Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, June 29, 2014

Cintai Allah dan Rasul melebihi segalanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). 
(At-Taubah 9:24)


Kita memang lalai. Lalai dalam urusan dunia. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia. Kita kadang-kadang tidak memperuntukkan masa yang setimpal untuk beribadah kepada ALLAH. Kita tak seimbangkan kehidupan di dunia dengan keperluan di akhirat.

Kalau kita berniaga. Kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar perniagaan kita itu kekal dan memberi keuntungan pada kita. Kita berusaha untuk mengembangkan perniagaan itu. Berniaga itu tidak salah dan berniaga pun sunnah nabi cuma kita lalai tanggungjawab kita pada ALLAH.

Ada tak kita terfikir dalam diri, perniagaan kita berkembang dan menguntungkan. Kalau kita berjawatan, gaji kita besar dengan bonus tahunan berbulan-bulan. Boleh di katakan segala kehidupan kita di anggap sempurna sebab kita berduit. Keluarga gembira dan bahagia. Tetapi kenapa ALLAH memberi rezeki yang melimpah ruah ini sedangkan kita tidak solat, tak ingat dia, tak berzikir atau bersedekah, tak berjemaah tetapi rezeki kita tetap melimpah ruah. Kenapa yea. Ada terfikir tak ? Hayati maksud ayat ini.

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). 
(Al-An'aam 6:44) 

Cuba kita fikir dan perhatikan sekeliling kita. Kita berada di atas jalan raya dengan traffik jem berapa lama ? Kita bekerja di pejabat berapa jam ? Kita bercuti dan bersuka ria dengan keluarga berapa kerap ? Kita menonton rancangan tv berapa lama ? Cuba kita fikirkan berapa lama kita peruntukan untuk solat, berzikir, membaca al quran ?

Kadang - kadang aku terfikir bila terperangkap dalam jem sewaktu pergi kerja dan balik kerja. Walaupun aku tak sanggup menempuh jem tetapi aku harung jugak jem tu sebab nak kena masuk pejabat. Hari hari dan berjam - jam kita sangkut dalam jem tak kira siang atau malam. Kalau tak bekerja takde gaji. Bila takde gaji segala hutang piutang nak bayar macam mana ? Itu semua keperluan untuk kelangsungan hidup. Tapi aku terfikir, sanggup ke aku duduk berjam2 dan jadikan amalan membaca al quran dan berzikir di dalam rumah tanpa aku menempuh jem langsung dan ini semua untuk kelangsungan dan bekalan hidup di akhirat kelak.

Kita sentiasa ada pilihan. Kita sentiasa ada penyelesaian untuk kita memikirkan yang mana terbaik untuk kita imbangkan kehidupan di dunia dan bekalan untuk akhirat. Memang bukan mudah dan memang hidup di dunia bukan mudah. Dunia ini hanya ujian. Bila di sebut ujian, kita tidak akan sesekali berasa sentiasa senang atau sentiasa susah.

Tetapi kita ada hak untuk memilih dan memikir apa yang terbaik untuk kita. Jangan sampai kita mencintai kehidupan duniawi melebihi cinta kita pada ALLAH dan RASUL.

Neraka itu di pagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurga itu di pagari oleh ujian dan kesukaran.

Bila timbul kesedaran dalam diri, terfikir akan masa-masa yang lalu yang terbiar yang tidak di isi dengan amal ibadah yang sepatutnya. Sebagai contoh, sepatutnya setiap tahun kita dah boleh khatam al quran. Kita dah boleh mengingati surah surah al quran yang kita mampu hafaz. Memahami setiap ayat quran tersebut. Membanyakkan solat berjemaah di masjid/surau. Kalau kita bekerja peruntukkan solat subuh/maghrib/isyak untuk berjemaah. Pada hari minggu atau cuti pastikan kita tidak tinggal untuk berjemaah.

Tulisan ini bukan untuk mengajak kau untuk meninggalkan hal duniawi tetapi untuk menyedarkan tanggungjawab kita yang sebenar di muka bumi ini. Hayati ayat ini.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32) 


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)



Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.     (Al-Kahfi 18:28)



Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.       (Maryam 19:39)



Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. 

(Al-Anbiyaa' 21:1)


Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

(Faatir 35:5)


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

(Al-Hadiid 57:20)


Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)(At-Takaathur 102:1), 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (An-Nisaa' 4:77)

Friday, June 27, 2014

Apartment Precint 11 Putrajaya untuk di jual segera

eat this google: rumah apartment putrajaya murah, senarai rumah apartment putrajaya, harga rumah apartment putrajaya, rumah apartment putrajaya jual murah, beli rumah apartment putrajaya, rumah di rumah apartment putrajaya, harga murah rumah apartment putrajaya, reka bentuk rumah apartment putrajaya, rumah murah di rumah apartment putrajaya, rumah apartment putrajaya untuk di jual, jual beli rumah apartment putrajaya, beli rumah apartment putrajaya dan jual, sewa rumah apartment putrajaya, harga hartanah rumah apartment putrajaya, harga terkini rumah apartment putrajaya, terbaru harga market rumah apartment putrajaya, market value rumah apartment putrajaya, senarai hartanah rumah apartment putrajaya, 











Category:Apartments (For sale)
Region:Selangor
Area:Putrajaya
Address:2115A, Taman Pagar Ruyong, Jalan Kuchai Lama
Postcode:58200
Heading:Apartment Putra Damai, Presint 11 , Putrajaya
Bedrooms:3
Size:700 sq.ft.
Property Type:Apartment/ Flat
Bathroom:2
Title type:Freehold
Other info:Bumi Lot
Facilities:Mini market,Playground,Jogging track
Ad text:*** Murah. Bawah market value.
*** Investment yang bagus.
*** Mudah mencari penyewa.
*** Senang jual kerana kawasan berdekatan pejabat
kerajaan.

FIRST COME FIRST SERVE
Harga - RM215000 ( Nego sampai jadi )
- Kitchen Kabinet
- Full tiles

Lokasi strategik
- berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan.
- 5 minit ke shopping alamanda.
- 2 minit balai polis presint 11
- berdekatan mydin, pasar, klinik kerajaan,
sekolah putrajaya presint 11

>> 5 minit ke bandar baru bangi
>> 10 minit ke cyberjaya
>> 15 minit ke puchong
>> 20 minit ke kuala lumpur
>> Lebuh raya MEX, SKV, LDP, KESAS, KLIA,
LCCT

BOOKING - 3%

Call/Whatapps/SMS

012.3039685
Abu Ahmad


Thursday, June 19, 2014

Pentingnya sabar dan solat untuk umat muhammad saw

Salam,


Kita bukannya sekadar membaca al - quran tetapi lebih elok kita memahami setiap ayat quran yang allah turunkan untuk umat muhammad. Maha suci ALLAH banyak sungguh ayat2 dorongan dan kekuatan untuk diri supaya lebih bersemangat untuk mengejar kebahagiaan duniawi dan akhirat.

Sini saya senaraikan ayat-ayat quran yang merujuk pada kepentingan sabar dan solat itu sendiri. Ambillah iktibar. Fahamilah ayat allah tersebut. Di mana kita letakkan kasih sayang ALLAH pada diri kita ? 

(yg menulis ini tidak semestinya baik dari saudara/saudari. buatlah rujukan sendiri dengan lebih mendalam agar kita sama2 dapat mencari keredhaan ALLAH swt.)



Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; 
(Al-Baqarah 2:45)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar 
(Al-Baqarah 2:153)

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - 
(Ar-Ra'd 13:22)

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. 
(Taha 20:132)

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. 
(Al-Hajj 22:35)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. 
(Luqman 31:17)

Friday, June 13, 2014

Jangan kamu lalai dan bangga melampau dengan anak pinak dan harta benda

Zaman sekarang ini manusia bekerja tidak ikut waktu. Ada yang kerja dari pagi sampai ke malam. Ada yang kerja dari malam sampai ke pagi. Mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian. Tetapi kebanyakkan kita yang bekerja hanya bekerja untuk bayar hutang. Segala hutang bulanan dari rumah, kereta dan bil. Belum lagi perbelanjaan untuk diri dan keluarga.

Kadang terfikir, pada zaman nabi dahulu, nabi tidak lah mengumpul harta duniawi ini. Nabi mengumpul keimanan beriman pada ALLAH. Sahabat nabi yang dahulunya kaya raya, mereka tinggalkan kekayaan mereka semua dan hidup dengan penuh kesederhanaan.

Jadi persoalannya di sini. Adalah kita hidup dan bekerja penat lelah siang malam ini mengikut trend zaman ini ?


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Munafikun:9)
Dalam ayat ini Allah s.w.t. mengingatkan kita supaya tidak lalai daripada mengingatiNya kerana  urusan harta dan keluarga.
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan kepada para sahabatnya tentang pengaruh harta dalam urusan ibadat mereka:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw. melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (Riwayat Tirmizi)
Ada manusia yang memberi alasan dia sibuk kerana ada urusan kerja atau perniagaannya, tetapi tidak pula memberikan alasan dia sibuk kerana ingin bersembahyang jemaah di masjid dan menghadiri kelas agama atau mengingati Allah. Mereka memberikan alasan untuk tidak ke masjid kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan ini adalah satu ketidakadilan.
Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat kembali ingatkan Allah.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Cubalah sedaya upaya untuk ingat kepada Allah ketika sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat kepada perkara lain), cepat-cepatlah ingat semula kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (“control” supaya lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain).
Buatlah jadual untuk mengingati Allah seperti amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah, atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah suka dengan amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Seseorang yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa mengingatinya (melalui hati).Sesiapa yang menyayangi Allah, Allah menyayanginya. Sesiapa yang disayangi Allah diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga kerana syurga adalah tempat Allah SWT melahirkan perasaan kasih sayang kepada hambaNya yang mentaati perintahNya.
Majlis ilmu dan pengajian agama juga adalah majlis mengingati Allah. Adalah tidak wajar jika dipenuhi dengan lawak jenaka dan nyanyian. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan daun yang gugur pun dapat didengari.

sumber di SINI

Thursday, June 12, 2014

Tips menghilangkan rasa keresahan akibat beban hutang.

Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:
Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”
Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

Sunday, June 1, 2014

Cara mengubat jiwa yang duka, sedih dan putus asa

Salam,

Kita sebagai hamba ALLAH akan sentiasa mengalami kesulitan dan kesusahan. Ada sahaja ujian dan perkara yang akan memberi kesan pada jiwa kita. Apabila kita di timpa kesusahan dan kesedihan, jiwa kita akan menjadi lemah, berputus asa dan kurang keyakinan terhadap perjalanan hidup ini. Sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari mengalami masalah jiwa yang lara ini.

Kenapa kita di timpa ujian dan masalah dari ALLAH swt? 

Agar kita tidak terus lalai dengan mainan duniawi.
Agar kita kembali beriman kepada ALLAH.
Agar kita sedar kesalahan yang kita lakukan.
Agar kita ketahui ALLAH yang maha besar.
Agar kita tidak hanyut dengan kesenangan.
Agar kita ketahui matlamat hidup ini adalah mencapai kebahagiaan akhirat.


Dan yang paling penting sekali kerana ALLAH ingin mendengar doa rintihan kita. Mungkin sekiranya kita tidak di uji dengan masalah, mungkin kita tidak akan menadah tangan memohon bantuan dari ALLAH.

Allah mempunyai kuasa untuk membolehkan semua makhluknya tidak susah dan sentiasa gembira tetapi mungkin makhluknya nanti lalai dan tidak mengingatinya. Apa gunanya sebagai hamba kita tidak menadah tangan memohon pertolongan dariNYA. Baik ALLAH tidak perlukan jadikan manusia sedangkan tujuan ALLAH jadikan kita adalah untuk kita beriman kepadaNYA.

Jadi untuk mendapat dan mengubat jiwa yang bersedih, duka dan putus asa. Mari kita kembali kepada al-quran. Hayati ayat al quran dan tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi ini. Saya senaraikan sebanyak mungkin ayat-ayat al quran yang akan memberi perangsang dan keyakinan pada diri sekiranya kita di timpa ujian dan masalah. Semoga ia di manfaatkan bersama.


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam 6:32)

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (Al-Balad 90:4)

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Hud 11:9)

....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf 12:87)

Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat". (Al-Hijr 15:56)

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa. (Al-Israa' 17:83)

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Ar-Ruum 30:36)
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum 30:37)
Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Ar-Ruum 30:38)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus. (Fussilat 41:8)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (Fussilat 41:49)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Al-Baqarah 2:86)

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (Al-Baqarah 2:107)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-'Ankabuut 29:69)

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa' 4:28)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (An-Najm 53:43)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan; (An-Najm 53:48)

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 2:157)

..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut : 2-3]

dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu. (Muhammad : 31)