Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, April 1, 2014

Berhutang dengan bank sebab nak kahwin

Salam,

Dua minggu lepas dalam channel astro oasis, ada satu rancangan "salam muslim". Tajuk kali nie kalau aku tak silap berkenaan dengan kos perkahwinan. Melibatkan pasangan yang nak kahwin tetapi bermasalah dengan duit. Ada dua pasangan yang mereka temubual. Pasangan pertama, tiada buat sebarang pinjaman bank untuk kahwin. Dan satu lagi pasangan ada buat pinjaman bank untuk kahwin.

Cerita pasangan pertama.

Hantaran yang telah di persetujui antara pihak lelaki dan perempuan adalah RM10,000. Lagi beberapa bulan nak kahwin si lelaki mintak jumlah hantaran di kurangkan kepada RM5000. Lelaki itu tak cukup duit. Tetapi untuk adil kedua-dua belah pihak, pihak wanita tu mintak RM7000. Maka hantaran dah jadi RM7000 dari RM10,000. Si lelaki bekerja dan jawatan dia tak tinggi. Kerja si lelaki biasa-biasa sahaja. Si lelaki pandai berjimat dan kadang2 terpaksa ikat perut di sebabkan nak simpan duit nak kahwin. Si lelaki tak nak pinjam bank semata-mata nak kahwin. Tetapi si lelaki selepas kahwin menyesal kerana beliau sebelum kahwin beliau tidak menyediakan rumah dan kereta untuk keluarga baru dia.

Cerita pasangan kedua.

Si lelaki memang nak kahwin. Tetapi duit takde. Jadi nak taknak beliau terpaksa pinjam loan bank sebanyak Rm40000. Duit loan tersebut telah di belanjakan untuk kahwin hampir RM20,000 lebih. Lepas kahwin dia terpaksa bayar duit loan tu bertahun-tahun lamanya. Nak tak nak dia kata kena pinjam duit bank jugak. Tapi si lelaki ni lepas kahwin memang disiplin dalam kewangan dia. Jadi dia takde masalah untuk langsaikan hutang tersebut selagi dia disiplin.

Cerita pasal anak muda nak kahwin tetapi takde duit memang banyak kali di dengar. Sehingga masalah ini menjadi isu hangat di kalangan rakyat malaysia. Macam-macam nasihat dan panduan yang di berikan. Antaranya, dari muda kena simpan duit. Disiplin dalam menguruskan duit. Bersederhana dengan ukur baju badan sendiri. Harga barangan untuk kenduri semua mahal-mahal. Di salahkan kerajaan jugak sebab harga barangan mahal. Dan macam-macam tips yang di beri kepada anak muda nak kahwin.

Tetapi sebagai umat islam, kita ada idola kita sepanjang zaman yang boleh di jadikan ikutan sehingga hari ini. Nabi muhammad saw telah ajar kita perkara-perkara yang wajib di dalam mengurus alam perkahwinan. Dari pernikahan sampai lah kenduri kendara.

Tetapi kita rakyat malaysia ni memang sentiasa nak kenduri mereka nampak sempurna di mata masyarakat sekeliling. Tak kisah la terpaksa berhutang sekeliling pinggang asalkan kenduri mereka sesempurna mungkin di pandang oleh orang keliling. Itu lah masalahnya bila nak jaga pandangan orang lain sedangkan yang menanggung beban akan di tanggung oleh pihak pengantin sahaja.

Mentaliti orang malaysia ni perlu di ubah dan di didik bermula generasi sekarang.

Banyakkan la membaca sirah nabi muhammad saw. Nasihat - nasihat baginda yang sangat relevan sehingga hari ini. Segala nasihat dan ucapan nabi muhammad saw adalah untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Jangan lah kerana adat dan budaya kita berhabis menanggung hutang. Sedangkan kewajipan yang di tuntut dalam islam dalam hal perkahwinan dan pernikahan kita abaikan.



No comments: