Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, November 14, 2013

Kesan pada diri apabila meninggalkan solat jumaat


Apabila solat jumaat kita abaikan.
Kita mengambil ringan tanggungjawab solat jumaat.
Hanya dua rakaat.
Mendengar khutbah yang membina.
Berjumpa saudara muslim.


Kita mengadap allah swt.
Bersama berzikir dan memujinya.
Mencari rahmatnya.
Mencari hidayahnya.


Kita lupa tuhan yang mencipta kita.
Kita lupa rezeki dan nikmat di beri.
Kita leka dengan hiburan duniawi.
Kita leka dengan handphone.
Kita leka dengan kerja.
Kita leka dengan bola.
Kita leka dengan duit.


Janganlah kita lupa menyembah dan mohon keampunan kepada allah swt.


Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
(Ibrahim 14:30)


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
(Ar-Ra'd 13:26)









No comments: