mestilah tak rasa gusar sangat sebab memang dah berduit dan bersedia. Tetapi yang masalahnya adalah pada yang tiada berduit tetapi nak kahwin. Masalah tak berduit tapi nak kahwin ni la yang boleh memeningkan kepala. Nafsu kata nak kahwin tetapi duit kata no no no. Sebab tu salah satu punca zina atau masalah sosial antara budak-budak muda mudi adalah tak boleh kahwin sebab takde duit. Sepatutnya muda-mudi ini di dedahkan dengan cara nabi nak kahwin dengan cara bersederhana dan rukun-rukan nak kahwin. Bukan di dedahkan dengan baju pengantin, pelamin cantik, catering dan sebagainya. Hehehe.

Salah satu tips untuk korang mengatasi masalah duit nak kahwin ni kena mula dari awal. Paling elok mula-mula korang dah bekerja. Bila korang dah mula-mua dapat kerja, bermula dari bulan pertama korang beli emas 1 dinar setiap bulan kalau boleh atau setiap 2 bulan. Emas 1 dinar adalah yang paling praktikal dan "murah" untuk korang beli dan kumpul dan simpan. Jika korang konsisten membeli dan menyimpan emas 1 dinar untuk beberapa tahun, dengan kenaikan harga emas nanti, korang boleh jimatkan duit untuk buat kenduri kahwin. Jimat duit untuk kenduri kahwin? Tak pernah aku dengar kenduri kahwin boleh menjimatkan. Hehehe.

Ok begini.

Aku amik contoh 1 dinar public gold. Pada tarikh 31.05.2014 , harga satu dinar public gold adalah RM593. Harga emas akan berubah sepanjang masa dan tahun. Jadi tak kira harga berapa 1 dinar tersebut, jadikan amalan satu dinar satu bulan dari gaji korang bekerja atau dari duit part time korang bekerja beli 1 emas dinar.

Katakan umur korang sekarang 22 tahun.

Bermula januari hingga disember, korang dah kumpulkan 1 dinar emas sebanyak 12 keping 1 dinar emas.

Jadi duit korang dah keluar adalah RM593 (assume harga emas konsisten RM593 utk 1 dinar sepanjang tahun 2014) x 12 keping 1 dinar,

RM593 x 12 keping 1 dinar = RM7116 . Ini adalah jumlah duit yang di keluarkan untuk tahun 2014. Ini untuk setahun sahaja anda ikat perut dan berdisiplin untuk menyimpan emas.

Ok katakan kita assume selepas 2014 korang dah tak beli emas 1 dinar lagi. Katakan selama 5 tahun korang tak beli. 

Katakan pada tahun 2020, harga emas satu dinar naik sebanyak RM700 dan harga jual untuk 1 dinar public gold adalah RM650. Jadi katakan lah korang nak kahwin pada tahun 2010.

Pada tahun 2014, anda dah ada 12 keping satu dinar berharga RM7116. Jadi dengan 12 keping 1 dinar tersebut, anda jual balik kepada public gold dengan harga RM650 sekeping.

Jadi untung jualan emas 12 keping 1 dinar itu adalah:

RM650 x 12 keping 1 dinar = RM7800, kenaikan sebanyak RM684 !!!! 

Jadi dengan memiliki emas seawal yang mungkin dan mengumpul emas seawal yang mungkin ia banyak membantu anda mengurangkan beban menanggung kos perkahwinan nanti.

Mungkin ada yang kata, itu kalau harga emas naik, kalau masa nak jual harga emas turun jugak, lagi rugi la nampaknya. Itu salah yea. Adakah berat emas kita akan berubah bila harga emas turun ? Jadi emas masih berharga cuma pada masa nak jual sahaja harga emas tak begitu sesuai untuk di jual. Mungkin dengan kesabaran yang ada , anda boleh menunggu harga emas naik. Yang penting memiliki dan menyimpan emas berpuluh tahun pun, nilai emas sentiasa berharga. Itu fakta yang tidak boleh di pertikaikan.

Hanya akal fikiran dan persediaan anda sahaja dapat membantu anda menghadapi kegawatan atau keruntuhan sistem kewangan dunia. Malaysia tidak lari dari menghadapi masalah itu nanti.

Fikirkan. Cuba perhatikan gambar di bawah. Jika anda dapat fikirkan maksud tersiratnya anda masih berpeluang dan mempunyai masa untuk berubah menyimpan emas.



Tuesday, May 13, 2014

Kelebihan Istighfar yang kita tidak tahu

Salam,

Siapa yang tak tahu macam mana nak Istighfar, sila hafal sekarang. Kat bawah ni Istighfar yang ringkas dan pendek yang korang boleh hafal. Tolong lah hafal dan amalkannya. Amalkannya dan sebutkannya dengan ikhlas dan jiwa yang tenang menyebut Istighfar iaitu memohon keampunan dari ALLAH swt.

Amalkan setiap kali lepas sembahyang. Buat lah sedikit dahulu. Janji kita boleh Istighfar secara konsisten setiap hari selepas solat fardhu atau sunat.

Kalau korang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau tengah memandu. Elok baca Istighfar ini sepanjang perjalanan.

Kalau tengah duduk melepak tanpa faedah sebutlah Istighfar ini.

Banyak kelebihan yang korang tidak sangkakan akan berlaku dan berubah. Aku sendiri telah merasai apa yang rasulullah saw beritahu apabila kita mengamalkan Istighfar. Alhamdulillah memang benar kekuatan Istighfar ini apabila kita sebut dengan yakin dan ikhlas kerana meminta keampunan dari ALLAH.

Tak kira apa sahaja masalah dan kerumitan yang korang alami, jangan sesekali lupa akan kalimah Istighfar ini. Seriously ia sangat mempunyai kelebihan yang aku sukar nak ucap sebab biar korang sendiri rasa apabila amalkan Istighfar ni.

Amalkan lah. Tak rugi pun kita menyebut Istighfar ini. Dari kita menyebut perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada diri. Kan?





Saturday, May 10, 2014

Kelebihan menyimpan emas dari wang kertas secara ringkas.

Amalkan satu dinar untuk setiap 4 bulan pun OK. Mulakan dari sekarang. Tidak rugi beli emas dan simpan emas. Ia masih bernilai. Kalau nasib baik harga emas dunia naik, anda boleh dapat untung.
Kalau beli handphone harga RM2000 boleh ini kan emas. Sedangkan handphone tu makin lama makin jatuh harga.


Salam,

Bila kita di nasihati untuk tukar wang kertas kepada emas bukan bererti kita suruh anda tukar semua wang simpanan anda kepada emas. Itu bermakna anda cuba mencari masalah dan bukan menyelesaikan masalah. Saya selalu menasihati kawan-kawan agar menukar wang kertas kepada emas tetapi menggunakan duit yang tak pakai selama setahun atau guna sejumlah wang simpanan di antara 10%-30% sahaja dari jumlah wang simpanan.

Sebagai contoh dalam bank ASB ada wang simpanan RM50,000. Katakan kalau anda masih kurang yakin untuk beli emas, anda boleh keluarkan RM5000 iaitu 10% dari RM50,000 tu beli emas. Ataupun kalau masih lagi takut atau tak percaya, keluarkan RM600 untuk 1 dinar (harga semasa sekarang). Bila dah beli simpan sahaja. Percaya atau tak lama kelamaan anda akan rasa tertarik dengan sendiri beli emas lagi dan tambah simpanan lagi.

Terpulang kepada anda sebenarnya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyedarkan saudara islam kita tentang kepentingan menyimpan emas di zaman ini dan akan datang. Kita tidak tahu apa akan jadi pada ekonomi malaysia dan dunia akan datang. Kita tidak tahu wang kertas kita ni masih bernilai atau tidak. Tapi yang pasti emas itu akan bernilai sepanjang zaman. 

Kalau masih kurang percaya kelebihan beli emas,  apa beza emas zaman nabi dahulu dan zaman sekarang. Beza dia takde sebab ia kekal sebagai emas. Emas yang bernilai sepanjang zaman.

Di bawah adalah secara ringkas nya kepentingan menyimpan emas dari wang kertas. Tepuk dada dan tanya selera anda yea.

1. Wang kertas akan susut nilai untuk jangka masa panjang.
- Apa maksud susut nilai ? Maksudnya kita memerlukan banyak wang untuk membeli sesuatu barang pada kuantiti yang sama.
- Sebagai contoh, tahun 1990 , kita beli roti canai dengan hara RM0.60. Tapi sekarang 2014 untuk kuantiti roti canai yang sama kita perlu bayar RM1.50. Jadi kita memerlukan wang yang bertambah tetapi kita dapat kuantiti yang sama.

2. Wang kertas mengalami inflasi.
- Kalau kita selalu beli barang, makin lama harga barang akan meningkat. Bila meningkat kita memerlukan duit yang banyak tetapi kita dapat barang pada kuantiti yang sama. 

3. Wang kertas boleh di cetak sesuka hati.
- Wang kertas boleh di cetak sesuka hati tanpa berdasarkan sesuatu. Sesebuah kerajaan boleh mencetak wang kertas sebanyak yang mungkin dan menyebabkan wang tersebut melambak di pasaran dan menyebabkan nilai wang makin susut.

4. Wang kertas mudah terbakar.
- Walaupun alasan nampak mudah tetapi realitinya memang duit kertas itu mudah di jilat api dan tak laku. Cuba dalam rumah kita ada emas dan wang kertas. Yang mana masih bernilai selepas terbakar.

Tidak di nafikan memang pada zaman ini wang kertas kita perlu ada tetapi cukuplah untuk sebagai medium penukaran beli barang on the spot dan bukan untuk simpanan jangka masa panjang.

Friday, May 9, 2014

Keberkatan pendapatan

Salam,

Sesiapa yang bekerja mesti akan dapat hasilnya. Hasilnya ada yang berbentuk pendapatan. Iaitu duit. Kadang-kadang kita berasa cemburu dengan rakan apabila rakan kita tu mempunyai pendapatan yang lumayan. Setiap bulan pasti pendapatan dia 4-5 angka. Yang kita nie pendapatan 3-4 angka sahaja. Itu pun cukup-cukup makan. Yang paling teruk ada orang yang pendapatan tak cukup buat kerja part time yang menyalahi undang-undang atau menyalahi undang-undang agama. Dah la tak cukup duit tapi cari duit tambahan masih buat kerja-kerja yang di larang oleh ALLAH.

Aku ada dua orang kawan. Sorang tidak lah kaya yang aku gelarkan "A". Yang sorang lagi tu tak la kaya tetapi beliau sedang menuju kekayaan dan aku gelarkan "B". Si "A" ni walaupun tidak kaya tetapi dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa masih hidup bahagia. Memang di ikutkan tidak cukup dengan perbelanjaan diri dan keluarga. Tetapi setiap bulan ALLAH sentiasa "cukupkan" segala keperluan dia sekeluarga.

Kawan aku si "B" nie, memang lah seorang yang baik cuma cara dia mencari duit itu mempunyai unsur-unsur yang boleh menyebabkan pendapatan dia tiada keberkatan. Duit memang banyak hasil daripada projek sana-sini. Kalau di hitung boleh tak payah kerja selama 20 tahun. Pendapatan tu masih boleh tanggung anak bini. Tetapi sayang kerana walaupun duit dia banyak. Tiada kebahagiaan pada dirinya. Selalu sakit. Kadang-kadang nampak kemurungan. Berkejar sana sini cari projek tetapi bila gagal mula lah menyalahkan diri dan orang lain. Boleh di simpulkan tiada kebahagiaan pada dirinya. Ada juga bila dia bekerja suka menipu. Kadang-kadang dengan aku sekali menipu.

Sebenarnya keberkatan pendapatan itu penting. Tak kira banyak atau sikit. Kerana dengan keberkatan itu, ia akan di kaitkan dengan persekitaran kita seperti keluarga, kesihatan diri dan hubungan dengan ALLAH swt. Sentiasa syukur atas segala pemberian yang allah kurniakan.

Siapa sangka akan rezeki yang akan ALLAH beri nanti. Dalam al quran allah dah nyatakan


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq 65:3)


Jadi kalau kita rasa pendapatan kita sikit dan tak cukup jangan la bersedih. Yang penting tambah lah keimanan kepada ALLAH untuk bekalan kita di akhirat kelak. Biar ALLAH yang menentukan rezeki kita di muka bumi ini. Biar lah rezeki itu berkat.

Tuesday, May 6, 2014

Perginya seniman aziz sattar


Salam,

Pelakon veteran zaman p ramlee iaitu seniman aziz sattar telah meninggal dunia. Allahyarham aziz sattar meninggal dunia pada umur 89 tahun. Aarwah aziz sattar meninggal dunia daripada sakit jantung. Arwah meninggal dunia lebih kurang awal pagi tadi sekitar 2 pagi di hospital kajang.

Aziz sattar pelakon yang amat di sukai dan di kenali oleh rakyat malaysia dengan lakonan beliau dalam filem arahan arwah p ramlee. Antaranya bujang lapuk, pendekar bujang lapok, seniman bujang lapok dan sebaginya.

Semoga segala dosa arwah yang pernah di lakukan di ampunkan ALLAH swt. Kita halalkan segalanya untuk arwah bersemadi dengan tenang di sana.

Bila baca berita kematian pasti aku tertanya-tanya apakah nasib aku kelak apabila nyawa ini di ambil oleh ALLAH swt nanti ?

Cukupkah bekalan aku nanti untuk aku tunjukkan bukti kepada ALLAH swt nanti ? 

Adakah di dunia ini aku tidak mensyukuri nikmat yang di berikan oleh ALLAH swt ?

Adakah aku akan di azab seksa di kubur nanti ?

Adakah aku akan masuk neraka ?

Adakah aku akan masuk dan layak di syurga ?

Ya ALLAH. 

Sunday, May 4, 2014

Perubahan diri

Salam,

Tadi aku ada tugasan di negeri sembilan. Semasa tugasan tu tadi aku sempat solat zohor di surau di kawasan tu. Then selepas tugasan tu habis aku solat asar pula di surau tersebut. Selesai sahaja aku solat, aku keluar dari surau sambil memandang surau. Sunyi dan sepi. Macam rumah yang tidak bertuan. Tiada aktiviti riadah yang berlaku di sekeliling surau. Suram sahaja aku tengok surau itu.

Teringat surau aku di kawasan perumahan aku. Sama juga keadaannya. Bila masuk azan solat. Tak ramai yang berjemaah. Selepas jemaah semua jemaah balik. Surau kembali sunyi dan sepi. Ada la bunyi serangga yang menghuni surau tu.

Kadang-kadang sedih dan terfikir, rumah allah sunyi dari perkara atau aktiviti ibadah. Hanya tempat untuk solat sahaja. Tiada aktiviti selain darinya.

Bila masuk sembahyang, majoriti yang sembahyang adalah orang-orang yang dah berusia. Ada yang sembahyang duduk. Ada yang masik cuba sembahyang berdiri walaupun kudrat untuk berdiri tidak kuat. Ada yang batuk. Ada yang susah nak rukuk dan sujud. Tetapi di sebabkan usia yang lanjut mereka gagah jua ke surau berjemaah. Bertuahnya mereka kerana masih di beri ruang dan peluang untuk merebut rahmat ALLAH sebelum nyawa mereka di ambil oleh ALLAH.

Anak muda. Memang boleh di kira kat surau tu melainkan solat jumaat. Kenapa bila solat jumaat, ramai je anak muda berjemaah dekat masjid. Kenapa? Mungkin kerana solat jumaat tidak boleh solat secara keseorangan.

Tetapi kepada anak muda (termasuk aku), bila pergi tengok bola sepak kat stadium boleh pulak berjemaah. Bila pergi pasar malam boleh pula berjemaah. Bila pergi shoping sale sana sini, boleh pulak berjemaah. Kadang berjam-jam. Kadang aku terfikir adilkah aku ?

Di mana kita letakkan tanda bersyukur kepada ALLAH ?
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Di mana kita letakkan bacaan KALAM ALLAH ?
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Di mana zikir kita kepada ALLAH ?
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Aku cuba berubah. Mengajak pembaca aku berubah. Aku tak sempurna tetapi aku nak perbaiki amalan lalu yang aku lalai. Alhamdulillah ALLAH uji kenikmatan yang aku dapat sebelum ini. Mungkin kerana aku lalai tanggungjawab aku padaNYA yang utama. Lalai mengumpul harta. Lalai dengan tugasan dunia.

Syukur aku ingin lebih dekatkan diri padaNYA. Di beri peluang olehNYA untuk memperbetulkan apa yang aku lalaikan.

Aku cuba sedikit demi sedikit. Biar sedikit demi sedikit asalkan ia berkekalan.

Syukur ALLAH kerana menarik nikmatnya yang di beri pada aku sebelum inni dan di beri kesedaran pada aku. Harta itu bukan segalanya.

Berserah diri padanya dan memohon padanya. Mendekatkan diri padaNYA. Mengingati nasib bila berdepan dengan ALLAH nanti.