Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, September 10, 2014

Tips perancangan sebelum berhenti kerja

Segala Puji-pujian Bagi ALLAH. Tuhan Sekalian Alam.

Muhammad saw.

Salam,

Alhamdulillah. Sudah lebih 3 bulan aku berhenti makan gaji dan memulakan langkah bekerja sendiri dengan buat bisnes. Satu keputusan yang agak sukar tetapi keinginan untuk berbisnes makin meninggi apabila umur semakin meningkat. Memang dalam target, sebelum umur 40 tahun aku nak ada bisnes sendiri. Jatuh dan bangun sesuatu bisnes aku yang tanggung. Jadi macam mana persediaan aku sebelum berhenti kerja makan gaji kepada bisnes. Adakah aku main terjah berhenti sahaja ? Bagaimana dengan sumber kewangan aku untuk masa akan datang. Di sini aku nak ceritakan sedikit tips dan langkah-langkah awal sebelum aku membuat keputusan  berhenti kerja makan gaji kepada bidang perniagaan.

Niat dalam hati kerana ALLAH swt.
Pertama aku niat dalam hati semua keputusan yang aku ambil adalah kerana ALLAH swt. Setiap niat kita dan perancangan masa depan kita hanya kerana ALLAH swt. Ini kerana segala perancangan kita tidak akan menjadi sekiranya ALLAH tidak membantu kita. ALLAH akan bimbing kita sekiranya kita ikhlas dan berniat baik kerana ALLAH swt. Jadi apa niat aku untuk berniaga? Sudah tentu ingin mendapat keuntungan dan menanggung keluarga. Tetapi jangan lupa sertakan niat itu, jika perniagaan itu maju, aku ingin membanyakkan bersedekah dan menolong orang lain yang perlu di tolong.

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (Al-Muzzammil 73:9)

Kukuhkan simpanan yang mencukupi.
Buat perniagaan ini ada turun dan naiknya. Tidak menentu. Banyak cabaran, dugaan dan ujian. Ada yang banyak kali jatuh dan ada juga berjaya setelah banyak kali jatuh dalam dunia perniagaan. Jadi sebelum kita nak berhenti kerja. Kukuhkan sebanyak mungkin kewangan anda. Kewangan bukan sahaja untuk modal perniagaan tetapi menanggung diri dan keluarga anda. Perbelanjaan rumah masih perlu di tanggung seperti barangan rumah dapur, bil dan pinjaman perumahan. Jadi kewangan kukuh dapat membantu anda sekiranya perniagaan masih belum menghasilkan keuntungan yang di kehendaki dan ia tidak akan effect perbelanjaan keluarga.

Cari kerja tambahan ( part time ).
Bagaimana nak kukuhkan sumber kewangan dalam simpanan. Macam aku, aku ada 3 sumber yang datangnya duit simpanan aku semasa aku berkerja makan gaji dulu. Pertama dari duit baki gaji bulanan aku. Kedua dari duit claim elaun kerja aku. Setiap baki dan duit elaun aku simpan ke dalam ASB. Kena disiplin menyimpan. Sebab bila kita ada niat untuk jangka masa yang panjang, kita automatik akan berdisiplin untuk menyimpan. Ketiga sumber kewangan aku adalah wedding photographer. Alhamdulillah dengan minat dan hobi aku jadikan ia sumber tambahan simpanan aku. Setiap keuntungan kerja photography itu aku masukkan dalam ASB. Gunakan skim pelaburan ASB sebagai tempat menyimpan kerana setiap tahun ia boleh memberi pulangan yang menguntungkan dan menambahkan simpanan kita. Jadi cari sumber kewangan tambahan dengan kerja part time. Ia hanya bertujuan mempercepatkan simpanan kewangan aku.

Setlekan atau meminimumkan hutang terutama kad kredit.
Kalau ada hutang piutang seperti rumah/kereta/motosikal/kad kredit/pinjaman peribadi, elok di setlekan semua hutang dulu atau meminimumkan hutang tu. Cuma hutang rumah memang agak sukar kita nak habiskan dalam masa terdekat kecuali korang ada caranya.Tapi hutang lain selain rumah, aku cadangkan korang semua setlekan la secepat mungkin. Elak berhenti kerja sebelum hutang-hutang itu setle. Macam aku semua hutang aku dah setle kecuali rumah dan kad kredit. Tetapi kad kredit, aku dah meminimumkan hutang aku dan insyaallah hujung tahun ni selesai dan boleh potong kad tu. Bukan apa, bila aku nak berniaga nanti, aku takde la tertekan sangat apabila setiap bulan nak bayar hutang. Kalau untung berbisnes kurang takde la tertekan nak bayar hutang-hutang tu. Jadi kalau ko ada kereta yang dah habis bayar, elok la jangan buat hutang baru. Macam aku. Sejak habis bayar hutang kereta 7 tahun lepas, hidup aku alhamdulillah tidak tertekan dengan hutang. Pakai apa yang ada. Janji ia selamat boleh bawa kita ke lokasi yang kita nak pergi. Kalau kita susah siapa yang nak tolong kan?

Susun balik style kehidupan
Kalau dulu korang selalu makan luar, elok la di kurangkan. Praktis masak dan makan di rumah. Dulu kalau korang suka melancong setaip minggu or bulan, mungkin boleh di kurangkan. Dulu kaki tukar gadget, sekarang maintain la apa yang ada dulu. Apa sahaja style kehidupan korang yang boleh kurangkan kos korang dari berhutang, elok kurangkan semasa masih makan gaji. Praktis kehidupan sebagai seorang yang baru nak berbisnes. Takut nanti korang "terkejut" dengan kehidupan selepas tidak makan gaji. Selain itu ia boleh melatih korang hidup sederhana dan tidak membazir. Kehidupan kita ni bagaikan roda. Tidak selalu di atas atau bawah.

Aku rasa itu aku amalkan sebelum aku nak berhenti kerja. Syukur walaupun perubahan style kehidupan aku berubah, ia sedikit sebanyak tidak memberi tekanan pada aku. Sebab aku dah bersiap sebaik mungkin sebelum meletak jawatan dan memulakan buat bisnes. Walaupun permulaan bisnes aku tidak dapat keuntungan seperti gaji bulanan aku tetapi ia permulaan yang bagus dalam berbisnes.

Antara hikmah berbisnes nie, aku makin lama dekatkan diri pada ALLAH swt. Solat fardhu insyallah aku jaga sebaiknya. Campur dengan solat sunat yang di anjurkan seperti shuha, sunat subuh. Dekatkan diri dengan ALLAH swt. Baca quran dan terjemahannya. Insyaallah hati tenang. Ingat ALLAH dan ZIKIR. Mohon ALLAH swt jaga aku dan keluarga. Dan supaya aku sentiasa menerima apa sahaja takdir yang ALLAH tentukan untuk aku dan keluarga.

Fahami Firman ALLAH swt supaya kita sentiasa berserah dan bertawakal hanya pada ALLAH. ALLAH yang beri rezeki dan bukan manusia. Ingat tu.


Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. (An-Najm 53:25)

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (Ar-Rahmaan 55:29)

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al-Hadiid 57:5)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (Al-Mulk 67:14)

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Asy-Syuura 42:12)

1 comment:

aTan aHmad said...

Kami suami/isteri ada menjual sambal ikan bilis.


Kunjungi page FB kami


https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/

*** copy link atas dan paste di web browser ***


Sesiapa yang tak sempat nak masak.
Sesiapa yang nak bawak travel/camping/naik gunung
Sesiapa ada anak/kenalan yang belajar di asrama.
Sesiapa yang suka ratah sambal ikan bilis.
Sesiapa yang nak berjimat sikit
Sesiapa malas kopek ikan bilis.
Dan sesiapa sahaja.


Penyelesaian nya adalah sambal ikan bilis.


tq admin