Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, September 10, 2015

Apabila kita di timpa kesusahan, kesukaran, kesedihan, kepayahan. Apa yang di ajar oleh AL QURAN ?

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 2:157

Tuesday, September 8, 2015

Apabila manusia merayu pada ALLAH untuk kembali ke dunia.

Apabila manusia merayu-rayu menyesali akan tidak bersiap dengan amalan.

Apabila manusia merayu-rayu untuk kembali ke dunia.

Apabila manusia merayu-rayu untuk buat amal kebaikan setelah meyakini akan hari pembalasan.

Adakah ALLAH memperkenankan rayuan mereka yang ZALIM itu ?


Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
(As-Sajdah 32:12)


Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
(As-Sajdah 32:13)


(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
(As-Sajdah 32:14)

Wednesday, September 2, 2015

"Duit nafkah dari suami"



DUIT NAFKAH DARI SUAMI

Seperti hari2 lain, setiap hari atau bselang, telah selama 24 tahun, sejak mlm akad nikah kami 15 Februari 1991, inilah yg sering blaku di setiap pagi ..

Samada saya melihat ada duit terselit celah hbag, atau saya mlihat purse saya ternganga, disumbat bberapa keping note rm, di dlmnya..

Saya ingat sebaik bnikah, saya serahkan kad ATM saya kpd Mr Hubby, dgn kata2 paling tulus, ini kad gaji saya. Saya minta u uruskn kewangan kita bdua, dan keluarga kita, bila ada anak2 nanti. Buatlah dgn baik dan amanah. U khalifah saya, saya akn patuh pd u. Klu saya perlu duit, saya akn minta dr u...

Dan sejak itu, mnjadi amalan Mr Hubby mjengok purse saya setiap hari. Klu masih byk bsisa, dia x mnambah, tapi klu dia tengok dah bkurang, dia akan masukkn sedikit lagi...

Dan mjadi amalan saya pula, klu saya perlu sedikit budget lebih, saya akn bagitau dia.. hari ni nak meeting client kat Starbuck. Mungkin saya yg akn kena byr..
dan Mr Hubby akn hulur tambahan sekeping dua lagi, tanpa pernah merungut atau bkeluh kesah.

Dan sepanjg saya bkerja mkn gaji, selama 16 thn di Karangkraf, dr belum beranak hinggalah 6 cahayamata, saya sangat bsyukur, hidup kami anak beranak sempurna selesa..

Dan sejak bnikah juga, saya x pernah ambil tahu hal kewangan keluarga. Mr Hubby yg uruskn semua. Dari mbayar semua bill, menabung hinggalah shopping groceries semua.

Dan saya juga dah tak pernah pergi tekan duit ATM di mesin. Until now, jgn suruh, saya x tau, dah lupa...

Dan apabila kami bbisnes bsama, dgn Leesa Formula, Serenity Spa & Hajaba, amalan Mr Hubby mnguruskn kewangan keluarga, bterusan juga, ke bisnes pula..

Jgn tanya saya pasal hal2 bank, hal2 cek & payment, hal2 audit & tax, hal2 pbyrn properties, semua saya x tau, Mr Hubby yg pandai itu semua..

Dan wlu org selalu kata saya jutawan, wang belanja saya, yg ada dlm purse & hbag saya, tetap apa yg Mr Hubby masukkan setiap pagi juga.

Amalan yg sama, sejak 24 tahun lalu.

Dan saya sejujurnya tak pernah ambil tahu betapa wang yg ada dlm tabungan personal saya.

Cuma sesekali, Mr Hubby panggil saya, dia buka buku bank saya, dia tunjukkn semua akaun statement saya, dia perlihatkn geran2 kereta & properties saya, sbb dia paksa supaya saya tau, apa yg saya ada, yg telah cantik di urusknnya, unt saya..

Dan dia ttp nak saya tahu, di dlm setiap bank mahupun tabung haji saya, simpanan unt saya melebihi sbyk 30%, bbanding dirinya. Itu kehendak dan apa yg di lakukannya, tanpa berunding pun dgn saya.
Dia yg putuskn sendiri, semua harta sepencarian kami, milik saya melebihi dia..

Dan selalu saya buat acuh tak acuh saja. Saya tengok sambil gelak2 saja. Saya ckp, kenapa buat mcm tu, saya bukn mata duitan...

Tapi Mr Hubby kata, itulah ikrar dia pd dirinya, dia mahu mlebihkn saya, krn dia appreciate, saya percaya kannya..

Dan begitulah, mpercayai dirinya, mmuliakan dirinya, dgn mbiarkn dia yg mngurus wang keluarga, agar dia tak perlu mrendahkan harga dirinya mminta wang dr seorang isteri, unt bsama2 mbina keluarga, agar dia merasa seolah2 semua wang kami bdua adalah miliknya, hingga dia bebas mbuat apa jua keputusan dlm mnguruskannya, dan mungkin di berkati Allah, hingga mberi kami bdua rumahtangga yg aman sentosa dan rezeki yg melimpah..

Dan sehingga ke hari ini, saya rasa sungguh syahdu mnerima setiap huluran wang darinya, wlu wang itu sbenarnya adalah juga wang saya..

Dan saya juga, masih mneruskn amalan, tidak akn sesekali mbeli sesuatu brg, tanpa izin darinya..

Tkasih Allah, mngajar saya blapang dada dlm mhormatinya, seorang suami, anugerah terbaik Allah buat diri saya.

Pakcik tua dan anak-anak pandai.


Pakcik tua dan anak-anak pandai.

Petang tadi jumpa seorang lelaki tua di luar kaunter zakat yang telah ditutup. Aku berborak-borak dengan beliau sementara menunggu anaknya sampai.

Terkesan dengan kata-katanya.

"Anak ramai pandai-pandaipun kadangkala tak membantu juga. Kadangkala anak yang tak pandai tulah yang paling membantu mak bapa bila dah tua.

Anak pakcik semua 6 orang belajar universiti kecuali seorang. 3 orang belajar luar negara. 2 orang dari mereka memang menetap kat luar negara bersama keluarganya sampai sekarang.

Tapi anak yang seorang tu lah yang menjaga pakcik ngan makcik. Anak lain semua duduk jauh-jauh. Berkerjaya dan selalu sibuk.

Anak sorang itulah yang bawa ke klinik bila pakcik sakit. Boleh diharap membantu di rumah. Kemas rumah, tolong tukar tong gas, beli barang. Tolong drive ke sana sini.

Nak kata anak-anak lain membantu kewanganpun tidak juga. Kalau tak, takdelah pakcik kena minta zakat camni.."

Panjang lagi keluhan beliau sebenarnya. Tapi cukuplah setakat itu untuk renungan kita bersama.
Sesuatu yang boleh kita semua fikirkan bersama.

Tips bagaimana hendak buat supaya anak-anak pandai matematik



Bismillah
Ramai ibubapa melayu bertanya kepada saya bagaimana hendak buat supaya anak-anak pandai matematik? Jawab saya, ajarlah anak-anak bahasa melayu dengan betul.
Ramai ibubapa tidak mahu mempercayai kata-kata saya. Pergilah cari mana-mana ahli matematik yang hebat didunia ini dan perhatikanlah bahasa yang mereka gunakan. Mereka menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna.
Mari saya jelaskan supaya jadi terang. Pertamanya matematik itu sendiri adalah bahasa. Bahasa alam, bahasa dunia, bahasa universal. Kita wajib tahu bahawa untuk faham bahasa kita memerlukan bahasa. Jadi, ajarlah anak-anak bahasa melayu yang elok.
Kedua, semasa saya belajar matematik di negara Jepun, profesor-profesor saya sangat sibuk membetulkan tatabahasa saya kerana katanya tatabahasa juga sebahagian daripada matematik. Rakan-rakan matematik dari Rusia juga sangat sibuk memastikan bahasa digunakan dengan betul.
Jadi cukuplah dengan dua hujah ini untuk menguatkan cadangan saya bahawa untuk memandaikan matematik anak-anak, pandaikan bahasa melayu mereka. Saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan bahasa dengan elok dapat memahami matematik peringkat tinggi. Bahasa yang elok di sini bermaksud bahasa yang sempurna, tidak berkacukan sesuka hati dengan bahasa asing.
Semoga berguna dan bebas untuk disebarkan kepada umum untuk kebaikan sejagat.

Tips pengurusan kewangan yang simple dan mudah



Dana Joli
=======
Soal : Saya seorang yang sangat suka berbelanja. Ada sahaja yang saya beli bila duit ada di tangan. Godaan membeli itu berjaya menggugat iman dan poket saya. Ianya lebih dahsyat apabila ada tawaran-tawaran menarik dari kedai online. Habis tunai, saya guna kad kredit pula. Sudahnya saya sendiri yang jadi menyesal bila sampai masa. Ada atau tidak cara yang saya boleh berbelanja dengan rasa senang hati dan tidak ada rasa bersalah?
.
Jawab : Ada.
.
Pertamanya, alhamdulillah puan telah menyedari jenis diri puan, iaitu puan dalam kategori 'spenders' atau yang suka berbelanja.
.
Baik, ini solusinya :
.
1. Pastikan puan telah membayar diri sendiri dahulu, 10 - 20% dari pendapatan yang diterima. Simpan, tutup mata, tutup telinga, jangan banyak cerita, jangan banyak songeh.
2. Bayar semua perbelanjaan rutin (takaful, sewa, pinjaman, makan-minum, petrol, dll).
3. Sedeqah dan infaq terutama kepada keluarga terdekat secara rutin.
4. Peruntukan satu amaun khas yang boleh lah puan beri nama 'dana joli' setiap bulan. Saya cadangkan sekitar 10% dari pendapatan. Sekiranya pendapatan puan ialah RM3000, peruntukan dana joli puan ialah RM300.
.
Dengan peruntukan RM300 itu, puan berjolilah dengan rasa bahagia dan selesa. Jika tidak cukup, kumpul dan tambahkan dengan peruntukan bulan hadapannya. Puan sudah ada RM600 untuk dijoli. Tidak cukup lagi, kumpul lagi atau tambahkan lagi pendapatan.
.
NOTA : Jika puan tidak ada apa-apa lagi setelah langkah no.2, ada yang salah di mana-mana. Baikinya segera. Bertindak sebelum parah.

Tuesday, September 1, 2015

"Menyesal tak kahwin dengan orang ? "



Brapa hari lepas,suami usap tgn saya pelan2 n tanya satu soalan. Dgn muka yg agak kesepian "Syg menyesal tak kawin dgn org?".

Terkejut. Saya tnya balik" kenapa tnya mcm tu?".

He said "org tak mcm org lain. Org lain kerja bagus,kerja krjaan,gaji tetap. Org tak. Kdg2 org tak bole beli apa yg syg nak."

Dalam hati kecilku berkata 'Sbb awk tak mcm org lain la saya kawin dgn awk. Klu sama mcm org lain,kawin dgn org lain la.'

Oh suami, kalau nak ikutkan nafsu duniaku,mmg takkan cukup. Bagi la 2.6 bilion skali pun,mmg tak cukup. Duit ni mcm 'success'. Duit tak pnh cukup. Success pun tak pnh cukup. Dah byk duit tp nak lebih. Mcm success jugak,dah ckup brjaya tp nak LEBIH berjaya dr smlm. Takkan pnah puas.

Suami,ada org yg usaha bpuluh tahun n dah brjaya pun di mata kita tp dia masih lagi kuat kerja n rajin usaha mcm tak cukup makan. Kita ni masih setahun jagung. Baru nak mula hidup sama2. Bulan ni genap 2 tahun company kita scara rasmi. Baru 2 tahun. Budak 2 tahun kalau berlari pun still jatuh2 lagi. Saba ye syg. Yg penting usaha dan sabar dgn rezeki Tuhan. Saya tau mcm2 kerja awak buat utk saya๐Ÿ˜˜

Jgn risau pasal saya,rezeki Tuhan tu luas. Bukan dr segi harta bnda yg mahal2 je. Dpt suami mcm awak pun satu rezeki. Dpt family n kwn2 yg super supportive pun dikira rezeki. Kita di kelilingi dgn org yg baik2,yg tak pnh amik kesempatan kt kita. Dan InsyaAllah kalau bkn dr harta,Tuhan kurniakan kita dgn anak2 yg sng dijaga n dgr cakap. Umur org tua kita yg pnjang. Tu pun rezeki.

Saya bukan anak manja. Saya di ajar utk usaha dan sabar utk dptkan sesuatu. Bkn minta dan terus dapat. Teruskan usaha syg. Jgn risau,bila dah penat usaha,balik je rumah. Sebab saya tak pegi mana pun,sntiasa ada utk awak. Sntiasa ada dlm rumah awak. Takkan lari