Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, November 12, 2014

Bagaimana menangani kesedihan dan kemurungan ?

Salam,

Sekarang ni pelbagai perkara jenayah, melapetaka, bencana dan sebagainya berlaku di sekeliling kita. Kita di hidangkan dengan berita-berita tersebut samada di media sosial atau di tv. Mungkin ada perkara tersebut berlaku terjadi ke atas kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita atau orang yang kita kenal sebelum ini.

Apa yang berlaku di sekeliling ini sedikit sebanyak menggugat atau menyentuh hati perasaan kita. Kita akan sedih, risau, bimbang lebih-lebih lagi ia berlaku ke atas kita dan kaum keluarga rapat kita.

Bila kita sedih dan murung, kita akan berputus asa. Berputus asa untuk kembali 'kuat' untuk menempuh dugaan dan cubaan yang bertimpa pada kita. Kita tiada dorongan dan semangat. Bagaikan kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.

Jangan lah kita mempunyai sifat putus asa. Kita ada ALLAH. Kita ada tuhan.

Ada satu kisah (surah) dalam AL QURAN yang boleh jadikan kita bersemangat dan kuat kembali. Kembali kepada tuhan kita ALLAH swt. 

Surah apa?

Surah Yusuf ( Surah ke 12 ). Baca dan fahami bahagian di mana apabila nabi Yaakob a.s kehilangan anak kesayangannya iaitu nabi Yusuf a.s. Antara doa Nabi Yaakob adalah.


(Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.


Yang paling utama apabila kita ada masalah apa sahaja. Yang pertama patut kita lakukan adalah KITA ADU PADA ALLAH. KITA BERITAHU PADA ALLAH. KITA MERAYU PADA ALLAH. Bukan pada facebook,  twitter, rakan, kaum keluarga dan sebagainya. Itu yang sebaik-baiknya.

Jangan lupa baca tafsir AL QURAN surah Yusuf ( surah ke 12 ). Baca tafsirnya sampai habis. Ulang-ulang surah itu sehingga kita faham apa yang ALLAH ingin beritahu pada kita. Ambil pengajaran di sebalik surah tersebut.


No comments: