Petikan dari FB:
Agak meriah FB hari ni mengenai isu KWSP untuk suri rumah. Ada pihak yang tak sokong, terutamanya para suami kerana bagaikan dipaksa mencarum 2% daripada gaji. Para isteri kebanyakannya menyokong. Yelah, nak dapat duit kan?
Sebenarnya ATM (Angkatan Tentera) telah lama buat benda ni. Isteri mendapat 15% daripada gaji suami. Untunglah siapa yang kahwin dengan ATM.
Saya masih belum jelas mengenai polisi bagaimana caruman ini dibuat. Dengan mengandaikan bahawa setiap bulan kerajaan akan mencarum RM50 ke akaun isteri dan caruman ini akan menjadi milik pemegang akaun, maka saya tidak ada alasan untuk tak menyokong usaha ini.
Kita buat kira-kira sikit.
Katakan gaji suami ialah RM2500 sebulan. Suami hanya perlu mencarum 2% (RM50) ke akaun isteri setiap bulan. Kerajaan pula carumkan RM50. Maka, setiap bulan isteri akan dapat RM100.
Setahun: RM1200
10 tahun: RM12000
20 tahun: RM24000
Jumlah ini akan lebih dengan mengandaikan gaji suami meningkat setiap tahun dan dividen KWSP lagi. Banyak tu!
Jadi, isteri mempunyai bekalan kewangan yang agak cukup jika berlaku apa-apa kepada suami (mohon Allah elakkan segala bencana dan malapetaka yang tak diingini).
Mungkin suami bertanya, apa untungnya kepada suami pula?
Suami wajib membayar nafkah isteri. Jika tak mencarum ke dalam KWSP ini pun, nafkah tetap perlu bayar yang mana ia meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan, kenderaan dan hal-hal lain yang diperlukan dari semasa ke semasa. Jadi, terpulanglah kepada perbincangan suami isteri sama ada mahu memasukkan caruman ini sebagai sebahagian daripada nafkah atau mengasingkannya dan menganggapnya sebagai ehsan daripada suami.
Suami tak perlu rasa rugi. Setiap sen yang suami belanja untuk keluarga akan mendapat pahala daripada Allah SWT. Bahkan ada hadis yang menyebut bahawa sebaik-baik perbelanjaan suami adalah untuk ahli keluarganya. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki Allah akan tambah.
Yang kedua, duit KWSP isteri itu boleh digunakan untuk membeli aset seperti rumah atau tanah. Isteri yang bijak akan menggunakan duit KWSP untuk tujuan-tujuan yang mendatangkan keuntungan. Jika suami mengalami kesesakan, bolehlah si isteri membalas jasa suami pula.
Yang ketiga, ingat mudah ke kerajaan nak bagi RM50 setiap bulan buta-buta? Haha. Jadi, tak rugi kan?
Yang keempat, jika isteri masih ada hutang PTPTN, bolehlah dia bayar sendiri guna duit KWSP ini.
Sebelum melatah, just nak bagitau... perkara ini adalah PILIHAN, bukan PAKSAAN. Jika nak buka, kena daftar. Tak nak buka, sayang duit, takut kerajaan manipulasi duit, tak yah buka. Benda mudah. Tak perlu mencarut.
Just my two cents,
Khairy Tajudin