Salam,
Ini semua peringatan. Mengingati antara saudara muslim. Peringatan untuk aku jugak. Bukan nak tunjuk aku ni alim atau bijak pandai. Tetapi mengambil berat sesama muslim. Aku hanya menyampaikan dan tiada niat lain untuk aku memberitahu agar kita di rahmati ALLAH swt.
Kita hari-hari memang sibuk. Tak kira waktu. Isnin jumaat kita sibuk bekerja berjam-jam. Kadang-kadang waktu sembahyang kita lambat-lambatkan sebab tugasan atau tersangkut kat traffik jem. Bila sembahyang punya la laju. Laju tu maksudnya bila rukuk macam dalam satu saat. Sama jugak di ketika sujud. Aku kadang perhati macam mana mereka baca doa rukuk dan sujud tu, aku sendiiri baca pun tak secepat macam tu. Bila kita bekerja berjam-jam lamanya. Sampai naik stress kepala otak memikir hal kerja. Nak cari duit mesti lah kena kerjakan. Tapi bagaimana peruntukan masa dengan ALLAH untuk kehidupan di akhirat yang lebih baik dari dunia dan lebih kekal ?
Bila masuk hujung minggu, kita sibuk samada jalan-jalan atau mengemas rumah. Melayan keluarga atau rakan. Menghabiskan masa untuk mereka. Kadang-kadang melepak dekat rumah layan tv dan sebagainya. Berjam-jam lamanya kita habiskan masa dengan perkara-perkara sebegitu. Tapi bagaimana peruntukan masa dengan ALLAH untuk kehidupan di akhirat yang lebih baik dari dunia dan lebih kekal ?
Kadang-kadang aku terfikir, dalam seminggu ada 168 jam. Berapa agaknya peruntukan jumlah jam pengabdian diri kita kepada ALLAH swt ? Bukankah ALLAH jadikan kita untuk kita beriman kepadaNYA.
Fikir-fikirkan dan layan video di bawah. Maaf sekiranya tulisan ini menggangu korang. Okbai.
No comments:
Post a Comment