Salam,
Semalam pergi bagan lalang lagi. Kali ni bawak mak ayah dan anak buah. Anak sendiri? Belum ada lagi. Rezeki belum sampai. Allah belum izinkan. So kali nie aku pergi bagan lalang ada mission. Mission yang dari dulu nak buat. Agaknya dah 4 tahun mission tu. Baru semalam aku laksanakan. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Hehehe. Mission aku nak photographed aku dan isteri aku. Couple portraiture. Tak payah hire photographer. Sendiri buat dan bikin. Kamera aku ada. Tripod pun aku ada. Jimat pun jimat. Satu lagi puas hati sebab aku tahu gambar apa yang aku nak. Kalau aku hire photographer lain mungkin mahal. So ini budget photography. Hik hik.
Semalam aku bawak tripod. First time baru nak guna tripod. Dah lama di simpan dalam stor. Sebaik mak aku simpan lagi tripod tu. Ayah aku kata dah nak buang tripod tu. Sebaik ok lagi. Boleh di guna lagi. So tripod ni akan menjadi 'pemegang' kamera aku masa aku photoshoot tuh.
Kenapa aku pilih bagan lalang? Sebab utamanya pantai dia yang luas bila air surut. Memang luas. So dengan kawasan pantai luas, aku boleh photoshoot dengan sedikit privacy. Boleh dapat background yang cantik. Selalu photographer guna term "clean". Bila pantainya luas, senang nak bergerak. Tak perlu sangat nak risau dengan kawasan.
Aku target sampai sana pukul 4:30 petang. Tapi di sebabkan jem yang "bodoh". Aku sampai pantai bagan lalang dalam 5:30 petang. Mula-mula rasa down dan dah luntur semangat. Bukannya apa, aku takut air pasang. Kalau air pasang tak dapat la nak buat photoshoot. Jem bodoh di sebabkan traffik light. Traffik light biul.
Alhamdulillah sampai sana tengok air baru nak start pasang. So pantai masih boleh di gunakan untuk photoshoot. Yeahooooooo. Lepas wife aku makan, aku pun ready kan kamera dan tripod. Test shoot beberapa keping gambar. Bila setting semua dah cantik, baru gerak ke pantai.
Syukur sesi photoshoot ni berjalan lancar. Kamera dan tripod aku berfungsi dengan baik. Aku guna lens prime lens. 50mm nikon f1.8.
Nak tengok hasil gambar photoshoot dan wife aku? Ok ada kat bawah nie. Aku upload yang aku amik dari handphone. Lain kali aku letak gambar dari kamera.
Apa macam ok tak gambar aku dah wife tu. Ada feel tak? Sweet tak? Kekeke. Di sebabkan aku start photoshoot selepas pukul 6 petang, hanya beberapa posing yg aku sempat buat. Bila tengok hasilnya, rasa macam teruja nak buat sesi photoshoot ni lagi. Wife aku pun teruja juga. Yer la masa kahwin hari tu mana ada sesi outdoor atau pre-wedding atau post wedding. Kami dapat photographer cap ayam. Hehehe.
Bila tengok balik semua gambar yang di ambil. Rasa nak print canvas je gambar-gambar yang shoot nie. Letak dalam bilik atau kat rumah baru. Rasa macam nak letak kat rumah baru tapi bukannya selalu aku duduk sana pun. Sebulan maybe 2 kali je duk sana. Letak dalam bilik aku sini jer la.
Ok aku stop dulu. Nanti aku upload lagi gambar sesi ni. Kasi aku edit dulu yea.
Ok bai !!!
2 comments:
amboi2.. macam honeymoon.. hehe
hehehe...dah 6 tahun kahwin...baru nak amik gambar macam ni...tq
Post a Comment