Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, April 23, 2014

Simpati pada sham kamikaze



Salam,

Aku berasa simpati dengan sham kamikaze, cerita keaiban dan kesalahan yang lalu yang di ceritakan bekas isterinya dalam suratkhabar. Pelbagai cerita peribadi sham kamikaze yang di sensasikan dan di keluarkan untuk bacaan umum. Ada yang kata sham kamikaze berpura-pura mengajak orang solat. Sebagai sorang muslim apa layak kah kita mempersoalkan orang lain ajak kita solat tetapi orang yang ajak itu tidak solat. Adakah hak kita menuduh atau adakah layak kita mempercayai atau tidak. Sedangkan apa yang di suruh sham kamikaze adalah solat. Kalau benar sham kamikaze mengeluarkan status ajak solat tetapi dia tak solat, itu adalah antara dia dengan ALLAH. Bagi kita yang membaca pula adalah kita perlu bersedia untuk solat.

Bagi aku jika betul dia tak solat sedangkan dia ajak orang bersolat itu adalah pada hari dan masa dia mula2 berhijrah. Mungkin dia baru ada kesedaran ajak orang bersolat. Kita patut tahu kehidupan sham kamikaze sebelum dia berhijrah. Bagaimana dia hidup dalam kelekaan dan lalai dengan duniawi. Mungkin pada awal-awal dia berhijrah dia belum lagi sekuat untuk berhijrah tetapi dia mungkin ke arah berhijrah dan memerlukan sokongan dari orang keliling.

Antara dia dan isteri dia, tak perlu la kita ungkit. Itu kesilapan dia dengan isteri dia. Siapa kita untuk mengadili mereka. Bila bab keburukan itu tersebar cepat sahaja orang islam terutamanya mula menjaja cerita keburukan dia.

Kita patut sokong dakwah yang di anjurkan sham kamikaze, dia ajak kita melakukan perkara kebaikan. Dia bukan ajak kita ke arah kemungkaran. Kalau dia ajak solat tetapi dia tak solat, itu bukan hak kita utk tidak mengikut nasihat dia untuk solat. Kita solat lah. Benar atau tidak sham kamikaze solat atau berpura-pura alim, itu antara dia dengan ALLAH.

Kita ni kadang-kadang payah nak ikut benda-benda yang bawa kebaikan. Kalau cerita gosip artis, gambar seksi artis, artis cerai berai, ahli politik dan rasuah dan sebagainya, kita memang pantas sebar atau follow cerita tu. Sedangkan tiada kebaikan pun dari berita-berita tu.

Aku bukan penyokong tegar sham kamikaze tetapi aku hanya ingin umat islam ni guna akal yang allah bagi dan menilai dengan adil dan tidak berburuk sangka. Yang baik kita ikut, yang tidak baik kita jauhkan. Simple as that.

Kalau ibu bapa kita suruh kita solat tetapi mereka tak solat, so adakah kita wajib solat atau tak payah solat sebab ibu bapa kita tak solat ? Nak ikut suruhan ibu bapa yang tak bersolat atau suruhan ALLAH yang suruh bersolat ?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Az-Zumar 39:53)

No comments: