Tapi kalau orang bagi, saya ajar anak-anak saya ambil dan salam dan cium tangan. Kemudian anak saya akan datang ke mummy dia dan serah semuanya tanpa melihat berapa yang dapat di dalamnya.
Kita ajarkan mereka nilai wang tetapi kita ajarkan juga akhlak adalah lebih bernilai dari wang. Cuma bila dah beri duit raya kepada anak-anak saya nanti, dia akan buat saya terasa perlu beri duit raya pula kepada anak-anak si pemberi. Kan elok terus kita kira u bagi anak i dan i bagi anak u...kita kira habis. Settle.
Duit raya ni dah jadi macam wajib pula dalam hari raya. Saya pun kurang pasti sejak bila benda ni dah jadi budaya. Yang pasti semasa Anuar Zain kecil dia menyanyi dengan Elina masa tu dah sebut tentang duit raya dah. Dengan umur AZ sekarang ni, saya fikir budaya ni dah lama juga ada dalam bani Melayu.
Pada saya, duit raya ini merosakkan kebahagiaan juga. Adik beradik saya dan saudara mara saya bukan semuanya orang senang tetapi semasa saya kecil dahulu saya ternampak seolah-olah mereka terasa terbeban untuk menunaikan sesuatu yang tidak rukun malah tiada pula dalam mana-mana hadith mengatakan ia satu yang sunat (mungkin saya belum khatam lagi ngaji). Paling mudah, mak ayah saya sendiri pernah saya terdengar berbincang-bincang untuk beri duit raya anak buah sampaikan terpaksa ikat perut. Itulah...bila orang dah bagi kita pula terasa perlu membalas. Kan elok tak payah bagi langsung sedangkan benda tu tak perlu pun.
EXPECTATION!
Saya fikir, eloklah saya mulakan budaya baraan (berkunjung) tanpa ada duit raya. Memberi atau diberi. Cuma kalau diberi, tak elok pula menolak. Sekurang-kurangnya anak-anak saudara Pak Ngah (Pak Long sebelah isteri) yang baca apa saya tulis ni dah manage expectation sendiri lah ye.
Banyak masalah remaja hari ini terjadi bila mereka mula pegang duit pada ketika mereka masih belum selayaknya memegang duit. Biarlah orang nak kata apa kat anak aku yang tak ada duit raya. Saya tak kata orang lain lah, saya story pasal diri sendiri dulu. Masa zaman saya dulu, dapat duit raya sahaja akan pergi kedai runcit main judi tikam, beli jajan, beli mainan dan sampai dah senja pun tak reti nak balik. Zaman hari ini, duit raya budak boleh buat beli topup handphone, pergi KLCC, sewa hotel, topup credit main computer game (gamble) dan macam-macam lagi.
Untuk simpanan anak-anak? itu kalau yang beringat. Tapi tak perlu susah-susah fikir simpanan anak-anak saya dan isteri saya pun. InsyaAllah saya dah siapkan simpanan untuk anak-anak dan isteri saya sampai saya mati nanti pun dah tak risau. Bukan kerana saya kaya, cuma saya didik mereka untuk tidak berlebih-lebihan.
Duit raya ni memang spoil betul. Saudara mara dan sahabat-sahabat datang rumah kita nak beraya, dah lah lama tak jumpa tapi nanti anak-anak merengek nak balik. Kenapa? Masa balik tu baru mereka tahu berapa duit raya mereka akan dapat dan mereka akan terus ke rumah seterusnya. Dan mereka akan buat perangai yang sama. Kacau macam ni...kacau kacau kacau.
Bukan saya kedekut, taik hidung masin. Berapa sangat kes anak-anak dapat duit raya kemudian serah semuanya untuk kebajikan? rasanya rare dah tu. Berapa banyak pulak anak-anak yang dapat duit raya yang putus jari main mercun? yang tersangkut dalam CC berhari-hari? Yang cukup duit untuk beli handphone senyap-senyap dan guna belanja sekolah untuk topup?
Kalau nak cerita kes-kes kajian Warga Prihatintentang anak-anak main We Chat kerana dapat duit topup dari belanja sekolah dan beli handphone dengan duit raya ada BERLAMBAKKKKK!!! Jangan terlalu baik sangka dengan anak-anak yang balik sekolah terus berkunci dalam bilik. Kita ingat mereka belajar atau tidur tetapi melayani We Chat. Tak kurang juga kes ibu bapa yang tak percaya anaknya dah kena "rewang" atau dah jadi "pelacur WeChat" tahu-tahu sahaja anaknya dah HIV positive atau anaknya dah termengandung. Masa tulah ibunya menjerit berguling-guling macam Nyonya Mansor
"Alaaaa anakkkk bertuahhhh aku bela dari kecik dengan penuh kasih sayang...KENAPALAH sampai mengandung macam ni??? kenapa tak gunakan Durex???"
(pandang langit, kedua-dua tangan dimuka)
Sebab itu, saya tekankan betul-betul kepada anak-anak saya. NEVER EXPECT DUIT RAYA! Saya beritahu mereka, tak perlu nak menyimpan-nyimpan duit untuk peribadi. Semua keperluan anak-anak, ayah akan cukupkan...tak perlu nak risau. Ayah akan belikan bila dah sampai masa, tak perlu nak saving-saving duit sendiri sampai ada kebebasan untuk berbelanja TANPA IZIN.
Memang saya ni kolot kot. Hatta, isteri saya sendiri mahu berbelanja pun akan minta izin saya sendiri walaupun dia menggunakan wang simpanan sendiri. Even masa isteri saya bekerja dahulu dan ada income sendiri, saya didiknya untuk meminta izin sebelum berbelanja. Tak perlulah nak surprise-surprise saya dengan hadiah sebuah kereta Porsche Cayenne sekiranya nak belanja beli Porche itupun tidak minta izin dari saya.
DON'T SPOIL YOUR KIDS WITH MONEY!
Memberi hak anak memegang wang dan berbelanja sebelum mereka matang itu samalah seperti memberikan anak-anak kita yang masih kanak-kanak bermain dengan pisau yang tajam. Memang ada kebaikannya pisau itu boleh memotong daging dan bawang. Namun, jika kematangannya belum tiba sebelum penggunaannya tiba...kita akan terjerat.
Saya didik anak-anak untuk tidak mengharap duit raya sebaliknya mengharapkan jalinan kasih sayang dan persaudaraan. Orked yang baru 8 tahun dah ikrar depan saya beberapa hari lepas berazam raya kali ini nak tolong nenek dia basuh pinggan, kemas rumah dan menyapu sampah. Tidak keluar langsung isu duit raya.
Jika dah ajar anak dengan duit hari ini, sampai kita mati dan tinggalkan duit sebanyak 1MDB pun tidak akan cukup. Jika kita ajar anak kita menghargai hubungan kasih sayang sesama manusia dengan akhlak yang terpuji, insyaAllah kita mati tinggalkan RM7 pun tidak menjadikan anak-anak kita mati kebuluran.
Bukan tidak mampu nak bagi, tetapi tidak mahu buka peluang untuk mereka merewang dan tambah kerja kita pula nak berkepung-kepung nanti. Namun, tidak seperti orang Cina yang beri angpow kepada orang yang belum berkahwin tetapi saya akan beri duit raya kepada mereka yang tua seperti ibu bapa, saudara mara yang memerlukan.
Ini cuma pandangan saya sahaja, tak jika tidak setuju tak perlu buat petisyen pun. Teruskan apa yang anda fikirkan wajar dan betul. Cuma untuk saya, untuk sudah dari yang sulong kecil pun...bukan duit raya buat mereka gembira. Ada atau tiada duit raya langsung mereka tak heran...kita ajar mereka begitu.
Tapi, kalau nak bagi juga kepada anak-anak saya...silakan, mereka ambil sahaja tapi terus terang cakap lah...semua duit raya anak-anak saya akan jadi bajet duit minyak, tol, makan minum dan hotel (kalau rumah kampung penuh saudara mara...kita ni anak perempuan ramai) dan lebihnya akan disedekahkan. Kalau tak ambil duit raya anak pun, minyak kapal selam pun kita mampu isi tapi point dia ialah....ELOK JANGAN BAGI DUIT RAYA KEPADA ANAK SAYA.
Ok, itu sahaja.
SELAMAT HARI RAYA!
RAYA LEBIH GEMBIRA TANPA DUIT RAYA!
SAIFUL NANG
Pengasas Mo Fa Kor (Asam Taik Hidung Masin)
No comments:
Post a Comment