Salam,
Majoriti rakyat malaysia ada membuat simpanan untuk masa depan di dalam bank. Samada simpanan biasa, simpanan pelaburan seperti ASB/tabung haji/fixed deposit/etc. Ada juga yang tak suka simpan duit kertas tetapi suka simpan emas. Tak kisah lah samada emas tu datangnya dari barang kemas atau emas fizikal. Antara emas dan wang kertas, yang mana sangat berbaloi untuk di simpan untuk jangka masa panjang?
Emas kah?
Wang kertas kah?
Atau dua2?
Susah ke nak buat keputusan? Kenapa susah? Sebab tak cukup ilmu untuk justifikasi yang mana berbaloi? Jangan pening kepala. Mari saya tolong dengan perumpamaan contoh yang mudah. Contoh ini mudah sangat.
Contoh satu:
Ada dua buah keluarga yang duduk bersebelahan antara satu sama lain. Kita bagi nama keluarga A dan dan keluarga B. Keluarga A suka beli emas dan simpan emas di rumah. Keluarga B suka simpan duit kertas di rumah juga. (assume faktor2 lain di ketepikan. hehehe). Pada satu hari, malang menimpa kedua2 keluarga apabila rumah mereka terbakar. Habis rumah mereka hangus. Habis barang mereka semua terbakar. Tetapi antara keluarga A dan keluarga B, keluarga A tidak la rugi banyak dari keluarga B. Keluarga B habis semua hangus termasuk la duit kertas. Keluarga A pun hangus habis semua barangan rumah tetapi emas mereka terselamat.
Kerana apa? kerana EMAS.
Contoh kedua:
Anda ada satu keping wang kertas dan satu keping emas. Cuba bakar kedua2nya dengan pemetik api rokok. Wang kertas terbakar atau emas? Sudah tentu lah emas tidak terbakar.
Jadi 2 contoh atas ini adalah contoh mudah yang memberi justifikasi kenapa simpan emas lagi untung dari simpan wang kertas.
Insyaallah akan datang saya ceritakan lagi simpan emas untuk masa depan.
No comments:
Post a Comment