Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, October 29, 2014

Panduan dan cara berdoa kepada allah (sumber dari al quran)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah 2:186)


Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). (Al-An'aam 6:42)

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-An'aam 6:43)

Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur". (Al-An'aam 6:63)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Al-A'raaf 7:55)

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raaf 7:56)

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A'raaf 7:180)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Anfaal 8:45)

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". (Yunus 10:22)

Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)". (Yunus 10:89)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. (Al-Israa' 17:110)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (Maryam 19:3)

Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. (Taha 20:7)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Al-Anbiyaa' 21:83)

Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiyaa' 21:90)

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat); (Al-Mu'minuun 23:76)

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya. (Al-'Ankabuut 29:65)

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya; (Ar-Ruum 30:33)

Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi. (Luqman 31:32)

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (As-Sajdah 32:16)

Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan. (As-Saaffaat 37:75)

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (Saad 38:41)



Tuesday, October 28, 2014

Bagaimana untuk mendapat hati yang tenang.

Salam,

Kalau kita perhatikan kehidupan keliling kita pada zaman ini iaitu zaman penghujung usia bumi ini, pelbagai perkara atau pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan mengusik ketenangan dan ketenteraman hati kita. Semua peristiwa itu sedikit atau sebanyak mengganggu hati kita.

Sebagai contoh, tentang kos kehidupan yang semakin tinggi dan semakin meningkat. Keperluan hidup yang semakin tertekan. Penambahan keperluan sokongan untuk hidup menjadikan kita mula memikirkan jalan yang terbaik untuk menambah pendapatan. Setiap tahun kita bertukar kerja supaya dapat meningkat jumlah gaji kita agar dapat menampung keperluan hidup. Tetapi saban hari dan saban tahun, pendapatan kita masih tidak cukup. Hati mula menjadi tidak tenteram. Bila hati tidak tenteram, keupayaan untuk berfikir rasional dan keupayaan untuk buat pertimbangan hidup menjadi lebih sukar.

Bila hati tidak tenang, kita mula akan berubah kepada yang lebih negatif dari positif. Kita semakin hilang pertimbangan. Membuat satu keputusan yang menyalahi suruhan agama. Kita menjadi tertekan dan kita semkin jauh dari suruhan agama.

Tetapi manusia ini pelupa di mana, ALLAH dah beri 'ubat' bagaimana untuk merawat hati yang sedang bergelora. Hati yang sedang bercelaru dengan masalah. Apabila hati tidak tenang, masalah akan timbul.

Bagaimana untuk mendapat hati yang tenang. Jawapannya adalah buka AL QURAN. Terdapat frman ALLAH swt tentang bagaimana untuk hari tenang.



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)


Zikrullah. Amalan yang mudah tetapi tidak banyak yang mengetahui dan tidak banyak yang mengamalkannya.

Manusia apabila hati tidak tenang, mereka akan mencari ketenangan dengan :-


  • bercuti berhari-hari
  • shopping
  • duduk depan tv selama boleh
  • mencari hiburan di tempat terlarang seperti disko/club
  • mengambil bahan terlarang seperti dadah/arak dan seumpama dengannya.
  • dan macam macam lagi la.

Jadi kepada sahabat. Buka AL-QURAN. Baca dan fahami maksud bacaan itu. Dekatkan diri kepada ALLAH. Kepada pencipta kita. Bukankan kita WAJIB 'merujuk' kembali kepada ALLAH PENCIPTA KITA apabila kita menghadapi masalah hati yg tidak tenang.

Kalau kita manusia yang mencipta sesuatu yang orang lain tidak boleh cipta, apabila ia rosak sudah tentu kita perlu membaikinya dan sudah tentu kita mencari siapa yang menciptakannya.

Begitu la kita memerlukan ALLAH swt.



Wednesday, October 22, 2014

AL Quran // Hadis // Imam (ulama)



MENGAPA TIDAK TERUS MINUM DARINYA?? 
HEBAT KIASAN ULAMAK..MEMANG BAGUS UNTUK WAHHABI BACA NI..

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Semoga bermanfaat

Tuesday, October 21, 2014

Jangan lakukan 24 perkara ini dalam hidup anda.


1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika 
memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Pentingnya sedekah dengan murahnya rezeki.

Salam,

Saya mulakan dengan petikan dari AL QURAN.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 
(Al-Baqarah 2:268)

Ya, ini yang selalu di bisikkan dalam hati kita. Kadang sukarnya kita nak menghulurkan sedekah. Kita akan merasakan harta atau kewangan kita akan berkurangan selepas bersedekah. Kalau kita bersedekah pun mesti dengan jumlah yang kecil. Mungkin pelbagai alasan kita jadi begitu. Mungkin diri kita sendiri yang tak cukup duit. Atau kebetulan kita tiada duit yang besar dan sebagainya lah. Alasan sentiasa akan di beri.

Tetapi adakah kita sedar betapa besarnya balasan yang di beri ALLAH swt sekiranya bersedekah ? Maha suci ALLAH, memang besar. Kadang-kadang balasan bersedekah itu datang dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Tapi bukan senang nak mendidik umat islam zaman sekarang. Kadang-kadang untuk meyakinkan mereka, perlu ada bukti yang menunjukkan amalan sedekah ini banyak fadhilatnya. Di bawah adalah screen short salah seorang yang mengalami masalah kewangan untuk memulakan perniagaan dan lihat apa nasihat dan tindakan beliau. Apabila anda dah baca, masih berpendapat sedekah ini mengurangkan harta anda ?






Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi )



Kalau kita dalam kesempitan, kita bersedekah sekadar yang mampu. Dah la kita kesempitan tetapi masih nak bersedekah lagi ? Kadang-kadang manusia sendiri takde jawapan kenapa kita perlu bersedekah walaupun poket sendiri  makin kering tetapi ini perintah ALLAH swt. Sebagai umat islam kita kena meyakini dan percaya akan suruhannya. Baca petikan di bawah.


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (At-Talaaq 65:7)


Jangan lah kita takut kita kehabisan harta apabila bersedekah. ALLAH akan gantikannya. Kalau ALLAH tidak gantikan dengan rezeki wang ringgit, mungkin dia gantikan dengan perkara lain seperti kesihatan, keluarga bahagia, hati tenang dan sebagainya.

Bersedekah juga bukan sahaja untuk balasan dunia sahaja tetapi kita secara tak langsung mengumpul amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Dengan bersedekah kita dapat 2 balasan iaitu balasan di dunia dan balasan di akhirat. Bukankah ia sesuatu yang indah untuk di laksanakan ?


Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .” ( HR Ahmad dengan sanad sahih )



Jadikan lah amalan sedekah ini amalan yang WAJIB sahabat. Letaklah keyakinan kepada ALLAH. letakkan kepercayaan kepada ALLAH. Kita sebagai umat islam wajib mempercayai segalan urusan dunia ini terletak pada ALLAH.

Sila LIKE page ini "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" dan lihat dan baca komen-komen dari mereka yang telah mengamalkan amalan sedekah ini. Ini sebagai satu kekuatan dan semangat untuk kita bersedekah. Saya tidak menceritakan pengalaman saya bersedekah kerana takut di salah ertikan dan takut timbul perasaan riak dan sebaginya tetapi apa yang saya lalui dan pengalaman dalam bersedekah memang sangat sukar di ucapkan. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA SUCI.


Akhir tulisan saya. amati petikan AL QURAN ini. Sebagai menaikkan semangat dan keyakinan dan mendekatkan diri dengan ALLAH.


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)









Sunday, October 19, 2014

Apabila kita mendahulukan perintah ALLAH.


Assalamualaikum Ustaz Fathuri.

Kisah yg ingin saya sampaikan ini berlaku pada tahun 2012.

Pada masa itu, seorang kenalan saya telah menawarkan satu watak pendek dalam drama tv kepada saya. Tetapi watak itu memerlukan saya berpakaian tidak mengikut syariat iaitu berstokin panjang/berlegging.

Saya menolak kerana saya tidak setuju berpakaian sebegitu. Kenalan saya ini bukan beragama Islam, jadi dia kurang faham dan terus memujuk saya menerima watak itu.

Katanya, saya dibolehkan pakai tudung semasa berlakon tu, cuma perlu dipadankan dgn legging je.. 
Adegan yg saya perlu lakonkan itu pun pendek sahaja, dan wajah tidak akan dipaparkan kerana hanya bahagian belakang badan akan dirakam ketika berjalan lenggang lenggok. 

Jadi dia tidak faham kenapa saya menolak sedangkan saya dibolehkan pakai tudung dan muka saya tak akan dipaparkan. Lagi pula, drama itu adalah utk paparan di luar negara, bukan di Malaysia.
Jadi katanya, tidak ada apa yang saya perlu malu. 

Oleh kerana dia bukan Islam, saya cuba menerangkan dgn baik kpd dia supaya dia faham. Saya menerangkan kepada dia, yang ini prinsip saya, dan saya wanita muslimah yang menutup aurat. 
Legging ketat tidak mematuhi syariat. 

Berjalan dgn punggung lenggang lenggok dirakam dari belakang pun salah juga di sisi Islam. 

Saya tekankan yg saya perlu jaga aurat saya walaupun tak siapa akan kenal wajah saya dlm iklan itu. 

Utk pengetahuan ustaz, jumlah bayaran yg dia tawarkan kpd saya ialah RM30,000.

Ia memang jumlah yg lumayan, tapi saya tak sanggup terima. Saya kata padanya, sebanyak mana pun wang yg dia tawarkan, saya tak akan terima watak berpakaian sebegitu. 

Saya nekad dengan keputusan saya.. dan akhirnya dia memilih wanita lain utk melakonkan watak itu.

Saya tak rasa rugi pun kehilangan tawaran lumayan itu sebab saya memang tak sanggup tanggung dosa berpakaian ketat sebegitu. Apatah lagi membiarkan suami saya menanggung juga dosa itu.
Saya taknak rezeki yg tak berkat. 

Saya yakin, rezeki akan dtg dlm bentuk lain. Yang penting adalah keredhaan Allah.

Selang beberapa minggu, saya menerima panggilan dari sebuah syarikat yg saya sertai peraduannya.
Sungguh tak sangka, saya dimaklumkan menang Hadiah Utama peraduan tersebut, iaitu wang tunai berjumlah RM30,000 !!!

Sungguh terkejut saya dibuatnya! Terus saya teringat peristiwa saya menolak watak drama tersebut . Akhirnya Allah gantikan dgn rezeki lain yg sama nilainya, Allahuakbar!

Syarikat itu memaklumkan, mereka menerima lebih 20,000 penyertaan utk peraduan itu. Nama pemenang dipilih secara rawak oleh komputer, dan nama saya yg terpilih sebagai pemenang utama. 
Alhamdulillah!

Benarlah, istiqamah mendapatkan keredhaan Allah dlm setiap perkara yg dilakukan, inshaAllah ada ganjarannya, di dunia dan di akhirat. 
Yang penting, rezeki kita perolehi itu berkat 

Peristiwa ini berlaku 2 tahun lepas, namun ia merupakan kenangan yg sangat manis buat saya. 
Banyak perkara berlaku selepas itu, peniagaan saya maju dan saya selamat melahirkan anak ketiga.

Ketika ini, sy sedang mengandungkan anak keempat pula. Perniagaan saya agak merudum skrg kerana saya sering sakit skrg. 

Tapi saya tidak risau pun. 

Saya yakin dgn janji Allah. Saya cuba dekatkan diri dgn Allah, bertawakkal dan memperbanyakkan amalan sunat. InshaAllah allah akan keluarkan saya dari permasalahan saya, sama seperti sebelum ini.

Saya yakin, apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga urusan dunia kita.
Kejarlah akhirat, dan kita akan dapat 'dunia' sekali 

Kenapa umat ISLAM masih tidak bangkit ?


Kenapa hati umat islam sebegitu rupa ?
Sedangkan kita ada Al Quran dan Sunnah.
Tetapi masih tidak bersama untuk bersatu?

Isu yang berkaitan tentang hukum agama pun kita bergaduh.
Tidak sependapat.
Tidak menghormati pendapat.
Masing-masing ego dengan kekuasaan dunia yang akan hilang suatu hari nanti.

Isu yang berkaitan orang bukan islam pun kita juga bergaduh.
Gaduh sesama sendiri.
Sedangkan si kafir memerhati.
Tidak tahu apa niat mereka.
Walaupun ia sembunyi di sebalik wajah dan senyuman.
Berhati-hati lah.
Kafir tetap kafir.

Bagaimana ALLAH ingin membantu ?
Bagaimana ALLAH ingin mengarahkan para malaikatNYA turun ke bumi membantu?
Sedangkan hambanya sendiri tidak bersatu.

Teruskan berdoa wahai muslimin dan muslimat.
Cekal kan hati.
Rapatkan barisan.
Bersepakat.
Kejarlah syurga akhirat yang kekal abadi.
Bukan di kejar dunia yang ada penghujung.



Saturday, October 18, 2014

Kadang-kadang kita tak perlu kerja keras untuk dapat rezeki


Assalamualaikum ustaz...selepas saya membaca pelbagai dakwah dan nasihat ustaz kebelakangan ini, saya terpanggil untuk berkongsi kisah hidup dan pengalaman saya menjemput rezeki.


Dahulu hidup saya bebas. Pergaulan dan percakapan...segala2nya bebas...Kerana kebebasan itu saya lupa pada Yang Maha Esa. Ajaibnya Allah uji saya dengan memberi rezeki yang melimpah ruah sehingga sebulan boleh mencecah 5-6 angka..



Rezeki Allah beri pada saya tu, saya lupa nak berbahagi kepada yang memerlukan..termasuk ibu bapa saya...



Ya Allah jahilnya dan tamaknya saya ketika itu. Saya kerja di luar kawasan, maka saya jarang pulang menjenguk ibu dan ayah.



Sehingga lah suatu hari Allah tarik nikmat Dia satu persatu...Saya kehilangan ayah...sekelip mata, tanpa sebarang sakit...ayah koma dan meninggal dunia...pulang dari tanah air, Allah tarik pula rezeki kerja...maka pada waktu itu saya JOBLESS...Allah tarik lagi nikmatNya, kawan2 rapat saya semua tinggalkan saya...saya jatuh sakit berbulan lamanya...



Ketika itu, hidup saya macam terumbang ambing...separuh gila...



Saya mula dekat kan diri pada Allah, SOLAT di waktu malam, tahajud, setiap hari tak pernah lupa baca Quran, berzikir, bertaubat dan bersedekah...



Sedar akan kealpaan dan kelalaian saya selama ini..



Baiknya Allah tu...apa yang di tarik berbulan yang lalu Allah gantikan dengan yang jauh lebih baik dari apa yang saya ada sebelum ini;



1. seminggu selepas Raya, saya dapat panggilan kerja



2. Gaji yang dibayar naik mendadak tanpa saya duga



3. Dapat sebuah kereta idaman, warna idaman, plate no idaman



4. Datang seorang hamba Allah meminang saya. Alhamdulillah kami telah mengikat tali pertunangan.



5. Bakal mendirikan rumah tangga dlm tempoh 3 bln lagi.



6. Dipertemukan dengan beberapa orang sahabat yang tak jemu2 menasihati dan menjaga saya.



7. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik. Sekarang dah tak perlu follow up dan medical check up, xperlu makan ubat seperti selalu.



Ya Allah besarnya kuasa Allah...lalu saya teringat sepotong ayat; 



FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan). Tiga puluh ayat dalam surah Ar Rahman memiliki kalimat ini; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?



Berulang, Allah memberi peringatan kepada kita; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?



Melalui surah ini Allah seolah memberi signal kepada kita akan sifat kita yang pelupa, kufur nikmat, dan tidak mau berfikir. Ya, tiga hal itu yang ada dibenak saya ketika saya membaca surah ini..semoga Allah mengampuni kesalahan saya ketika ayat demi ayat dibaca..



Ustaz, jika ustaz membaca cerita ini, mohon ustaz doakan saya supaya terus istiqamah dan di beri kekuatan untuk memulakan hidup yang baru yang lebih baik dan lebih bersyukur kepada REZEKI dan NIKMAT ALLAH. 



Mudahnya untuk menjemput rezeki...



Kita hanya perlu beribadat, bersedekah dan banyak mengingati ALLAH maka ALLAH beri rezeki tak terduga kepada kita...yang penting, sentiasa bersangka baik terhadap Allah..



Moga cerita saya ini menjadi pengajaran.



Wassalam.

Penghujung yang pasti menunggu.


Ampun aku Ya Allah
Kerna telah jauh dari mu
Himpun aku Ya Allah
Bersama dikasih oleh mu

Namun ku tak upaya
Berada didalam Nerakamu
Namun ku tak upaya
Untuk syurga firdaus mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Bantu aku Ya Allah
Permudahkan setiap langkahku
Bimbinglah aku tak mampu
Berdiri dan bernafas tanpamu

Cinta hanya untukmu
Cinta hanya milikmu
Ku ingin dan ku memohon
Rahmat mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Tanpamu Siapalah Aku
Jatuhnya aku Bangunnya Aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Friday, October 17, 2014

Antara 7 amalan pembuka rezeki

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak

mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SEBARKANN...


Jangan bersedih wahai diri ( bahagian 3 )