Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, February 16, 2016

Maksud rezeki yang lebih luas.


Salam,


Ramai antara kita memahami maksud rezeki itu adalah banyak duit, bisnes untung dan maksudnya murah rezeki itu lebih kepada banyak nya harta.

Mungkin penerangan pemilik facebook di bawah lebih kita memahami konsep rezeki yang lebih luas.


Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?



Friday, February 5, 2016

Gambar terbaru perkahwinan akim dan stacy

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz  dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul  10.15 pagi Jumaat.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad , 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, dinikahkan oleh jurunikah dari Jabatan Agama Islam Sabah iaitu Matlin Dimin.

Stacy berwalikan abangnya iaitu Mohd Adam Hakimi Adam.

Majlis resepsi di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Johor Baru pada 26 Februari ini.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos 2015.

Wednesday, February 3, 2016

Video pelajar jilat jalan pulak. Kena buli la nie.

PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.
Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 'view' dan 541 'like', dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.
Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.
"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.
Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.
"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.

Tuesday, February 2, 2016

Sedih, Ibu tidak sengaja rempuh anak hingga mati

KOTA KINABALU 1 Feb. - Seorang ibu berdepan detik menyedihkan apabila kereta yang dipandu secara tidak sengaja merempuh anak perempuannya ketika menghantar kanak-kanak itu di Taska Alam Damai, di sini hari ini.


KERETA milik seorang ibu yang tidak sengaja merempuh anaknya hingga mati di Taska Alam Damai, Kota Kinabalu, semalam. Ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anak perempuannya, Megan Wong Shi Ting, 4, me­ninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital KPJ di sini.


Selain anak pe­­rem­puannya, turut cede­ra dalam rem­­puhan itu ialah dua kanak-kanak lain, masing-masing berusia lima dan enam tahun, serta seorang guru taman asuhan kanak-kanak (taska) berusia 25 tahun. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku selepas ibu mangsa menurunkan kanak-kanak itu di taska berkenaan.


“Wanita itu mendakwa tertekan pedal minyak sebelum sempat menukar gear undu
r lalu merempuh anaknya yang sedang berjalan beriringan dengan seorang guru taska bersama dua kanak-kanak lain. “Akibat rempuhan itu, anaknya bersama guru dan dua yang lain terjatuh ke lantai di hadapan pintu masuk taska berkenaan,” katanya di sini.


Tambah Chandra, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital KPJ untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia di unit kecemasan hospital berkenaan kira-kira pukul 10.10 pagi. Menurut beliau, tiga lagi mang­sa iaitu guru serta dua orang kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.


Ujar Chandra, siasatan awal mendapati kemalangan ini dise­babkan oleh kecuaian ibu kanak-kanak itu kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga terlanggar guru serta tiga murid termasuk anaknya. “Kes disiasat mengikut Sek­syen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.