Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, November 10, 2013

Gambar terbaru di pantai bagan lalang, sepang


Salam,


Korang pernah pergi bagan lalang sepang? Sebelum tu pernah pergi bagan lalang? Hehehe. Pantai bagan lalang ini adalah salah satu tempat favorite aku untuk melepak dan merilekkan diri dari kerja. Suasana yang aman dan dapat melihat dan merasai pantai yang cantik. Sekarang ni bagan lalang dah maju sikit dan banyak perubahan sedikit demi sedikit dah berlaku kat sini. Kiranya facilitiesnya kat sini dah bertambah dan nampak elok.

Sini ada tempat makan. Nak makan apa cakap jer. Tapi ada seafood dan goreng-goreng pun ada. Sedap tu sedap la jugak asalkan dapat isi perut. Surau untuk sembahyang pun ada. Tanda berbayar pun ada. Tandas pun bersih dan selesa. Kira kalau korang nak buang hajat atau mandi air bersih selepas mandi laut kira selesa la.


Tapi bagi aku paling syoknya adalah pantai dia. Bila time air laut surut. Memang best sebab korang boleh jalan jauh sehingga jauh dari pantai. Memang luas dan jauh air surut tu. Kira lebih besar dari padang bola berkali-kali besar. Bila air surut  korang boleh berjalan ke arah laut tu. Memang sayup jauhnya bila air surut. Korang boleh main layang-layang di tengah laut !!!


Kat bagan lalang ni ada jual layang-layang. Kalau nak main layang-layang pun boleh. Angin dia memang kuat jugak la. Tak mengecewakan.


Dulu masa aku belum kahwin. Aku dan ibu-bapa aku suka berkhemah sini sambil menjala ikan. Kami beli jaring dan pacak kat tengah laut masa air surut. Bila air pasang dan surut kembali, memang penuh la ikan dan ketam melekat kat jaring. Memang fresh. Dan the best part adalah goreng ikan fresh tu and makan kat pantai situ jugak. Memang awesome la kan. Goreng panas2 dan makan nasi putih dengan kicap dan ikan masin. 


Maveles.


Nak ke bagan lalang ni senang. Tapi kalau aku nak cerita bersimpang siur. Kalau dari KL ke sini ambil masa sejam je kot. Tapi tak la lama kan. Korang google la nanti.


Layan gambar suasana petang di bagan lalang.


Awesome kan?


Ada orang mandi-manda kat sini. Air dia tak la jernih sangat tapi boleh la mandi jugak. Yang pangjang macam rumah tu adalah sepang gold cost. Siapa ada banyak duit leh bercuti kat situ. Tidur atas laut.

Masa ni matahari nak terbenam. 




Merenung dan merilekkan diri. Tengok air pasang sebenarnya. Angin tiup sempoi sempoi bahasa. Hehehe. 

Masa ni air dah nak pasang. Kalau air tengah surut, lagi luas pantai dia.

View dari kedai tempat makan. Cool kan?



No comments: