Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, November 18, 2013

Kerisauan graduan universiti melangkah alam pekerjaan.

Its about money money money ??



"Bang, nak tanya la sikit, ok ke bidang IT Forensic? " Kata budak praktikal kat office aku semasa melantak makan tengahari kat area sekitar pejabat aku.


Mula-mula aku tak tahu nak jawab ape sebab dalam kepala aku, aku tak tahu apa sebenarnya pelajar yang ambil bidang ni belajar dalam bidang IT forensic nie. Silibus dia? Forensic ni aku tahu la maknanya. Tapi bila di gabung "IT Forensic" takkan la bedah siasat gadget mayat kot? Hehehe.


Aku pun jawab. "Aku tak tahu la OK atau TIDAK IT forensic ni walaupun aku dalam bidang IT ni dah lebih 10 tahun. Tapi kalau nak tahu OK atau TIDAK cuba buat study sikit peluang pekerjaan yang di tawar dalam bidang ini." 


Budak tu pun mengangguk faham dan tak balas jawapan aku tadi. Jadi aku assume dia paham. Selalunya kat universiti banyak kursus yang di ambil student dengan nama kursus canggih2. Aku dulu pun tertanya-tanya jugak, apa peluang pekerjaan yang boleh di tawar dengan kursus sebegitu. Kalau ada peluang pekerjaan berapa ramai pula kita terpaksa bersaing? 


Sebaik aku ambil engineering. Hehe.


Lepas makan-makan tu kita orang borak la pasal kerjaya, gaji, kos kehidupan, rumah, kredit kad dan sebagainya. Apa patut graduan buat bila sepatutnya mula-mula dapat gaji pertama dan seterusya. Banyak la jugak nasihat-nasihat yang di beri. Nasihat tu berdasarkan pengalaman aku dan kawan aku.


"Saya ni tak tahu apa nasib yang bakal saya hadapi nanti. Kos semua dah meningkat. Lagi banyak cabaran agaknya." Mengeluh budak ni dengan tiba-tiba.


Aku senyum. Lumrah la setiap orang ada kerisauan. Itu lagi bagus daripada takde kerisauan dalam diri. Dengan ada kerisauan dalam diri, kita dah alert dengan suasana sekeliling. Apa yang penting kita ada matlamat, objektif dan pegangan untuk kita bersiap sedia menghadapi hari mendatang.


Apa yang penting kita janganlah berhenti berdoa dan memohon pertolongan dari allah swt. Kita mesti dan wajib berdoa hari-hari agar di beri kemurahan rezeki dan kehidupan yang baik. Jangan ada perasaan mengeluh dan berputus asa dan bertawakal.


Rezeki itu sudah tertulis dalam qada' dan qadar kita. 


Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Nasihat untuk bakal graduan yang akan melangkah masuk kerja. Mungkin nasihat ni tak sesuai untuk anda.


Mula simpan duit setiap bulan
Beli kereta biasa
Tak perlu modified kereta
Beli rumah
Beli emas
Buat part-time
Bagi mak ayah duit
Tak perlu ada awek lagi
Jangan tinggal sembahyang dan doa
Banyakkan bersedekah


Insyaallah anda akan melalui zaman kerjaya anda dengan cemerlang dan di pandu oleh allah swt.


Salam.









No comments: