Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, September 2, 2015

Tips pengurusan kewangan yang simple dan mudah



Dana Joli
=======
Soal : Saya seorang yang sangat suka berbelanja. Ada sahaja yang saya beli bila duit ada di tangan. Godaan membeli itu berjaya menggugat iman dan poket saya. Ianya lebih dahsyat apabila ada tawaran-tawaran menarik dari kedai online. Habis tunai, saya guna kad kredit pula. Sudahnya saya sendiri yang jadi menyesal bila sampai masa. Ada atau tidak cara yang saya boleh berbelanja dengan rasa senang hati dan tidak ada rasa bersalah?
.
Jawab : Ada.
.
Pertamanya, alhamdulillah puan telah menyedari jenis diri puan, iaitu puan dalam kategori 'spenders' atau yang suka berbelanja.
.
Baik, ini solusinya :
.
1. Pastikan puan telah membayar diri sendiri dahulu, 10 - 20% dari pendapatan yang diterima. Simpan, tutup mata, tutup telinga, jangan banyak cerita, jangan banyak songeh.
2. Bayar semua perbelanjaan rutin (takaful, sewa, pinjaman, makan-minum, petrol, dll).
3. Sedeqah dan infaq terutama kepada keluarga terdekat secara rutin.
4. Peruntukan satu amaun khas yang boleh lah puan beri nama 'dana joli' setiap bulan. Saya cadangkan sekitar 10% dari pendapatan. Sekiranya pendapatan puan ialah RM3000, peruntukan dana joli puan ialah RM300.
.
Dengan peruntukan RM300 itu, puan berjolilah dengan rasa bahagia dan selesa. Jika tidak cukup, kumpul dan tambahkan dengan peruntukan bulan hadapannya. Puan sudah ada RM600 untuk dijoli. Tidak cukup lagi, kumpul lagi atau tambahkan lagi pendapatan.
.
NOTA : Jika puan tidak ada apa-apa lagi setelah langkah no.2, ada yang salah di mana-mana. Baikinya segera. Bertindak sebelum parah.

No comments: