As Salam,
Umur dah menjangkau 35 tahun. Apa agaknya orang lain fikir bila umur dah menjangkau 35 tahun. Apa aku fikir ? Jumlah amalan yang aku ada untuk di bawa ke alam akhirat. Cukup ke tidak. Rasa risau dalam diri ni. Kenapa risau ? Kerana mengenang amalan masa muda dulu yang rasanya macam tak banyak amalan untuk di bawa ke alam akhirat nanti.
Ada orang yang bila dah masuk umur 35 tahun. Masih lalai dan masih muda katanya untuk menghabiskan sisa hidup nie. Ada yang masih mengejar karier dan mengejar cit-cita yang paling tinggi tetapi lalai dengan cita-cita akhirat.
Syukur pada ALLAH yang memberi kepada akal kepada aku untuk sentiasa mengingat kematian dan bekalan di akhirat. Kalau dalam kepala ni tak ingat perkara macam nie, alamat aku akan sesat dan lalai. Melebihkan keperluan di dunia dan mengabaikan keperluan untuk akhirat.
Tak bermakna dunia ni tak penting. Cuma kena imbangkan. Dan kena lebihkan untuk akhirat kelak. Takut kita secara tak sedar kita mengutamakan dunia. Macam mana nak tahu kita mengutamakan dunia dari akhirat ? Senang je. Kita ukur perkara yang senang yang selalu kita patut buat. Aku pun sentiasa menambahbaikan diri aku nie. Aku takut.
- solat. bila je masuk waktu solat. korang bergegas ke untuk solat? cuba korang bandingkan kalau korang keje kat pejabat yang undang2 ketat. mesti korang masuk kerja on time atau masuk sebelum waktu pejabat. sebab apa? takut kat bos. atau takut kena buang kerja. bagaimana pula kita dengan ALLAH ? Lepas solat, berapa lama korang duduk dan berzikir memuji allah ? bandingkan berapa lama korang lepak mamak sambil tengok bola.
- al quran. dalam sehari berapa jam kita baca al quran. bandingkan dengan berapa jam kita mengadap facebook, twitter, instagram, blog dan segala media sosial. berapa jam kita duduk sembang dengan kawan. berapa jam kita meeting dengan kerja.
- sedekah. dari hasil pendapatan korang. berapa banyak dalam sehari/seminggu/sebulan korang habiskan untuk sedekah. bandingkan dengan jumlah wang yang di keluarkan untuk wayang, bercuti, internet, astro, handphone, tablet dan sewaktu dengannya.
Aku bila di fikirkan balik perkara di atas, memang betul sebelum ni byk perkara dan masa yang di gunakan untuk hal duniawi. Rasa betapa bersalahnya dan teruknya bila mengabaikan perkara yang wajib kita buat. Sebab tu bila umur dah 35 tahun, tiada apa yang aku perlu utamakan melainkan mengabdikan diri pada allah.
Mungkin ada yang korang tak setuju atau aku ni poyo tapi ini pendapat aku. Ia berlaku pada diri aku sebelum ini. Ini ingatan untuk aku dan ingatan untuk korang jugak. Aku tak paksa korang setuju atau tidak cuma aku ni ingin memberitahu supaya mungkin ini sedikit sebanyak aku mengajak ke arah pengabdian diri pada allah.
Jangan ingat aku baik sangat. Aku ni pun sedikit demi sedikit mengubah gaya hidup aku. Aku tak perfect tapi kita wajib berubah. Apa yang aku ada sekarang aku syukur. Cuba hidup bersederhana dan mengumpul kekayaan yang sederhana untuk keluarga. Yang penting kita bersederhana. Hidup sederhana. Tumpukan untuk bekalan di akhirat. Semakin bertambah umur semakin dekat kematian.
Bukan semua orang boleh aku puaskan dengan tulisan aku nie. Niat cuma satu. Beringat sesama sendiri.
Insyaallah.
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
(Nuh 71:4)
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;