Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, April 6, 2014

Tempat makan menarik di Bintulu, Serawak

Salam,

Alhamdulillah aku dah menjejaki kaki di kuala lumpur semalam. Perjalanan yang selamat dan tiada masalah. Syukur pada yang maha esa. Ini aku nak ceritakan kisah apa yang aku makan dekat tempat menarik bintulu ni. Sebenarnya aku tak berkesempatan nak cari lokasi menarik port makan kat bintulu ni kerana aku bz kerja sampai malam. So lepas balik kerja dah lewat. Tempat makan menarik kat bintulu ni kebanyakkan tutup pukul 10 malam. So memang takde masa sangat la nak cari tempat makan menarik kat bintulu ni.




Cuma ada beberapa kedai kawan sepejabat bawak. Iaitu satu kedai ni dekat kawasan perumahan. Sup kawah. Alahai memang sedap. Aku tak tahu mana lokasi ni, sebab kat kawasan itu line internet maxis memang enam jahanam. Poor sungguh. Tetapi dua hari berturut-turut aku dan kawan sepejabat makan kat situ. Marveles !!!!. Gambar pun memang tak dapat nak amik sebab kelaparan menguasai diri dari amik gambar makanan. Hehehe.

Tapi kalau korang sampai bintulu tanya la orang sana kot. Nama dia sup kawah. Buka antara 7malam sampai 11 malam je. Memang lain kan. Bukak kejap je. Sup kawah tu mcm biasa korang makan dengan nasi ke, mee ke or beehoon ke. Ada banyak menu. Hari kedai sup kawah ni tutup aku tak pasti plak.

Hari terakhir aku kat bintulu. Member opis bawak makan pagi kat satu kedai yang agak jauh skit dari tempat hotel aku menginap. Nama kedai aku lupa. Hahaha. Selalu pagi kitaorang sarapan kat kedai sebelah hotel tu je. Makan roi canai telur yang biasa-biasa sajer. Kat bawah ni ada gambar makanan yang kita orang order. Aku belasah mee sup special dan nasi lemak daging. Member aku makan roti canai upm. Semuanya sedap. Berbaloi baloi . hehehehe.





Jadi aku takde la banyak info sangat lokasi menarik tempat makan kat bintulu. Itu sahaja yang aku mampu kongsikan. Masa membataskan aku untuk mencari lokasi menarik tempat makan dekat bintulu.

Okbai.





6 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sng x dpt mknan halal kt bintulu..sbb next month sy perlu ke sna..

atan ahmad said...

@nur amalina - saya rasa senang dpt makanan halal di sana..cuma kena make sure makan malam tu jangan lambat sebelum kul 10 sebab rasanya kedai sana tutup malam cepat... :)

SPOCianz!!! said...

hotel yg tuan duduk tu dimana? nasi lemak daging & roti canai telur tu nampak menarik

Khairul Muna said...

Sini byk kdai mknn halal. Ad yg tutup lmbt. Kt seribu bintang. Tp, mostly around kul 11..:)

RyRS said...

Pergi bintulu makan nasi lemak n roti canai je? Rugi2.. kat semenanjung pun boleh makan benda yang sama.. x pg mkn mi kolok, nasi lalapan n mi jawa ke?