Salam,
Nak sharekan lokasi klinik mata di negeri sembilan. Senang pada mereka yang mencari lokasi klinik mata ni di sekitar seremban. Bukan apa, masa isteri aku nak cari klinik mata, memang agak sukar sebab tak banyak klinik mata kat seremban nie. Kerana bila aku google, tak banyak pilihan langsung. Keputusan carian google pun tak membantu sangat. Last sekali aku 'godek' kata carian yang sesuai dapat la satu lokasi ni. Rasa ada 1 sahaja klinik mata kat seremban.
Yang ni alamat klinik mata tu.
Laser-Pro Eye Centre
Exit Jalan Sungai Ujong
70100 Seremban, Negeri Sembilan
MalaysiaKalau dari exit highway seremban pandu ke arah terminal one. Klinik ni sebelum terminal one dan sebelum hotel seri malaysia. Bawah ni aku ada bagi map google. Nampak kat hotel seri malaysia tu. Klik gambar supaya dapat bersarkan skit.
Klinik memang ramai orang yang datang. Elok datang la pagi sikit. Pekerja dia pun ramai. So bila pekerja ramai maksudnya service pun bagus dan cepat la kan.
Isteri aku bawak ayah dia ke klinik dia. Buang selaput mata. Tak sampai 15 minit dah siap buang. Harga boleh tahan mahal RM2500. Mungkin sebab rawatan dia mahal kot. Takpe la asalkan mata ayah mertua aku tu elok.
Ok selamat weekend. Chowwwwww.
1 comment:
salam admin ,
Kami suami/isteri ada menjual sambal ikan bilis dengan harga serendah RM12 per gram.
Kunjungi page FB kami di https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/.
Sesiapa yang tak sempat nak masak.
Sesiapa yang nak bawak travel/camping/naik gunung
Sesiapa ada anak/kenalan yang belajar di asrama.
Sesiapa yang suka ratah sambal ikan bilis.
Sesiapa yang nak berjimat sikit
Sesiapa malas kopek ikan bilis.
Dan sesiapa sahaja.
Penyelesaian nya adalah sambal ikan bilis.
tq admin
Post a Comment