Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, August 7, 2014

Tips untuk anak dara tua yang risau belum kahwin

“Saya gadis berusia 30 tahun. Sampai sekarang, masih belum ada pemuda yang ingin meminang saya. Hal ini bukanlah penyebab kepada penderitaan & kesedihan yang saya rasakan.

Saya tahu bahawa perkahwinan itu sudah menjadi ketentuan daripada Allah SWT. Saya juga tahu bahawa masih banyak perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin, seperti redha Allah dan redha kedua ibu bapa, perlindungan Allah SWT dan kesihatan yang baik. Saya juga tahu masalah ini dialami oleh ramai wanita pada waktu sekarang ini.

Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah kerisauan yang melampau oleh ibu saya kerana sampai sekarang saya masih belum berkahwin.

Selain itu, ibu saya juga sering merasa tidak selesa jika salah seorang ahli keluarga atau saudara mara bertanya mengapa saya masih belum berkahwin.

Saya juga merasa sangat hiba kerana teman-teman perempuan saya yang suka menjerat saya dengan soalan yang sangat menyusahkan seperti ini. Kadang-kadang saya terpaksa meminta diri meninggalkan mereka dan berpura-pura tidak mendengar pertanyaan mereka.  Saya berasa sangat malu menjadi bahan ejekan mereka.

Saya hanya mahu penyelesaian yang boleh membuatkan saya terbebas dari keadaan yang sangat menyusahkan ini..”


Bertenanglah saudaraku yang masih belum berkahwin

Agar kita boleh melepaskan diri dari masalah yang selalu meresahkan ini, pertama kita harus memandang masalah ini dengan dengan pandangan yang sungguh berbeza.

Ramai gadis seusia anda yang masih belum dipinang oleh lelaki. Akan tetapi, mereka tidak terlalu memperbesarkan perkara itu, seperti yang anda lakukan. Tidak seorangpun dari mereka yang menyebut dirinya sebagai ‘anak dara tua’.

Mereka juga tidak berusaha menenangkan diri dengan mengatakan bahawa ada perkara-perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin. Anda terasa pilu kerana belum juga berkahwin. Inilah sebabnya saudara merasa sedih apabila orang lain seakan-akan menyindir anda.

Ayuh, marilah kita menggantikan perasaan dan pemikiran itu tadi dengan perasaan optimistik, ‘inner beauty’, menjaga penampilan, selalu tersenyum, serta memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar pada masanya nanti Dia menganugerahkan seorang suami yang sesuai untuk saudari.

Kalau tidak di dunia, di Syurga sana InsyaaAllah.

Ditambah dengan memanfaatkan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat dan menyenangkan, serta tidak mengingkari keperluan atau keinginan saudari untuk berkahwin.

Jangan membuat jiwa saudari menjadi lemah dengan menyebut diri saudari sebagai anak dara tua. Kerana hal ini boleh menimbulkan kesedihan, menjadikan kita pesimis terhadap kehidupan ini, serta memperlakukan diri seolah-olah telah tertinggal ‘kereta’ perkahwinan.

Jika perkara ini terjadi, maka saudari telah membuat para lelaki semakin menjauhi saudari tanpa disedari.

Selain itu, mengenai ibu dan teman-teman anda, jelaskan kepada mereka bahawa sampai sekarang belum ada calon suami yang sesuai untuk anda.

Ini bukan bohong, tetapi bertujuan mengalihkan perbicaraan dengan santai dan tidak menunjukkan emosi. Kita tidak perlu berasa malu. Ini adalah hal yang wajar.

Kita perlu ingat, ramai gadis yang berbohong di saat mereka bercerita mengenai pemuda yang telah melamar mereka. Saya berharap anda tidak melakukan perkara sebegitu. Jangan terlalu resah memikirkan masalah ini.

Segera membuang pemikiran yang keliru yang bersarang dalam fikiran anda bahawa bila belum adanya pemuda datang melamar, bermakna terdapat kekurangan pada diri anda atau kewanitaan yang dimiliki.

Aturlah gaya hidup dan cara dalam berpakaian. Apakah kita akan berjalan dengan muka yang masam cemberut? Bersifat garang dan bengis terhadap keluarga dan kenalan? Apakah kita ingin dikatakan sebagai seorang yang kedekut? Keras kepala atau mempunyai sifat-sifat buruk yang lain?

Hal-hal seperti ini kadangkala boleh mencemarkan nama baik seseorang gadis dan menyebabkan para lelaki takut mendekatinya.

Oleh manfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, muhasabah baik-baik diri kita tingkatkan kelebihan-kelebihan yang kita miliki di semua sudut, tanpa terburu-buru dan belebihan.

Setelah itu, tenangkanlah diri, bergembira dan sibukkanlah diri untuk mengubah hidup kita menjadi lebih. Buanglah segala fikiran yang negatif dan jangan bairkan ia mengisi ruang hidup sehingga kita menderita kerananya.

InsyaaAllah :)


No comments: