Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, August 7, 2014

Tips untuk anak dara tua yang risau belum kahwin

“Saya gadis berusia 30 tahun. Sampai sekarang, masih belum ada pemuda yang ingin meminang saya. Hal ini bukanlah penyebab kepada penderitaan & kesedihan yang saya rasakan.

Saya tahu bahawa perkahwinan itu sudah menjadi ketentuan daripada Allah SWT. Saya juga tahu bahawa masih banyak perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin, seperti redha Allah dan redha kedua ibu bapa, perlindungan Allah SWT dan kesihatan yang baik. Saya juga tahu masalah ini dialami oleh ramai wanita pada waktu sekarang ini.

Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah kerisauan yang melampau oleh ibu saya kerana sampai sekarang saya masih belum berkahwin.

Selain itu, ibu saya juga sering merasa tidak selesa jika salah seorang ahli keluarga atau saudara mara bertanya mengapa saya masih belum berkahwin.

Saya juga merasa sangat hiba kerana teman-teman perempuan saya yang suka menjerat saya dengan soalan yang sangat menyusahkan seperti ini. Kadang-kadang saya terpaksa meminta diri meninggalkan mereka dan berpura-pura tidak mendengar pertanyaan mereka.  Saya berasa sangat malu menjadi bahan ejekan mereka.

Saya hanya mahu penyelesaian yang boleh membuatkan saya terbebas dari keadaan yang sangat menyusahkan ini..”


Bertenanglah saudaraku yang masih belum berkahwin

Agar kita boleh melepaskan diri dari masalah yang selalu meresahkan ini, pertama kita harus memandang masalah ini dengan dengan pandangan yang sungguh berbeza.

Ramai gadis seusia anda yang masih belum dipinang oleh lelaki. Akan tetapi, mereka tidak terlalu memperbesarkan perkara itu, seperti yang anda lakukan. Tidak seorangpun dari mereka yang menyebut dirinya sebagai ‘anak dara tua’.

Mereka juga tidak berusaha menenangkan diri dengan mengatakan bahawa ada perkara-perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin. Anda terasa pilu kerana belum juga berkahwin. Inilah sebabnya saudara merasa sedih apabila orang lain seakan-akan menyindir anda.

Ayuh, marilah kita menggantikan perasaan dan pemikiran itu tadi dengan perasaan optimistik, ‘inner beauty’, menjaga penampilan, selalu tersenyum, serta memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar pada masanya nanti Dia menganugerahkan seorang suami yang sesuai untuk saudari.

Kalau tidak di dunia, di Syurga sana InsyaaAllah.

Ditambah dengan memanfaatkan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat dan menyenangkan, serta tidak mengingkari keperluan atau keinginan saudari untuk berkahwin.

Jangan membuat jiwa saudari menjadi lemah dengan menyebut diri saudari sebagai anak dara tua. Kerana hal ini boleh menimbulkan kesedihan, menjadikan kita pesimis terhadap kehidupan ini, serta memperlakukan diri seolah-olah telah tertinggal ‘kereta’ perkahwinan.

Jika perkara ini terjadi, maka saudari telah membuat para lelaki semakin menjauhi saudari tanpa disedari.

Selain itu, mengenai ibu dan teman-teman anda, jelaskan kepada mereka bahawa sampai sekarang belum ada calon suami yang sesuai untuk anda.

Ini bukan bohong, tetapi bertujuan mengalihkan perbicaraan dengan santai dan tidak menunjukkan emosi. Kita tidak perlu berasa malu. Ini adalah hal yang wajar.

Kita perlu ingat, ramai gadis yang berbohong di saat mereka bercerita mengenai pemuda yang telah melamar mereka. Saya berharap anda tidak melakukan perkara sebegitu. Jangan terlalu resah memikirkan masalah ini.

Segera membuang pemikiran yang keliru yang bersarang dalam fikiran anda bahawa bila belum adanya pemuda datang melamar, bermakna terdapat kekurangan pada diri anda atau kewanitaan yang dimiliki.

Aturlah gaya hidup dan cara dalam berpakaian. Apakah kita akan berjalan dengan muka yang masam cemberut? Bersifat garang dan bengis terhadap keluarga dan kenalan? Apakah kita ingin dikatakan sebagai seorang yang kedekut? Keras kepala atau mempunyai sifat-sifat buruk yang lain?

Hal-hal seperti ini kadangkala boleh mencemarkan nama baik seseorang gadis dan menyebabkan para lelaki takut mendekatinya.

Oleh manfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, muhasabah baik-baik diri kita tingkatkan kelebihan-kelebihan yang kita miliki di semua sudut, tanpa terburu-buru dan belebihan.

Setelah itu, tenangkanlah diri, bergembira dan sibukkanlah diri untuk mengubah hidup kita menjadi lebih. Buanglah segala fikiran yang negatif dan jangan bairkan ia mengisi ruang hidup sehingga kita menderita kerananya.

InsyaaAllah :)


Wednesday, August 6, 2014

Perihal kehidupan manusia dengan syaitan

"Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "syaitan mengikat di atas kepala orang yang tidur dengan tiga simpulan, lalu berkata: “Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”. Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan. Apabila orang itu berwuduk, terbukalah satu lagi simpulan.Apabila orang itu bersolat, terbukalah kesemua simpulan. Maka pada hari itu orang tersebut akan bersemangat dan ceria. Jika tidak (iaitu ada simpulan yang masih terikat) maka pada hari itu orang tersebut akan merasa malas dan tidak ceria". (HR. Bukhari)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim) 

Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya" (HR. Muslim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

“Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat". (HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, "Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi)." (HR Bukhari dan Muslim) 
Doa sebelum solat : Robbi a'u zubika min hamaza tisy shaya thiin, wa a'u zubika robbi any yah dhu ruun. (Ya Allah.  Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.)

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

"Jika ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan, oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad). 

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad saw. bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)

Daripada Anas bin Malik, katanya: "Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila mahu masuk tandas baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI 'AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan)." (HR At-Tirmizi)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))

Sabda Rasulullah , "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim)     
    
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)

Dari Aisyah, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (HR. Ahmad dengan sanad hassan)

Monday, August 4, 2014

Tip mudah beli kereta secara tunai !!

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

*** Di salin dari facebook SAIFUL NANG

Sunday, August 3, 2014

Lelaki dan wanita ada kelebihan masing2.



PEREMPUAN di uji di DUNIA :
Kena pakai TUDUNG ...
Kena pakai STOKIN ...
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
Kena banyak FITNAH ...
Kena TAAT perintah SUAMI ...
Kena menjaga MARUAH DIRI ...
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

Di AKHIRAT,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia :
Tidak payah pakai TUDUNG...
Tidak payah pakai STOKIN...
AURAT senang di jaga ...
Tidak risau dengan FITNAH...
MUDAH nak buat apa sahaja ..

Tapi di AKHIRAT,
Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
Dosa ISTERI ...
Dosa ANAK-ANAK ..
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
Dosa tidak beri NAFKAH ...
Dosa tidak menjaga PANDANGAN..
Dosa ADIK-ADIK...
Dosa sesama MANUSIA ...
Dosa tidak SOLAT...

SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA..

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL..

Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ..

Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN..

Friday, August 1, 2014

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Ini pula kata2 sahabat nabi berdebat dan mmberi perumpamaan. org kafir mengatakan dimana kah Allah? sedangkan kami (org2 kafir) nampak dan boleh menyentuh tuhan kami. sahabat pun bg perumpamaan.. "saudara tahukah dimana nye letak NYAWA saudara?.

Anda boleh copy dan share untuk perkongsian

Insyaallah

P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")