Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, September 2, 2015

Tips bagaimana hendak buat supaya anak-anak pandai matematik



Bismillah
Ramai ibubapa melayu bertanya kepada saya bagaimana hendak buat supaya anak-anak pandai matematik? Jawab saya, ajarlah anak-anak bahasa melayu dengan betul.
Ramai ibubapa tidak mahu mempercayai kata-kata saya. Pergilah cari mana-mana ahli matematik yang hebat didunia ini dan perhatikanlah bahasa yang mereka gunakan. Mereka menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna.
Mari saya jelaskan supaya jadi terang. Pertamanya matematik itu sendiri adalah bahasa. Bahasa alam, bahasa dunia, bahasa universal. Kita wajib tahu bahawa untuk faham bahasa kita memerlukan bahasa. Jadi, ajarlah anak-anak bahasa melayu yang elok.
Kedua, semasa saya belajar matematik di negara Jepun, profesor-profesor saya sangat sibuk membetulkan tatabahasa saya kerana katanya tatabahasa juga sebahagian daripada matematik. Rakan-rakan matematik dari Rusia juga sangat sibuk memastikan bahasa digunakan dengan betul.
Jadi cukuplah dengan dua hujah ini untuk menguatkan cadangan saya bahawa untuk memandaikan matematik anak-anak, pandaikan bahasa melayu mereka. Saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan bahasa dengan elok dapat memahami matematik peringkat tinggi. Bahasa yang elok di sini bermaksud bahasa yang sempurna, tidak berkacukan sesuka hati dengan bahasa asing.
Semoga berguna dan bebas untuk disebarkan kepada umum untuk kebaikan sejagat.

No comments: