Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, February 2, 2016

Sedih, Ibu tidak sengaja rempuh anak hingga mati

KOTA KINABALU 1 Feb. - Seorang ibu berdepan detik menyedihkan apabila kereta yang dipandu secara tidak sengaja merempuh anak perempuannya ketika menghantar kanak-kanak itu di Taska Alam Damai, di sini hari ini.


KERETA milik seorang ibu yang tidak sengaja merempuh anaknya hingga mati di Taska Alam Damai, Kota Kinabalu, semalam. Ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anak perempuannya, Megan Wong Shi Ting, 4, me­ninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital KPJ di sini.


Selain anak pe­­rem­puannya, turut cede­ra dalam rem­­puhan itu ialah dua kanak-kanak lain, masing-masing berusia lima dan enam tahun, serta seorang guru taman asuhan kanak-kanak (taska) berusia 25 tahun. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku selepas ibu mangsa menurunkan kanak-kanak itu di taska berkenaan.


“Wanita itu mendakwa tertekan pedal minyak sebelum sempat menukar gear undu
r lalu merempuh anaknya yang sedang berjalan beriringan dengan seorang guru taska bersama dua kanak-kanak lain. “Akibat rempuhan itu, anaknya bersama guru dan dua yang lain terjatuh ke lantai di hadapan pintu masuk taska berkenaan,” katanya di sini.


Tambah Chandra, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital KPJ untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia di unit kecemasan hospital berkenaan kira-kira pukul 10.10 pagi. Menurut beliau, tiga lagi mang­sa iaitu guru serta dua orang kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.


Ujar Chandra, siasatan awal mendapati kemalangan ini dise­babkan oleh kecuaian ibu kanak-kanak itu kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga terlanggar guru serta tiga murid termasuk anaknya. “Kes disiasat mengikut Sek­syen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments: